Wednesday, September 1, 2010

rambut kembang rambut kuncup

Semalam cuti merdeka jalan memang sesak. Jadi kami awal-awal lagi telah ke the curve untuk menggunting rambut Zarin yang kembang menggerbang tak ubah seperti alex the lion.

Mula-mula terasa sayang juga apabila melihat rambut zarin yang curly-curly itu bakal digondolkan. Tapi bagi memastikan zarin kelihatan segak berbaju melayu di pagi raya, jadi mama terpaksa gunting juga.


rambut yang tinggal kenangan

Seperti biasa, sebaik sahaja kain diletakkan untuk menutup bajunya daripada terkena rambut, siren kecemasan terus berbunyi.

mama, atik, nanak..nanak...atik, mama..mama

Huhu, kesian juga Zarin, gamat kedai jadinya apabila siren kecemasannya berbunyi. Mama apalagi, terus merakamkan gambarnya ketika rambut sedang digunting. Malangnya, sebaik sahaja mama mengklik gambar zarin, terkeluar perkataan NO CARD!!!

argggghhhh!!!! geramnya.. Papa terlupa masukkan memori card dalam camera mama...huaaaaaa!!!!!!!!!!hangin-hangin...Dah lah susah nak amik gambar dia tengah gunting rambut. Memang muncung juga mama selepas itu...

Tapi sekejap je lah, sebaik rambut zarin siap digunting, hasilnya memang memuaskan hati mama. Muncung yang boleh sangkut hanger tadi terus hilang...hihihi
*
*
*
*
*
*
*
*


tadaaaa!!!!Rambut baru zarin yang dah kuncup

Wah, hensem pula Zarin dengan style rambut barunya. Hilang sudah imej cute dan gegurlnya. Harap selepas ini janganlah ada lagi yang terconfuse dengan kecomelan zarin :P


mama, hensem tak rambut baru Zarin???

Selepas ini mama akan gunting rambut zarin macam ni selalu ok? Suka mama tengok, nampak matang dari usianya yang baru setahun 10 bulan...


tengah khusyuk tengok tv, dalam masa yang sama, pen dan buku taknak lepas

7 comments:

  1. Dah encem ler =D


    **pstt : Zahin pun baru jer digondolkan rambutnya..setaman duk dengar dia menjerit kihkihkih...sabo aje la..

    ReplyDelete
  2. rizziela : tq..mmg bertambah cute, seiring dengan perangai yang tersanggggattttlah cute jugak..tak kira tempat aksi cutenya itu..aduiii..sabar je la

    ReplyDelete
  3. kak diey: tq2...skang tgh tunggu wajah "cute" adik zarin pulak...bila la agaknya???? ehem..ehem

    ReplyDelete
  4. yananuar: yaka???? hahahhaha...dia takut agaknya. Zarin pun sama, ramai yg duk ngintai kut cermin tgk dia..suara nyaring sgt. nangis samapi tukang gunting tu amik tisu lap air mata...hahahhaahha...haru betul la budak2 nie :D

    ReplyDelete
  5. memang comel..eh hensom ehh comel
    ekeke sgt suke imej baru ini..teringat anak bujang akak plak..kalau hilang rambut pacaknye memang melalak le kan kedai gunting..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...