Monday, October 4, 2010

al kisah raya lagi!

Masih lagi cerita raya. Sebelum ini saya ceritakan kisah 1 syawal di sebelah saya, dan sekarang sebelah suami pula.



posing ala-ala pengantin baru lagi :P


Kami sampai di rumah mertua kira-kira jam 10.30 pagi. Tiba masanya untuk bermaafan-maafan. Keluarga sebelah suami agak besar, jadi tentulah lebih meriahkan :)


Ayah, Mak, saya mohon maaf di atas kesalahan yang dilakukan :)

Suami saya mempunyai lapan orang adik beradik, tiga orang yang telah berkahwin ditambah dengan anak saudara seramai tujuh orang termasuk zarin, memang meriahlah raya tahun nie. Cuma kami tak sempat bergambar dengan keluarga adik ipar keranma mereka telah pulang ke kampung suaminya sebaik sahaja kami sampai :(


Keluarga bahagia Encik Ishak dan Puan Siroshadah (tidak termasuk satu keluarga)


Ini pula adik beradik suami (terkurang seorang)

Saya rasa semenjak memasuki keluarga suami, barulah terasa suasana hari raya. Bukannya apa, sebelum kahwin saya lebih suka duduk di rumah melayan tetamu. Kalau jalan-jalan raya pun hanya ke rumah keluarga terdekat. Syukur dikurniakan mertua yang baik, adik beradik ipar serta biras yang sporting dan boleh 'geng'. Alhamdulilah



Selepas bermaafan, sesi bergambar dan makan-makan. kami semua bersiap untuk ke Perlis dan juga balik kampung iaitu ke Pulau Langkawi.

yahoooooo!!!!!

2 comments:

  1. da, kalu tgk adik-beradik mr azuan, k.diana rasa, muka zarin lebih banyak ikut pak cik2 nya....;-)

    ReplyDelete
  2. kak diey: tu la pasal :)...macho2 mcm pakciknya... :P ... hahahahha... ok juga.. next baby ikut sebelah saya pula lah. (hrp2 baby gurl) aminnnnnn

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...