Thursday, February 25, 2010

potong! potong! potong!

Aduhai...susahnya la nak potong rambut anak terunaku yang sorang ini.
Pernah sekali kami cuba potong rambutnya, dah la duduk tak diam, hasilnya jadilah macam Abu Bakar Elah...Oh noooooo!!!!!sangat-sangat menyesal ok...Dah tak hensem dah baby mama nie...

Dan kali ini, aku bercadang untuk potong lagi rambut Zarin. Sebab dah panjang dan kerinting-kerinting. Rimas menengoknya. Lagipun rambut Zarin jenis yang halus dan lembut. Takkan nak botakkan. Nanti makan tahun la nak tumbuh balik...huhuhuhuhu... Tapi ada juga yang mengatakan stylo rambut Zarin kembang camtu...adesss...ape-apelah...

Tapi aku masih lagi mencari-cari kedai yang sesuai khususnya untuk kanak-kanak macam Zarin nie...Dah jumpa satu, tapi belum call lagi untuk appointment.


Zarin taknak jadi Abu Bakar Elah lagi, mama...

*psttttt: Nantikan kemunculan Zarin dengan style rambut terbaru ok! hehehehehehe.... bila????
sooooooon.....

Wednesday, February 24, 2010

istimewanya DIA!

Siapakah DIA itu?????? jeng...jeng... jeng....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

hikhikhikhikhik....Sebenarnya nak cerita pasal keistimewaan cik suami membawa aku dan Zarin makan di tempat yang best-best. Pendek kata memang kepakaran dialah dalam bab makan-makan nie. Pantang aku sebut nak makan apa, terus ada je idea dan tempat kat mana. Sangat best ok. Lagi best bila dia yang belanja.

Aku pulak jenis yang tak kisah makan kat mana, restoren mahal ke, tepi jalan ke, dalam hutan ke, atas bukit ke, india ke, mamak ke, semua aku telan. Yang penting sedap.

Seperti kata suamiku:

"Mama ni kan Zarin, Kalau bawak makan kat tempat yang tak sedap, tak kena selera dia, siaplah telinga ni duk dengar rungutan mama. Berbulan-bulan tak abis lagi. Tapi kalau tempat yang sedap, hari-hari nak p makan!"

Hehehehhe, saja je nak beramas mesra. Rungut-rungut manja tu :p... Salah satu cara nak eratkan hubungan suami isteri ape...hikhikhik


Tapi mama taknak jadi camni bila dah tua nanti...sob..sob

*pic from pakcik google. TQ so much!



Tuesday, February 23, 2010

itulah akibatnya

teringat kat Zarin la

Itulah SMS yang dihantar oleh suamiku..

hehehehe...Kenapa dengan suamiku ini???Lantas aku terus menghubunginya.

Mama: hello, Pasai pe?
Papa: la, saja..Takkan teringat kat anak pun tak boleh
Mama: Bukan tak boleh, tapi cam pelik je. hantar2 SMS lagi
Papa: saja je. Ok la ada keje nie...
Mama: ok,ok..itulah akibatnya....

hehehehe...itulah akibatnya kalau keluar malam, balik lambat. hikhik...

Aku dapat rasakan yang suamiku ini macam kesalkan sesuatu. Mungkin dia kesal kerana balik lambat dan masa balik tu Zarin dah tidur, tak sempat nak main, dan tidurkan Zarin seperti kebiasaannya. Dan Zarin pula asyik duk sebut papa, papa

Masih segar lagi dalam ingatanku ketika kami ke Pangkor dahulu, Kami tidur di bilik yang berasingan kerana lelaki dan perempuan asing-asing, subuh-subuh hari Zarin bangun sebab poo poo dan menangis. Tak semena-mena suamiku sudah tercegat dimuka pintu lantas mengambil Zarin dan mencuci poo poo nya...huhuhuhuh...tak tidurkan dia???cepat benar sampainya padahal Zarin baru je menangis...mmmmmmmmmmmm...Naluri seorang bapa...

Padaku pula, aku tidak kisah jika suamiku keluar berjumpa kawan-kawannya sampai lewat pagi, bukannya selalu adalah dalam 10 kali setahun. Tu pun jika ada hal seperti reunion, new year, bachelor party dan etc. Kahwin-kahwin juga, kawan tetap kawan. Bagilah peluang....hihihihihih...

Ok papa, itulah akibatnya. Next time tidurkan Zarin dulu baru keluar k...hikhihkihk




Friday, February 19, 2010

Happy birthday syafiq marwan!







Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy bitrhday to Syafiq Marwan,
Happy birthday to you...
muaaaachhhh

Mak su doakan Syafiq panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Menjadi anak yang soleh sesuailah dengan cita-cita Syafiq nak jadi Imam apabila besar nanti. Alhamdulilah, sejuk perut mak mengandungkan Syafiq!

jalan-jalan pekena mee udang!

Kalau dah memang kaki berjalan, campak ke mana pun sure berjalan juga! hahahaha...
Balik kampung ingatkan nak berehat-rehat, tetapi hasutan kuat familiku telah membawa kami ke Penang! Petang Selasa, kami terus ke Penang pekena mee udang di Sungai Dua!

Dalam perjalanan ke Penang, kami sepakat untuk ke Queensbay terlebih dahulu kerana masing-masing masih kenyang. Kemudian, barulah menikmati Mee Udang yang maveles itu. Pada mulanya, aku risau juga, banyak ke kedai yang buka sempena cuti CNY nie????Tapi dah namanya jalan-jalan, so jalan aje lah. hikhikhik

Sangkaanku meleset. Rupanya memang banyak kedai yang buka! wohhhhooooo... kami cuma window shoping. Cuma kakak dan abangku sahaja yang bershoping sikit-sikit. Queensbay ni memang tempat fevret merekalah kalau nak bershoping selain KL! Kat Aloq Staq tak ada choice langsung! huhuhuhuhuh

Dan inilah antara hasil yang berjaya ditangkap khas untuk anak-anak,


Ini kak emy punya, dah lama sangat nak baby tak dapat-dapat!


Ini Zarin punya - Mak Long belanja! TQ

Selepas hampir 2 jam di Queensbay, kami pun bergerak ke Sungai Dua untuk menikmati mee udang. Memang ramai orang di kedai itu. Menurut suamiku dan abang iparku, kedai mee udang yang terletak berhampiran jambatan ini sangat popular!


nyummmy...nyummmy!!!!!

Dan memang ramai orang pada malam itu. Kami menikmati mee udang dengan berseleranya. Mula-mula risau juga takut tak habis sebab banyak, tetapi tak sampai 10 minit terus licin...hahahahahaha...memang sedap!!!!!Next time kalau balik Aloq Staq sure kami akan singgah lagi di sini untuk pekena mee udang!!!! slurrrrrpppppp!!!!!

Tuesday, February 16, 2010

Sedim best!

Peluang berkumpul bersama ahli keluarga tidak dilepaskan begitu sahaja. Memandangkan semua adik beradik suamiku berkumpul (kecuali seorang) jadi kami bercadang untuk mandi manda di Sungai Sedim yang terletak di Baling (kalau tak silap akulah).

Memandangkan cuti umum, jadi memang ramailah orang yang berkunjung ke situ. Dan inilah juga pertama kali aku menjejakkan kaki ke Sedim. Seingat aku, kali terakhir aku ke air terjun ialah pada tahun 2000 itu pun di Bukit Hijau. Hampir sepuluh tahun ok. Memang cantik Sedim ni. Patutlah ramai orang!



Inilah kali pertama Zarin mandi air terjun. Airnya yang sejuk sehingga menikam tulang sum-sum langsung tidak memberi kesan pada Zarin. Walaupun bibir dah biru kesejukan, semakin galak mandi adalah. Nampak air je terus terkepak-kepak tangan. Begitu juga dengan sepupu-speupu Zarin yang lain. heheheheh..Budak-budak memang suka main air kan?

Seperti biasa, aku hanya menjadi pemerhati bebas. Malas nak mandi kat orang ramai. Segan dan malu (aku tersangatlah pemalu orangnya---ahaks). Lagi satu kene tukar baju segala bagai. mmm...biar zarin dan papa je la yang wakilkan mama mandi.



Hampir 2 jam lebih juga kami bermandi manda di Sedim. Seronok melihat telatah ahli keluarga yang lain bermain air. Dan Zarin pula tertidur semasa aku menyusukannya di atas batu berselimutkan tuala. Hampir patah tulangku mendukung Zarin yang beratnya 11.6kg ke kereta yang terletak hampir 200 meter dari tempat perkelahan. huhuhuhuhuuhu....Pampers dan baju pun tak sempat pakai. Nasib baiklah Zarin tidak pee pee... Tidur di sepanjang perjalanan pulang. Penat sangat agaknya.

Apepun, terima kasih pada mak mertua, dan Kak Ain yang menyediakan hidangan pada hari itu. Next time kita plan bercuti ke tempat yang lain pula. Harap lain kali dapat bermalam dan wat BBQ...seronoknyaaaaa!!!!!

