Saturday, October 23, 2010

cake & goodies

Birthday Zarin kali ini kami memang tidak mengadakan sebarang majlis. Cuma saya sempat siapkan sebiji kek untuk Zarin bawa ke neseri sekaligus goodies untuk kawan-kawannya seramai 30 orang.



Lama juga saya mencari idea untuk menyediakan 'goodies'. Iyalah, kanak-kanak, takkan nak letak jajan pulak. Tak pasal-pasal bising mulut ibu bapa (pengalaman saya lah tu, sebab sebelum nie selalu Zarin dapat goodies yang penuh berisi jajan dah la banyak MSG!) Mula-mula saya bercadang ingin membelikan mainan, tapi kalau yang harga murah, risau juga jika membahayakan kanak-kanak. Jadi apa-apa nanti kat anak orang, siapa yang susah????

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk memberikan sebiji muffin, 2 biji puding cocon, 1 bar snek serta 1 set sudu. Kira ada jugalah makanan yang tak berkhasiat :P. Tapi saya yakin puding cocon tidaklah terlalu banyak pewarna tiruan, begitu juga dengan snek yang saya beli tu.




Dan inilah hasil goodies yang siap di packing untuk kawan-kawan zarin

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V



tadaaaaa!!!!

Gambar Majlis hari jadi zarin semasa di neseri belum lagi saya dapat. Menurut teacher Zarin, bila dah siap nanti dia akan bagi. Tunggu sajalah yea :)

4 comments:

  1. mana mia punya abg zarin?? huhuhu
    ida..nanti mia ngan zarin sekolah sama2lah kan..sebab mia kena ikut batch 2008...emmmmm

    ReplyDelete
  2. alamak..camne zarin terlupa nak bg kat mia nie...adusss...next year yea mia, nanti abg zarin tulis dalam diari siap2... :P

    ikut batch 2008???pasaipe camtu kak?

    ReplyDelete
  3. ida....mane beli plastik goodies ni erkk...mcm menarik jer!!

    ReplyDelete
  4. ejan: beli kat kampung baru. yang kedai2 jual polisterin, tabung plastik n tupperware tu

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...