Wednesday, April 28, 2010

-Kembali-

Setiap kali khabar ku terima
Ada teman yang dijemput pulang
ke rumah persinggahan sementara
Ada sedu sedan atau wajah duka
Mengiringi keberangkatan

ingin ku katakan
Ini cuma daerah pinjaman
Ditentukan oleh kadar waktu
Jemputan ini wajib dipenuhi
Sudah bersedia atau tidak
Relamu tidak dinanti

Inilah perjalanan terakhir
Menuju ke negeri abadi

Hati saya sangat sayu apabila membaca bait-bait puisi di atas. Lebih memilukan apabila baru-baru ini saya telah menerima berita bahawa seorang daripada teman sepejabat telah pun pergi meninggalkan kami. Tiada lagi sapaan mesranya

Da, sihat arini?
Anak sihat?

Oh, masih terngiang-ngiang lagi suaranya dimindaku...

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh...Amin...al-fatihah



********************************************
Dan semalam pula, saya telah termimpikan arwah abah yang telah pun setahun meninggalkan kami. Hadirnya dengan senyuman...memang sukar untuk dihapuskan dari pandangan mata dan kotak fikiranku kali ini. Betapa aku rindukannya...

Entah mengapa hatiku begitu sayu hari ini.. Air mata pula bagaikan murah benar untuk menitis...Oh Tuhan tabahkanlah hatiku....

Tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yang beriman...AMIN...

Hari ini, latihan nasyid berjalan seperti biasa. Dan esok pula hari pertandingan bakal menjelma...Mudah-mudahan hatiku tabah, tiada air mata yang gugur apabila aku mengalunkan setiap patah perkataan lirik tersebut yang sememangnya berkisar soal keberangkatan yang tak kembali......

hayatilah lirik ini,

Saat menghantar dikau pergi
Berat hatiku melepaskan
Keberangkatan yang tak kembali
Tidak terdaya ditangisi

Kutabur mawar nan mewangi
Kukirim rindu yang mengharu
Pemergianmu takkan berganti
Abadilah kau dalam mimpi

Tinggal engkau sendiri
Rimbun kemboja memayungi
Setelah engkau pergi
Aku merindu sepi
Pedih sungguh terlerai kasih
Doa dan salam kukirimkan
Moga damailah kau abadi

Daku yang tinggal belum pasti
Menyusun langkah pasrah diri
Bagai musafir menanti takdir
Meredah jalan penuh getir.

lirik ditulis oleh :Salmiah Ismail



++pic dari google, TQ++


Monday, April 26, 2010

Uncle William --------> William Hung????

Uncle Williamm?????

William Hung?????

Oppsssss...saya bukan nak bercerita tentang William Hung yang pernah popular dengan lagu She Bang suatu ketika dulu yea. Tetapi saya ingin bercerita tentang kedai makan William yang terletak di SS4.

Sebenarnya, william merupakan kedai fevret saya dan suami. Saya pernah mengidam hendak makan nasi goreng ketam di sini, tetapi entah mengapa semasa mengandung, kami tidak pula ke sana. huhuhuhu

Okeylah malas nak bercerita panjang, sebenarnya di william, terdapat berpuluh jenis makanan yang sangat sedap okey...yea...sangatttttt sedap...dan yang penting harga berpatutan.

Sebenarnya, menu fevret kami ialah spagethi seafood dan juga nasi goreng ketam. Tetapi hari itu kami ingin mencuba makanan lain pula. Dan inilah yang diorder ketika kami berkunjung ke sana baru-baru ini


air mango small - RM4


blurberry yogurt small - RM4


lasagna meatball - RM20


Nasi goreng pattaya sausage- RM10

Yang istimewanya di sini, menu ditulis menggunakan kapur di atas dua keping papan hijau jadi, kita sebut sahaja nak makan makanan jenis ape, western, nasi, roti, mee, semuanya ada. Sebut sahaja, dan nanti mereka akan suggestkan ape yang patut.

