Thursday, December 30, 2010

Saya tak glamer!

Minggu ini sudah 2 kali saya tertinggal telefon di rumah. Biasalah kalau dah terlewat bangun pagi ditambah pula dengan rengekan Zarin memang bertambah haru biru lah. Bila dah terlewat bangun mulalah jadi macam lipas kudung. Bangun tidur seperti meloncat dari atas katil. Akibatnya pening kepala dan mual-mual dan terasa nak pitam sepanjang hari.

Bila dah kelam kabut mula tertinggal itu dan ini. Dan yang selalu tertinggal sudah semestinya telefon. Rasa macam dah ambil, tapi bila buka henbeg tak ada pula. Kerana mengejar punch kad, jadi biarkan telefon berehat di rumah. (Mana tahu dapat tolong kemaskan rumah ke?) :P

Mula-mula tak ada telefon terasa macam susah juga. Bukan apa risau jika pihak neseri call. Yang lain tu tidak menjadi masalah rasanya. Cuma yang geramnya bila encik suami mengusik ketika sampai di rumah,

“Kesiannya mama, satu miscall pun tak ada. Mesej pun daripada tesco dan iklan je”

Adeh, berasap telinga. Terus berdesup menjawab

“Biarlah. Saya bukannya glamer macam awak tu. Sape sangatlah yang nak call. Lepas ni saya nak pakai prepaid lah. Tak pun tak payah pakai telefon terus”

Ayat memujuk hati sebenarnya. Tapi memang saya akui, sekarang memang jarang saya mendapat panggilan dan mesej daripada kawan-kawan. Iyelah, masing-masing dah berhubung melalui alam maya. Jadi telefon memang sangat jarang digunakan untuk membuat panggilan. Selebihnya hanya ahli keluarga terdekat dan suami tercinta.



Tue pun suami saya nak mengusik-ngusik lagi. Eleh, macamlah zaman bercinta dulu dia rajin hantar SMS. Kalau saya dapat SMS sebulan sekali daripada dia pun dah kira bersyukur dah. :P

Tak perlu guna telefon bila orang yang kita sayang dah berada dekat dihati. (Aduiiii, lagi ayat memujuk hati yang lara sebenarnya). kihkihkih


6 comments:

  1. same la kiter..klau bgn pg, lewat 5min pn ade je kje y xleh siap...stp saat 2 berharga pd waktu pg...hehe..

    ReplyDelete
  2. hehehhe.. jue plak tepon ada 2.. satu canggih skit. satu g campak2 nyer.. hahahha.. semua ada dlm beg pink hnset tu.. kalo beg tu takder, dgn ic, lesen, card bank semua takder la.. wat masa la alhamdulillah lagi.. hehhehehe

    ReplyDelete
  3. haha.... kelakar..
    saya pun pernah ngusik husband cam tu... ada orang nak call dia ke... :P

    ala ida, kadang, dengan kawan2 sama tempat kerja pun macam lebih senang contact thru fb jek.... cepat dan pantas... :D

    ReplyDelete
  4. ejan : betul2. kalu lambat dah tatau nak bg alasan apa nanti bila surat cinta sampai.

    ReplyDelete
  5. Jue: wah syoknya ada 2. kak ida ni satu dh tak terlyn kalau dua lagilah kot :P
    oooo..bagus juga wat cam jue tue. letak dalam satu beg :)

    ReplyDelete
  6. kak sya: ya setuju sgt. Fb lg pantas dari segala-galanya :P

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...