Monday, November 29, 2010

Ekspresi wajah berepisod

Sudah berminggu-minggu projek untuk menggunting rambut Zarin ditunda ekoran daripada kesihatannya yang tidak mengizinkan. Kesian Zarin, rambutnya yang panjang dan ikal itu seakan-akan membuatnya tidak selesa.

Saya pula semakin tidak selesa apabila setiap kali mengambil Zarin di neseri, rambutnya berminyak yang amat, namun tersisir rapi. Nampak seperti sungguh busuk rambutnya bila disapu minyak sebegitu (kes mama tak suka anak pakai minyak rambut :P) Mungkin juga teachernya 'terpaksa' meletak minyak supaya rambutnya tidak kembang dan menggangu emosinya ketika bermain.

Jadi, untuk mengelakkan Zarin disapu minyak yang berlebihan lagi, saya dan suami terus membawanya ke Kwikcut, The Curve untuk menggunting (sebenarnya merapikan) rambutnya yang dah berserabai itu, hihihihihi.

Mula-mula sampai di IKEA, Zarin sudah seronok. Menggalas begnya, dan tidak ketinggalan capnya juga dipakai. Suami menurunkan kami di depan pintu masuk IKEA sementara beliau mencari parking. Semasa berjalan-jalan dengan Zarin, saya beberapa kali memberitahunya yang rambutnya akan digunting sekejap lagi.

Suami saya menelefon dan berkata sudah menunggu kami di Kwikcut. Apalagi, saya dan Zarin bergegas ke sana. Nasib baiklah orang tidak ramai. Ketika sampai di sana, Zarin yang tadinya aktif bertukar muram dan minta didukung. Mungkin sudah tahu yang rambutnya akan 'dikerjakan' sebentar lagi.



Ketika meletakkan Zarin di dalam kereta mainan, tangannya kaku, langsung tidak mahu memegang stereng kereta, tidak seperti sebelumnya, pantang nampak kereta mainan sebegitu, pasti laju tangannya memutar stereng. Setelah tukang gunting meletakkan kain hijau dilehernya, Zarin sudah tertunduk diam.



Kemudian, matanya sayu memandang saya dan suami, menagih simpati. Kelopak matanya mula merah. Sudah ada tanda-tanda mahu menangis, tapi di tahan. Makin ketara apabila gunting tadi begitu ligat mencantas rambutnya.



Bibir yang tadinya masam menjadi bertambah labuh dan terjuih. Semakin lama semakin labuh. Suami memujuknya berkali-kali. Dia masih boleh bertahan. Namun sudah ada esakan kecil.



Namun apabila gunting menghampiri lehernya, uwaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Terkeluar sudah siren kecemasannya. Tapi kali ini tidaklah senyaring seperti sebelumnya. Orang ramai yang lalu lalang pula tidak ada yang memerhatikannya dari balik cermin kaca itu. Mungkin juga tangisan Zarin tidak menembusi bilik kaca itu...hikhik..

Setelah siap, Zarin cepat-cepat mahu turun daripada kereta itu. Terus sahaja memeluk papa. Mulutnya pula tak henti-henti menyebut "jom, jom, jom!"

Tukang gunting: Rambutnya cantik, panjang dan halus. Kalau simpan panjang mesti cantik, dia ada curl2.
Saya: Dia kecil lagi. Rimas nanti kalau berpeluh.
Tukang gunting : yalah. Nanti besar kasi itu panjang. Mesti cantik maaaa.
Saya: Ok. tanx ya
Tukang gunting: bye, bye adik. sudah siap, sudah hensem.



Inilah rupa Zarin dengan rambut barunya. Nampak matang dengan gaya rambut sebegini.

Selepas itu, kami terus jalan-jalan di The Curve. Memandangkan beg Zarin dah uzur, saya terus membelikan beg toy story untuknya. Seronok dia, bukan saja beg, pensel, buku dan macam-macam lagi alat tulis toy story yang diambilnya. Aduiiii anak-anak. Nasib baiklah buku dan alat tulis. Kalau mainan jangan haraplah mama nak beli banyak-banyak. :P

Kemudian, Zarin ikut papa, sementara mama pusing-pusing cari barang yang lain. Bila call, Zarin dan papa sudah pun duduk di kerusi dalam padini.

Mama: Zarin ngan papa buat apa kat sini?
Zarin: kunggu (tunggu) mama. sambil mengisi beg barunya dengan pensel dan macam-macam lagi.

Alang-alang dah ada di situ, sempat juga mama cuci mata tengok kasut vincci. Dapatlah jugak wedges sepasang...hikhikhik.

8 comments:

  1. alololo...zarin, takut gunting rambut yer?
    bila dah siap , sgt shomel ok! c

    ReplyDelete
  2. kak Fiza: mmg takut, lebih2 lagi bunyi vacum nanti...bertambah kuatla sirennya... hahahaha

    ReplyDelete
  3. hahha... kelakar!!! ok la tue zarin boleh bertahan. si eysraf... wakakka dari mula duduk smpai ke sudah melentun. adoii... tekanan!!!

    ReplyDelete
  4. hahha... kelakar!!! ok la tue zarin boleh bertahan. si eysraf... wakakka dari mula duduk smpai ke sudah melentun. adoii... tekanan!!!

    ReplyDelete
  5. hahha... kelakar!!! ok la tue zarin boleh bertahan. si eysraf... wakakka dari mula duduk smpai ke sudah melentun. adoii... tekanan!!!

    ReplyDelete
  6. comel nye zarin nangis....

    anak ku pn nangis g gunting rambut....

    ReplyDelete
  7. Gambat mulut terjuih tu comey betul hihi..maintain tegap je kepala tu tak bergerak2 kikiki..kelakarnyaaaaaa..

    Encem la Zarin pas siap gunting rambut =D

    ReplyDelete
  8. etiey: zarin suka wat ekspresi je. tp badan tetap keras macam patung...hahahahahha...tu yang sennag nak gunting tu...cuma kene thn telinga je la...kihkihkih

    ibudhani: hahahahaha, seua budak camtu kot. lebih kepada takut sebenarnya :)

    Yana: tu la pasal...bertambah hensem, nasib baiklah perangai x bertambah hensem..huhuhuhuhu

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...