Wednesday, December 8, 2010

Dialah Raja

Wah, sungguh seronok Zarin minggu lepas apabila sepupu-sepupunya datang ke rumah daripada Alor Setar. Mula-mula sampai Zarin agak malu-malu. Tapi bila enjin dan warming up, DIALAH RAJA!



Gambar di atas ini ialah Kak Emy aka Mak Yam(anak abang saya). Tersangatlah becok mulutnya. Sampai-sampai terus naik kuda sorang sekor! Main riuh rendah hingga tatau nak dengar suara siapa.



Zarin pula sebagai tuan rumah memang menunjukkanlah sifat menakluknya itu. Habis Kakak, Abang Syafiq (adik-beradik, anak kakak saya) dan Kak Emy dibulinya. Nasib baiklah mereka ni jenis yang melayan dan lemah lembut apabila bermain dengan Zarin. Sebab itulah Zarin membuli mereka. hehehehehe



Zarin pun sangat seronok bermain hinggakan langsung taknak menyusu. Asyik nak main je. Pukul 1 pagi masih lagi riuh rendah suara mereka. Angkat masuk bilik, keluar. Masuk bilik keluar. haissss!! Fenin-fenin lalat kepala mama jadinya menahan mata yang dah jadi macam garfield tu.



Abang syafiq pula memang terkenal dengan seorang yang mudah tersentuh, dan berjiwa lembut serta manja. Zarin apa lagi, mengambil kesempatanlah. Bermain ala-ala ultraman. Tumbuk sana-tumbuk sini. Bila Abang Syafiq kene lepuk dek Zarin, dia berkata

"Tak apa, Zarinkan kecik lagi. Tak sakit pun, walaupun mata kadang-kadang merah juga".



Tetapi, apabila Zarin pula yang terasa sakit, mulut kecilnya lantas mengadu

"Mama, Abang Apiq wat Alen"
"Mama, Kak Emy malah (marah) Alen"
"Mama, kakak acau Alen".
"Mama, mama, mama, mama"



Dan ini pula kakak, baru darjah 5. Tapi tingginya masyallah mengalahkan maksu dan maklang yang sedia katik ini. Mungkin kerana umur dah semakin meningkat, tak adalah sibuk nak main ala-ala ultraman tu. Yang disibukkan mengadap laptop dan asyik mengusung camera ke sana ke mari. Nak jadi photographer agaknya. ehehehehe

Zarin pula, bukak je mata pagi-pagi terus nak abang syafiq, nak kak emy, nak kakak. Entah apalah yang akan berlaku bila balik rumah petang nanti kerana ke semua sepupunya telah pulang ke Alor Setar pagi tadi. huhuhuhuhuhuhu.. Harap Zarin dapat menerima kenyataan yang dia keseorangan hari ini. Nanti mereka datang lagi yea sayang.

Walaupun Zarin dah tak jadi raja lagi, Tapi Zarin tetap beraja di hati mama dan papa.
We love u so much baby!

psst: Sesuailah dengan maksud namanya itu Zarin Shah = Raja Emas

8 comments:

  1. zarin shah=raja emas. baru hr ni tau maksudnya..ehehhe, cayalah zarin! insya-Allah, kumpul 'emas' banyak2 tau,hehheh. alahai, abng syafiq, wajahnye, perangai nya berbudi bahasa, bagus2... w.pun dibuli zarin..aduhai...anak2 yg comel!!

    ReplyDelete
  2. bolatnye mata girl y 1st 2...cute gilak..kakak 2 series muke matured...lawa...

    ReplyDelete
  3. Nak Chuppp budak comey tu bulih?? (Kak Emy ngan Kakak) ekekeke.. cute bangat anak sedara mu Idazs =D

    ReplyDelete
  4. lawanya yang darjah 5 tu..
    ade ciri2 leh jadi model kalo tinggi lampai tu :D

    ReplyDelete
  5. cantik nyer mata & rambut that gurl..so sweet..;D

    ReplyDelete
  6. kak diey: insyaallah, yup, sbb tu dia suka kalau org yg pakai brg kemas byk2, mcm maklong dia..ahahahahha...

    ReplyDelete
  7. ejan: tq. mmg bulat mata dia, lebih2 lagi kalau jegilkan camtu..

    yana: seme dah kene chopp dh. yana lambat sgt. kehkehkeh

    ReplyDelete
  8. bonda mawar: darjah 5 dh tinggi dari saya, mmg akan tinggi lagi rasanya nanti...

    mrs. eady: tq so much :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...