Friday, January 29, 2010

sudah diganti

Jumaat yang dinanti-nanti telah tiba. Rehat yang panjang telah mengheret aku and the geng ke shoping complexs...
huhuhuhu...Hajat dihati untuk cuci mata sahaja dan makan-makan. Tetapi...jeng..jeng..jeng...

Sebaik tiba ditingkat empat, aku terpana melihat...SALE! SALE! SALE! wahhh..bahagianya....

Apalagi aku terus memulakan operasi, cari cari dan cari...


suka coraknya yang padaku English style..hihihi

Setelah puas mencari aku terjatuh cinta dengan gown/dress ini...Love at the first sight! *wink*

Tanpa berfikir panjang, aku terus membelinya. Alhamdulilah, akhirnya Hawa mendapat hadiah yang baru dari Mak Ngah. Sudah diganti. Harap tak kecik+singkat lagilah.

Aku memang fail kalau beli baju gurl-gurl nie. Tapi tak dinafikan jika keluar shoping, memang masa dihabiskan untuk melihat2 baju gurl-gurllah. Adoooiii, haru betul. Zarin mesti kena ada adik nie :P...


kalau ada size besar, sure aku pun nak pakai...comel

Inilah saja yang sempat dirembat olehku. Ingat nak cari seluar untuk joging, tapi yang berkenan color putih dan pink aje yang ada...malam ni lah serang JUSCO pulak. Sebab nak tukar DVD Zarin yang tersekat-sekat....mmmm...


sweetie chocolate = bebal+ngamuk

Ruzaimah : Kak ida, Zarin camne skang? lama dah tak tengok dia
Aku : Zarin ok je. Lagi tembam skang ni. Tak larat nak dukung. Cakap pun dah bolehlah sikit-sikit. Tapi paling best dah pandai ngamuk+bebal...adessss
Ruzaimah : ahahahahaha...rasanya dah tau ikut perangai sapa.. :P
Aku : hohohohohoho... Tak baik kak Rhu tau! Tapi camtu la yang Abg Azuan duk cakap pun!
Ruzaimah : Dah agak dah! ahaks

Itulah antara perbualaan kami petang semalam. Ah Kak Rhu, dikau mengimbau lagi nostalgia zaman pesta muda mudi dulu...hikhikhik


Zarin dan Auntie Rhu



Ciuman Rela+Paksa

Ruzaimah : kak ida, ingat lagi tak pasal roti tu?
Suhaida : hahahahahah...ingat-ingat mana boleh lupa!
Ruzaimah n suhaida : (ketawa terbahak-bahak.)
Ruzaimah : Tak pasal-pasal je

Diimbau kembali kejadian sweetie chocolate=bebal+ngamuk

Kejadian berlaku hampir lima atau enam tahun yang lalu. Ketika itu, aku sedang menunggu kekasih hatiku (suamiku kini) datang ke kolej untuk mengambil ku keluar. Waktu itu jam menunjukkan hampir pukul 11 pagi. Aku terus menelefon kekasih hatiku.

Aku : Awak kat mana? lambat lagi ke?
Kekasih hatikuu : Dah nak sampai dah. Lima minit lagi kot.
Aku : Ok

Kerana lapar, aku terus mengambil roti sweetie chocolate dan memakannya. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai. Dari 5 minit ke 10 minit, ke 15 minit tak sampai-sampai juga. Aku pun apa lagi, mulala bebal+ngamuk-ngamuk manja...ekekekeke...
Ketika itu juga, Roomate ku (Ruzaimah Latiff) sedang mengemas-ngemas bilik dan berjalan mundar-mundir didepan ku.

Aku: Kak Rhu, ambik roti nie! (cakap dalam nada marah)
Ruzaimah: Tak Naklah Kak Ida, dah kenyang la.
Aku : Bukan suruh makan! Suruh buanglah!
Ruzaimah : @%%#!(*#*&(@*)!



