Monday, November 1, 2010

chocolate cheesecake with strawberries

Besday saya tahun agak istimewa kerana saya sendiri yang membuat kek untuk diri sendiri. Eh, aci gitu??? hahahahaha..memang saya sekarang tengah kemaruk untuk membuat kek. Mula-mula saya pening juga memikirkan nak buat kek perasa apa. Kemudian, saya terfikir untuk membuat chocolate cheesecake memandangkan suami saya suka cheesecake.

Kemudian, apa lagi, berdesup saya ke Bake With Yen untuk membeli bahan-bahannya. Perasa kek sudah selesai, pagi sabtu saya masih ding dong untuk menghias kek yang bakal saya buat nanti. Mula-mula nak bubuh ceri, tapi kene buat icing, rasa macam malas pula. Kemudian terfikir untuk menghiasnya dengan strawberi. Apa lagi, sekali lagi saya meminta suami untuk ke cold storage untuk membeli strawberi yang besar-besar dan merah-merah..hehehehe..

dan inilah hasilnya

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V



Nyummy!!

Tapi saya sedikit kecewa kerana strawberi yang dibeli suami tidak terlalu merah. Tapi oklah daripada tak ada langsung.

I'm 28!

Owh, saya sudah 28 tahun rupanya. Ingatkan baru 18! ehehehehehe...tiba-tiba terasa macam muda belia :P



Jemput makan


Suami saya memberikan 5 bintang untuk kek ini. Katanya sangat sedap dan tak hairanlah jika dia mampu menghabiskan 2 potong kek dalam satu masa, besar-besar pula tue.

Zarin pula, belum siap kek lagi dah mintak nak makan.


Inilah dua ayat yang keluar dari bibir comelnya

"sedap mama, nak agi"
"eri acam, tak nak"

Eheheheheh...saya sendiri tidak tahu nak namakan apa kek ini, jadi saya meletakkan nama kek ini chocolate cheesecake with strawberries... ahahaha..suka hati je

6 comments:

  1. sedapnya....boleh ke kongsi resepi...
    mmg nmpk kek 5 bintang!!

    ReplyDelete
  2. "eri acam, tak nak". pandainya zarin!

    ReplyDelete
  3. Nidza: boleh takde masalah. tapi rasa malu pula bila nak tulis, sebab tak pro..main buat je..hahaha

    ReplyDelete
  4. kak diey: hahahaha...mulut dia mmg mcm bertih goreng..byk ckp sekarang

    ReplyDelete
  5. nuyue: nanti daku tulis entri lain yea.ingat nak buat lagi weekend nie :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...