Thursday, May 27, 2010

char koteow oh char ko teow

Terasa frust yang amat apabila hajat untuk menikmati char koteow (telur ayam kami di basuh) di Sungai Dua tidak kesampaian gara-gara kami sampai di Penang ketika jam menunjukkan 1.10 pagi... kedai dah tutup!!!!!huhuhuhu



Zarin pun turut frust!

Memandangkan perut dah berkeroncong, jadi kami singgah makan di gerai mee udang yang berhampiran.


Zarin mogok tak nak makan

Tapi rasa frust sedikit terubat kerana mee udang yang disediakan sangat menyelerakan. Licin pinggan. Dan paling best harga pun murah hanya RM16.60 (2 pinggan mee udang + barli suam+air suam)



Apepun misi untuk menikmati char koteow masih belum berakhir. Insyaallah, kami akan singgah di sungai dua ketika pulang ke KL nanti...yahoooooo!!!!

Char koteow oh char koteow!!!!!

Wednesday, May 26, 2010

kanak-kanak tak pandai menipu!

Semalam, semangat untuk menyediakan hidangan makan malam berkobar-kobar. Lagipun sudah lama tidak memasak makanan yang spesial untuk suami dan zarin. Jadi dengan bersemangatnya daku memasak Yee mee kungfu. Resepi boleh dilihat DI SINI. Yee mee kungfu memang menjadi kegemaran kami sekeluarga.

Dan hasilnya tadaaaaaa

*
*
*
*
*
*
*
*
V


Mama dan papa punya



Zarin punya

Sangat berselera papa dan zarin makan.

Kalau tanya papa, ayat standardnya ok, sedap!


ouchhh!!!!hot! hot!

Tapi kalau tanya Zarin memang I LOVE U la sayang. Mulutnya tak abis-abis cakap

Dap! dap! dap! aummmmm!!! gud! gud! gud!
(sambil mengangkat jari telunjuk tanda gud!) bukan ibu jari yea..hahahah

Setiap kali menyuap itulah yang disebut dan dibuatnya. Mengalahkan hos rancangan jalan-jalan cari makan ekspresi wajahnya itu...Lihat saja telatahnya semasa makan.


slurrpppp!!!aummmmmmm!!!

Kira ok lah tu bila si kecik memuji air tangan mama kan? Kanak-kanak memang tak pandai menipu...apa yang dirasa itulah yang dicakapkan kan??? Jadi memang sedap la yea yee mee kung fu mama tue...hikhik...Tq sayang...puji masakan mama...



jangan tiru aksi ini..hehehehehe

Cuma gambar di atas ni mama tak berapa berkenanlah sayang. Zarin suka hirup kuah macam ni bila makan...adessss...betul-betul ho liauuuu!!!!

Monday, May 24, 2010

Delicious!

Hujung minggu tidak sah kalau tidak mengukur mall dan makan-makan...

Dan Zarin pula sejak pandai bercakap nie, hari minggu asyik sebut LUA, LUA je...nak keluar la tu...adoiiii...anak aku ni la......

Dan hari sabtu yang lepas kami ke OU, dan kedai fevret aku semestinya la ZARA. Tak sah kalau pergi OU tak cuci mata di situ...cuci mata je k..Tapi memang selalu cuci poket juga..
huhuhuhuhahahahahah..

Sebaik sampai ke OU, Zarin terus berlari-lari dan masuk ke Delicious! Lantas meluru ke arah kek-kek yang tersusun cantik di sebalik dinding kaca sambil berkata :

Nak! Nak! Nak!...Dap!..Aummmmmm!!!!

Nak tak nak kami terima lah pilihan Zarin untuk makan di situ... Nampak bersungguh benar dia nak makan kek tu.





Tapi bila kek dah sampai, sikit je yang dimakannya. Sebaliknya sibuk menghabiskan spageti carbonara milik papa. Mama pula yang kena habiskan sepotong kek dan 1chocolate black forest in glasses...huwaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!Dah la daku bukannya penggemar kek..Tapi ok la juga pilihan Zarin kali ini...tak manis sangat.



Selepas kenyang, Zarin mula la tak duk diam, keluar masuk keluar masuk ...Adoiii..letih melayan kerenahnya itu...memang langsung tak boleh menikmati makanan...



Apepun dah namanya budakkan, layan je la...daku lebih rela dia berlari ke sana ke mari (buas) daripada membuat pakej lengkap (menangis+meraung+guling-guling) bagai nak rak kerana hendakkan sesuatu. Setakat ini Zarin belum menunjukkan sikap sebegini..syukur!!!!!

Friday, May 21, 2010

My online shop!!!!

alhamdulilah, saya telah membuka satu lagi blog yang diberi nama myorangejinggashop khas untuk menjual tudung syria dan sewaktu dengannya...

Apalagi, jom terjah dan jangan lupa jadi follower... hadiah menarik menanti anda


walau bagaiman pun, blog ini masih lagi dalam pembaikan...
sebarang cadangan dan komen sangatlah saya hargai

Sekian terima kasih

Tuesday, May 18, 2010

kasut hantaran saya!