Dan kalau yang suka diet-diet tue, mungkin kena fikir banyak kali, kerana makanan yang dihidangkan adalah bersize XL...Jadi jika risau tak habis, eloklah order satu makanan sahaja untuk dikongsi bersama. Lagi mesra dan romantik. hikhikhihkih

Hepi besday Ayip!!!

Cuti hujung minggu tidak sah jika tidak diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik.
Dan semalam, kami telah mendapat undangan ke majlis hari jadi Syed Arif Iskandar aka Ayip bertempat di Taman Danau Desa.

Untuk Ayip auntie ida ucapkan

Happy 1st Birhhday Ayip Sayang!
Semoga diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleh...AMIN


Syed Arif Iskandar aka Ayip - Besday boy

Selepas membaca doa kesyukuran, acara potong kek pun bermula diikuti dengan acara makan-makan...hohohohhohohoo!!!! mama suka time makan-makan nie.


Acara memotong kek

Pelbagai jenis hidangan disediakan, dan yang paling menyelerakan ialah, masak lemak ikan masin+nenas...memang sangat sedap, mama makan bertambah...hikhikhik...memang ke laut lagilah diet mama kali ini....


Mama dan Zarin yang baru bangun tidur

Dan yang paling best sudah semestinya berjumpa dengan kawan-kawan seperti Ummi Ayip, Kak Risa, Kak As, Ann,Wina, Lidia, Nuyue, Villian, Sya,dan juga Jueliza...(opsss..sori ye kalau ada yang tak tersebut nama)


Wina dan si comel Kira



Kak Risa, si comel Mia (suka wat aksi mulut) dan Jueliza


Ann, Lidia dan Wafa

Kami pulang ketika jam hampir 3.00 petang, Sedih juga tak dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Ingatkan nak duk lama lagi. Tetapi Zarin dah mula aksi dia...Sebelum ada yang terjun dalam periuk, lebih baik kami berangkat dulu....

Apepun terima kasih banyak-banyak Ariss kerana sudi mengundang kami. Makanan pun sangat sedap...nyummm..nyummm..

Next time undanglah lagi yea :)

+++Pic dari wina... Tanx a lot dear++++


Thursday, April 22, 2010

Mama nak Vi

Jadual tidur Zarin telah bertukar kebelakangan ini. Jika dulu tidur seawal dan selewat mana pun, dia pasti nyenyak sampai pagi. Bangun 2-3 kali untuk BF sahaja.

Dan sekarang tidur seawal atau selewat manapun, pasti dia akan terjaga sama ada lewat malam atau awal pagi dan kebiasaannya pada pukul 2.00am-5.00am dan 5.00am hingga lah kami keluar bekerja pukul 8.00 am...

Tapi yang kelakarnya, sebaik selesai BF, dia akan bangun walaupun mata masih pejam sambil berkata:

"Mama Nak Vi"
Vi=TV

Adoiiiii...dia mula dah...huhuhuhuh...kadang kala kami biarkan, pejamkan mata rapat-rapat, tapi nanti mulalah terdengar tangisannya... nak tak nak terpaksa bangun bukak TV. Dan chanel kegemarannya sudah semestilah Play House Disney...



muka baru bangun tidur

Tak lama selepas itu, mula dia cakap lagi

Mama nak kut (biskut)
Mama yaq yaq (air) - nak minum air
Mama ampu (lampu) - suruh bukak lampu
mama ti (peti) - dia nak main peti tu

mama...mama...mama...mama

adoiii, sayang asyik mama je...papa la pulak...mama dah ngantuk nie...huhuu

Tapi kalau dia terjaga tengah malam, memang dia taknak ngan papa.

Selamat la papa yea! tak adil betul!!!!!



makan biskut pagi-pagi buta

Dan ayat terbaru sekarang kalau terjaga awal pagi ialah..