Roti sweetie yang menjadi makanan kegemaran semasa di KK2,UM.

Itulah nostalgia yang paling tidak dapat dilupakan. Disebabkan sikapku yang agak pembebal, orang lain jadi mangsa. Nasib baiklah Kak Rhu sudah memahami sikapku ini. Sayang Kak Rhu...muaaah..muaaah.. Tapi lepas kejadian itu, aku meminta maaf daripadanya. Perkara diluar kawalan. Tapi itu dulu. Sekarang aku berusaha untuk menjadi yang terbaik!

Tetapi nampaknya Zarin ada juga mewarisi sikapku itu...huhuhuhuhuhuhu....


Yummy...yummmy!!!

Apepun dah lama tak makan roti sweetie ni. Ada lagi ke kat pasaran sekarang???
roti sweetie dah serasi dengan kisah bebalku ini...tengok roti sweetie teringat aku, tengok aku, teringat roti sweetie...huhuhu

Wednesday, January 27, 2010

Happy Birthday Hawa Atiqah!



Semalam, 26 Januari 2010 merupakan hari lahir yang ketiga anak buahku Hawa Atiqah!
Ketika hampir maghrib, kak Ain menelefon dan mengajak kami datang ke rumahnya untuk menyambut hari lahir Hawa! Kami apa lagi, kelam kelibutlah jadinya. Hadiah pun belum beli...huhuhuhuuhu..ingatkan nak pergi time weekend!


Hawa Atiqah - birthday girl memakai baju yang ter"kecik" itu...

Selepas solat maghrib, kami terus keluar untuk membeli hadiah sekaligus ke rumah mereka di Taman Melati. Masa yang suntuk dengan gesaan daripada cik suami, "cepatlah sikit, cepatlah sikit" , memyebabkan aku tak sempat memilih hadiah yang sesuai. Akhirnya aku mencapai sehelai overall dan sehelai t-shirt untuk dihadiahkan kepadanya.

Malangnya baju yang kubeli sedikit singkat (kecik). huhuhuhuuhu..Kesian Hawa...
Nanti Mak Ngah beli baju lain ye!


Make a wish!


potong! potong! potong!

Apepun,
Zarin, Mak Ngah dan Pak Ngah ucapkan:

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!

Semoga Hawa menjadi seorang anak yang solehah dan menghormati orang tua

AMIN!!! :)


Nyummy..nyummy!

Terima kasih kepada kak Ain dan Abang Min sebab mengundang. Kek sangat sedap! Air kurma pun sedap juga! :)

Zarin pula tak kisah kat orang. Sibuk duk bukak almari, kemas dapur dan bermain basikal dengan kawan karibnya, Hani.


Abang Kassim dan Milah pon...pon..pon...

P/s : Teringat birthday Hawa tahun lepas, kami pergi ke Bukit Tinggi. Bila lagi nak ke sana yea????


Monday, January 25, 2010

Thank God It's Friday

"Thank God It's Friday!"

Itulah mesej yang dihantar oleh suamiku ketika kami berchat di FB, apabila aku bertanya, "nak makan ape malam nie?"

"Nak makan kat TGI ke?" tanyaku
"Yup, dah lama tak makan kat situ. Nak tak?"
"Okey"


Zarin dan Mama

Jadi seperti biasa selepas solat maghrib kami pun bersiap untuk ke TGI Friday di Hartamas Shoping Center. Memang sudah lama kami tidak berkunjung ke sana. Sekali sekala apa salahnya berubah selera. Hihihihih


Boneless wings


Setelah melihat menu, akhirnya aku memesan 2 course meal. Untuk appetizer, aku memilih boneless wings dan entrees pula fish n chips. Untuk Zarin aku tidak memesan apa-apa. Cukuplah sekadar berkongsi makanan mama. Nanti Zarin tak makan, kami pula yang kena habiskan. Memang sesuailah cogankata kami iaitu MEMBESAR BERSAMA ZARIN. ahahahahha



Fish n Chips

Suamiku pula tak boleh lari dari steak. Dia memilih sirlion steak+brocoli+mashed potato. Yang paling aku tak berkenan, sirlion steak medium rare...aiyakkkk......tak boleh diterima oleh tekakku...Aku kalau nak makan steak mesti well done. Hangit sikit pun takpe...Kalau tidak jangan haraplah aku nak makan.