Friday, February 12, 2010

alor setar with love

Alhamdulilah,

Akhirnya kami selamat sampai ke kampung halaman setelah hampir 3 jam setengah berada di atas lebuh raya. Adoiii lenguh meriba zarin dan kematu montot ok!





Sangat bahagia pulang ke kampung halaman, udara segar, nyaman dan tenang. Dan paling best dapat berjumpa kaum keluarga.

Hari ini kami hanya berehat, beramas mesra dengan kaum keluarga serta paling best menikmati air tangan ibu-ibuku...hihihihi...Hari ini di rumah mertua, esok pula dirumah keluargaku...begitulah rutinnya, check in check out..rumah dekat...hihihihi

Dan paling best dah tak sabar rasanya untuk menikmati Nasi Royal dan Laksa Teluk Kecai dan juga Mee Udang...Yummmy....

Hari ini jadi budak baik. Duduk kat rumah.

Esok sudah pasti terjah!!! terjah!!! terjah!!!!

Cuti seminggu confem moooncit perut mama...aiyakkkkkk!!!!!


Zarin tido bolehlah mengupdate blog...hikhik

Thursday, February 11, 2010

syiokkknya!!!!


Love Letter from WiddlyTinks.com



Wednesday, February 10, 2010

surprise!!!surprise!!!

Papa : Malam ni kita makan kat luar k
Mama : Ok. Tapi nak pegi OU dulu. Nak cari baju Zarin
Papa : Lepas tu la. Nak bawak makan kat tempat yang special
Mama : Special???kat mana?
Papa : Surprise!!!!!

Itulah perbualan kami di YM petang semalam.

Adusss..surprise-surprise ni la yang paling aku tak suka...Tapi dah namanya surprise tunggu je la.

Selepas solat maghrib kami terus ke OU untuk membeli baju Zarin. Yela, dah lama tak beli baju (eh lama ke) hihihihi dan kebanyakan baju Zarin dah kecil dan sendat, jadi apabila Zarin memakainya dah rupa macam body builder+hulk hogan pun ada huhuhuhuh... Sangat syok shoping baju Zarin kali ini kerana hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.


Dan inilah baju-baju yang berjaya mencuri hati kami.

Selepas itu, kami terus ke tempat yang dikatakan surprise oleh suamiku itu. Perut pun dah mula nyanyi lagu alternative. Boleh jadi gastrik kalau tunggu lama-lama.

Tidak lama selepas itu kami pun sampai di sebuah restoren yang diberi nama SUBAK. Rupa-rupanya inilah tempat yang dikatakan surprise itu. Memang betul-betul wat aku surprise!!!!Boleh tengok kat sini dan kat sini juga.



Berkonsepkan ala Bali, memang sangat cantik dan nyaman apabila menikmati hidangan di situ. Terletak di atas bukit dan dikelilingi tumbuhan yang menghijau, dengan alunan irama lagu yang menyedapkan halwa telinga, diterangi dengan cahaya lampu pelita dan lilin yang sangat romantik, tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa sudah pasti menggamit sesiapa sahaja untuk ke sana.

Tanpa berlengah, kami terus memesan makanan.


Subak Curry Mee with Fresh Water Prawns - papa punya



Ala Subak's Balinese Style Chicken Soto - Mama dan Zarin punya



Ibu Yati's gado-gado- kami punya

Makanan di sini juga sangat sedap..Nyummmy...rasa cam nak tambah-tambah. hikhik... Kami terpaksa bergilir-gilir makan kerana Zarin tak duduk diam. Asyik berjalan ke sana ke mari, dan yang menarik perhatiannya ialah buluh yang digantung, apabila ditiup angin akan berbunyi (terlupa orang panggil apa benda ni)



Padaku, tempat ini memang sesuai untuk pasangan yang ingin menyambut anniversary, birthday dan sebagainya. Sangat romantik ok! Dan papa berjanji akan membawa kami lagi ke situ. Tapi untuk waktu-waktu yang special seperti anniversary dan sebagainya, mungkin Zarin akan ditinggalkan...huhuhuhu...Bagi chance kat papa and mama bercintun jap!!! hihihihi





Next time, kami ingin menikmati hidangan pada waktu siang pula, boleh lihat pemandangan yang sangat cantik dengan lebih jelas, Owhhh..alangkah bahagianya kalau kami mempunyai DSLR...boleh wat photoshoot kat sana...(hikhikhik-boleh ke)

Untuk papa, thank you so much sayang. Tak sangka romantik juga suamiku ini...

* pic from eat drink kl. tq so much!!!

