Friday, September 10, 2010

Mari membungkus ketupat palas

Raya tidak meriah jika tidak membuat ketupat palas! Setiap kali raya Ummi pasti akan membuat ketupat palas. Memang dah jadi makanan WAJIB! Setiap tahun pasti kakak saya yang akan membantu membungkus ketupat. Dan saya pula??? menjadi pemerhati tak bertauliah. Memang FAIL!!!! Dah banyak kali ajar pun tetap tak menjadi.

Biasanya 2-3 hari sebelum raya, Ummi akan menjemur daun palas, kemudian akan buka daun tue dan satukan dalam sepuluh helai menjadi satu ketupat besar. Sehari sebelum umat Islam menyambut hari raya barulah acara membungkus ketupat dijalankan.

Mula-mula pulut dikukus, kemudian dimasukkan santan dan di'arong' (bahasa terengganu) di dalam besen, bahasa kamus saya tak pasti pula apa. Bila dah padat dan berkilat, barulah acara membungkus dimulakan.


Inilah rupa pulut yang telah di"arong' dalam besen.

Memandangkan tahun ini, kaka saya sibuk dan tak sempat nak membantu, jadi saya terpaksa take over. Kasihan melihat ummi terbongkok-bongkok membungkus ketupat seorang diri. Pukul 9.00 pagi, ummi telah kejutkan saya untuk membantunya. Tugas saya senang saja, hanya masukkan pulut kedalam daun palas yang dibuat bentuk kon. Kemudian untuk lipat-lipat menjadi ketupat yang sempurna tugas ummi saya. Bukan membantu sangat sebenarnya, tapi bolehlah dari tak buat langsung!


Susah juga nak lipat-lipat ni, sampai terbelit jugalah tangan.

Selepas ketupat siap dibungkus, tangkainya kemudian dipotong. (ini tugas saya dari dulu hingga sekarang - hihihihi). kemudian, ketupat tadi dikukus lagi. Sebenarnya saya sendiri tidak pasti berapa kali ummi mengukus ketupat ini sebelum boleh dimakan!

Memandangkan suami orang utara dan saya pantai timur, jadi ketupat kami berbeza dari segi bentuk dan cara buat. Mungkin juga dari pandangan mata kasar sudah nampak yang ketupat buatan ummi, cembung-cembung dan kemas ikatannya. Kalau tak silap orang kedah panggil ketupat betina. Dan kalau ketupat utara cara bungkusnya ketupat jantan. Ke camne entah. Saya pun dah lupa. Di kedah juga pertama kali saya makan ketupat yang ada jagung dan kacang didalamnya.


Ummi kata, "ketupat kecik comel macam tuan yang bungkus juga" :P

Sejujurnya, membungkus ketupat ini tersangatlah susah bagi orang ynag kerastangan macam saya nie. Rasanya belajar kat Universiti lagi mudah dari buat ketupat ni. Ajar 10 kali pun tetap tak menjadi!!!! adoiiii!!!!


2 comments:

  1. dh belajar tu, lepas ni, bolehlah buat tu....

    ReplyDelete
  2. kak diey: masih fail kalau buat sendiri..mesti mak bantu juga...hikhik

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...