Sirlion Steak

Dan seperti biasa, Zarin memang sah-sah tak nak duduk dalam high chair. Nak tak nak kena lah beriba. Makan entah kemana. Pendek kata hilang nikmat makan melayan kerenah Zarin. Itulah yang terpaksa dikorbankan apabila sudah ada anak ni.



Dessert

Selepas selesai menikmati hidangan, kami memesan dessert pula iaitu Chocolate oreo mint crunch dan strawbery parfait. Kami hanya perlu menambah RM6 dan boleh memilih dua jenis dessert. Okeylah tu. Walaupun dessertnya kecil comel, yang penting sedap! Memang berselara kami makan sehinggakan nak bangun pun terasa berat+penuh sangat-sangat perut nie. ahaks....



Sedapnya Zarin makan dessert tu



Comot sudahhhhh!

Zarin pula sangat suka dessert tersebut, lebih-lebih lagi oreo tu. Lihatlah bajunya itu, habis comot!!!!Apabila dipakaikan Bib, dibukaknya. So selamat menyentallah mama nanti...huhuhu...

Cadangan asal, sebelum pulang kami ingin ke Toys r us untuk mencari DVD kegemaran Zarin iaitu "The Backyardigans". Tetapi memandangkan baju comot+aksi terlampau Zarin yang semakin menjadi-jadi, kami terus pulang.

Tuesday, January 19, 2010

Pulut Durian

Jumaat yang lepas, sebaik sahaja aku membuka pintu kereta, tiba-tiba .....

"ummmmmphhhhhh" aroma buah durian terus menusuk lubang hidungku.

Mama : yang, beli durian ke? bau durian nie.
Papa : Takla, tadi makan aiskrim durian.
Mama : Tipu, kuat je bau nie...(kataku sampil menghidu-hidu bau durian yang menyelerakan itu)
Papa : hehehehe...ye lah. Dah mama teringin nak makan pulut duriankan? dah berapa minggu duk sebut-sebut. Tadi jumpa terus belilah.
Mama : Sedapnya pulut durian. Tak sabar nak makan. (kataku sambil menelan liur dan mengecap bibir. )



Inilah hasilnya

Selepas suamiku selesai menunaikan solat asar, buah durian terus dikopek. Zarin dengan gembiranya duduk didepan papa untuk melihat apekah buah yang berduri-duri itu.

Aku pula terus menanak pulut di dalam rice cooker. Sejujurnya aku agak fail apabila menanak pulut. Kalau tak lembik, mentah! Cara yang diajar oleh ibu mertuaku masih lagi tidak berani kucuba.

Caranya :
1. Basuh pulut, kemudian toskan.
2. Panaskan air di dalam rice cooker. apabila mendidih masukkan pulut dan kemudian buang air tadi dan tunggu sehingga masak.

Caranya memang senang, tetapi aku masih tidak konfiden untuk melakukannya. Jadi terpaksa menanak pulut seperti memasak nasi...ehehehehe....


pulut durian yang sedia untuk dimakan

Selepas solat maghrib, pulut pun dah masak dan santan telah diperah, kami menikmati hidangan pulut durian dengan berseleranya.

Akibatnya, sepanjang malam Zarin nenen tak lepas-lepas. Memang itulah yang aku sedari. Apabila makan durian Zarin kuat menyusu. Mungkin susu perisa durian+sedap, ataupun Zarin kepanasan +dahaga!



Mesti dan Wajib!

