Friday, October 22, 2010

Menangislah sayang jika itu mampu menenangkan dirimu

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh bayi dan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan persekitaran. Melalui interaksi jugalah mereka akan mempelajari sesuatu perkara yang baru. Salah satu cara interaksi yang biasa dilakukan oleh mereka ialah MENANGIS. Begitu jugalah dengan permata hati saya Zarin Shah. Lihat saja gambarnya ketika menangis itu


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V

bercurah-curah air mata keluar.... sob...sob...sobbb

Tangisan adalah salah satu cara kanak-kanak untuk menarik perhatian ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan respon yang positif terhadap tangisan itu, sudah pasti mereka akan terasa selamat. Sebaliknya jika respon negatif yang diberikan oleh ibu bapa seperti herdikan atau tengkingan, menyebabkan kanak-kanak akan berasa takut dan tidak selamat, malah sebaliknya akan menangis dengan lebih kuat. Respon negatif yang diberikan ibu bapa juga pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri kanak-kanak.


mama...mama...mamaaaaaaa- itulah yang diucapkannya

Sebelum ini, saya jarang berkongsi gambar ketika Zarin sedang menangis, sebaliknya gambar yang penuh dengan kegembiraan sahaja yang dipaparkan. Jadi, semasa hari lahirnya, saya sempat mengambil beberapa keping gambar ketika Zarin sedang menangis. jangan tak tahu, tangisan Zarin pun ada episod juga. Nanti akan saya kongsikan di lain entri. Terasa cute pula gambar zarin sedang menangis itu. Membuatkan saya melihatnya berkali-kali...eheheheheheh..

Zarin pun pandai bila saya tunjukkan gambar tersebut kepadanya, dia berkata

"Mama, Alen nangis, huhuhuhu"


Alah, sayang mama...

Menurut seorang rakan (KAK DIEY), menangis itu adalah satu terapi bagi seorang kanak-kanak, jadi biarlah dia menangis semahu-mahunya. Oleh itu Zarin, menangislah sayang jika itu mampu menenangkan dirimu!

Pstt: Kita yang dewasa ni pun, kadang-kadang bila menangis terasa lega dan tenang jiwa. Terasa ringan sedikit beban masalah yang ditanggung (jika ada masalah la :P)

10 comments:

  1. Nanti dah besar esok, zarin buka blog mama-"mcm ni rupanya zarin nangis dulu ya,"
    psst, kanak2 nangis comel aje, kalu org dewasa nangis-lu pikir la sendiri, ahahah' (Ya, kita akan rs lega kalu nangis, kanak2 pun mcm tu lah juga kan...)_..._

    ReplyDelete
  2. hehe.comel je..kita pun ada video aleesya tgh ngaruk menanges.biar die tgk bila da besar nti..

    ReplyDelete
  3. alalalala kesiannya tgk dia nangis...

    ReplyDelete
  4. budak comel menagis bertambah comel kan?

    ReplyDelete
  5. adoi2...nape nangis tu cayang...
    ciannya...muka dia memang membuat orgg jatuh cinta aihhhhh...zarin2 anti nak je tolong lap kat pipi tu...sobbbbb

    ReplyDelete
  6. kak diey: ahahahahaha...lu pikir la sendiri yea...sure buruk bebenor...huahuahua

    ReplyDelete
  7. ibudhani : tq so much :)

    ashra: yea, zarin pun ada byk juga video2. sekarang pun dia tersgtlah suka tengok video. boleh lakonkan semula pulak tue..eheheheh

    ReplyDelete
  8. wina: huhuhuhu...mmg kesian. kita pun rasa nak nangis sama

    rizziela: yup. tapi budak2 nangis mmg cute...macam2 style ada..ehehehhe

    ReplyDelete
  9. kak risa: bila tgk muka mmg jatuh cinta. tapi bila dengar suara masyaallah bingit telinga! :P

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...