Tuesday, October 26, 2010

2 tahun Zarin dan susu ibu

Adapun ayat al-Quran dari surah al-Baqarah: 233:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”

Begitu juga dengan polisi penyusuan yang digariskan di hospital-hospital

susukan bayi anda dengan susu ibu sahaja selama 6 bulan, kemudian teruskan sehingga mencapai usia dua tahun di samping memberikan makanan pelengkap yang lain

Belajar dari kesilapan. Itulah ayat yang sesuai untuk saya sepanjang tempoh menyusukan Zarin. Saya sangat terkilan kerana tidak dapat menyusukan Zarin secara eksklusif gara-gara ceteknya ilmu berkaitan susu ibu. Saya akui, sepanjang tempoh kehamilan saya langsung tidak mengambil kisah tentang penyusuan. Yang saya titik beratkan, baju baby, stroller, botol susu, dan segala kelengkapan yang lain. Tapi dalam pada itu, saya sempat juga membeli breastpump manual Avent. Itupun setelah bertanya kakak ipar saya (Kak Ain). Jika tidak memang langsung tak beli agaknya. Huhuhuuh…

Namun segalanya berubah. Selepas habis pantang, saya terus mencari ilmu berkaitan susu ibu. Bagaimana nak simpan EBM, cara panaskan EBM, makanan yang boleh menggalakkan pengeluaran susu ibu dan sebagainya. Di sinilah saya terjumpa forum Ratuhati.com. Bermula sebagai silent reader untuk beberapa bulan yang pertama, kemudian terus terlibat secara aktif. Di sini jugalah sebenarnya saya menimba ilmu berkaitan susu ibu. Terima kasih ratuhati.com.

Semasa Zarin berusia empat bulan, saya telah memberikan susu ibu sepenuhnya. Saya mula aktif mengepam dan menyimpan stok. Stok yang paling banyak saya simpan ialah 58 botol x 4oz. Tidaklah terlalu banyak, tetapi itu saja yang termampu.Syukur dengan rezeki yang Allah berikan. Kalaulah saya menimba ilmu terlebih awal dahulu, silap haribulan saya akan belikan deep freezer. Hehehehehe…(perancangan untuk ZS jr. nanti) InsyaAllah.


1, 2, 3...eh banyak lagi stok susu zarin nie

Sepanjang tempoh menyusukan Zarin selama 2 tahun lebih ini, memang saya tak nafikan ada pasang surutnya. Ada cerita duka, ada juga cerita gembira, ada sendu, ada tangisnya. Begituah jugalah dengan pengeluaran susu. Ada masa banyak sampai 8-9 oz sekali pam, kalau masa susu merudum, hanya 1 oz sekali pam. Mana tak tersendu saya…huhuhuhuhuhu… Tetapi jika kita kuat semangat dan tidak mudah mengalah, insyaallah susu untuk anak pasti ada.

Di kala susu merudum inilah saya mencuba pelbagai jenis pil yang boleh meningkatkan susu ibu. Antar pil yang pernah saya cuba ialah pil ASI, fenugreek dan juga moridone. Dalam ketiga-tiga pil ini, moridonelah yang paling berkesan.

Saya juga hampir beberapa kali tewas dan ingin memberikan FM kepada zarin. Apabila susu merudum, orang yang selalu saya mengadu hal sudah semestilah suami saya selain daripada rakan seperjuangan kak diey, geng-geng Ratuhati dan juga kawan-kawan di FB. Dengan sokongan, galakan dan kata-kata semangat serta pelbagai petua yang diberikan, di sinilah saya mendapat balik kekuatan untuk meneruskan penyusuan susu ibu. Terima kasih semua. Budi kalian tidak dapat saya balas!

Sekarang genaplah usia zarin dua tahun. Dan alhamdulilah, saya berjaya menyusukan Zarin dengan susu ibu selama dua tahun. Terima kasih Ya Allah atas rezeki yang Kau berikan untuk anakku.

Memandangkan sekarang susu masih ada dan mencukupi untuk Zarin, saya masih lagi menjalankan rutin mengepam seperti biasa. Insyallah saya ingin meneruskan lagi penyusuan susu ibu untuk enam bulan akan datang. Semoga Allah mempermudahkan niat murni saya ini. Amin


mama pasti boleh, yeaaahhh!!!! go mama go!!!


10 comments:

  1. Sayu rasa baca entri ni. Semoga berjaya Da, Hanya Allah Taala mengetahui perasaan kita. Semoga kita sentiasa mencari ilmu yang tk pernah habis. Alhamdulillah, sentiasa memanjatkan kesyukuran ... rezeki yg tiada tandingan. dengan ikhlas memberi susu kepada anak, insya-Allah, telah dijanjikan oleh Allah Taala, pahala yang berganda2 utk ibu itu. Amin.

    ReplyDelete
  2. wahh..bnyk nyer stok!tahniah..jeles nih..kekeke..

    ReplyDelete
  3. tahniah dah berjaya!

    sy skrg dah tak buat stok, anak tak mo minum susu di siang hari, tp lepas balik keje, menerkam la..malam2 je baegayut je..sakit pinggang ni..tp sbb pikir siang die tak minum susu, kuatkan jugak badan ni,,

    ReplyDelete
  4. Ida, tahniah ye awak dh brjaya akhirnya!!! bile bace kisah zarin n susu ni sedikit sbnyk sma mcm sy alami jgk..

    xpe...next BB nnti kte dh ade experience kan!! insyaAllah...

    ReplyDelete
  5. Tahniah ida, kerana berjaya menyusukan zarin hingga 2 thn. Kaksue dulu pun mcm ida juga, masa preggy tak tahu kat mana nak cari info tentang penyusuan namun sempat juga menyusukan aina hingga 2thn 3 bulan.

    ReplyDelete
  6. Tahniah ida....doakan akak juga berjaya BF Puteri Dayana sehingga 2 tahun seperti abang2nya....

    ReplyDelete
  7. wahhhhhhhhhhhhhhhhh....banyak nye simpanan susu ibu tu..sukenye akak tengok,,,bagus betul dak ida ni kan..semoga zarin menjadi anak soleh berkat susu ibu ye dear

    ReplyDelete
  8. salam akk..kat mane nak bli botol banyak2 tue,,info sikit tentang botol ni..tq

    ReplyDelete
  9. wslm dya.. akak beli merata2, ada beli kat kedai, ada beli on9. selalu akak beli botol MLO ni the the curve. Kalau bumble bee akak selalu beli kat

    i. mybbstore.com
    ii. yang ni kawan akak Myeec Babykids Stuff (FB)
    iii. Noorfazila Binti Abdul Rahman

    Oh ya, akak nasihatkan kalau stok EBM banyak better guna storage bag,lagi jimat space.

    harap dapat membantu ya.

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...