Wednesday, June 23, 2010

toy! toy! toy! haissshhhh!!!!

Kuat betullah pengaruh toy story 3 nie. Hinggakan si kecik Zarin pun dah pandai. Semuanya berpunca daripada cuti hari minggu yang lalu dimana kami menghabiskan masa menonton toy story dan toy story 2 kat disney Chanel. Ingatkan dia tak minat, rupa-rupanya sanggup tahan mata sampai pukul 12 malam.

Sejak dari itu, pantang nampak gambar je, mula la mulut dia bising

"papa, toy! toy! toy! yahooooo! (sambil wat aksi buzz lightyears terbang)

Akhirnya, semalam papa berjanji untuk membawa mama dan zarin tengok toy story 3. Malangnya, waktu tayangan terakhir hanyalah pada jam 7.20 pm, jadi papa pun cancel! Takpa la Zarin, kita tengok weekend ni ok! papa dah janji tue. (sebenarnya mama yang excited nak tengok hihihihi)

Kemudian sampai pulak voucher tesco club dan envalopenya pulak sah-sah ada gambar toy story tu. Bertambah-tambah la Zarin duk menjerit

"Mama, toy! toy! toy! (sambil kaki terangkat2 ala jongging setempat tu. tanda nak sangat-sanggggaaaaaaaaattt)

Aduss, sungguh tak sampai hati melihat aksi Zarin ketika itu. Kemudian selepas solat maghrib, kami ke toys r us yang terletak di Hartamas Shopping Centre untuk membeli apa yang diinginkannya itu.

Dan inilah yang telah kami belikan untuknya



Mula-mula kami ingin membeli Buzz lightyears yang besar tu, tapi bila tunjuk kat Zarin dia cakap takkkkknaaaaakkkk sambil gelengkan kepala, kemudian berlari-lari ke arah buku-buku toy story yang tersusun rapi dan mencapainya sambil berkata. Nak! nak ! nak!

Adoii Zarin, punyalah beriya nak toy tu, buku je yang Zarin pilih....mmmm..ape-apelah Zarin. (Pandai berjimat Zarin ni - bagus-) hehehehehe. Tapi sebenarnya Zarin memang suka buku.


khusyuknya Zarin membaca, faham ke tu sayang???


Tapi alang-alang dah sampai mama pun belikan jugalah seekor buzz lightyears ni untuk Zarin. Kot la lepas ni Zarin nak mainkan. Tak payahla mama ke toys r us lagi...hihi


kening buzz ala-ala ziana zain gitu.eheheheh

6 comments:

  1. kak, tgk kat tesco ada patung buzz tu besar.. comel sgt...

    ReplyDelete
  2. dekat tesco ada banyak toys Toy story...hehehe bila lalu jer kat situ ayah irfan cepat2 ubah laluan...hahaha

    ReplyDelete
  3. a'ah la Ida...k. ida pun nmpak ada Buzz Lightyear kat tesco...leh tekan button bunyi lak tu... Kusyuknya si Zarin ni meniarap tengok buku..hihihi

    Teringat zaman Syafiq suka citer Toy Story mula2 dulu...kena juga belikan dia CD, patung Woody n Buzz Lightyear.

    ReplyDelete
  4. kite org dewasa pn ske tgk toy story..
    ape lg bbudak yek..
    seb mawar x ske katon..hehehe

    ReplyDelete
  5. mama jue : a'ah, aritu tgk ada kat tesco selayang, dia pamer kat bawah2 tu. tapi tak beli sebab zarin tak minat lagi. lepas dia tgk toy stry baru minat. g kali kedua dah takde :(

    fisa : hahahahha, bagus ayah irfan. Zarin ok, dia taknak yang besar-besar. dia nak buku je :) jimat-jimat

    ReplyDelete
  6. kak ida : syafiq pun suka yea? ehehehehe...budak-budak kan. ritu p tesco selayang dah takde kat bawah tu. tapi saya tak carik pulak kat atas. lps ni kene p cari la :)

    bonda mawar : yea. syok sangat citenya sampai tegelak-gelak. Zarin pun khusyuk je tengok. lepas ni boleh la bawak tgk wayang lagi :)
    mawar x suka katun???betuahnya. takpayah berebut remote :P

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...