Monday, December 27, 2010

Adik Zarin

Jeng, jeng jeng!!!!

Opssss, jangan salah faham ye. Zarin belum nak dapat lagi. Tapi nak cerita pasal Zarin dan perkataan “adik”.

Biasalah kalau budak-budak kecil kita pasti tidak terlepas dari memanggilnya adikkan? Begitu juga dengan saya. Kadang-kadang terpacul juga perkataan adik bila panggil Zarin. Nak dijadikan cerita, ada satu malam tu,

Mama: Cepatlah adik pakai pampers.
Zarin: Adik cape? (siapa)
Mama: Zarinlah adik. Baby Zarin sama dengan adik Zarin (sambil meletakkan tangan di dadanya)
Zarin: Ni Alen lah mama, ukan (bukan) adik.
Mama: Habis, mana adik?
Zarin: Adik keje.

Hahahhahahaha...lucu betullah la Zarin nie. Adik manalah yang pergi kerja tu.


Jangan marah mama, Alen gurau-gurau aje :P

Tapi saya tak nafikan, memang kebanyakan ibu bapa memanggil adik pada anaknya yang masih kecil. Lebih-lebih lagi jika baru mempunyai seorang anak. Tetapi sebolehnya saya tak nak panggilan adik terus melekat seiring dengan umurnya. Biarlah dipanggil Zarin aka Abang Zarin.

Abang Zarin???? Ermmm...Masa tersebut belum lagi muncul. Entah bila saya pun tidak pasti. Tapi dalam hati memang berkeinginan. So tungguuuuuuuuu!!!!!

Mama kata tunggguuuu!!!!


Kadang-kadang saya pun dah letih nak jawab bila orang asyik bertanya

Mengandung ke?

Bila lagi nak tambah?

Bila Zarin nak dapat adik????


Saya percaya rezeki datang daripada Allah. Dia Yang Maha Mengetahui. Saya hanya mampu berusaha. Insyaallah suatu hari nanti, saat tersebut pasti akan muncul. Insyaallah.


Biar Alen doakan untuk mama ye :) AMIN

Adik Zarin, oh Adik Zarin. Eh Abang Zarin lah. Eh, ape-ape je lah!

Pssttt: Dalam hati tak sabar nak tunggu Adik Zarin aka ZS Jr. :P


4 comments:

  1. adik keje? klaka la zarin ni...mesti comel masa dia sebut mcm tu kan?

    ReplyDelete
  2. hehe suspen jer baca tajuk nihh.. :D tu lah kan, orang sibuk bertanya jer, rezeki ni urusan Allah, kita hanya boleh mencuba dan berusaha.. lambat atau cepat insyaALlah ada rezeki.. :)

    ReplyDelete
  3. wahida: mmg klaka. saya pun gelak sakan masa dia cakp tu. heheheheheh

    ReplyDelete
  4. lady: Betul tu. rezeki daripada Allah sama ada cepat atau lambat, wallahualam :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...