Thursday, November 25, 2010

Boroi : tanda isteri pandai menjaga suami????

Perasan tak, kebanyakan lelaki yang berkahwin akan mengalami masalah boroi atau lebih manis dipanggil perut maju ke depan. Dan ayat yang selalu didengar atau diperkatakan apabila perut suami maju kedepan ialah

“Pandainya jaga suami, sampai sihat camtu perut dia”

Habis kalau memang yang jenis kurus kering bererti tidak pandai menjaga suami kah??? Hairan juga saya. Sejujurnya saya tidak seberapa menggemari jika suami saya boroi. Bukan apa, terasa seperti mencacatkan penampilannya. Bukankah tugas isteri juga untuk menjaga penampilan suami?? Kihkihkih


pic dari google. tq so much :)

Kebelakangan ini, berat suami saya naik mendadak dan kelihatan seperti berpotensi untuk boroi. Owhhhh!!! Sungguh susah hati. Akhirnya saya menasihati suami supaya menjaga pemakanan. Bukan apa jika dah boroi, memang susah la nak turun. Nanti dia juga yang tidak selesa.

Memandangkan beratnya dah semakin naik, jalan penyelesaiannya ialah

dapur comelku dibekukan tahun ini daripada membuat sebarang jenis kek bagi memberi laluan kepada lemak-lemak tepu dinyahkan dari badan. hahahhahaha!!!

Saya ada terbaca satu artikel kalau tak silap begini katanya,

jika perut lelaki boroi tu lembik, masih berpotensi untuk kembali ramping, namun jika perut tersebut keras seperti batu, memang susah untuk kembali ke bentuk asal. (betulkan jika saya tersilap yea sebab dah ingat-ingat lupa) - Lepas ni sila tekan perut suami anda, sama ada keras atau lembik...hikhikhik

Teringat pula semasa di university dahulu apabila duduk berborak-borak dengan kawan-kawan tentang ciri-ciri suami yang diiginkan.

1. Ada yang nak lelaki berkulit gelap, tinggi dan berjanggut (saya la tue),
2. Ada yang nak lelaki bermisai, pakai spek, berkulit cerah
3. Ada yang nak hidung mancung, tidak merokok, orang kaya dan macam-macam lagi.

Namun masing-masing taknak lelaki boroi. Paling tak tahan,

“isk, tak nak la yang boroi. Tak larat nak gosok perut nanti”

Hahahahahah!!! Pecah perut kami ketawa!!!

8 comments:

  1. btol2...boroi susah nak turun dah..
    cam laki den..hahahaa

    ReplyDelete
  2. laki sye mmg boroi dah..tp la nie kurang dah ckit..sye paksa g gym..mlm no more makan2 nie..malam kena mkn buah ja..cian kan..

    ReplyDelete
  3. sape soh mama masak sedap2...hahaha. lain kali pos kt melaka sama..

    ReplyDelete
  4. bonda mawar: ahahahaha..tu la, sebelum laki den boroi, baik den control dulu, :)

    ReplyDelete
  5. ain comey: bagus la tu, dia nak g gym. xpe, dera suami untuk kebaikan..kihkihkih

    ReplyDelete
  6. chor ayu: mana ada sedapnya, biasa2 ajelah ayu..hikhikhik... nanti kami poskan. ikan masin boleh?? :P, tahan lama

    ReplyDelete
  7. betul tu ida...kalau dah boroi memang payah nak turun....tengok ajer suami akak...dulu kurus ajer...sekarang ya allah....lagi kita suruh dia kurus lagi dia nak makan banyak2....tak tahulah...

    ReplyDelete
  8. suraya: ahahahaha..
    azuan patut dicegah sebelum parah :P

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...