Friday, December 3, 2010

Japanese Cheesecake resepi dari Kak Sue Aleen

Saya sangat sukakan japanese cheesecake. Sebelum ini saya pernah buat, tetapi tidak seberapa menjadi. Mungkin tersilap teknik dan adunan tidak sebati. Sudahnya jadilah japanese cheesecake ala bingka seperti gambar di bawah ini. keh!keh!keh! Tapi sangat sedap walaupun menjadi bingka ok! :)



Dan semalam saya mencuba lagi membuat japanese cheesecake ini setelah mengkaji teknik-teknik yang betul supaya menghasilkan kek yang gebu macam tuannya yang semakin menggebus ini.

Jom kita lihat resepinya.

Resepi kek ini saya ambil drp Kak Sue Aleen (FB). Sebenarnya saya banyak belajar daripada Kak Sue dalam mendalami ilmu membuat kek ini. TQ so much kak Sue :)

saya copy n pastekan resepinya di sini ye :)

4-5 keping cheddar cheese
200ml susu segar (ganti dengan susu cair)
4 biji telur
70gm gula halus
70gm tepong kek (ganti dengan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder)
70gm butter
masa penyediaan: 20min
masa membakar: 1jam

Cara-caranya:

1. koyak2kan ciz kecil2 dan campurkan dgn 200ml susu segar. masak dgn api perlahan, kacau selalu. masukkan butter,tutup api.*

2. asingkan telur putih dan merah. pukul telur putih dgn 70gm gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. kemudian pukul telur merah hingga kembang, masukkan dlm adunan ciz tadi ( 1 ).

3. masukkan tepong sikit demi sedikit, kacau perlahan. sekiranya berketul boleh di tapis. kemudian masukkan adunan meringue tadi. kaup dan sebatikan adunan.

4. lapik acuan 7x3 inci loyang bulat. tuang adunan kedalam acuan.

5. letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas. masukkan ke dalam ketuhar yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.

teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar.

* Ku blend je semua yang bertanda * ni termasuk kuning telur & tepung yang telah diayak dengan baking powder (1 sudu kecil). Kes tak de tepung kek la ni... kehkehkeh. Kan dah kata... mesti nak derhaka jugak :P. Pastu tak masak dah atas api plak tu.

* Elakkan kek mengecut dengan membiarkan ia sebentar di dalam oven selepas masak. Biarkan pintu oven terbuka sedikit selama 10-20 minit.

Dan inilah japanese cheesecake yang sudah menjadi. Alhamdulilah



Selamat Mencuba!

7 comments:

  1. perghhh..pasni leh trn ilmu...hebat dh ni..

    ReplyDelete
  2. ida,
    menjadi kekmu itu yer...
    hehe...
    akak nak cuba la... tapi, nak katanya, ida mmg rajin.

    ReplyDelete
  3. wahida: aduiii, x dapek nak nolong. Tengok gambaq je la nooooo...hikhikhihkhihkihkhi

    Ejan Mapet: Boleh tak ada msalah. tapi saya pun ,asih dalam peringkat belajar lagi. jom sama-sama belajar jom! :)

    ReplyDelete
  4. kak Fiza: cubaan kedua baru menjadi kak.
    Rajin??? mmg rajin. rajin kecahkan dapur. :P
    try la kak. mmemang sedap. kalau nak lebih menjadi kene tanya kak sue aleen :)

    ReplyDelete
  5. helo..nak tanya sket la, sy x pernah plak guna teknik letak air dlm dulang oven babnya takut blow up la.. tak pape ke?

    ReplyDelete
  6. han_kai_xin: hye, bukan letak air dalam dulang oven, tapi letak air dalam dulang yang lain, kemudian masukkan dulang untuk membakar tu. setakat ni saya buat tak ada masalah. sama juga bila kita buat cheesecake :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...