Mama nak la (fly) (sambil wat aksi orang terbang)

Maknanya dia nak tengok DVD The Backyardigans yang lagunya

float.... flutter....fly..... tu....

menyenget-nyenget badan duk menari...sampai kami tergelak melihatnya.



makan biskut sambil tengok TV

Macam-macam betulla Zarin nie...sebab tu la mama bertambah kurus....tak cukup rehat+tidur...Zarin ngan papa je yang membesar bagai johan! hahahahahahaha


Wednesday, April 21, 2010

kami dalam Pa&Ma

Baru-baru ini, seorang kenalan di FB (As Zahir) memberitahu bahawa

salam kak...as baru je beli Pa&Ma Mei, ada gmbr akak la...hehehe

Terkejut juga saya pada mulanya. Tapi tidak disangka seawal itu. Seingat saya saudari Intan Jastina ada memberitahu yang ia akan keluar pada bulan Mei. Apepun, terima kasih As sebab maklumkan. Lagipun sudah lama saya tidak membeli majalah ini...huhuhuhuh




Selepas itu saya mendapat bertalu-talu mesej daripada kaum keluarga dan sahabat handai baik di telefon, FB dan juga YM, yang menyatakan gambar kami (zarin n mama) ada dalam Pa&Ma. Terima kasih semua atas keprihatinan anda. Saya amat menghargainya..

Sebenarnya gambar ini diambil ketika saya menghadiri Perjumpaan Kumpulan Sokongan Susuibu Ratuhati.com (+ babywearing) di FRIM baru-baru ini.




Dalam majalah tersebut, saya menceritakan pengalaman saya tentang petunjuk bayi cukup susu dibawah tajuk Tips Menyusukan Bayi Hingga Berjaya. Diikuti dengan tips-tips lain berdasarkan pengalaman kawan-kawan saya.




Apepun jangan tersalah tafsir entri saya kali ini. Saya cuma berkongsi ilmu yang ada dan boleh dimanfaat oleh ibu-ibu dan bakal-bakal ibu dalam menyusukan bayi mereka. Selamat menyusukan bayi anda dan SAY YES TO BREASTFEEDING!!!

opssss: saya sangat suka berkongsi ilmu berkaitan BF, walaupun saya tidaklah arif sangat. Sekadar berkongsi ilmu yang ada. Tidak mustahil kawan-kawan terdekat yang sedang mengandung anak pertama khususnya, menjadi mangsa saya untuk mempromosikan susu ibu. hehehehehhe...

Tuesday, April 20, 2010

KUALA LUMPUR : di mana suamiku??????

Tajuk macam gempak jekan. Macam tajuk novel pun ada. Tapi itulah yang terjadi pada diriku petang semalam.

Tepat jam 5.30 aku terus melalukan kad perakam waktu. Tiba di foyer, kereta suamiku masih tidak kelihatan. mmmmm...traffic jam agaknya. Lantas aku terus menelefon, tetapi telefon tidak berjawab! adessss...

Sementara menanti kehadiran suami datang menjemput, aku terus menelefon ummiku. Sembang itu ini. Gelak-gelak, cerita-ceritut... sedar-sedar jam telah menunjukkan pukul 5.45 pm... kegelisahan terus menghantui diri.

Lantas aku terus mendail nombor suamiku lagi. Tapi alangkah hampanya kerana hanya keluar suara perempuan "your call have been forward....n bla-bla bla" tak habis-habis membebel. menyampah aku...

Aku dail lagi sampai sakit jari duk tekan. dan jawapannya tetap sama... your call, your call, your call, buat aku nak termuntah dengar suara itu!

isk..tak boleh jadi ni...lantas aku terus menghantar SMS

Duk kat mana?nape x jawab call! orang call angkat lah!

Tapi masih tiada jawapan.



