Monday, September 27, 2010

Riang ria raya

Seronoknya berhari raya! seronok punya pasal sehingga saya terlupa untuk membuat entri pasal hari raya. Tidak mengapalah, rayakan sebulan. Masih tidak terlewat untuk saya membuat entri pasal 1 syawal kami.

Tahun ketiga menyambut syawal sebagai suami isteri tidak banyak yang berubah. Setiap tahun pasti meraikan syawal di Alor Setar, Kedah. Tidak timbul masalah berebut nak balik raya di mana dan bermasam muka. Seperti tahun-tahun sebelumnya, di pagi raya sudah semestinyalah di rumah saya di Taman Malid, Jalan Pegawai. Selepas solat sunat aidilfitri, kami semua berkumpul untuk bermaaf-maafan. Kemudian menikmati hidangan yang disediakan oleh ummi iaitu nasi minyak! nyum! nyum!


Terasa seperti pengantin baru pula bila si kecil tiada di sisi :P

Selepas selesai sesi memberi dan mengutip duit raya,acara bergambar pun bermula. Setiap tahun kami pasti mengambil gambar keluarga di kedai.Cuma tahun ini tidak berkesempatan kerana perancangan awal kami mahu mengadakan outdoor photoshoot. Namun memandangkan masing-masing busy dan kami pula pulang awal ke Kuala Lumpur, jadi photoshoot dibatalkan. huhuhu


L-R: kak mek (mak long), abang rizal (pak long), oje (mak lang), ewan (pak lang)


L-R: kakak, abang syafiq, Zarin : Abang Syafiq, Kak Emy dan Kakak


Dan pada hari raya itu juga, saya telah menjadi jurukamera tak bergaji. huhuhu! Sebab itulah gambar kami di rumah saya tak banyak! uwaaaaaaaaaaaaaaaa!!! asyik snap gambar orang inilah akibatnya! Dan paling tak best, baru kami tersedar yang langsung tak ada gambar kami bertiga berbaju sedondon! Zarin sungguh tidak sporting untuk bergambar! uwaaaaaa!!!!!



Setelah selesai aktiviti posing memosing (eh ada ke istilah nie?) masing-masing bersiap untuk pergi berhari raya ke destinasi yang telah dirancang. Kakak saya pulang ke rumah mertua di Gunung Kerian, dan abang saya pula pulang ke kampung mertua di Pedu dan kami sekeluarga pula pulang ke rumah mertua di Lorong Teknik. Oh seronoknya jika berkahwin dengan orang senegeri dan rumah pula tak sampai 10 minit dah sampai. Memang sepanjang raya kami asyik check in check out sahaja! Taman Malid- Lorong Teknik - Taman Malid - Lorong Teknik.

Okeylah, sebelum jari jemari saya yang runcing ini berhenti menari, masih belum terlewat untuk saya mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Bertemu lagi di entri raya yang seterusnya.

Bye!

11 comments:

  1. Sayangnya...gambar tuan rumah tak banyak

    ReplyDelete
  2. nice colourr....purple lagi!same la..;)

    ReplyDelete
  3. cantik....napa tak derlah gambar ida sekeluarga....

    ReplyDelete
  4. Rizziela: tu la pasal. huhuhu...sedih...Tapi kat umah mak mertua banyakkkk. sebab ramai yang jadi photographer. Tunggu next entry yea ;)

    ReplyDelete
  5. mrs eady: tq izwa, purple dihatiku...

    ReplyDelete
  6. suraya: Kak fatin, Zrin sungguh x sporting. Ada gambar bertiga, Tapi Zarin dah tukar pakai baju lain...huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  7. Selamat ari raye Ida...
    sedey cos picca raye sy kene delete oleh anak sedara

    ReplyDelete
  8. cantiknya baju ida...
    sian...itulah kalau kerja tukang amik gambo.

    ReplyDelete
  9. ibudhani: selamat hari raya
    terdelete???? OMG mmg sedih + meraung sakan la camtu gak. Takde back up ke????? takpe, nanti pakai balik baju raya dan posing. saya pun ingat nak posing 3 beranak. tapi masih belum berkesempatan

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. kak fiza : terima kasih kak...huhhuhuhu...nasib badan. thn depan nak posing je, xnk jd tukang ambik gamba lagi :P

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...