Wednesday, March 31, 2010

perut punca segala penyakit

Dua minggu kebelakangan ini, suami selalu mengadu, tak sedap perut, sakit kepala, kejang leher, pening, muntah dan sebagainya. Nak dikata alahan atau pembawakan budak, Zarin belum nak dapat adik lagi. mmmmmmm...kadang kala buntu juga memikirkannya.

Bila diselidik, rupa-rupanya gejala tersebut berpunca dari PERUT iaitu MAKANAN! Dan ini berlaku selepas beliau menikmati makan tengahari dan berlanjutan sehingga ke malam... ohhhhh...Sebenarnya ada beberapa kedai yang makanannya tidak sesuai dengan perut suamiku. Dan akibatnya dia mengalami simptom-simptom yang tersebut di atas. Dalam aku bertanya-tanya, sempat lagi dia buat lawak sengal

"Makanan tengah bertomoi dalam perut nie, tu yang muntah tu"

Adesss....

Bila aku suruh p check jawapannya.

"Tak ade apelah, salah makan je. Nanti ok la tue"

Yang peliknya, takkan la tiap-tiap hari macam tu kan????Nampaknya selepas ini suamiku terpaksa lah membawa bekal ke tempat kerja. heheheheheheh...sempat ke nak masak pagi-pagi???Nak siapkan makanan zarin lagi...mmmmm...

Dalam pada itu aku mencari info-info tentang simptom-simptom yang dialami oleh suamiku ini. Dah yang paling merisaukan, adakah suamiku terkena darah tinggi???Boleh rujuk dekat SINI. Tapi sikit sangat yang berkaitan.

Akhirnya aku membuat kesimpulan bahawa suamiku perlu menjaga pemakanannya. Perlu mengamalkan makanan yang sihat dan berkhasiat serta seimbang.

Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)

Atau mungkin juga petanda bahawa suamiku dahagakan 'air tangan' isterinya ini.Bagus juga tu, salah satu cara untuk mengeratkan hubungan suami isteri...hehehehehehehe...


kenapalah dengan aku ni???? harap semuanya ok...



Tuesday, March 30, 2010

saya dapat award la...TQ...TQ

wow!!!! saya masih lagi terkejut dan tidak dapat digambarkan perasaan gembira apabila menerima award nie...
assalamualaikum....
pertama sekali saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana terpilih. Terima kasih pada ahli keluarga yang banyak membantu karier saya selama ini dan tidak lupa pada kawan-kawan dan semua peminat yang mengundi saya...terima kasih banyak-banyak!!!!!!!!

opssssssssssssssss!!!!!!

alamak terperasan la pulak...ingatkan i artis fofular tadi...
hikhihkihkih...just kidding!!!!




so ni adalah syarat untuk terima award ni :-

alamak, dapat award pun kene jawab soalan dulu ke???ok...layan...

1. Thank & link the person that gave you the award.

Terima kasih pada mummyalya aka shasa dan yana kerana memberi award ini kepada saya. Saya sangat teruja dan terharu kerana inilah kali pertama dapat award macam nie...Tanx a lot...muahhhh!!!!!

2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic

- Kak dieyana
- Ayu cho
- etiey
- nuyue
- Nani
- Fisa Othman
- Kak Risa
- kak fatin
- kak Fida
- Najibah
- Lana
- Tini
- hati-ema
- kelly
- Aleeya Aneesa


3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award

ok...sedia menurut perintah..

4. State 7 things about yourself.

1. saya suka shoping
2. saya suka makan
3. saya suka meluangkan masa bersama keluarga
4. saya suka tidur
5. saya seorang yang cerewet
6. saya tak suka make up
7. saya tak suka cakap ulang- ulang


Now I'm passing this award to other bloggers with the most wonderful blogs:

so kawan-kawan, jangan lupa ambil award ini yea...

Tag 10 dari Nuyue :) TQ

Sudah lama aku tidak di tag. Dan tag kali ini datangnya dari Nuyue … Terima kasih banyak-banyak…saya suka!!!!



Untuk jawab tag ini ada caranyer..

Copy tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya (wow!!!bagusnya tiada bahasa rojak- salah satu cara meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu - sukaaaaa!!!!!)

[1] Siapakah diri anda di rumah?

Seorang isteri, mama dan juga tukang masak untuk Encik Azuan dan Si Comel Zarin Shah.

[2] Siapakah diri anda disamping rakan?

seorang yang kelakar, penyabar , pemurah, peramah dan sebagainya (semua yang baik-baik itulah saya) hikhikhik…


[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai

Banyak sebenarnya. Tapi biarlah masa yang menentukan. Dan dalam masa yang terdekat ni, saya nak DSLR, BMW, Iphone, BB dan ubahsuai rumah. (boleh kan papa???)

[4] Siapakah nama pasangan anda?

Mohd Azuan bin Ishak, tetapi lebih dikenali dengan nama Pa’aq. Kadang-kadang kawan-kawan dia pun keliru sama ada nak panggil Pa'aq atau Azuan jika saya yang menjawab panggilan telefon…hahahahah

[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda

Dia seorang yang tinggi
Dia seorang yang kacak
Dia seorang yang penyayang
Dia seorang yang penyabar
Dan paling penting hanya dia yang tahu menguruskan saya yang memang terkenal dengan orang yang banyak karenah ini… saya sayang dia….

[6] Bila tarikh anda couple?

020502


[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

kenangan pahit???ada ke???rasanya macam tak ade…semuanya manis-manis belaka…hikhikhik


[8] Lagu tema cinta anda?

kami tak ada lagu tema…Tetapi ketika kami berada di ‘zaman jahiliyah’ , dia ada menghadiahkan sekeping cakera padat dari peter pan. Sangat menikam kalbu...huhuhuhuhuhu...saya insaf


[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?

