Friday, July 16, 2010

puding roti peanut butter

Hari ini saya ingin berkongsi satu resepi iaitu poding roti peanut butter. Resepi ini saya ambil daripada salah seorang kenalan FB dan juga RH iaitu Kak Sue Aleen. Tq kak sue :)


Bahan-bahan yang diperlukan

10 keping roti Gardenia
1 tin krimer sejat F&N (400 gm)
1/2 cawan gula
2 biji telur
3 sudu besar mentega kacang (ikut suka)


Cara membuatnya

1- Carikkan 8 keping roti. Boh dalam blender. Masukkan bahan lain. Kisar je terus sampai lumat.

2- 2 keping yang baki tu carik dan campur dalam adunan tadi tanpa dikisar semula.

3- Lengserkan loyang dengan marjerin dan tepung.

4- Masukkan adunan tadi dalam loyang. Untuk hiasan, ikut sukalah nak letak apa pun. Terpulang kepada keinginan masing-masing.

5- Bakar selama 30 minit sampai warna bingka ni berubah macam kat atas tu. Boleh dipotong panas tanpa tunggu sejuk.

hasilnya
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V


Tadddddaaaaa!!!!!!!

* sangat sedap dimakan ketika panas-panas :)


2 comments:

  1. bravolah idazs...memang nampak sedap...ni semangat nak cuba ni...k.ida cuba resepi idazs nanti ye..:)

    ReplyDelete
  2. kak ida : silakan. rasanya memang sedap (mulut saya lah) hahahaha...cuba jangan tak cuba :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...