Friday, August 20, 2010

kronologi demam zarin ( part 1)

Sehari sebelum Zarin demam (7 Ogos 2010 - sabtu-), kami telah ke pavillion untuk mencari singlet Zarin. Sebelum ini dah tengok di OU dan KLCC tetapi tak ade size. Semasa hari tersebut, seperti biasa Zarin aktif dan berlari ke sana sini. Tidak terlupa roti sosej (breadtalk atau breakstory) kegemarannya itu.



Namun hari Ahad, segala-galanya berubah. Sebagai ibu, apabila anak demam sudah pasti kita akan terasa risau dan susah hati. Itulah yang terjadi padaku bermula dari 8 Ogos - 15 ogos 2010. Seakan sama dengan tarikh demam tahun lepas. Boleh baca di SINI

8 Ogos 2010 (Ahad)
Petang itu, badan Zarin mula suam-suam kuku. Lantas kami terus memberinya ubat demam. Selepas makan ubat, Zarin kembali ceria dan bermain seperti biasa.

9 Ogos 2010 (Isnin)
Pukul 3.00 pagi, badan Zarin kembali membahang. Zarin pula terjaga dari tidur sambil merengek,

mama, kak, kak ju. Anas!! (mama, bukak baju panas)

Lantas aku terus menyukat suhunya, 39.3'C. Ya Allah, tingginya suhu! Lantas aku terus mengejutkan suami dan kami bersiap untuk ke PUSRAWI. Alhamdulilah, semasa tiba di sana, orang tidak ramai, yelah pukul 3.00 pagi. Setelah doktor menjalankan pemeriksaan, beliau menjelaskan Zarin memang demam dan suhunya tinggi. Zarin terpaksa dimasukkan ubat montot untuk mengurangkan panas badan . Kemudian doktor menasihatkan kami agar jika demamnya tidak kebah dalam masa 2 hari, kami mesti datang semula untuk menjalan pemeriksaan susulan. Bukan apa, menurut doktor sekarang musim denggi dan ujian darah mesti dilakukan.

10 ogos 2010 (selasa)
Demam Zarin kebah pada paginya. Dia kembali aktif bermain seperti biasa. Dan aku pula telah datang bekerja kerana ada meeting dengan ketua bahagian yang baru. Jadi Zarin kami tinggalkan sekejap di nursery. Pukul 10 pagi papa ambil dan pukul 2 petang aku telah pulang. Zarin masih lagi aktif. Cuma malamnya sahaja dia kembali demam. Owhhhh!!!sangat susah hati .

11 Ogos 2010 (Rabu)
Hari ini aku bercuti lagi. Zarin kembali demam dan langsung tak nak makan. Hanya nak susu sahaja. Demamnya on ff dan memang cukup merisaukan kami. Aku pula tak putus-putus jelumkan kepala Zarin. Hingga aku terpaksa basahkan lampin dan balutkan dibadannya. Memang kepalanya tidak pernah kering. Risau juga jika suhu terlampau tinggi, nanti terkena sawan pula.

Memandangkan demam Zarin masih lagi belum kebah walaupun sudah masuk 4 hari, kami kembali ke PUSRAWI untuk rawatan susulan. Setelah diperiksa, terdapat banyak kahak di sekitar paru-parunya. Memang Zarin ada batuk dan juga selsema. Doktor Faizi mengarahkan kami membuat ujian darah terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan nebulizer (sedut gas untuk cairkan kahak).

Semasa ujian darah dilakukan, aku tak sanggup untuk melihtanya. Hanya papa yang meriba Zarin. Aku pula memandang dinding. Tak sanggup melihat lengan Zarin yang gebu itu dicucuk...huhuhuhu. Zarin menangis juga, tapi sekejap sahaja. Selepas itu terus ok. Kemudian, kami mengambil nebulizer pula. Semasa mengambil nubelizer iaitu kira-kira sepuluh minit, Ya Allah, meraung sakan Zarin. Rasanya dia takut bunyi gas tu kot. Bukan sebab sakit, gas tu sejuk je.

Selepas itu kami kembali berjumpa Doktor Faizi. Ujian darah yang dijalankan menunjukkan Zarin tidak terkena jangkitan DENGGI. Alhamdulilah. Namun terdapat virus di dalam darahnya. Zarin sebenarnya demam virus dan kahaknya yang banyak itu menyebabkan dia sedikit kepenatan yang boleh membawa kepada asma. Doktor Faizi meminta kami melakukan 2 kali lagi nebulizer iaitu pada sebelah malam dan juga pagi keesokan harinya.

-Bersambung-

10 comments:

  1. Kesian zarin, bimbang kalau anak2 demam. Iman dan Wafiy pun, kalau ke klinik pusrawi, akan diberi gas, Wafiy pun raung, tp, setelah hari ke 4 g sedut, dh ok, mengeras aje kat kerusi. Dan, alat penyedut tu, dibawa pulang ke rumah, sekiranya berlaku lg batuk, alat tu dibawa ke klinik. Bahaya batuk/kahak-boleh jadi asma/semput..nauzubillah. Dan, alhamdulillah, zarin sembuh...Syukur....

    ReplyDelete
  2. nebulizer tu memang buat budak menangis macam nak 'selok' hihi...

    ReplyDelete
  3. kite yg jadi tukang tengok time adam kene cucuk amek darah..abah die dah toleh tmpt lain,kesian kat adam.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. sedih baca coretan ida
    tang cucuk ambik darah tuuu yang ku seriau..kita yang dah tua ni pun takut..budak lagilaa melalak...

    ReplyDelete
  6. sedihnya...
    sian zarin, mujur bukan denggi,kan. tapi kalau ada kuman dlm darah pun kena pantau juga tu....tang cucuk tu, mmg le hadap. hehe. ibu zarin kena sabar tau. Allah nak bag ujian sikit kat ibu ayah zarin.

    ReplyDelete
  7. kak diey: alhamdulilah dah sembuh...nie kahak degil. sampai sedut byk kali pun x berkurang jugak...kesian pulak tgk dia..lagipun 1st time kene sedut tu

    ReplyDelete
  8. etiey: ha, mmg selok nangisnya. tapi doktor kata bagus kalau dia menangis, gas tu masuk dlm mulut dan lagi cepat kahak cair...

    ReplyDelete
  9. ainiyah: bertukar pulak kita...eeee..seram la nak tgk..mmg x pernah sekali lagi tengok zarin time kene cucuk..takut + kesian + tak sampai hati :(

    ReplyDelete
  10. nuyue: ha, tulah...mmg penakut, lebih-lebih lagi bab amik darah...uwaaaa, x sanggup!

    Kak fiza: terima kasih...mmg risau sgt hari tu...lg tambah sedih bila kene time puasa..alhamdulilah Allah nak uji saya dan suami :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...