Tuesday, July 20, 2010

Mesra Ria Yong Tau Foo

Anda penggemar yong tau Foo?

Ya, saya penggemar yong tau foo. Biasanya saya beli di pasar malam. Baru-baru ini, kami telah ke Melaka lagi, untuk menikmati yong tau foo yang sangat sedap iaitu di Gerai Mesra Ria, yang terletak di medan selera Pantai Puteri.



Kami tiba seawal jam 4.00 petang, kerana menurut seorang kenalan, gerai yong tau foo tersebut mula beroperasi pada pukul 3.00 petang sehingga ke larut malam. Namun, informasi yang diberikan tidak tepat sama sekali kerana waktu beroperasi ialah pada jam 5.00 petang...kuang-kuang-kuang!!!!

Lagi 10 minit pukul 5, kami sudah terpacak di situ...wahhh!!! semangat bukan main.


Pelbagai jenis bahan yang boleh dipilih, memang rambang mata!

Setelah pemilik gerai memberi greenlight, tanpa membuang masa, kami terus memilih apa yang hendak di makan. Memang tak tahu nak pilih yang mana. Macam semua nak dan nampak smua sedap!!!!


Macam-macam ada..pilih jangan tak pilih!

Jadi, untuk tidak kempunan, maka boleh dikatakan kami mengambil setiap satu benda ini. Rupa-rupanya bukan kami sahaja yang menunggu gerai tersebut dibuka, tetapi ramai lagi orang lain yang sama-sama menanti dengan penuh sabar. Selain daripada makanan laut, terdapat juga beberapa jenis sayur dan juga mee, bihun, ko toew dan sebagainya. Yang penting, pilih sahaja yang mana berkenan.


Antara sayur-sayuran yang disediakan

Selepas selesai acara memilih, maka bermulalah acara untuk merebus, seterusnya menyediakan yong tau foo.


jaga-jaga, panas tuuu!

Setelah hampir lima minit menunggu, maka siaplah yong tau foo yang kami pesan. Mak aiii banyaknya!!!tak percaya??? lihat gambar di bawah!!!

*
*
*
*
*
*
*
*
V


Tadaaaa!!!!!!

Pengunjung di meja sebelah menjeling ke arah kami. Yelah hanya 3 orang dewasa yang size badannya agak cekeding, tapi bila order makanan, masyaallah!!!! Kami hanya tersenyum kepada mereka. Masa pilih tadi rasa cam sikit je, Tapi bila dah masak, memang banyak sangat. Mula-mula tengok macam tak habis sahaja! Yeke tak habissss???

*
*
*
*
*
*
*
*
V



Licinnnn!!!!

Tak sangka, rupa-rupanya licin kami makan...hahahahahah!!!Mana taknya, memang dari KL lagi hajat nak makan yong tau foo. So memang makan sungguh-sungguh sampai demam saya keesokan harinya...huhu

Apa yang menarik tentang yong tau foo di gerai mesra ini ialah supnya dan juga sosnya. Tidak seperti kebanyakan yong tau foo yang ada kuah hitam tu. Di sini hanyalah sos cili sahaja. (sos yang diproses sendiri) .Tak dapat nak bayangkan betapa sedapnya! Insyaallah jika berpeluang jalan-jalan ke Melaka lagi, sudah pasti saya tidak akan melepaskan peluang untuk menikmatinya!

6 comments:

  1. Yong tau fu dia kuah sup eh? Ermmm, nanti g melaka, mesti singgah ni..heheheh...

    ReplyDelete
  2. kak diey: ha kuah sup, pastu dia bg sambal cam soso cili tue..tp sedap. sup ringan2 gitu..arggghhhh!!!!! tingin pulak :P

    ReplyDelete
  3. Teringin gak...jalan2 cari makan...tahun lepas x jumpa...kali ni kena plan betul2 :)

    ReplyDelete
  4. Woiiiit makan ke melantak nih kikikiki...sebegitu banyak yong to fu...akhirnya licin ditelannya...hurmmm teringin gak nak merasa..tapi ntah bile leh sampai kat Melaka tu huhuhu...Sabo aje la..

    ReplyDelete
  5. Oit...singgah lagi..watermark yg ada gambo rama2 tu aku buat sendiri..guna photoshop element trial...kalo nak gitau nak tulis ape dan gambo ape..nanti aku try buat =D

    Tapi yg ada...gambo bear + Panda + elephant..dan 2,3 gambo lagi..cepat ek sementara masih lum tamat trial tuh hihi..

    ReplyDelete
  6. kak ida : mesti pergi kak. sedap!!!

    yana: hahaha..melantak dah tue kiranya... hikhik..try la, ajak abg p melaka.

    Watermark aku dh bukak dh. tapi x reti nak guna camne..copy paste ke camne?

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...