Thursday, August 19, 2010

Pertama Ramadan yang mendukacitakan!

Hari pertama berbuka puasa sangat menghampakan. Memandangkan satu ramadan Zarin demam, jadi kami terpaksa membeli juadah berbuka puasa di pasar ramadan. Saya tidak sempat memasak memandangkan Zarin hanya melekat sahaja dengan saya.

Encik suami telah membeli 2 ekor sotong masak sambal (RM5x2 ekor = RM10) dan sepotong kepala ikan (juga RM5). Memang mahal pada pandangan saya. Sotong tak adalah sebesar mana. Kira anak sotong lah.

Tiba masa berbuka, sebaik sahaja saya menyuapkan isi sotong,

uweeeeeeeeeeeeeeekkkkkk!!!!!!!!!!!! busuk!!!!!!!! hanyir!!!!!!!!!!
Terus saya tak lalu makan. Begitu juga dengan kepala ikan! Akhirnya tong sampah yang makan. Saya memang sedih sangat, sehinggakan tak sedar air mata mengalir. Bukan apa, terasa frust dan tertipu. Sebaiknya peniaga perlu menitik beratkan soal kebersihan dan kepuasan pelanggan. Saya tak kisah bayar mahal asalkan sedap! Pada pandangan saya, mungkin juga sotong tadi tidak dibasuh terlebih dahulu. eeeee...geli geleman.

Hari kedua sehingga kelima ramadan, kami berbuka puasa di wad. Dan saya menasihatkan suami supaya membeli nasi beriyani, nasi ayam atau nasi kerabu sahaja. Terasa lebih selamat biarpun kadang-kadang langsung tak ada rasa.

Dan sekarang apabila Zarin sudah kembali aktif, setiap petang saya pasti memasak untuk hidangan berbuka. Tidak kisahlah lauk yang simple atau yang susah. Janji saya puas hati dan puas makan.

Untuk kuih pula, saya bukanlah penggemar kuih. Jadi cukuplah sekadar nasi, dan nasi dan nasi. Tapi saya gemar membuat agar-agar dan puding, paling tidak pun sardin roll. Jadi inilah rupa puding ribena saya semalam

*
*
*
*
*
*
*
*
*
V


terasa nyaman tekak apabila puding ribena yang sejuk ini masuk ke tekak!

6 comments:

  1. wah! hampa betul arr kalau orang yang berniaga tu tak ikhlas..

    *psst psst puding ni nak wat camne..:D

    ReplyDelete
  2. Wahhh bestnye puding tu Ida...aku pa ceroh nok blajo wat puding..tak terbuat2...takut tak jadi ler hihi..

    Teruk benar demam Zarin sapa masuk wad?? harap Zarin dah okey skarang..

    ReplyDelete
  3. adoi..pertama ramadan sudah frust. pendpt k.diana, bazar ramadan ni, org ambik peluang nk berjual, yg tk pernah berjual pun nk jual jugok, itu yg ada hanyir, basi n mcm tu. sebaik2nya, selagi kita ada daya, masak je lah da, msk sendiri ringkas pun sedap n puas hati...(mcm pudin tu la...sedapppp..hrhehhehe)

    ReplyDelete
  4. nak resepi puding tuu leh tak?
    nampak cam sdp jer

    ReplyDelete
  5. Fisa: puding tu wat cam agar-agar biasa, kemudian letak buah-buahan dan tuang susu...siaaapppp!!!!

    yana: alhamdulilah mmg dah ok..kuat makan sekarang
    nie...hehehehehe...

    ReplyDelete
  6. ka diey: betul tue, saya stuju sgt..aritu xdak choice, kene beli jugaklah...

    nuyue: masak agar2 macam biasa, pastu letak ribena, kira agar-agar perasa ribena la. kemudian potong buah-buahan tuang susu siap.. :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...