Adoiii...camne nie...rasa cam nak nangis pun ada. Risau yang amat. Tak pernah-pernah jadi camnie... Dalam keadaan panik dan serba tak kena tu, maka muncullah suara-suara halus yang menghasut. Otak pun mula la melayang fikir yang bukan-bukan...lantas aku beristighfar. Astagfirullahalazim....Ya Allah, di mana suamiku???apa yang terjadi padanya????? Jauhilah dari perkara yang tak elok menimpa dirinya Ya Allah!!!! Dalam kepala dah terbayang wajah ZARIN...mmm..camne nie???

Aku terus mendail lagi. Tapi tetap hampa!

Aku mula terfikir untuk menelefon sahabat baiknya. Tetapi time kerja mana la derang tau kan????mmmm...lantas aku terus menelefon ibu mertuaku.

Aku : Assalmualaikum.
Mak: Waalaikum salam.
Aku : mak sihat ke?
Mak : Sihat.
Aku : Ni mak, nak tanya.
Mak : Awat cheq??? (dapat kudengar nada suaranya yang cemas.)
Aku : Wan ada call mak dak arini? saya call dia tak dapat-dapat. Tatau dia p mana. Risau lah Mak aihh, tak pernah-pernah macam nie (ada getar dalam suaraku, menahan air mata yang hampir menitis)
Mak : Tak dak pulak. Sabaq Cheq..Jalan jam kot. Takpa-takpa nanti mak try call.
Aku : Call dapat tapi dia tak angkat.
Mak : Sabaq-sabaq...Cheq ok ke ni? sihat ke dak?
Aku : Tadi saya ok je..Tapi la ni dah tak ok la... (dalam nada sebak)
Mak : Takpa-takpa. nanti mak try call dia.
Aku: Takpala la kalu camtu...assalamualaikum...
Mak: waalaikum salam...

Bertambah-tambah lah risau jadinya. Lantas aku terus menelefon sahabatku Kak Rhu. Entah mengapa aku amat senang berbual dengannya ketika diriku berada dalam keadaan tidak terkawal (apepun tanx kak Rhu sebab melayan).

Jam menunjukkan pukul 6.05 pm. Adoiii...camne nie...Dadaku berdegup kencang. Dadaku terasa ingin pecah. Pandanganku gelap dan hampir pitam. Tetapi kucuba kawal diri. Ya Allah!!! Selamatkanlah suamiku! Air mataku sudahpun menitis sedikit-demi sedikit. Tetapi cepat-cepat ku sapu...Malu jika terlihat oleh Pak guard...huhuhuhu

Aku terus mendail lagi dan alhamdulilah akhirnya suamiku manjawab.. Ketika itu jam menunjukkan pukul 6.15 pm.....

Mama : Kat mana? Nape tak jawab call???
Papa : Nak sampai dah (suara macam orang bangun tidur)

Terus lapang dadaku apabila mendengar suaranya. oh suamikuuuuuuuu...

Masuk dalam kereta, bertubi-tubi soalanku bersama air mata yang tak dapat ditahan-tahan...

Suamiku menjelaskan :

Sakit kepala tadi... Muntah... saya rehatlah kejap kat bawah pokok depan sekolah Cina tu, tak sangka terlelap...Telefon silent...Tak sedaq apa dah"

Adoiii papa!!!!betapa risaunya hatiku ini...itu je sebabnya??????

Apepun aku bersyukur kerana tiada perkara buruk yang berlaku.

Pengajaranya: semalam juga aku aktifkan Friendfinder...senang sikit nak trace dia kat mana..selama ni dia je yang duk trace aku...huhuhuhu...belajar dari kesilapan..

pssttt: siapa tak sayang suami oiiiii!!!!!



+++ pic from google, TQ so much!

opssss...terpanjang la pulak entri kali nie...hehehehehe

Monday, April 19, 2010

popia isi ketam

Kebelakangan ini, saya memang suka memasak. Dua minggu lepas, kami sekeluarga kemaruk pada ikan siakap tiga rasa, boleh dikatakan seminggu dua hingga tiga kali masak, dan minggu ini pula kemaruk untuk membuat popia isi ketam.

