Friday, November 12, 2010

tangisan berepisod

Menangis adalah satu kaedah yang biasa digunakan oleh kanak-kanak untuk menarik perhatian ibu bapa, juga sebagai isyarat bahawa mereka berada dalam keadaan yang tidak selesa.

Zarin juga tidak terlepas daripada menangis, menangis dan menangis. Jangan tak tahu, tangisan zarin ada episodnya. Tetapi episodnya tidak la sama dengan drama indonesia yang ditayangkan di televisyen yang mengandungi beratus-ratus episod. Tangisan zarin hanyalah sekadar 3-4 episod sahaja.



Paling tak sangka, sedang elok bergelak ketawa, tak ada angin tak ada ribut boleh pula menangis bagai nak rak.



Apabila radio karat telah berbunyi, sedaya mungkin kami akan memujuk. Paling tak tahan, jika tangisan yang ada esakan dan rengekan yang pastinya mengambil masa yang lama untuk berhenti. Zarin kadang-kadang boleh dipujuk, kadang-kadang tak jalan juga pujukannya. Apabila tak makan dek pujuk, saya biarkan sahaja dia menangis semahunya. Pandai pula dia berhenti. hehehehehe...Apabila esakan dan tangisan mula berpanjangan, inilah pula episod sambungannya.



Sujud dilantai!!!! owh...ini paling tak tahan. Tapi bila kita rakamkan video perangainya yang tersangat "hensem" itu, tangisan yang tadinya dalam gear 3 secara automatik turun ke gear 1! malu agaknya. hahahahaha



Selepas itu, bangun bermain seperti biasa. Oh anak. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi dalam memujuk anak menangis. Saya ada terbaca satu artikel iaitu,

Untuk mengelakkan anak menangis dan mengamuk, ibu bapa dinasihatkan untuk tidak terus melakukan kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemop dan segala macam kerja rumah yang lain sebaik sahaja sampai di rumah setelah pulang dari kerja. sebaliknya ibu bapa perlulah meluangkan masa sejam untuk bermain dan memberikan sepenuh perhatian kepada anak-anak sebaik sahaja mengambil mereka di rumah pengasuh atau neseri.

9 comments:

  1. kajian y ida paste kan 2 mmg betulll...sara pn klau blk dr neseri xleh trs kne tinggal..kne spent time ngn die utk main2, br leh g wat kje...klau dpt ajak main kt park lg la perangai akn jd sgttt baik...erm...kesian mrk, lama di neseri..memerlukan ksh syg y tinggi..

    ReplyDelete
  2. ejan: betul tu. zarin pun kalau sampai rumah mesti nak melencong ke taman dulu. nak selamat berhenti depan lif, turun, baru papa parking kete. hihihihih

    saya pun amalkan cara tu, mmg berkesan dan kurang mengamuknya. sekarang dia dh pandai ckp dgr je la dia ngadu kawan-kawan dan neseri. :)

    ReplyDelete
  3. Tah tahan betollll tengok Zarin sujud kat lantai mwahahaha.. sampai camtu skali dia nanges hihi

    ReplyDelete
  4. yananuar: kalau dah start sujud nie mmg mkn masa la nak benti. sampai basahla lantai dek air mata...huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  5. klu anak menangis tu mmg ada benda yg tak kena tp dia x tahu nk luah.. kita pula x tahu nak faham.. itulah cabarannya dgn anak2 ni kan.

    ReplyDelete
  6. Lucu Banget ya anaknya...???

    Salam Kenal dari Surabaya Indonesia..

    Coment balik di Blog aku yaa..??!! Thanks.. :D

    ReplyDelete
  7. heheeh comel la zarin ni...
    nangis siap sujud dilantai la...anak sy blum stage tu lg....

    ReplyDelete
  8. Hanis Azla: betul tu. kadang-kadang dah geram dan x sabar, kita turut menangis sama sebab dah letih dan buntu memujuk. Tapi sebenarnya jika kita turut menangis, anak akan lagi menangis sebab ketakutan

    ReplyDelete
  9. kang Yudhie: salam kenal. terima kasih sudi menjenguk blog saya.

    ok, nanti terjah!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...