Friday, October 8, 2010

Sekitar jeti Langkawi

Kalau sebut pasal Langkawi mesti terbayang pinggan mangkuk corelle yang murah-murah dan juga coklat. Hari raya tahun ini kami balik ke Langkawi lagi untuk menziarahi Tok Yah. Jika tahun lepas kami pergi balik hari, namun tahun ini kami bermalam di sana.

Sebut je nak balik Langkawi berderet-deret pesanan diterima. Kain batik, coklat, sudu, belacan dan paling banyak pinggan mangkuk lah. Sebaik menjejakkan kaki ke Jeti Langkawi, saya telah meninjau kedai Haji Ismail Group dari cermin kaca, memandangkan kedai tersebut tutup pada petang itu. Dalam hati dah pilih dan sudah ada yang berkenan. Nak beli yang itu, nak beli yang ini, bisik hati kecil saya.

Setelah semalaman bermalam di Ulu Melaka dan berjumpa sanak saudara, keesokan paginya kami bertolak ke jeti untuk pulang ke Alor Setar. Saya pula awal-awal lagi sudah memberitahu suami yang saya hendak shopping di jeti nanti. hehehehe


alamak, duit dah habislah. Kita cucuk dulu :P

Feri kami pukul 12.30 tengahari. Jadi memang sempatlah untuk membeli belah. Malangnya, sebaik sahaja sampai di hadapan kedai Haji Ismail Group terpampang notis

Kedai DITUTUP dari 10-11 September 2010. BUKA pada 12 September 2010.

Uwaaaaaaaa!!!! rasa nak menangis pun ada. Hancur berkecai impian ingin memborong pinggan mangkuk. Sabar-sabar. Tak apa, lain kali kita datang lagi -----> ayat memujuk hati...huhuhuhu

Tapi kekecewaan saya terubat apabila melihat kedai COKLAT!!!



Apalagi, saya terus memilih dan pilih dan pilih pelbagai jenis coklat. Dan yang tak akan saya lupa beli ialah DAIM dan juga KISSES... Yang lain tu adalah 4-5 jenis, penuh bakul juga :P

Murah ke coklat kat sini???? mmmm..Entahlah. Rasanya tak banyak beza sangat, cuma masa saya beli tu ada diskaun 10%-20%. Kira berbaloi jugalah.



Selepas itu, kami hanya berdiri dan meninjau-ninjau sekitar jeti tersebut. Maklumlah keluarga besar dan ramai. Seorang ke sini, sorang ke sana. Nak kumpul semua dalam satu masa memang memakan masa. Tapi seronok.

Next time kalau nak ke langkawi saya akan pastikan yang kedai tersebut tidak ditutup. Jika tidak kempunan lagi la saya!!!!!

6 comments:

  1. sedapnya coklat langkawi....
    tak pe, nanti pegi lagi borong pinggan mangkuk ye... :D

    ReplyDelete
  2. k.diana oun suka daim....nyum nyum

    ReplyDelete
  3. Dah lama saya x jejak kaki kat langkawi...ingat nak shoping pinggan mangkuk la kat sana

    ReplyDelete
  4. sya: sy suka beli daim n kisses je. yg pelik-pelik sy tak beli. beli yang dah biasa makn je...eheheh

    yea, kene buat trip khas untuk pinggan mangkuk je kak sya. baru berbaloi:)

    ReplyDelete
  5. kak diey: saya pun, termasuk daim cake ikea...nyummmy!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...