BAHAN-BAHAN

1. setengah biji sengkuang di hiris nipis dan memanjang
2. sebatang lobak merah dihiris memanjang
3. sepeket crab stik (jejari isi ketam)- dicarik halus
4. satu biji kuning telur- untuk melekatkan kulit popia
5. sepeket kulit popia




CARA MEMBUATNYA

Bentangkan kulit popia, kemudian isikan dengan isi ketam, sengkuang cina dan lobak merah. Kemudian lipat dan sapukan kuning telur untuk melekatkannya. Siaaaapppp!!!

Selepas itu, goreng popia dalam api sederhana sehingga kekuningan...Tadaaaaaaaaa

Hidangkan dengan sos tomato atau sos cili bersama mayonis. Sedia dinikmati oleh seisi sekelurga!




Popia ini sedap dinikmati ketika panas-panas. Rasanya yang manis, masin dan pedas pasti akan membuka selera sesiapa yang menikmatinya. Tidak hairanlah si kecik Zarin sangat menggemarinya. Tetapi dinikmati bersama mayonis dan sos tomatolah.
SELAMAT MENCUBA!

Friday, April 16, 2010

kedah kalahla sayang!

Inilah gambar-gambar Zarin pada hari sabtu yang lepas. Hari di mana Kedah melawan Negeri Sembilan. Dan suamiku seperti biasa tidak akan melepaskan peluang untuk menonton perlawanan tersebut bersama adik-beradik, dan saudara-mara serta kawan-kawannya.

Encik suami ada juga bertanya

Papa : Nak ikut tak tengok bola nie? jomlah.
Mama : Taknak lah. Tak kuasa nak berasak-asak. Dah la ada anak kecik nie.Tunggu lah Zarin besar sikit.
Papa : Dah tau dah jawapan mama. Tapi Zarin besar mau ke p?
Mama : Kalau Arsenal main. Sure mama kelek Zarin la ni gak!!!
Papa: Eleh!






Mama dan Zarin??? Lebih rela untuk duduk di rumah daripada berasak-asak di Stadium tersebut....Walaupun Zarin mengamuk ketika ditinggalkan papa, tetapi selepas dipujuk, dan diberi susu, Zarin pun tertidur.



Dan selepas bangun dari tidur, kami sama-sama melayan DVD "The Backyardigans", kartun kegemaran Zarin sampai pukul 11.00 malam...hahahahaha..."float...flutter...fly"

Namun sedih juga apabila diberitahu oleh encik suami yang Kedah kalahla sayang...sob...sob...

Thursday, April 15, 2010

Imam dan makmum

Papa : Zarin!!! jom smayang ngan papa..Ambil songkok. kita Allahuakbar
Zarin : LahBak (Berlari-lari sambil mengambil songkok dan memakainya)

Kadang kala memang mencuit hati apabila melihat telatah Zarin sembahyang dengan papanya. Tak ubah seperti Imam dan makmum. Jika tidak dibentangkan sejadah khas untuknya memang menjerit-jerit la dia.


sujud macam papa

Rakaat yang pertama dia masih boleh bertahan dan mengikut setiap perbuatan papa. Bila Papa kata Allahuakbar lantas dia pun cakap LahbaK..heheheheh...so cute...
Yang paling tak tahan bila papa membaca surah al-Fatihah, Zarin pun terkumat-kumit mulutnya sambil keluar bunyi shushushushsu...konon-konon dia pun turut sama membaca al-Fatihah...hihihihihi...clever boy!


Eh apa yang Zarin buat ni mama?

Tapi bila dah masuk rakaat kedua dan seterusnya, Zarin dah tak fokus. Dia buat apa yang dia suka, kejap main kejap sambung balik sembahyang. Tapi kalau time mama sembahyang, dia datang duduk depan, sampai kita nak sujud pun payah. Kalau duduk tahiyat tu dia datang duduk atas riba kita pulak...sabor je lah Zarin nie...

