Thursday, December 23, 2010

Quan Ice Cream & Coffee house

Pertama kali suami mengajak saya makan tengahari di Quan Ice Cream & Coffee House yang terletak di kampung pandan. saya sedikit tidak bersemangat. Bukan apa, saya tidak gemar untuk mencuba makanan di kedai baru, bimbang tidak menepati selera memandangkan saya agak cerewet bab makan. Tapi untuk tidak menghampakan suami, saya ikut juga memandangkan testimoni yang diberikan olehnya seperti menetapi selera saya 95%.

Namun memang betul katanya, kedai tersebut memang menepati citarasa saya. Kalau boleh setiap hari saya mahu makan di situ. Tapi melampau la kan? kalau tiap-tiap pergi, nanti muak pula. Tetapi setiap minggu saya pasti pergi 1-2 kali. heheheheh

Tengahari tadi saya ke sana lagi. Kali ini saya memilih set lunch yang mengandungi (air, nasi, sup dan juga 1 scoop ice cream) yang berharga RM9.90.



Terdapat empat jenis air yang boleh dipilih iaitu, jasmine tea, green tea, lemon plum dan satu lagi saya dah terlupa air apa. Saya menggemari green tea dan lemon plum, manakala suami saya lebih sukakan jasmine tea. Sebenarnya terdapat puluhan jenis air di situ. cuma di sini saya ceritakan apa yang pernah saya cuba.



Supnya pula boleh tahan. Sup herba kalau tak silap saya. Hanya satu jenis sup sahaja yang dihidangkan.



Dan ini pula ialah nasi daging masak halia + telur mata. Sebenarnya ada 3 jenis Set Lunch yang disediakan iaitu, Set A mengandungi nasi putih+sejenis lauk+telur mata. Set B pula Nasi goreng (pelbagai jenis seperti nasi goreng tomyam, nasi goreng kampung) + telur mata dan Set C ialah Nasi putih + Sup Fishball/tomyam/dimsum.


*pic dr google

Dan sebagai pencuci mulut, dihidangkan pula 1 scoop ice cream dimana ada lebih kurang sepuluh perisa yang boleh dipilih. Pilihan saya sudah semestinya mango dan suami pula Raisin. yummmyyy! Rasa tak cukup 1 scoop, dalam hati berkata "nak lagi, nak lagi!" :P

Memang tak rugi makan di sini. Dah la harganya berpatutan, menu pula pelbagai. Ada juga masakan ala carte seperti mee, koteow, hor fun, bee hoon dan sebagainya. Western pun ada. Saya sangat menggemari koteow cantonese. Tapi memandangkan saya ni "perut nasi" jadi niat untuk menikmati hidangan tersebut dibatalkan. Bukan apa, nanti pukul 3 @ 4 dan menggigil lutut lapar nasi. hehehehehhe...

Cuma yang tak bestnya, lunch hour memang ramai la orang! Tapi tempatnya sangat selesa. Saya bagi 9.5/10 bintang.



4 comments:

  1. adoi... terliur saya tengok gambo2 makanan dengan aiskrim tu... tapi, kenapa satu scoop aje? memang tak cukup.... hehe

    ReplyDelete
  2. ida samalah kita..susah sket nak try mknan baru,sbb takut nti beli tak tepati citarasa.hehe.hubby suka la try itu ini.

    btw,nmpk sedap makanan kat sini..hehe.

    ReplyDelete
  3. kak sya: Untuk set lunch tu mmg 1 scoop je. Tapi kalau nak lebih boleh order lain. nyum-nyum

    ReplyDelete
  4. ashra: tu la kan. kalau mkn tak sedap rasa nak nangis. Mula la bersungut sebulan. hihihihihi...

    mmg sedap sebab menepati citarasa saya. try la ke sana :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...