Friday, July 16, 2010

Tak faham bahasa ka????

Isk, tiba-tiba petang ni terasa geram dan nak marah sangat-sangat. Ada seorang rakan di FB asyik bertanya kita tentang kawan-kawan sekolah dahulu. Bertanya tu ok, kita pun jawabla bla..bla..bla..bla..bla..

Lepas tu tanya lagi, siapa yang kita add kawan-kawan lama. Kita pun cakap bla bla..bla..bla…

Ok fine, kemudian boleh pulak dia cakap, saya tak nak yang itu, saya nak cari si A dan si B. Kemudian saya pula menjawab, memang tak tahulah. Memang lost contact la ngan derang. Yang ada itu je la.. Boleh tengok kat friend list saya.

Pastu tanya lagi, siapa yang saya still contact???saya menjawab, Ramai la juga dan menyebut beberapa nama. Kemudian dia menjawab lagi, saya taknak yang itu, saya cari si C dan si D.

Pulak dah.. Ape ko ingat aku ni duk urus jejak kasih ke? Dah aku kata memang tak tahu dan memang ada yang itu yang itu ajelah. Isssk..kesabaran dah sampai menipis dah nie (tebal lagi base cheese cake aku) huahuahuahauahua!!!!

Pastu dia pula menyebut beberapa nama lagi . Saya cakap ada dalam FB saya. Tengok friend list. Ok dia tengok, lepas tu tanya pulak saya kenapa derang guna nama samaran tu, dia ni sape, keje kat mana.. Ya Allahhhhhhh!!!! Hangin betul!!

Last-last saya jawab, saya tak tahu, tengok la wall derang. Derang pun ada FB. Ataupun tanya orang lain. Ape ingat aku nie computer ke nak simpan data semua orang. Iskkk,,,memang betul-betul tak faham bahasa dia nie.

Kemudian tanya lagi, siapa yang saya still contact lagi??? Halu, tadi ko dah tanya kan????. Last-last saya listkan je nama yang entah sape-sape. Hambik ko. Bukan kita satu batch pun. Sibuk duk tanya aku. Aku cakap bukan ko kenal pun kan. Ingat aku posmen ke duk hantar surat dia ni, dia tu, nama sebenar apa, duk kat mana, rumah dia besar ke kecik ke ape. Iskkk hangin betul dengan orang yang tak faham bahasa nie.

Bila kita dah jawab tak tahu. Memang tak tahu lah.Ingatkn chat nak tanya pasal kita sebab first time chat kan. Tapi lain pula jadinya. Kalu tanya sikit-sikit tu okey lah. Cuma yang geram bila kita dah bagitau tak nak pulak tahu. Nak tahu pasal orang lain yang memang kita tak tahu…Aiiiii, memang rojak pasembur betulla la ini orang! Gerammmmm!!!!!! Rasa cam nak pitam dan sesak nafas bila berada dalam situasi camni...oksigen! oksigen! ninoninoninonino (ambulans datang)


3 comments:

  1. hahaha....
    pernah kena macam ni ida..
    siap dia suruh kita sms kan semua no phone kawan2 yang ada dalam phonebook kita.. tak kuasa nak layan.. lain kali, buat diam aje.. :P

    ReplyDelete
  2. haha..ida,macam2 perangaikan org ni kan.kalu kita jadi ida pun,malas da lyn.faham sendiri la..keke

    ReplyDelete
  3. hahaha...macam2 ragam org skarang nih..Sabo aje la Da oit =D

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...