Thursday, December 2, 2010

5M - rutin sebelum tidur

Memang bermacam-macam kerenah Zarin sekarang nie. Yang bestnya, aktiviti mengamuk aka bebal memang langsung sudah tidak ada dua minggu kebelakanagna ini. Syukur Alhamdulilah. Dan sekarang muncul pula aktiviti terbaru yang saya namakan 5M rutin sebelum tidur iaitu Membaca, Mewarna, Menulis, Melukis dan Menonton!

Setiap malam, lebih kurang pukul 9.00,mulut kecilnya pantas berceloteh:

"Mama, jom tulis."
"Alen nak tulis."
"Ambik beg Alen, etop (laptop), car"
"Kuku (Buku) Alo (pablo) Alen ane? "
"Jom, mama asuk (masuk) ilek (Bilik). "

Sebelum masuk bilik, Zarin pasti akan mendapatkan papa

"unite (gudnite) papa"
Kemudian salam tangan papa.
Selepas itu cium pipi papa...muaaaah, bunyi tak tinggal tu
"Sayang papa, bye"
"Jom mama."
kalau teringat baru ckp, ekom (assalamualaikum)


Owh sungguh cute ok!



Setiap malam sebelum tidur memang berteraburlah barang-barang Zarin atas katil. Buku, pensil, pen, pensel warna, mainan, laptop dan sebagainya. Dia sangat suka menulis dan melukis (sebenarnya lebih kepada conteng-conteng). Laptop mesti dipasang sama ada kartun The backyardigans, backkom, sesame street, super simple ABC,Upin dan Ipin. Dia akan bagitau yang mana yang dia nak tonton.



Saya paling suka mendengar dia berimaginasi/berinteraksi dengan gambar-gambar dalam bukunya. Antara ayat yang saya dapat tangkap ialah

"hai, sape? "
"hai, saya Alen "(sambil meletakkan tangan di dadanya)
"Nak tulis? "
pen? tulis?
"Nak catu boleh?" - (Sambil mengambil pen/pensel dan berikan kepada gambar, dan satu untuknya sambil menconteng-conteng buku itu)

Zarin juga akan menyuruh saya lukiskan, papa, mama, Alen, dan juga beberapa orang kawannya. Dia akan menyebut nama-nama kawannya seperti Put, Aish, Yaya, Wan gigit (kawannya yang selalu menggigitnya - hihihiihi), Cikgu Lili, Cikgu Yuyu (Ayu) sambil mengira jarinya. Mama pun mulalah melukis orang lidi. keh!keh!keh!

Kadangkala papa pun join sekali. Tetapi biasanya Zarin tak izinkan. katanya

"Papa Acauuuu!!!papa pi sane, piiiiii!!!!"



Namun bila kita bertanya

"Zarin wat ape tu?"
"Zarin cakap ngan sape?"
"mamaaaaaa, angan acauuuuuuu!!!!" (sambil menjerit)!

Begitu juga apabila kita menyuruhnya memandang camera! Memang marahlah jawapannya! hahahahahaha...lucu Zarin.



Tak lama selepas itu, dia akan ketawa dan malu-malu. Memang begitulah rutinnya saban malam. Kalau dah penat melukis, dia akan menari-nari sambil menonton kartun, lebih-lebih lagi The Backyardigans, kerana ceritanya berkonsepkan musical. Bila dah penat dan mengantuk mulutnya berkata lagi.

"Mama nak nenen."

Selepas itu, mengambil buku dan saya akan bacakan buku itu sehinggalah dia tertidur.
Bila dah tidur barulah dapat kemaskan balik buku-bukunya, masukkan dalam beg untuk dibawa ke neseri esok.

Sangat seronok melihat perkembangan Zarin. Oh, baby mama sudah besar!

6 comments:

  1. alalala..encemnya zarin ni..
    clever boy !!

    ReplyDelete
  2. mmg so sweet...bijak lak tu...meh auntie cium sikit...muaaahhh!!!

    ReplyDelete
  3. sgt comei zarin ni...
    bdk2 seusia ni mmg suke buku kan??
    sara skrg pn xnk dh mainan, lbh kpd buku, kaler..tp, kartun wajib!! bdk2 zmn skrg, laptop 2 dh mcm haksindri jer!!

    ReplyDelete
  4. ayu: tq2 :)
    skang tersgtla pandai mengacum...
    hinggakan cikgu2 dia pun duk bercerita..hahahha

    wahida: muachh, muaah utk auntie juga :)

    Ejan: Betul tu. memang bagus kalau minat buku, insyaallah minat Sara dan Zarin terhadap buku nie berpanjangan , amin :)

    Bab laptop jgn cerita la, asyik duk berebut. mama nga papa x leh share. mama kene guna laptop mama sendri, papa guna yang papa sendiri. Dia sorang je boleh guna dua-dua laptop tu. kalau tersalah amik,

    "mama, papa unyer"
    "papa, mama unyer"

    aduiiii, parah-parah!

    ReplyDelete
  5. hamboi2 si zarin tu...
    mmg rajin dan bijak. esok besar jadi anak yg boleh kenang ibu yer...heheh
    zarin, d hensem boy!

    ReplyDelete
  6. Kak Fiza: amin-amin. memang itulah yang saya harapkan :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...