Thursday, June 10, 2010

Perempuan Syria!

Owh! saya memang sudah terjatuh cinta dengan tudung syria. Memang inilah yang saya tergila-gilakan sekarang.

Bermula dari ingin mencuba, tidak disangka sudah menjadi tudung wajib saya sekarang. Sangat mudah menggayakannya. Yang penting saya berasa kemas, selesa dan yakin.


Kadang-kadang lucu juga apabila melihat teletah suami yang sentiasa memerhatikan saya apabila sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja ataupu keluar berjalan-jalan.

Mama : Papa tengok apa pa?
Papa : La, tengok isteri sendiri takkan tak boleh kot.
Mama : Tak la, macam pelik je tengok tu. Tak elok ke saya pakai macam ni?
Papa : Elok. Cantik sangat. Manis. Tu yang asyik nak tengok je tu.

hehehehe..Ape-apelah suamiku ini. Tapi kembang juga apabila dipuji. Sebab suami saya bukan jenis yang suka memuji.

Suami saya selalu juga mengusik:

Zarin tengok mama tu, dah jadi perempuan syria dah!


Tudung syria ni pun ada banyak jenis juga. Begitu juga dengan inner. Ada yang 1 layer, dua layer, 3 layer dan berlayer-layer. Tapi yang menjadi pilihan saya hanyalah 1-3 layer yang sangat sesuai untuk digandingkan dengan shawl.


Untuk ke pejabat, saya lebih selesa memakai 1 layer atau dua layer bersama shawl kosong disebabkan baju kurung saya banyak yang berbunga-bunga. Nanti kalau pakai dari atas ke bawah berbunga-bunga dan berlayer-layer tak ubah macam "pokok bunga bergerak " atau "Traffic light" mahupun "kek lapis" pula...hikhikhik

Tapi kalau baju kurung saya kosong, saya akan pakai inner yang tiga layer bersama-sama shawl kosong. Jika pakai shawl bercorak, cukupla inner yang 1 layer. Pada saya, inner syria memang memberi seri pada wajah. Lebih-lebih lagi jika pakai inner yang striking colour. Tak perlulah make up tebal-tebal. hehehehehe


Ramai juga yang tidak berani mencuba tudung syria kerana beranggapan tidak sesuai dengan wajah. Sejujurnya, mula-mula saya pakai syria ni saya pun terasa pelik. Muka rasa tersembul keluar. Tapi sebab keinginan nak pakai tu tinggi, lama-lama dah terbiasa. Apepun terpulang la pada hak individu, tepuk dada tanya selera. Sekarang adik-beradik saya memang semua dah beralih kepada tudung syria.

Jika dahulu saya hanya beli untuk kegunaan sendiri. Namun apabila ramai yang bertanya, sungguh tak sangka ia menjadi bisnes pula. Terima kasih pada kawan-kawan yang membeli inner, shawl dan juga tudung syria dari saya.


11 comments:

  1. saya pon dah tukar imej sebegini..hihihi

    ReplyDelete
  2. bestkan intan pakai tudung ni :)

    ReplyDelete
  3. nice!saya still lg x berani pkai.hehehe...;)

    ReplyDelete
  4. ida pakai memang nampak cantik.. kak sya teringin juga nak try. cuma, tak berani. tapi, akan beli juga satu hari nanti.. hehehe.

    ReplyDelete
  5. hurmmm sesuai gak Ida pakai..comey gitu =)...yang tak tahannya...kat tandas pun masih sempat snap gambo mwa hahaha...sabo aje lah heee

    ReplyDelete
  6. sweetnye hubby ida.hehe
    =)
    nak try,tapi sbb pakai spec la,cam tak kena je lak dgn muka

    ReplyDelete
  7. pernah try.... serious x kene.. hahaha

    ReplyDelete
  8. memang mu pakai cantik la ida..haku pakai mcm pelik..tapi kupakai gakss..kakaka..pi keje pakai shawl :)

    ReplyDelete
  9. mrs. Eady : izwa, try la..mula-mula mmg tak berani lps tu ok je :)

    Sya : try la, ehehehehehe...jangan malu-malu

    yananuar: tq..hikhikhik...situ je yg lightingnya ok sikit sayang oiii! :P

    ashra : suami saya mmg camtu. susah nak puji macamla ada belian dlm mulut tu.. :)

    spec??kawan-kawan saya pakai ok je...try la sekali

    hati ema : yeke???aduhai..tak dapatla nak nolong yang. kene ari fesyen yg lainla camtu gak

    sha: tq!tq! ok la tu sbb pakai...yang penting kene berani n yakin...:)

    ReplyDelete
  10. ida,
    cantik ida pakai tudung tu...
    fiza teringin jugak nak try, tapi belom berani. cik somi pun tak bg sokongan padu.....huhuhu.

    ReplyDelete
  11. kak fiza : tq :) rasa kembang setaman la bila dipuji...
    takpe kak, slow2..akak beli try, mana tau dia suka...:)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...