Tuesday, August 17, 2010

Makcik, potpet!!!!



Baru-baru ini, ketika saya sedang mendaftar zarin di wad berlakulah kejadian ini yang membuatkan saya sangat tensen. Namun saya tetap bersabar.

Zarin : mama, nak nenen.
(Memandangkan tidak ramai yang menunggu di hadapan kaunter dan kerusi tetamu, jadi saya terus menyelak baju dan menyusukan Zarin. Tiba-tiba

Makcik potpet mula bersuara. Umur dalam lingkungan 40-an hingga 50-an.

Makcik potpet : Masih bagi susu badan ke? Dah besar dah tu.
saya: Masih lagi
Mak cik potpet : Tak campur susu tin ke? Kesian kat dia, mesti susu dah kurang tu. Tak cukup dah tu.Sikit airnya.
(Masa nie angin puting beliung saya sudah mula naik. Tapi saya sabar)
Saya: Tak susu badan sepenuhnya. setakat ni ok je. cukup je dia minum, tak pernah lagi mengamuk tak cukup susu.
Makcik : ye la, tp dah sikit airnya tu. umur brapa?
Saya : setahun 9 bulan. (jawab dengan muka yang dah tak puas hati dan ketat. malas dah nak layan, takut terkasar bahasa nanti.)

Kemudian makcik tu duk potpet2 lagi pasal susu ibu nie. Memang saya sangat marah dan geram. Tapi saya sabar je, memandangkan zarin tengah demam. Tak habis2 dia cakap air susu sikit, air susu sikit,kesian kat budak n entah apa-apa.

Mak cik, takkan lah saya nak dera anak saya pula!!!! arggghhhh! geram...Kerana tak tahan, saya memandangnya dengan muka kurang senang dan sinis gila. Nak menjawab lebih-lebih nanti nampak pula kurang ajar. Tak lama selepas itu, dia pun beredar bersama cucunya. Huh!!!!

Kepada makcik, tolonglah yea, saya datang ke wad nie bukan nak dengar ceramah tak bertauliah makcik tu. Mungkin juga makcik tak tahu baca agaknya. Di kiri kanan wad tertera

susukan bayi anda dengan susu ibu sahaja selama 6 bulan, kemudian teruskan sehingga mencapai usia dua tahun di samping memberikan makanan pelengkap yang lain.

Lagi satu, breast saya, saya tahulah ada susu ke tak!!! apepun mental orang sebegini perlu diasuh terlebih dahulu supaya tahu akan kebaikan susu ibu.


10 comments:

  1. hahha, makcik potpet, cet, panas kepala kalu berdepan makcik potpet. kita punya breast, tau la susu skit ke dak! makcik tk pei sekolah!

    ReplyDelete
  2. kihkihkih...istilah makcik popet tu...
    mmg mentaliti org tua cam gitu. dia bercakap ikut sedap mulut pulak yer...hehe, eh, emosi pulak akak ni ,ida...sabo ye ida. hormat je la kat dia tu.

    ReplyDelete
  3. Biasalah..orang2 tua ni..memang diaorang tak tau kebaikan susu ibu..

    Kita yg dah byk membaca ni tahu gak la sikit2...bolayan ajer orang2 mcm ni...

    Saya kalau orang tegur..saya buat tak tau ajer..yg penting kita tau lah nak isi perut anak kita kan?

    ReplyDelete
  4. kak diey: tula sya geram. mulut dia potpet2 duk ckp susu sikit, air sikit, kesian kat budak...eeee, nak bg penampar je rasa!

    kak fiza: tu la kak. sbb hormat la saya tak menjawab. bia je dia duk potpet, tp dh pns telinga otomatik saya bg respon melalui mimik muka..hikhik

    ReplyDelete
  5. rizziela: mmg wat taktau, tp mulut potpet dia tue...adesss...tak tahan, nasib baik zarin demam, kalu tak mmg kene la :P

    ReplyDelete
  6. memang sakit hati kalau ada makcik macam tu....mesti cucu dia tak pernah susu badan kut....geram jugalah akak kalau kena macam tu....

    ReplyDelete
  7. suraya: tu la kak fatin. Kin dia tak didedahkan dgn susu ibu. kalau dia ckp sikit2 takpe..ni duk potpetpotpet sambil ckp susu sikit la, air tak cukup la..adess...geram sgt!

    ReplyDelete
  8. org tua mmg cam tu kan ? asyik je ckp susu xde..menci tau.hhaha..nasywah ari tu pon nyaris dh minum susu tepung, dah beli dah pon..seb baik die xmo minum..so sedekah je kat org susu tepung jenama snow itu :D

    ReplyDelete
  9. erm..sbor je la..sibaik la mama sya x cm makcik pot pet..sntiasa support sya BF kan baby saya..jgn dlyn org gni..huhhhhh

    ReplyDelete
  10. munies: yup! geram sangat rasa. Mereka masih kurang pendedahan. Tapi kalau tak tahu tanya takpe, jangan mendownkan lagi kita ibu- ibu nie...mmmm

    anony: saya alhamdulilah famili semua support BF. Cuma nie makcik entah mana-mana je dtg duk potpet kat telinga kita..adoiiii!!! kalau tak sabo sure dah kene sembur makcik tu. :P

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...