Thursday, October 7, 2010

selamat tinggal barut nangka!

Memang tidak dinafikan setiap orang pasti berubah ke arah yang lebih baik apabila telah berkahwin dan lebih-lebih lagi apabila bergelar seorang ibu. Begitu juga dengan saya. Perubahan yang saya maksudkan adalah dari segi berpakaian.

Memang saya akui sebelum ini saya suka mengenakan baju yang mengikut bentuk badan singkat, ketat dan boleh diibaratkan seperti barut nangka. Kalau dah barut nangka maknanya akan tertonjollah benda-benda yang tak sepatutnya lebih-lebih lagi lemak tepu. ehehehehehehe


**sekadar gambar hiasan

Itu dulu, zaman remaja muda belia. Apabila berkahwin, perasaan malu itu terbit dengan sendirinya. Suami saya jarang menegur apatah lagi memaksa saya untuk berubah penampilan. Cuma kalau boleh biarlah sopan dan manis dipandang katanya. Sejak saya berkahwin, sedikit demi sedikit baju-baju barut nangka saya terantai rapi di almari. Malah kesemua baju saya itu kini telah pun berpindah milik kepada anak saudara yang yang berusia 11 tahun.

Memandangkan saya telah menjadi seorang ibu, makanya saya harus menunjukkan contoh yang baik kepada anak saya. Oleh sebab itu sekarang saya suka mengenakan baju yang longgar dan juga labuh, jika boleh biarlah melepasi paras punggung. Lagi satu paling penting, baju yang senang untuk saya susukan zarin di mana-mana sahaja tanpa menampakkan sesuatu yang tidak sepatutnya.



Tambahan pula sekarang, pelbagai jenis, corak dan design blaus yang cantik-cantik di pasaran. Saya bukanlah mementingkan jenama, kalau sehelai baju itu cantik, menepati citarasa saya sudah pasti saya akan membelinya. Tak kisahlah sama ada murah atau mahal. Yang penting memenuhi ciri-ciri yang saya kehendaki.



Saya akui masih banyak yang perlu diperbaik dalam penampilan saya. Namun biarlah sedikit demi sedikit. Tidak terlalu drastik. Setiap wanita ingin tampil menawan dan sopan serta manis dipandang. Namun pada itu, saya cuba elakkan daripada memakai baju atau blaus yang nampak seperti 'makcik-makcik'-----> ayat suami saya..heheheh

Oleh itu, selamat tinggal barut nangka. Selamat datang si manis menawan :P


psssttt -----> kalau ada yang ingin berkongsi link baju-baju muslimah yang cantik-cantik dan vogue+hot sangat-sangatlah dialu-alukan...terima kasih :)


6 comments:

  1. si manis menawan! hikhihk, cumel! betul lah da, dgn sendirinya, kita akan lebih terasa malu, dan akan berubah sedikit demi sedikit. Ya, baju muslimah+moden sudah bnyk dijual skrg ni, k.diana pun tak ketinggalan utk mencuba baju/blouse muslimah yng ala2 moden (bak kata suami Da, elakkan baju makcik2..hehhe.

    ReplyDelete
  2. same laa...dulu pun ketat metat pastu pakai tudung ber t-shirt lagi pastu dh kawin tudung but baju dah tutup buntut & longgar2 skit..

    skrg ni pakai t-shirt muslimah but masih lagi trendy.kekekek...ku pun takut kalo trpakai ala 'makcik2' itu..kekekeke..en.hubby pun tak suke!

    ReplyDelete
  3. kak diey : si manis menawan ----> perasan...hahahaha

    betul tu, lebih-lebih lagi banyak hati yang kene jaga sekarang. Yang penting sopan dan vogue ----> hotmama!!! :P

    ReplyDelete
  4. mrs Eady: kalau keluar mmg sy elakkan pakai t-shirt lengan pendek. Rasa tak selesa pula. tp kdg2terpakai juga kalau ke kedai runcit bawah tu..eheheheh...

    izwa, kalau ada link t-shirt muslimah yang best2 share la yea ;)

    ReplyDelete
  5. wah, sangat hebat... susah bila kita nak bertukar imej kan? saya sendiri masih lagi ragu2 untuk tukar imej ni....
    tapi, nak cakaplah, ida memang ayu sangat2 dengan tudung syria tu... macam muslimah sejati... hehehe....

    ReplyDelete
  6. kak sya: terima kasih,(muslimah sejati ;P)

    saya pun masih lagi dalam proses memperbaik. Lepas nie InsyaAllah nak labuhkan dan tutupkan mana yang masih tak tertutup tu...Amin

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...