Monday, February 8, 2010

tag -----> Finding Love

uhuk…actually aku memang malas nak buat tag-tag nie. ..Memandangkan Ibu Omar Rifqy ada mention nama aku , so aku pun merajinkan diri untuk membuat tag ini. (Tak baik menghampakan permintaan ibu mengandung) ahaks…

1. First time jumpa your hubby bila dan kat mana?

1st time aku jumpa encik suami di Sekolah Menengah Agama Kedah. Masa tu kami sama-sama menyertai seminar pendidikan Prospect 2000-Rakan Masyarakat anjuran Universiti Malaya dan Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2000. Tapi menurut encik suami, dia dah lama usha aku, masa dia form 3@form 4 kalau tak silap. Cuma aku je yang tak perasan kehadirannya.

2. Love at first sight?

Yup. Memang 1st time aku jumpa dia kat Agama kedah t u terus aku jatuh cinta. Dalam hati terdetik, “Hensemnya budak lelaki ni, Inilah JEJAKA IDAMAN HATIKU ” . Dan masa tu juga aku sering bercerita tentang “JEJAKA IDAMAN” kepada kawan baikku Nanie.

3. Who is he when the first time you met him?

Pelajar tingkatan 5. Budak hingusan lagi masa tu…ahahahahaha

4) How long it takes for him to ask you out for a date?

Nak dijadikan cerita, sejak berjumpa di agama kedah tu, kerap pula kami terserempak kat luar. Selepas dia tamat SPM, dan tengah menganggur, asyik duk melepak je di Shoping Complex. Pada suatu hari, seorang junior bagi no telefon kata ada orang nak berkenalan. Selepas tu, aku dengan tanpa segan silunya menelefon nombor tersebut. (sebab dah tau tu no tpon JEJAKA IDAMANKU). Maka bermulala episode bersembang-sembang di telefon. Selepas itu, kami terserempak di shoping complexs, dia bertanya “NAK P MANA NI?" Aku terus jawab “TOILET”. Sebab time tu aku betul-betul nak terkucil…huhuhuhu…dalam sebulan lebih tu baru kami keluar bersama.

5. First place dating?

Sebelum declare ke? Kalu sebelum di Food Court Tingkat 4, City Plaza. Kalau Lepas declare kat McD, City Plaza jugak!!! :) … Teringat lagi dia tumpahkan air coke. Habis basah baju dia dan baju aku juga….huwaaaaaa!!!!gabra punya pasal kot!

6. How he proposed?

Memandangkan kami pernah pasang surut dalam bercinta, jadi dipendekkan cerita selepas kami couple balik, terus decide nak kawen. Tak nak lagi kehilangan di antara satu sama lain. Kami tetap tarikh, ambil cuti dan terus bagitau family nak tunang.

7. Special date with your hubby?

02 May 2002 – declare couple

04 May 2007 – Tunang. Mula-mula nak 02 may 2007, tapi sebab hari rabu, tunda ke 4 may 2007

16 Oktober 2007 – Kami dijabkabulkan

17 Oktober2007 – Kenduri dirumahku

18 Oktober 2007 – kenduri di rumah suami

17 Oktober 2008 – Zarin Shah dilahirkan.

8. Changes that he asked you to do?

Rasanya takde kot. Cuma suruh kurangkan sikit sifat marah-marah lebih-lebih lagi dah ada Zarin nie.

9. What is about him that you love so much?

TALL, DARK, HANDSOME ------> SETIA. PENYAYANG. PENYABAR

10. What is about him that you wish he would change?

Tak ade ape2 juga. Sebab dia dah “perfect” untuk aku. Dan aku lebih suka dia jadi dirinya sendiri dari dia jadi "ORANG LAIN” untuk memuaskan hati isterinya ini.

11. You will lose your mind and crack your head when he..

Bila cakap tak dengar. aku terpaksa ulang 2-3 kali. Dan ini memang pantang aku. Tak suka cakap ulang-ulang. (Walaupun biasanya aku yang cakap slow) huhuhuhuhuh

12. You will smile through your eyes for the whole day when he..

spend time with me n Zarin.

13. Complete below sentences, "My love towards my hubby is as big as..

Yang ni memang sukar untuk digambarkan. Pendek kata tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Cuma bolehlah diumpamakan sebagai dari kepala turun ke kaki, dan mengalir dalam darah.










* Sapa-sapa yang rajin dan ada masa bolehlah nak buat tag nie. :)


Friday, February 5, 2010

baby gurl?????

Neeeenoooo..neeeenooo...neeeenoooo.....
opsssss!!!!!!!!!jangan tersalah tafsir yea...

Semalam aku bersembang-sembang dengan familiku, maklumlah dah lama tak jumpa. Mereka datang kerana ada hal yang perlu diuruskan.Tapi dah balik lepas jumaat tadi...sob..sob..sob..