Perubahan rasanya tak ada kot. Dia sudah sempurna untuk diri saya .

[10] Tag 10 rakan ada yang lain

- Ayu Cho
- Kak Dieyana
- Kak Fatin
- Etiey
- Yananuar
- Kak fida
- Kelly
- Tini
- Nani
- Fisa othman

Sudi-sudilah menjawab tag ini... :)

Monday, March 29, 2010

Terjun lubang!

Sudah lama peristiwa yang agak memalukan ini tidak berlaku pada diriku...huhuhu...

Tapi baru-baru ini peristiwa itu kembali terjadi dan masih segar dalam fikiranku...

Tarikh: 23 March 2010
Masa : 9.00 malam
Tempat : Gerai roti nan (bersebelahan Ampang Point)

Sebaik saja satay dan roti nan siap dibungkus, kami terus ke kereta. Sebelum itu, aku membuka bungkusan satay kerana zarin dah merengek-rengek nak satay. Zarin memang peminat satay ok...Lebih-lebih lagi satay station, 5 cucuk habis. Tapi nie bukan entri pasal satay, satay nanti cerita di lain entri.

Nak dijadikan cerita, aku dan Zarin terkedek-kedek ke kereta. Sampai di kereta, Zarin terus kudukung. Sebaik pintu kereta dibuka.........

kebabooooooooommmm...

Peristiwa itu berlaku secara tiba-tiba. Sedar tak sedar sebelah kakiku dah masuk ke dalam lubang. Satu lagi masih di tempat pejalan kaki (kira macam terkangkang gitu.) Zarin pula masih erat dalam dukunganku. Rupa-rupanya aku telah terjatuh ke dalam lubang!!!!!huhuhuhu...

Nasib baiklah Zarin tidak apa-apa. Dan aku pula cepat-cepat bangun sambil memegang lutut dan kakiku yang tercalar akibat kerana terkena bahu jalan. Huhuhuhuhu...sakit juga kaki dah pinggang! Sudah lama tak buat aksi macam tu... Aku langsung tidak menoleh kiri dan kanan, tetapi cepat-cepat masuk ke kereta. Malunya jika ada yang tengok. (tapi pada pandanganku, masakan tidak ada orang yang melihatnya. Lampu cerah, orang lalu-lalang)...mmmm...MALU...

Di dalam kereta

Papa: Camne boleh jatuh? Pasai pe tak tengok dulu masa nak naik tu?
Mama : Manalah saya tau. Tak nampak pun lubang tu. Pijak-pijak terus je masuk lubang!
Papa : Sakit tak?banyak luka? sambil gelak-gelak bikin aku panas hati
Mama : Sakit gak sikit-sikit, lutut ngan kaki calar sikit.
Papa : Zarin jatuh lubang ngan mama ye? hikhikhik


Zarin terus gelak sambil tepuk tangan. Lepas tu terus makan satay lagi...

mmmm..sabo je lah...

cleaning in progress!!!



acchuuuuuuuuummmmm!!!!!!!!!!

adoiii...banyaknya habuk-habuk kat blog aku nie. Dah lama dah tak update...dah bersawang!!!!

Nak vacum sat habuk-habuk yang ada nie. Insyaallah lepas ni, bolehlah bersiaran seperti biasa.

Tungggguuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!


Wednesday, March 17, 2010

My dear friends......


Love Letter from WiddlyTinks.com


Tuesday, March 2, 2010

saja cari penyakit!!!!

Hari ni nak bercerita sedikit penyakit aku yang memang sukar untuk dikikis. Ibaratnya sudah sebati dalam diri, pendek kata kalau ada daki tu kira daki matilah, memang susah nak keluar walaupun sudah disental-sental.

Teringat masa mula-mula bertunang dulu. Aku keluar window shoping dengan kawan-kawan, ye lah, hari Jumaat rehat panjang, kalau tak merendek memang tak sah la kan... Hikhikhik... Alih-alih terjumpa satu sunglass ni, terus jatuh cinta dan tergedik-gedik nak beli. Tapi apepun, aku mesti nak tanya tunang aku dulu, kalu bukan tunang aku, sure lah kakak dan abang aku yang jadi mangsa menerima panggilan bertubi-tubi, nak beli ke tak, nak beli ke tak...hikhikhik.

Dan jawapannya sangat mendukacitakan,

"Esok saya p KL. Kita beli sama-sama, tunggu je lah esok."

Ye, memang aku boleh tunggu, tapi bila tak dapat apa yang aku nak terus je MIGRAIN kepala nie....argggghhhhh!!!memang itulah penyakit aku...uwaaaaaaaaa...




Dan baru-baru ini pula aku ke IKEA. Saja window shoping tengok-tengok barang dapur, tengok perabot, cari idea untuk bilik si kecik Zarin dan makan-makan. Tiba-tiba terbekenanlah pulak pada satu benda alah nie...Adoiiiii...Dah tak senang duduk dah aku dibuatnya sampaikan tak lena tidur malam tu...huhuhuhu





Sebab tu aku ni jenis yang tak boleh window shoping kot. Tapi kalau tak window-window tak meriah la pulak hidup ni...Nanti kalau ada yang berkenan, tapi tak dapat beli sebab harga terlalu mahal, tak ada size ke, tak ada stok ke dan macam-macam halangan, sudah pasti balik rumah nanti aku migrain dan tak boleh tidur malam. Huhuhuhu...Memang susah betul penyakit aku nie, tak ada penyakit, saja cari penyakit!!!!! apadaaaaaaaaaaaaa......

* tapi biasanya apa yang aku nak pasti dapat, cuma cepat dan lambat je...kene banyak bersabar sikit..kuikuikui
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...