Monday, August 23, 2010

Bisou bake shop klcc

Inilah kali pertama kami sekeluarga berbuka diluar. Semuanya tanpa di rancang. Pada mulanya, suami saya teringin untuk makan spagethi di DELICIOUS. Malangnya, apabila kami call untuk tempahan, semuanya telah penuh...huhuhuhu. Kami boleh walk in, jika bernasib baik, adalah tempat, jika tidak terpaksallah tunggu. Akhirnya suami mengambil keputusan untuk berbuka di rumah sahaja.

Pukul 6 petang, kami ke Tesco untuk membeli barang dapur. Tak sangka pula cepat kali ini. Siap membeli barang pada jam 7.00 petang.

Suami : Awal lagi nie. Nak makan ape arini yea?
Saya : Tulah. cepat pulak pilih barang arini. Tak kisahlah makan apepun.
Suami: Jom ke KLCC la, spagethi kat food court dia sedap jugak kan?
Saya: ok juga tu, dah lama tak makan situ.

Lantas kami terus ke KLCC. Sampai di sana, seperti di kata memang penuh la food court. Akhirnya kami memilih untuk berbuka di Bisou Bake shop, nampak sangat menyelerakan cupcakesnya. Tambahan pula memang langsung tak ada orang duduk di meja comelnya itu.

Kami memesan 3 biji cupcakes yang setiap satunya berharga RM5. Sorang sebijik sementara menunggu untuk makan spagethi dan sebotol air mineral.


1 untuk papa, 1 untuk mama dan 1 untuk zarin

Memang sedap juga cupcakesnya. Zarin pun makan dengan berselera. Jika tidak memang susah dia nak makan yang manis-manis nie..mmm..




Mula-mula makan memanglah Zarin duk diam. Tetapi lepas 10 minit, hormon aktifnya datang. Lebih-lebih lagi makan coklat. Sudahnya, mama makan entah ke mana. Duk layan Zarin pi mai pi mai tang tu...

Bila balik nak makan cupcakes dah licin papa kerjakan...uwaaaaa!!!sungguh kijammmm!!!

Tadi tanya cakap taknak. ayat standard papa.

Taknak yang rasa coklat, balas saya.

Kita beli lain yea, pujuk papa

Tak apelah, nanti dah nak makan spagethi, jom la. Balas saya lagi pura-pura sedih... :P

Dan ada sesuatu yang menarik perhatian saya di sini. Bunga kecil comel ini...ruginya tak bawa kamera. Nasib baik ada telefon, boleh juga snap pic bunga nie....ngeeeee


Cantikkan??kreatif..botol ni kat rumah saya buat isi garam, kunyit je

Next time pasti kami akan membeli lagi cupcakes ini, cuba yang lain pula. Ada bermacam-macam perisa dan cantik-cantik..sayang nak makan :P


7 comments:

  1. oh tidak!! cupcakes ku....huuhuhu....(muka semakin mengecil, minta dipujuk)...sambil memeluk zarin, bersuara perlahan, "zarin, papa makan cupcake mama, sampainya hati.."

    ReplyDelete
  2. sedap nyerrrrrr.....:D
    terliur!

    ReplyDelete
  3. oh yer di food court klcc sdp erk spageti? tak prnh cuba..yg tahu lasagna yg best. spageti di dome best ida... suka sgt! wah...tetiba terliur...

    ReplyDelete
  4. ka diey: huhuhuhu...sedih...tapi lps tu dpt mkn spagethi tersgtlah ok :)

    ReplyDelete
  5. mrs. Eady: izwa, kalau ke KLCC jgn lupa singgah. sangat sedap. rugi tak cuba :)

    ReplyDelete
  6. etiey: setakat ni kami mkn ok. kalau nak makan balognese+ olio la, mmg food court tu pilihan. kat dome tak pernah cuba. tapi kami suka makan spageti carbonara kat delicious dan spagethi carbonara seafood pulak kat william..maveles...sambil telan liur...

    dome??? ok, next time kami cuba, tq

    ReplyDelete
  7. tak prnah try...kena cuba lah. ehhh cam ner ni tetiba teringat lasagna pulak! aduss...

    di delicious sedap yer carbonara? tak prnah try spageti di sini... si kecik suka

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...