Setiap hari menjalankan rutin yang sama membuatkan aku sedikit bosan. Tetapi nak tak nak terpaksa buat juga walaupun kadang-kadang penyakit 'M' menyerang...fiyewwwww!!!! Dan inilah antara barang-barang yang mesti dan wajib aku gunakan setiap hari/minggu untuk anakanda tercinta....



Sebaik sampai di rumah, setelah menyimpan hasil EBM yang dipam ke dalam, aku terus merendam botol susu, puting dan juga breastpump. Untuk menghilangkan lemak-lemak yang terdapat pada puting dan botol susu itu, aku menggunakan pureen liquid cleanser mint flavor. Harganya juga berpatutan dan inilah produk yang menjadi pilihanku dari dulu hingga sekarang.



Selepas siap dibasuh, maka botol-botol susu+puting+pam hendaklah disteril. Bagi memudahkan kerja dan menjimatkan masa, aku menggunakan Little Bean Sterilizer combo pack yang lengkap dengan warmer untuk memanaskan EBM. Ada juga yang lebih suka menggunakan cara tradisional iaitu rendamkan dalam air panas, tetapi aku yang agak "M" nie memang tak sempatlah nak buat semua tu...hikhikhik alasan...



Untuk mencuci baju Zarin pula aku menggunakan pencuci jenama pureen. Baunya yang wangi dan tidak busuk+masam apabila direndam sehari menyebabkan aku terus kekal menjadi pengguna setianya. Hargapun padaku agak berpatutan. Baju bersih, berbau segar dan harum!!!! Dan paling penting tidak mendatangkan kesan alahan pada kulit Zarin.



Dan ini pula merupakan keperluan WAJIB Zarin. Setiap bulan kami menggunakan 3 atau 31/2 pek bergantung pada keadaan. Walaupun harganya agak costly, tetapi padaku menang membeli, menang memakai (eh, ade ke pepatah nie) ehehehehehe. Niat di hati teringin juga mencuba CD, tetapi memikirkan perlu membasuh insert, niat itu terpaksa dipendamkan dulu, lebih-lebih lagi apabila penyakit 'M' memang dan sebati dengan diriku nampaknya. :P

InsyaAllah, next baby akan ku cuba CD yang cute-cute dan colourful itu.

Mungkin apabila Zarin berumur 18 bulan akan kuajar menggunakan potty training dan ketika berusia 2- 21/2 tahun Zarin sudah bebas pampers! yeaaaa!!!!!suka-suka...

P/s: Zarin jangan jadi macam abang Syafiq, umur 6 tahun pun masih pakai pampers lagi...hikhikhik....tapi pada waktu malam dan jalan jauhla....

Wednesday, January 13, 2010

sebelum, sedang dan selepas

Sana sini ramai yang bercerita tentang cara nak kuruskan badan, diet, slimming centre dan sebagainya..

Semua ini mengingatkan daku kepada berat badan (idealku) dari dulu sehingga sekarang...hihihi


gambar semasa hanimun, rampingkan????ahaks

SEBELUM

Sebelum melahirkan Zarin, berat badanku dalam lingkungan minimum 45 kg dan maksimum 48kg. Makan pula sangatlah sedikit, sepinggan nasi tak pernah habis...hohohoho :p...
Kalau sehari tak makan nasi pun tak apa dan sangat cerewet dalam memilih makanan.. Banyak yang tak makan dari makan... seperti kata cik suamiku semasa kami 1st date "iskkkkk...tak boleh kawan la ngan dia nie, cerewet...tak boleh masuk" sebab kami makan koteow goreng kerang, semua benda diketepikan kecuali koteow... ahahahahahah
masa ini juga, size baju xs dan s seluar pula 25, 26, 27, ikut cutting....phewitttt... itu masa zaman anak dara, sebelum mengandungkan Zarin....