Apepun, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak ibarat kain putih, kita sebagai ibu bapalah yang mencorakkannya. Doa mama semoga Zarin menjadi anak yang soleh dan menghormati orang tua. AMIN


Wednesday, April 14, 2010

suara panggil hujan

Rutin harian telah bertukar. Jika dulu, ada jugakla masa nak berdating dengan suami time lunch. Tapi sekarang tidak lagi. Setiap hari kami ada latihan nasyid bermula dari jam 12.30 pm-2.00 pm... jangan tak tau, saya join nasyid mewakili jabatan yea. hahahahahahaha...

Ahli kumpulan kami sangat cool ok. Terdiri daripada mak dara dan anak dara. Dan yang bestnya boleh ngam dan agak gila-gila juga. Asyik ketawa n melawak aje.

Tahun 2008, saya juga telah menyertai pertandingan nasyid peringkat jabatan. Kami mendapat tempat ketiga daripada 4 atau 5 jabatan yang bertanding. Kira ok la kan...






Ketika latihan, terkeluarlah cerita zaman nasyid dulu-dulu. Antara ceritanya melibatkan saya;

Abang kameraman : Kak, budak ni dah kahwin ke belum? (budak itu saya yea)
Kakak Vogue : Eh, dah kawen dah. Tu tengah mengandung tu. Anak dah empat bulan dalam perut tu.
Abang Kameraman : La, mengandung rupanya. Tak de chance la...

hehehehehehehe...Masa nasyid tu saya memang tengah mengandungkan Zarin. Kiranya kami ada backup singer la masa tu...baby dalam perut...ahahahahahaha...

psttttt, abang kameraman : tahun ni saya tak mengandung yea....hahahahahaha

Dengarnya pertandingan nasyid kali ini disertai oleh 9 kumpulan...mmmm..memang sengitlah jawabnya. Apepun kepada kumpulan kami, teruskan latihan dan berusaha. Walaupun suara kita agak ke laut, macam itik tersepit, suara tak lepas, suara orang menjerit, yang penting semangat tu ada.

PRACTISE MAKE PERFECT
Masih ada masa 2 minggu lagi untuk latihan. Pertandingan akan diadakan pada 29 April 2010...masih sempat lagi...

Kadangkala lucu juga apabila selepas pukul 2.00 pm, suami saya akan menghantar mesej

Suami: Praktis nasyid tak hari ni?
Saya : Mestilah praktis.
Suami: oooo...patutlah...
Saya : patutla ape?
Suami: KL hujan lebat
Saya : Tau tak pe (sambil ketawa berdekah-dekah)

Tetapi memang tidak dinafikan, setiap kali kami sedang atau tamat latihan. Hujan pasti turun. hahahahahahaha...kebetulan....suara panggil hujan agaknya..


Thursday, April 8, 2010

kukik kukik

Papa : Awat ngan mama arini?
Mama : Takdak apalah. Saja je nak tergelak.
Papa : Ye la gelak pasai ape? Dari tadi duk sengeh-sengeh..kukik kukik sorang-sorang. Pelik ngat eh.
Mama : Nak tergelak tengok muka papa. Pastu teringat pasal Zarin semalam.
Papa : Pelik-pelik la. Dok kukik kukik dari tadi. Kesiannya bini aku ni. Muda-muda lagi dah duk gelak sorang-sorang (sambil ketawa)
Mama : Tak baik cakap camtu.(lantas menampar manja lengannya)
Papa : Saja je. Dah duk kukik kukik sangat.

Entah mengapa ketika sedang enak bersarapan bersama suami hatiku bagai digeletek tatkala memandang wajahnya. Bukannya apa rasa nak tergelak tengok hidungnya yang sedikit membengkak kerana jerawat yang sedang membesar di dalam hidungnya. Lagi nak tergelak apabila teringat aksi Zarin pagi tadi.

Nenen! nenen! nenen! kata Zarin sambil mulutnya mencari-cari. Lantas aku terus susukannya. Kebelakangan ini pula, Zarin memang asyik nak melekat je dengan mama. Sampai naik lenguh n kebas badan nie.



