Tuesday, August 31, 2010

Chili's yang sedap!

Sepanjang puasa, inilah kali kedua kami berbuka di luar. Perancangan awal mahu berbuka di Meatwork. Tetapi tak jadi kemudiannya memandangkan saya bukanlah penggemar steak dan suami mencadangkan supaya berbuka di chili's.



Kami tiba di bangsar Shopping Center pada jam 6.15 petang. masih terlalu awal untuk ke sana. Jadi sempat juga pusing-pusing dan terbeli barang di mothercare..huhuhuhu.. Tujuan asal ke mothercare untuk mencari stroller untuk twin baby. Alhamdulilah ada...merah menyala you!!!!



6.45 petang, kami terus ke Chili's dan orang semakin ramai. Alhamdulilah kami mendapat meja dan tidak perlu menunggu lama. Syukur, rezeki orang berpuasa :P.

Dan inilah yang telah dipesan untuk berbuka puasa :)







Perkara yang paling menggembirakan ialah Zarin makan BANYAKKKKKK!!!!! suka sangat tengok dia makan. Mungkin seleranya kembali seperti dulu. Dan dia pula tidak banyak kerenah kali ini. Memang menikmati hidangan sepenuhnya.

Makan terlebih muatan hinggakan nak bangun pun susah. Nasib baiklah perut muncit mama dah tak ada. kalau tak sure terbukak butang kemeja mama :P

2 comments:

  1. tak penah mkn kat chili's..mmhh..nak try jugak ler lepas ni sbb biase pg nandos je.
    tgk gmbr pun dh terliur gilerr..

    ReplyDelete
  2. Mr. Eady : harus di cuba, sekali pergi selalu nak pergi nanti! hahahaha

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...