Thursday, July 8, 2010

jalan-jalan Melaka

Sudah lama entri ini di draft. Hari ini baru berkesempatan untuk dikemaskini. hikhikhik

Sudah lama kami bercadang untuk membawa zarin jalan-jalan. Tak kisahla ke manapun, asalkan keluar dari KL. Akhirnya kami memutuskan untuk ke Melaka. Last pergi kalau tak silap bulan Januari atau March 2010. Itu pun bersama famili, tapi tak best sebab zarin jadi hang benjol masa pergi tu...uwaaaaaa!!!!

Tidak banyak tempat yang kami pergi, hanya sempat ke zoo melaka sahaja ( zoo negara tak pernah pergi, zoo melaka pergi pula tu..apa daaaa!!!!) , kerana cuaca mendung dan hujan rintik-rintik. Cuma jalan-jalan kali ini lebih kepada acara jalan-jalan cari makan. phewwwwittt, acara rasmi yang papa dan mama paling suka






Okey jugalah ke zoo. Bukan apa, bolehlah zarin tengok bintang seperti gajah, kuda, beruang dan sebagainya secara live. Sebelum ini hanya tengok watak animasi sahaja, pooh, dibo the gift dragon, flamingo, pororo dan sebagainya. Cuma nak tergelak masa tengok kuda dia cakap yeeeehaaaaa!!!!!! Ape-ape lah Zarin...





kami tiba di zoo melaka ketika jam 4.00 petang. Jadi sempat jugalah kami menonton persembahan gajah joget...hikhik..Mula-mula ingat nak bergambar dengan gajah, tetapi memandangakan Zarin dah menjerit ketakutan. Jadi amik gambar dari jauh sajalah...hikhikhik





Kemudiannya, kami menjamu selera di Tengkera. Makan ko teow sup dan juga popiah. Sangat sedap okeyyyy! dan yang best harganya pula memang murah. Nampaknya memang kami tak boleh tinggal di melaka, jika tidak sure kami jadi tembum macam belon. Malamnya pula menikmati yong tau fu. Tapi tak ade amik gambar sebab jam telah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam...hahahahha...hanya pikir untuk makan dan makan sahaja..

Itulah saja cerita untuk kali ini. Akan bersambung episod seterusnya di Port Dickson pula... yeeeeehaaaaa!!!!!!

3 comments:

  1. rizziela :
    mmg seronok, next cameron atau cherating...-weeeeeeeeeeeeeee-

    ReplyDelete
  2. haaa..tau pon melaka byk tmpat mkn yg sodap dan murah..tu baru mu try tu..byk lagi blom try..tgk i ni je..dpt transfer melaka..badan bukan je tembum..dah bertimbun2 ni..hahaha

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...