Tuesday, December 14, 2010

Gara-gara mencuba susu formula

Baru-baru ini saya ada mencuba beberapa jenis susu formula kepada Zarin memandangkan pengeluaran susu saya agak merudum ketika itu. Oleh sebab itu, setiap hari saya bekalkan sejenis susu formula untuk dicuba. Sebenarnya susu fomula ini saya berikan sebagai top up jika susu ibu yang saya bekalkan tidak mencukupi sepanjang Zarin di neseri.

Antara susu yang saya cuba ialah pediasure, anmum, mamil gold, enfa kid, enfagrow dan juga dugro. Namun sangat mengecewakan, semunya ditolak oleh Zarin.

Apabila saya bertanya teacher Zarin.

Camne Zarin minum tak susu tue?

Tak nak minumla kak. Dia nak termuntah bila bagi.

Esoknya, lain pula jawapan yang diterima

Bila bagi susu tu dia cakap “Ni bukan susu Alen punyer”

Esoknya pula


“Zarin cakap, Susu bucuk, taknak”




Aduiii, susah juga hendak mencari susu yang sesuai untuk Zarin. Hampir seminggu juga saya mencuba pelbagai jenis susu. Tapi semuanya mengecewakan dan paling merisaukan apabila Zarin kerap membuang air besar iaitu kira-kira 4-6 kali sehari setelah genap seminggu mencuba FM! Sebelum ini hanya 1-3 kali sehari. Pada mulanya kami sangkakan Zarin terkena cirit birit.

Namun apabila dibawa berjumpa doctor, beliau menerangkan bahawa Zarin bukannya cirit birit. Mungkin tersalah makan dan perutnya tidak dapat menerima jenis-jenis makanan tertentu dan mungkin salah satu puncanya ialah susu formula yang kami berikan. Sebab itulah najisnya agak cair dan berminyak, berwarna pucat, dan berbau masam seakan kembong dan bukannya "semerbak" seperti sebelumnya. Doktor juga tidak memberikan sebarang jenis ubat, memandangkan Zarin aktif seperti biasa dan tidak mengadu sakit perut atau dehidrasi.

Sejak itu, kami terus hentikan percubaan susu formula dan susu saya juga masih lagi mencukupi untuknya, cuma hanya pada masa-masa tertentu sahaja. Nampaknya saya perlu lipat gandakan usaha untuk pastikan susu ibu mencukupi untuk Zarin.

Dan baru-baru ini, saya ada terjumpa Dutch Lady Kid di cold storage. Nampaknya kami suami isteri sepakat untuk memberikan susu itu kepadanya. Zarin pula sangat sukakannya. Ada tiga perasa yang boleh divariasikan iaitu susu penuh krim, strawberi dan juga coklat.



Saya tertarik untuk mencubanya apabila tertulis

“Peringkat awal zaman kanak-kanak di antara 1 hingga 6 tahun adalah peringkat di mana tumbesaran yang paling ketara dialami. Bagi menggalakkan tumbesaran lanjut dan perkembanagn, serta melindungi kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan Dutch Lady Kid yang mengandungi nutrien-nutrien penting seperti Magnesium, Kalsium, Vitamin A dan D bersertakan Protein”




Jadi tidak salah kiranya saya mencuba susu ini. Setiap hari saya bekalkan 1 kotak untuk Zarin. Saiznya yang kecil comel memang menarik perhatiannya dan sekotak habis sekali minum. Saya ada terbaca yang kanak-kanak seusia Zarin sebenarnya memerlukan 2 gelas susu sehari, lebih kurang 16 oz. Jadi bila dikira-kira, susu yang saya berikan sememangnya mencukupi untuk Zarin. Di samping itu, saya juga tidak ketinggalan memberikannya calciyum, cheese, yogurt dan juga soya.

Mungkin cubaan untuk memberikan Zarin susu formula diberhentikan buat sementara. Risau sekiranya Zarin kerap membuang air besar lagi. Lagipun Zarin menolak susu formula. Baru-baru ini juga, saya menerima panggilan dari Mead Johnson dan beliau menasihatkan saya supaya mencuba susu formula selang dua hari dan bukannya tiap-tiap hari, supaya Zarin dapat menerima rasa yang baru itu. Insyaallah akan saya praktikkan suatu hari nanti.



12 comments:

  1. yes dear,
    kalau zarin tak nak susu formula, better kenalkan fresh milk..
    ataupun, kenalkan makanan yg lebih byk kalsium utk tampung keperluan dia...cth2 sumber mknn yg diberikan itu mmg wajar..all the best..

    ReplyDelete
  2. try susu coklat.. OR pas stop nenen ayu, mmg pening pala la.. bg milo, dia suka.. tu yg try bg susu coklat.. trus mau... skang pun mlm2 minum milo secawan..ehehhe

    ReplyDelete
  3. try susu coklat.. OR pas stop nenen ayu, mmg pening pala la.. bg milo, dia suka.. tu yg try bg susu coklat.. trus mau... skang pun mlm2 minum milo secawan..ehehhe

    ReplyDelete
  4. mawar pun dulu rejek susu formula sebab dah breastfeed..
    tapi alhamdulillah masa kenalkan dengan nespray perisa madu, dia maintain suka..
    bagi FM pun sebab susu terus kering sejak preg 2nd baby..
    kalo takleh terima FM,cubalah fresh milk..
    much more better than any other milk (FM)..

    ReplyDelete
  5. sara lak agak sng menerima FM..stop BF mase umur die 1thn..kire macam die sumbat jela sume susu..hahaha...

    ReplyDelete
  6. ayu: tq so much :)
    yang terbaik untuk si manja tersayang!

    ReplyDelete
  7. ayu: tq so much :)
    yang terbaik untuk si manja tersayang!

    ReplyDelete
  8. ayu cho: susucoklat belum try lagi. insyaallah kalau xde choice akan dicuba. minum milo? wow! patutla rifqy membesar bagai johan :)

    ReplyDelete
  9. bonda mawar: anak yang BF ni agak memilih+cerewet agaknya. huhuhuhuhu. fresh milk mmg zarin suka :)

    ReplyDelete
  10. Ejan mapet: wow! bagusnya Sara. semua minum. tak pening kepalala mamanya memilih susu kan??? Zarin ni belum ketemu lagi yg dia suka. ermmmmm

    ReplyDelete
  11. eh, sama lah..

    anak aku pun takmo minum susu lain (walaupun sebenarnya di school dia minum - menurut kata cikgu)

    solution nya.. Dutch Lady Kid.. sekali sampai 3 kotak dibedalnya..

    ReplyDelete
  12. Pala Maldini: memang 2-3 kotak juga dibedalnya.. hehehehehhe.. ok la kalau nak minum kat school. ni langsung taknak. aduiii!!!!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...