Suami pula sedang enak dibuai mimpi. Kadang-kadang naik jeles melihatnya. Zarin pula memang terkenal dengan lasaknya ketika tidur. Memang pusing 360 darjahla. Buat bentuk L, V, X dan sebagainya. Tiba-tiba...

Dussssssss...

Adoiiiiiii!!!!sakitnya hidung papa! kata suamiku sambil terduduk dan memegang hidungnya... Adoiii...adoiiii...Zarin tendang hidung papa kat ada jerawat nie...adoiii...

Kesian papa. Maaf yea papa, Zarin ngan mama tak sedar...hikhikhik...

Lucu pula apabila melihat hidung suami pagi tadi, sedikit bengkak dan kemerahan. Dah semakin kembang dah hidung papa...hikhikhik...

psttttt papa : hidungmu tetap menjadi POOOOJAAAANNNN hatiku...ahahaahaha




Tuesday, April 6, 2010

Bertapa di Isetan!

Cuti hujung minggu tidak lengkap rasanya jika tidak membawa Zarin keluar. Bukannya apa, kesian juga kat Zarin, asyik terperap di dalam rumah. Dah la rumah tak bertanah. huhuhuhuhuhu...nasib badannnn....

Yang kelakarnya, Zarin ni memang banyak akal. Kalau dia dah borink dan inginkan udara segar serta pemandangan yang lebih luas, dia akan ke balkoni dan campakkan barang-barang ke bawah. Macam-macam juga yang dicampaknya, pen, sikat, duit, penyepit baju, bola, kunci rumah dan sebagainya. So nak tak nak kami terpaksa la turun. Jadi inilah peluang keemasan Zarin untuk berjalan-jalan.


I'm sorry mama!!!

Oleh sebab itu, sebelum Zarin memulakan aktiviti campak mencampak, jadi kami kenalah bawa dia keluar. Tak kisahlah ke mana pun, asalkan naik kereta dan dia boleh tengok orang ramai dah ok! mmmm..memang mewarisi sifat mama dan papa betulla.

Baru-baru ini kami ke The Garden, Mid Valley. Sampai di sana lain pula tingkahnya. Mula-mula dia nak nenen. So bila sampai kat nursing room di Isetan, dia main babacak la pulak di sebalik langsir dan langsung taknak susu. Adoiiii...

Sudahnya kami membawa Zarin ke tempat Lego ni.








Sangat khusyuk dia main. Yang hairannnya kat rumah tak nak main pulak. Kami menghabiskan masa hampir sejam di situ. mmmmmmmmmmm..gerammmmmm!! Dah la perut lapar.

Akhirnya, kami pulang tanpa sempat ke mana-mana. Hanya bertapa di Isetan... hahahahahaha... padan muka!!!!!

Sebaik kereta bergerak, Zarin terus nenen dan tidur...Memandangkan perut pun dah lapar yang teramat kami singgah menjamu selera di William...ooooohhhh!!!sangat sedap okey!!! tapi tak sempat snap pic, sebab lapar sangat +Zarin tidur lena. Peluang yang baik untuk menikmati hidangan...
errkkkkkkkk...(alamak sendawa la pulak) ... alhamdulilah...


Friday, April 2, 2010

zarin's dream car

Haaaaaa...jangan tak tau, Zarin pun ada dream car yea...

jangan marahhhhh!!!

tersangatttttttlahhhh cuteeeeee....


BMW M6 Convertible


BMW 3 series convertible electric Car @ Pedal Car



BMW Baby racer II Motorsport


adoiiii...gambar ini tak pasal-pasal bikin mama migrain lagi....

alangkah bestnya jika mama dapat belikan untuk zarin.

Tak dapat semua dapat satu pun jadilah...

mama suka yang 3 series tu...

papa...tolongggggggg!!!!!!!!!!


+++pic dari google, TQ+++

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...