Tuesday, December 21, 2010

Bomba datang berlumba-lumba

Semalam cemas juga dibuatnya apabila loceng kebakaran tiba-tiba berbunyi di kawasan rumah kami iaitu-kira-kira jam 10 malam. Pada mulanya kami ingatkan rancangan kartun yang ditonton Zarin. Tetapi semakin lama semakin kuat. Barulah perasan rupa-rupanya memang di kawasan rumah kami.

Tak lama selepas itu,neeeeenoooo, neeeenoooo, neeeenoooo.... bomba datang berlumba-lumba. Saya pada ketika itu sedang tidurkan Zarin. Dan suami pula turun untuk melihat apa yang berlaku memandangkan sudah ramai penghuni lain yang turun.



Rupa-rupanya, ada asap keluar dari salah satu unit kediaman di tingkat 18. Sebab itulah alat penggera berbunyi. Pihak bomba terpaksa pecahkan pintu unit kediaman berkenaan memandangkan penghuninya tiada di dalam. Setelah diselidik, rupa-rupanya asap tersebut berpunca daripada sebuah cerek yang sedang dimasak di atas dapur.

Dapat disimpulkan bahawa penghuni tersebut telah memasak air di atas dapur gas, kemudian keluar.Air tersebut telah kering!errrrmmmm...mungkin terlupa agaknya. Nasib baiklah tidak meletup. Jika tidak , tak tahulah apa akan jadi..

Apepun saya memang sudah cemas waktu itu, dalam kepala dah fikir nak selamatkan barang-barang apa. Dah la Zarin tengah tidur. Tapi syukur alhamdulilah tiada apa-apa yang berlaku. Jadi sebagai peringatan dan pengajaran, pastikan semua punca elektrik, atau api ditutup sebelum keluar dari rumah. Malang tidak berbau!


6 comments:

  1. eh, takutnyer saya dengar...saya pun pernah jugak cuai mcm tu...harap x berulang lg...

    ReplyDelete
  2. ayok...sebab careless org,kita jadi mangsa ni takut ni..

    ReplyDelete
  3. wahida: yeke? adusss, baik berhati-hati, bukan apa malang tak berbau! harap lps ni kita sentiasa beringat n double check bila nak keluar tu

    ReplyDelete
  4. Bonda mawar: tu la pasal...tu management dh tmpl notis dah. mmg cuak la. kalau pg buta dan org tengah nyenyak tdo camne? aduuuuiiii!

    ReplyDelete
  5. eeeiii takutnya! buat² meletup camne? huhuhuuu

    ReplyDelete
  6. wina: tiba-tiba teringat kes yang gas meletup tu...eeee...seraammmm. nauzubillah!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...