Saturday, July 17, 2010

pasir putih tepi pantai

Pasir putih tepi pantai
Ombak saling berkejaran
Kau lari aku mengejar
Di antara deru rindu... kita berdua
(oppsss kita bertiga lah, berdua masa berhanimun dulu bolehlah nak berkejar-kejar)

Tiba-tiba teringin nak menyanyi dangdut dan bergelek pula. Okey! okey! berbalik kepada tajuk entri.

Entri ini merupakan sambungan kepada kisah Jalan-jalan Melaka. Setelah penat berjalan dan membuntalkan perut di Melaka, kami akhirnya ke Port Dickson pula. Mandi Laut...dushhh! dushh! dusssh! Menurut, kawan suami, lagi dekat ke PD jika lalu ikut Tanjung Puteri, Masjid Tanah dan sebagainya. Jadi apa salahnya mencuba. Sambil-sambil tu, sempat lagi berhenti tepi jalan makan durian...hahahah, sedap!!!!

Malangnya, cuaca tidak berapa baik di Port Dickson, boleh dikatakan hujan lebat sepanjang perjalanan. Dan jalan pula JAM teruk ekoran daripada pameran Marin (kalau tak silap) di Teluk Kemang. Kami bertolak pukul 12.00 tengahari dari Melaka dan Tiba di PD ketika jam menunjukkan hampir 4 petang!!!!! tensen! Lepas ni taknak lalu dah kot situ!!!!

Selepas check in, kami pun bersiap untuk ke pantai. Hujan pun sudah berhenti.Apalagi mandi laut lah. Tetapi sebelum itu kami ke Teluk Kemang untuk membeli mainan yang sodok-sodok tanah tu, entah apa bahasa saintifiknya orang panggil.


Yang tak bestnya, membazirkan duit sahaja! Zarin langsung tak nak main. Letak je atas pasir terus menonong ke bibir ombak. Adess la Zarin, mama dan papa pula yang kecut perut. Terlebih berani sangat dengan air. Nasib baiklah laut di PD tenang. (Tapi risau juga, air yang tenang jangan di sangka tiada buaya)


Mataku pula asyik meliar melihat ke sekeliling laut tu. Risau juga kot-kot ada buaya kan? Sebelum ni kan heboh yang Pantai PD ada buaya. Zarin yang terlebih seronok langsung tak hirau orang. Mandi penuh kusyuk!



Kelepek!kelepek!kelepek! duk tepuk air. Sesekali air laut masuk mulut terkulat-kulat dia. Masin lah tue! hahahahaha!!! lucu sungguh Zarin nie.


Selepas hampir sejam lebih berendam dan mulut pun dah kebiruan, kami pun balik. Tapi Zarin tau-tau sajalah bila berdepan dengan air ni. Memang tak nak baliklah. Menjerit dan menangis bagai nak rak. Akhirnya papa terpaksa pikul. Dan di bilik pula, Zarin main air dalam bath tub sampai habis kecut jari.

Ekoran keletihan bermain air, Selepas mandi, Zarin terus lena sampai pagi. Jadi malamnya tak adalah aktiviti ronda-ronda PD. Kesian Zarin, entah bila pula dapat mandi laut. Nanti balik terengganu kita ,mandi laut lagi yea...huhhuhuu..ataupun next time kita ajak papa datang PD lagi ye sayang!

Malamnya, perut dan berkeroncong, kesian pula nak kejutkan Zarin. Akhirnya papa tapaukan mama tempura sotong dan udang serta yong tau foo. Yong tau foo???? Yong tau Foo PD lah, bukan Yong tau foo Melaka tue! nanti kita bercerita di lain entri ya...

Psst: Telefon papa hilang masa di PD...sob!sob!sob!

7 comments:

  1. amboi2 pasir putih tepi pantai ye, ombak saling berkejaran ye...hihkihkhi..apa2 pun seronok tgk zarin yg happy tu n tak takut air!

    ReplyDelete
  2. kak diey: berdangdut dan bergelek jom! ha, mmg tak takut, risau kita...adess la..nasib baik ombak dia tenang je...nyaman..mama yang takut air ni pun mandi sama..:P hahahahha

    ReplyDelete
  3. sama mcm syahmi jek ni pantang tgk air...susah giler nk suruh stop..huhhu..

    ReplyDelete
  4. tak ajak pun gi jenjalan yer....nak ikut la...

    ReplyDelete
  5. Mrs. Eady : huhuhuhu.. tu la..kalu kat rumah pun asyik nak main air je...budak-budak mmeng suka air kot :)

    kak Fiza: jom2...kita p piknik...nanti kita usulkan kat RH nak? :)

    ReplyDelete
  6. sakan zarin mandi laut ye...biar dia rasa semua...ada kenangan nanti..hehehe
    nape gambar mama x de...berbikini seksi ye....hikhikhik....

    ReplyDelete
  7. sakan zarin mandi laut ye...biar dia rasa semua...ada kenangan nanti..hehehe
    nape gambar mama x de...berbikini seksi ye....hikhikhik....

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...