Monday, July 19, 2010

Fanatik toy story!

Saya sangat susah hati. Zarin sekarang sudah berada pada tahap fanatik pada kartun toy story nie...Setiap masa nak tengok toy story, toy, toy, toy, toy!



Si Buzz dan woody yang sentiasa diingati

Sebelum kami membeli DVD toy story ni, memang ipod dan lappy lah yang menjadi mangsa. Pantang kami berada di hadapan skrin, lantas dia terus menyelit dan menyebut,

papa toy! toy! toy!
atau pun
mama, Toy! toy, toy!



Kadang-kadang terasa tension dan pening juga apabila cerita toy story asyik berputar di TV. Segala dialog dan apa yang akan berlaku seterusnya sudah dihafal. Tapi Zarin masih tidak jemu-jemu.. adoi la anak. Kadang-kadang terasa macam nak potong astro. huhuhuhu ..Membazir bayar bulan-bulan tapi tak tengok.


ipod yang telah menjadi hak milik kekalnya untuk menonton toy story

Cuma satu sahaja sikap zarin yang memang patut dipuji. Apabila ke kedai mainan, dia memang tak nak toys tu. Tunjuklah buzz ke, woody ke, besar ke kecik ke, memang dia taknak. Cuma bila tengok dia akan membuat aksi teruja sambil meletakkan kedua belah tangan di pipi dan menjerit "WOW!!!!" tapi bila di sua, tak nak.




Yang keluar dari mulutnya ialah nak lisss (tulis), kemudian kami belikan stationary set, terus dia duk diam. Taknak yang lain dah.

Oh Zarin, bilakah demam toy stroy ini akan berakhir??? Adakah perlu mama dan papa meminta Si Paul untuk membuat ramalan????

6 comments:

  1. Alhamdulillah, zarin budak baik! hehehhe selamat duit mama/papa..hehhe

    ReplyDelete
  2. zarin nak jimatkan duit papa mama...hehe. senang sikit. tak de la dia merengek nak toys..

    ReplyDelete
  3. da..kena kawal jugak takut ter'over'. budak kecik ni mudah terikut. macam anak sedara saya..bercakap pun dah bunyi mcm kantun...

    ReplyDelete
  4. kak diey : tu la...bijak! bijak! tp serius, dia hanya minat kat pen, pensel dan buku

    Kak fiza: alhamdulilah. Tapi jika dia tunjuk yang ratus2, memang pening kepala jugak la :P

    ReplyDelete
  5. etiey: bercakap bunyi katun???adoiii..bahaya tu..memang kawal jugaklah skang nie. Nasib la toy tu takde yang gaduh2 atau lawan2, kalau ultraman ke, power rangers ke, memang mama akan jadi monsterla jawabnya :P

    ReplyDelete
  6. zarin minat pen, pensil sebab nak lukis gambar Buzz n Woody kot :D

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...