Zarin pula apalagi, sibuk lah duk main sampai tak mau tidur.Yang penatnya kamilah. Sekejap nak nenen, sekejap turun katil, keluar main, masuk bilik, keluar bilik, masuk bilik, nak nenen, bla...bla..bla...

Nak dijadikan cerita, Zarin telah tumpahkan air tin 'power root'. Habislah basah bajunya. Walhal baru je tukar tak sampai 10 minit...Adoiiiii....

Semasa suamiku sedang sibuk menukar baju Zarin, tiba-tiba:

Kak Mek : Nanti kalu hang pegnen, sure dapat baby gurl!
Aku: Yeke? Mana tau?
Kak Mek : Cuba tengok tek Zarin nie, dia terbelah. Orang kata kalu terbelah bakal dapat baby gurl, kalau tak baby boy.
Aku: Betul ke??? Tapi pernah juga dengar camtu
Kak Mek : Aku dulu camtu. Kemungkinanlah.
Aku: Wah bestnye. Lepas ni takyah beranak lagi. Dah dapat sepasang.
Cik suami: Aiii, takkan dua je?Tak boleh beli MPV la camni gak.
Aku: Okey lah tue. Tak suka la MPV!
Abang Rizal: Hang nak bape orang?
Aku : Tatau lah. Kalau ada rezeki ok je berapa pun. (ececece...tak kisah berapa pun)
Pak Lang : Tu dia...Zarin nak dapat adik....

Itulah antara dialog kami semalam. Zarin pula sangat suka tengok gambar baby kat majalah. Siap cakap-cakap lagi dengan gambar tu. Tapi bila aku tanya;

"Zarin nak adik tak?"

Terus digelengkan kepala...huhuhuhuu...Zarin-zarin, macam-macam kerenahnya.


Main kereta lagi bagus...voooommm..voooom

Padaku, tak kisahlah baby gurl ke baby boy. Yang penting dapat. (betul ke tak kisah, jauh didasar hati teringinnya nak baby gurl) hikhihkihhkihk...Insyaallah...

apapun, aku ingin berkongsi mutiara kata ini:

Kahwin tanpa anak samalah seperti memugar tanah tanpa hasil.
Mungkin tanahnya tak subur.
Mungkin benihnya tak menjadi.
Mungkin campuran antara tanah dengan benih itu tidak berapa kena.
Banyak tanah dari benih atau banyak benih dari tanah.
Semuanya boleh jadi.
Tetapi juga soal anak bukan soal tanah dan benih sahaja.
Kalau keduanya baikpun, kalau Allah tak izin, anak tak dapat juga.
(Shahnon Ahmad, Tunggul-tunggul Gerigis)


Tuesday, February 2, 2010

lunch @ chilis

Hari yang agak borink+tension di ofis telah membawa aku keluar berdating di Chilis mid valley. ahahahaha...Bukan borink tak tentu pasal, borink sebab ramai yang bercuti, dan berpuasa menyebabkan aku tidak berselera untuk menikmati makan tengahari di kafe seorang diri. Tension pula kerana PC ku asyik restart...Adoiiii...Dah la aku tengah siapkan laporan pasca projek. Sabo je lah....

So nak tak nak aku terus mengajak suamiku berdating (quality time)...ekekekekeke...Dah lama tak makan berdua camnie.

Alhamdulilah, orang tidak ramai dan kami tidak perlu menunggu lama untuk menikmati hidangan. Dan inilah makanan yang telah dipesan.








Sementara menunggu hidangan tiba,

Mama: Teringat kat Zarin lah.
Papa: Kalu Zarin ada taklah kita boleh duduk camni.
Mama: Saja lah cakap. Mana penah kita datang sini tanpa Zarin.
Papa : Jom kita tengok gambar Zarin dalam henpon nie. (Sambil ketawa)






Alhamdulilah, kenyang yang amat. Perut pun dah maju ke depan, terasa bagai nak pecah. Camne tak kenyang, air saja dah dua gelas...hikhikhik..Suamiku pula hanya menikmati chips kerana dia telah menikmati hidangan berat semasa breaksfast tadi...

selepas menikmati hidangan, aku ke JUSCO untuk membeli pasta ABC Zarin, dan juga span basuh pinggan. Malangnya, Pasta ABC OUT OF STOCK! hua..hua...hua...Balik nanti kene singgah Cold Storage pula.

Dan aku sampai di ofis ketika jam menunjukkan kul 1.58 PM.
Fuhhh..Nasib baik tak lambat! :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...