Sunday, August 22, 2010

kronologi demam zarin (part 2)

12 Ogos 2010 (Khamis)
Tepat jam 10 pagi, kami terus ke PUSRAWI lagi. Suhu badan zarin pun semakin turun, 37.6'C, tetapi masih lagi demam. Setelah menjalankan nebulizer, Doktor Faizi menyatakan kahak Zarin langsung tidak menunjukkan penurunan. Nafasnya berbunyi dan jantungnya berdegup kencang. Biasanya setelah melakukan 2-3 kali nebulizer, kahak pasti berkurangan. Zarin demam virus, nak terkena asma dan juga bronchitis. Nak tak nak Zarin terpaksa admit. Suami meminta doktor membuat surat untuk refer ke GH, memandangkan sebelum ini, Zarin pernah admit di sana. Huhuhuhuhuhuhuhu...gugur air mataku. ya Allah, beratnya ujian yang kau berikan padaku di bulan ramadan yang mulia ini.

Pukul 1140 am, kami telah tiba di institut pediatrik. Setelah berjumpa doktor, sekali lagi Zarin diberi nebulizer untuk melihat sekiranya kahak berkurangan. Malangnya kahak tetap sama. Doktor menjelaskan bahawa, Zarin terpaksa bekerja keras untuk bernafas menyebabkan paru-parunya menyempit dan boleh membawa kepada asma. (Zarin hanya disyaki asma). Sebab itu nafasnya turun naik begitu laju.

Lantas kami terus berdaftar di wad KK2. Di sana, Dr. Huda yang akan mengendalikan kes Zarin. Pelbagai soalan ditanya ibarat soal siat polis pula. Setiap 2 jam sekali Zarin akan diberi nebulizer. di samping itu, Zarin juga perlu memakai oksigen supaya pernafasannya stabil. Melihat kepada sejarah demam Zarin, doktor pakar (lupa dah nama apa), Zarin di suspek H1N1. Dan mungkin juga hanya demam virus biasa. Oleh sebab itu, sampel kahak di kerongkong dan juga lendir di hidung di ambil. Petang itu, Zarin aktif seperti biasa. Cuma yang merisaukan, pada jam 11.30 malam, Zarin demam lagi. Suhu badan mencecah 39.3'C dan doktor memasukkan ubat montot sekali lagi.

13 Ogos 2010 (Jumaat)
Paginya zarin telah di X-tray untuk melihat keadaan paru-parunya. Demam Zarin semakin pulih begitu juga dengan kahak. Zarin masih lagi menggunakan oksigen dan nebulizer pula telah dikurangkan daripada 2 jam sekali kepada 4 jam sekali. Alhamdulilah. Result X-tray menunjukkan yang memang paru-parung ada jangkitan virus tetapi bukanlah pada tahap yang kritikal. Dr. menjelaskan bahawa jangkitan itu di sebabkan oleh demam virus yang dialaminya. Syukur alhamdulilah. Dan Zarin pula masih lagi belum mahu makan. Hanya susu, susu, susu sahaja! Oksigen pula masih lagi pakai, tapi on off. Itu punapabila dia tidur lena, jika tidak memang mengamuk la nak pakai. Nebulizer pula zarin dah semakin serasi. Tidak lagi menangis sakan seperti sebelum ni. Diam je. Redha.

14 Ogos 2010 (Sabtu)
Alhamdulilah, demam Zarin telah pun kebah. Nafasnya pula semakin ok dan hari itu juga penggunaan oksigen dihentikan. syukur alhamdulilah. Dan yang sangat gembira, zarin sudah mahu makan. dan semestinya bubur McD...so memang jadi tugas papa la duk beli bubur McD untuk Zarin. Sabtu memang papa berkampung sama-sama dengan mama di wad. Ok juga, taklah letih sangat nak layan zarin. Bila dah sihat, zarin asyik nak ke taman je. sikit-sikit "JOM, JOM". Mungkin dia pun dah boring. Tapi Zarin masih lagi diberi nebulizer 4 jam sekali.

15 Ogos 2010 (Ahad)
Zarin memang dah pulih sepenuhnya walaupun masih lagi batuk sikit-sikit. Berlari ke sana ke mari. Dan petangnya apabila doktor pakar datang melawat, beliau membenarkan kami discharge memandangkan Zarin dah aktif dan asyik ajak jalan-jalan.
bila doktor tanya

zarin nak balik rumah tak?

cepat-cepat Zarin balas "nak..nak lik..jom,jom"

hinggakan doktor pun tergelak "clever boy!"...hahaha

Tapi kami dibenarkan discharge bersyarat, iaitu kene sambung ubat selama 2 hari berturut-turut dan mesti diberikan tepat pada jam yang telah ditetapkan.

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua doktor dan nurse yang memberikan perkhidmatan yang terbaik sepanjang kami berada di wad KK2. Zarin shah lelaki yea, bukan girl...hahahahahaha... Tak lupa pada kawan-kawan yang mengambil berat serta mendoakan kesihatan Zarin. Terima kasih semua :)

Dan sekarang Zarin telah sembuh sepenuhnya. Memang sangat kuat makan. Terhibur melihat telatah dan gelak tawanya itu. Syukur alhamdulilah


Zarin dah sihat dah, yeaaaaaa!!!


psttt : sepanjang zarin demam berat saya memang menyusut sangat-sangat. Yang bestnya saya telah membeli sehelai skinny jeans yang bersize 26. sebelum ni saya try size 28. :P

2 comments:

  1. ALHAMDULILLAH....zarin dah sihat ye...
    baru berkesempatan baca blog ida..sian zarin plus ida n azuan duk menjaga zarin masa demam..
    sebelum ni dengar2 je dr kawan2 kat ofis kata ida x datang sebab zarin demam...
    lepas ni kalau anak2 kita selsema lama sangat kena la kita berjaga-jaga kan ida...takut melarat kena virus lain pulak.

    ReplyDelete
  2. kak ida: tq...betul tu kak. sekarang nie demam virus macam-macam. kene sentiasa berwaspada

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...