Wednesday, December 22, 2010

rutin!

Dulunya membaca dan menulis boleh dikatakan hobi atau aktiviti zarin yang paling digemari. Namun hobi tersebut telah menjadi rutin harian. Bukan saja mata nak tulis, nak buku, begitu jugalah kesudahannya diwaktu malam, tertidur sambil bermain-main dengan pen, pensel dan bukunya. Pernah suatu malam Zarin mengigau nak tulis dan buku, melompat saya dari katil cari buku dan pen bagi dia pegang, kemudian terus nyenyak. Aduiii, macam-macam budak-budak ni kan?

Baru-baru ini, di pejabat saya ada orang datang jual buku. Mula-mula saya sekadar tengok-tengok, namun terus terpikat dengan sebuah buku iaitu "Backyardigans" kartun kegemaran Zarin. Harga yang ditawarkan pun cukup murah iaitu RM22. Kemudian bila dah tengok macam-macam buku, mula terbeli yang itu, yang ini sebab memang murah.



Saya sempat berpesan kepada kakak yang jual buku tersebut supaya jika ada lagi buku Backyardigans jangan lupa simpan satu untuk saya. eheheheheheheh...



Dan port membaca dan menulis Zarin hanya satu iaitu atas katil. Tak kira pagi petang siang malam, mesti atas katil juga yang nak disepahkan. errrrmmmm, layankan saja sebelum amukan drakulatnya bermula.

Zarin pun dah pandai pegang pensil dengan betul. Nak colour masih tak berapa pandai, lebih kepada conteng-conteng. Tapi oklah bagi budak 2 tahunkan? hihi




Itu rutin yang positif. Rutin yang negatifnya ialah, setiap pagi sebelum ke neseri mesti singgah kedai. Beli roti, air (soya, milo, nutrigen dan sebagainya bersilih ganti), buku, komik, majalah. Total setiap pagi RM10-RM12...huhuhuhuhu...Letih nak melayan, kalau setiap hari memamg koyak poket juga. Tak beli kesian. Nampaknya rutin negatif ini perlu dikurangkan. Tetapi bagaimanakah caranya?????

9 comments:

  1. good boy zarin.
    tp kan ida, klau ida perasan,
    contengan pd buku zarin msti ade perubahan positif.
    mule2 die juz conteng segaris, pas2 conteng mule jd banyak, pas2 die dh tau nk conteng dlm kawasan (cth, gambar).
    2 y terjadi kt sara. walau sekadar conteng, tp, conteng ade makna.:)

    ReplyDelete
  2. ida..
    pandainye zarin..hehe..mmg lulus jadi menantu :p
    alya pon ada masalah yg sama..total habis kalau pi kedai RM10..penin tau..kalau tak beli,sepanjang jalan nangis je kot..aduhai..kalau pi shopping,dia nak buku..tak kisah,boleh je beli..tapi kalau selalu sgt..bisa koyak purse ibu..hehe :p

    ReplyDelete
  3. Ejan Mapet: yup, memang ada perubahan. memang dh boleh kaler2 gambar sikit2...cuma yang tak bestnya, kadangkala betis dan tangan mama turut dicontengnya... dah jd cam "harimau bintang" kata papa :P

    ReplyDelete
  4. sya: bakal menantu dengan anak sama je perangai. Pokaila kita besan oiiiiiii!!!! hahahahahahaha..
    tu la, kalau tak beli kesian, tak thn dengar tangisannya. Tapi hari ini papa dia pandai pujuk, jadi tak singgah kedai. Tp petang ni tatau la camne...kalau mama, memang sentiasa mengalah sbb tak sampai hati. tapi bila dah jadi rutin memang susahla nak ubah... huhuhuhuhuu...nasib! nasib!

    ReplyDelete
  5. sya: bakal menantu dengan anak sama je perangai. Pokaila kita besan oiiiiiii!!!! hahahahahahaha..
    tu la, kalau tak beli kesian, tak thn dengar tangisannya. Tapi hari ini papa dia pandai pujuk, jadi tak singgah kedai. Tp petang ni tatau la camne...kalau mama, memang sentiasa mengalah sbb tak sampai hati. tapi bila dah jadi rutin memang susahla nak ubah... huhuhuhuhuu...nasib! nasib!

    ReplyDelete
  6. pandainya zarin :-)

    itu la..tak beli kesian tp kalau hari² kite melayan demand dia, mau bankrap hihihi

    Kira x minat membaca, bagi la buku cartoon warna warni pun habis dia koyakkan tp dia suka menulis..tiap² hari mesti mintak "mama, nak tulis" :-)

    ReplyDelete
  7. bagus zarin, rutin yang sangat baik, pupuk anak2 kecil sukakan buku/ alat tulis. erm fasal rutin negatif tu, k.diana rasa, ok je da, janji dia tak beli makanan yg karut2 mcm cekedis. roti, air tu, elok la da...

    ReplyDelete
  8. wina: ya, bankrap kalau tiap-tiap hari. :P

    Beli buku yang kertas keras tu. Oklah Kira dah start minat tulis,Kira rulis ape yea? Zarin tulis garisan lurus, melintang menegak, bulat2..kadang-kadang mama lukis orang lidi. hehehehe... pssttt: Lepas ni Kira minat membaca n mewarna pula :)

    ReplyDelete
  9. Kak diey: stakat ni dia tak pernah lagi mintak cekedis. Tapi yang tak tahnnya poket mama nilah. RM10-RM12sehari. "gulp!" (telan liur)

    duit-duit di mana kau duit! :P

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...