Menunggu hari untuk melahirkan Zarin



Muka yang tembam + hidung besar + bibir tebal

SEDANG

Semasa mengandungkan Zarin pula berat badan semakin meningkat seperti di pam-pam... 1st checkup berat 50 Kg. Setiap bulan purata kenaikan 1-2 kg, kadang-kadang 3 kg.

nurse kat KK selalu bebel dan pandai-pandai je tuduh cakap "nie mesti suka makan benda-benda manis nie".. Aku terus jawab "Saya tak suka makan benda-benda manis la".. terus diam...hihihih..pandai-pandai je...

Tapi kalu dengan Dr Yustina, dia senyum dan cakap "takpe..asalkan takde darah tinggi dan diabetes..."

Tu yang aku agak liat nak g checkup kat KK...sampai dapat surat warning lagi...ahaksss...

Tapi memang tak dinafikan, memang aku kuat makan masa mengandungkan Zarin. Dan paling best, semua benda aku boleh makan. Jika sebelum ini banyak sangat cikadaknya, dan sekarang tidak lagi. Salah satu sebab berat naik bagai dipam-pam ialah aku cukup suka makan nasi. Pagi, petang, siang, malam...MESTI NASI. Dan dalam pukul 2-3 pagi sempat lagi kejut cik suami ajak makan roti canai kedai mamak...ehehehehe...penangan mengandung!

Di hujung kehamilan, beratku mencecah 70kg. Seperti kata abang iparku "kembang semangkuk".."hidung hang awat jadi besaq, bulat"...cesss...



Selepas 6 bulan melahirkan Zarin


Semasa Zarin berumur 1 tahun


SELEPAS

Dan selepas melahirkan Zarin, beratku turun sedikit demi sedikit. Daripada 70 kg, seminggu selepas bersalin, 62 kg. Selepas pantang 56 kg. Kemudian turun lagi menjadi 50 kg. Dan semasa hari raya puasa tahun lalu, beratku 48 kg. Dan sekarang minimum 48 kg, maksimum 50 kg. Ketika melakukan ujian kesihatan baru-baru ini, berat badanku berada tahap berat badan ideal. Syukur alhamdulilah.

Paling best, perkataan 'DIET' tiada dalam kamus hidupku buat masa ini. Aku makan apa saja yang terlintas di depan mata. Cuma nasi memang wajib dimakan setiap hari. Jika tidak memang menggigil lutut...adoiii...perut Melayu katakan...hihihihi... Baju dan seluar pula masih boleh dipakai yang zaman anak dara dulu...yeaaaa!!!suka sebab tak payah beli yang baru...kalau tidak memang pokai juga la....huhuhuhuh

Cuma ada sesetengah kemeja+kebaya yang tidak boleh dipakai kerana size B***** yang segar bugar. Yang ini, memang tak dapat nak nolong. Yang lain-lain padaku semuanya OK!

Cuma selepas Zarin berhenti menyusu nanti, aku berazam untuk menjaga badan dengan mengambil beberapa jenis produk kesihatan dan jamu untuk kesihatan luar dan dalam...Insya-Allah...Risau juga sebab berdasarkan kepada keturunan, memang kami jenis yang kembang semangkuk selepas bersalin. So dengan ketinggianku yang agak terbatas ini, sesuatu mesti dilakukan...bukan sekarang, tetapi NANTI!!!!

*Note : Ada sesiapa yang ingin mengesyorkan produk ape yang bagus????

Friday, January 8, 2010

rindu aku rindu

"Jika aku punya sayap
sudah pasti aku terbang ke sana
arrrrghhhh!!!!!
rindu itu datang lagi...."

Ya, betapa rindunya aku kepada anak-anak buahku


Nur Emylda Safiya

Nama timbangan emy, tahun ini dah masuk empat tahun. Sangat petah budaknya. Selalu menyanyikan lagu "twinkle-twinkle little star" pada Zarin apabila kami ber 3G ataupun bercakap di telefon. Dan ayat tak tahan di dengar

"Maksu, emy nak baju guess dan kasut crocs"...adessss...pokai la maksu kalu dapat 10 orang anak sedara camnie...


Nur Aina Syafiqah & Syafiq Marwan

Syafiqah (kakak) dah masuk darjah 5. emmmm, cepat sangat masa berlalu. Dah jadi anak dara sunti dah. Selalu kami ber SMS. Sangat berkira (kedekut) lebih-lebih lagi berkaitan DUIT!...mmm..Tak taulah ikut perangai sape yang ini...setahu aku, kami adik beradik semuanya BOROS! hahahahaha

Syafiq pula, baru masuk darjah 1. Sangatlah lembut orangnya, bertolak ansur, manja dan sering mengalah. sangat meminati BEN10, Nike dan Arsenal. itulah yang selalu diminta apabila aku bertanya 'Syafiq nak apa?"

Tika dan saat ini, aku tersangat merindui mereka.

Rindu itu adalah....Anugerah dari Allah...
Insan yang berhati nurani...Punyai rasa rindu....

Wednesday, January 6, 2010

Meet Uncle Rogers

Sudah lama kami tidak bertemu dengan uncle Rogers. Dan semalam suamiku mengajak kami ke sana memandangkan telah lama aku ingin berjumpa uncle rogers lebih-lebih lagi menu dikedainya itu. Seingat aku last kami pergi ketika aku sedang mengandungkan Zarin...huhuhu...lamakan????


papa dan Zarin sebaik tiba di Kenny Rogers

Selepas solat maghrib kami pun ke hartamas shoping centre memandangkan di situlah kenny rogers yang berdekatan. Jalan pula tidak jam dan pengunjung di situ tidak ramai. Best-best...


Antara yang dipesan

Setelah meneliti menu, kami masing-masing memesan quarter meal blackpepper dengan 3 side dishes, 1 muffin. Minuman pula aku mango dan suamiku lemon tea.


Zarin telah menunjukkan aksi hebatnya!

Seperti biasa, Zarin memang suka menunjukkan aksinya ketika kami sedang menikmati hidangan. So memang susah kalau makan di luar sekarang. Jadinya, makan ke mana, minum ke mana. Pendek kata makanan tak sempat habis, atau habis tetapi tak sempat sampai ke perut terus pulang...huhuhu...nasib badan....

Tetapi, walau macam mana perangainya Zarin, papa tetap cool makan sambil melayan Zarin...hehehehehe...



Apepun memang kekenyangan la semalam. Tapi yang tak best, kami ni bukan boleh sangat makan ayam, sakit kepala. Semasa dalam perjalanan, sudah berdenyut-denyut kepala ni...Adoiii... selepas solat isyak dan iron baju terus kami tumbang...sedar-sedar dah pukul 6.00 pagi...hikhik...

Monday, January 4, 2010

Maclaren : Hinge Cover

Suatu hari, aku telah terbaca tentang bahaya stroller Maclaren yang boleh mengakibatkan bayi terputus jari. Pernahkan anda membacanya? Kalau belum boleh rujuk di SINI(ada beberapa blog, siap ada gambar baby putus jari, tapi dah terlupa kat mana...huhuhu).

Memikirkan hal ini, membuatkan aku susah hati. Bukannya apa, pepatah Melayu ada mengatakan "Malang Tak Berbau", "Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati",dan sebagainya. Berdasarkan inisiatif ini, suamiku telah memesan "hinge cover" untuk mengelakkan jari Zarin daripada tersepit. Dan Alhamdulilah, khamis lepas, hinge cover yang dipesan itu selamat sampai ke tangan kami.

Sila perhatikan gambar-gambar berikut;


sebelum



Selepas

Jadi kepada ibu bapa yang menggunakan stroller maclaren dan belum memiliki hinge cover ini, dapatkannya sekarang demi keselamatan bayi dan anak anda.

USAH BERLENGAH LAGI!

Note*: Hinge cover ni FREE tau. isi form kat SINI.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...