Sudah hampir 3 tahun saya memakai kasut ini iaitu kasut hantaran semasa perkahwinan saya...hihihihi...pertama kali melihat kasut ini saya terus jatuh cinta dan pada ketika itu memang kami sedang sibuk shopping barang-barang hantaran. Apalagi terus rembatla...:)




Sayangnya bila mengandung dah tak muat..kaki saya mengembang. Dan kini yang menjadi kemusykilan saya, kasut ini kadang kala muat, kadangkala tak. Adakah disebabkan badan saya yang turut mengembang, mengecut, mengembang, mengecut????buntu sungguh saya dibuatnya.



Yang geramnya, bila time kita nak pakai n matching ngan baju dah tak muat pula dia...adesss..ape dah kasut nie...Tapi hari ini muat pula..Padahal baru saja saya ditegur

"awak nampak tembam hari ni, ada ape-ape ke?"

"Halu bang, kalu saya tembam semestinya saya mengandung ke????"

ape punya klise la kaitan tembam dan mengandung ni... tak faham saya

Tapi yang nyata kasut ni memang kasut fevret saya dan satu lagi crocs...opppsss satu lagi Teva...saya peminat setia Teva...

Memang susah saya nak beli kasut...sebab kaki saya BESAR!!!
selalu takde size dan habis...uwaaaaaaaaaaaa

Tapi saya ada terbaca yang kaki kita akan mengambang dan mengecut mengikut cuaca...dan nak beli kasut juga perlu waktu yang sesuai..tapi dah lupa dah, sama ada pagi, petang atau malam...mmmm...Itulah akibatnya apabila ada ilmu tidak dipraktikkan...lama-lama lupa...


Monday, May 17, 2010

moridone - day 4

Mengapa terus day 4???mana day 2-3???kenapa lompat!!!!

Sebenarnya hari sabtu dan ahad kan cuti...so Zarin direct BF je la...
Tapi dalam pada tu sempat jugalah mengepam untuk satu sesi setiap hari dan hasilnya ialah :

Day 2 = 4.5 oz (1 sesi)
Day 3 = 4.0 oz (1 sesi)

Okay, untuk percubaan hari keempat pil moridone hasilnya sangatlah memberangsangkan juga

sesi 1 = 4.5 oz
sesi 2 = 4.0 oz
sesi 3 = 4.0 oz
total = 12.5 oz

Syukur alhamdulilah...Terima kasih Ya Allah atas rezeki yang Kau berikan untuk anakku...


Friday, May 14, 2010

moridone - day 1

Hari pertama saya mencuba moridone mengikut jadual dan hasilnya ialah:

Sesi 1 = 3.5 oz
Sesi 2 = 5 oz
sesi 3 = 3.5 oz
total = 12 oz

Syukur alhamdulilah. Nampaknya pil ini berkesan pada saya walaupun saya baru memakan 4 biji.

Terima kasih ya Allah


Thursday, May 13, 2010

moridone!

Hari ini aku ingin mencuba pil moridone yang telah disyorkan oleh seorang rakan (kak Fatin) yang boleh menambahkan susu ibu.



Cara memakannya ialah 1 biji sekali makan, 3 kali sehari, sebelum makan.

Tengahari nanti aku akan mencuba. Tak sabar rasanya untuk melihat hasilnya. Harap bertambah banyakla susuku...AMIN

Nanti akan diupdate hasilnya yea!!!!

daaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, May 12, 2010

bos cinonet

Telatah Zarin memang sentiasa mencuit hati kami. Setiap kali mengambilnya di neseri, masuk saja kereta mulutnya terus berkata :

Paq! Paq! Paq!

Nak! Nak! Nak!

Kut! Kut! Kut!

Rupa-rupanya dia berkata:

Lapar Nak Biskut

Nak kata tak makan, baru sahaja cikgu suap makanan, kat tangan pun kadang kala ada lagi biskut. mmmm...Zarin..Zarin...


Dan apabila sampai saja di rumah, dia akan leka bermain sambil menonton tv. Setengah jam kemudian, dia akan membuka peti ais dan keluarkan fun fries

Mama nak! nak! (sambil membawa palstik french fries kepada mama)

Lihatlah aksi-aksi zarin ketika sedang menikmati french fries sambil menonton tv.


cicah.. suap.. cicah ...suap



Sedapnya mama goreng!!!



tangan menyuap, mata leka tengok tv

Zarin suka makan french fries bersama mayonis. Bila dah dapat makan, memang dah tak layan dah mama dan papa...Tangan sibuk duk cicah, suap, cicah, suap. Yang lucunya mata tak lepas dari mengadap tv...

Gaya dan lagak tak ubah macam big boss...Tapi Zarin masih lagi bos cinonet mama dan papa...hahahahha

Kecik-kecik boleh la makan depan tv cam nie...Dah besar sikit nanti jangan haraplah sayang... Bukan apa mama risau takut obesiti sebab ralit makan.

Tuesday, May 11, 2010

suami saya suka!

Kadang kala saya sentiasa mahu kelihatan cantik dan ingin mengubah penampilan. Tapi apabila dicuba banyak pula yang tidak sesuai.Akhirnya saya telah berjumpa dengan anak tudung syria.

Pertama kali saya memakainya suami saya memuji

"mama nampak hot la pakai camni"

Wow!!!!!saya seakan mahu melompat dan berguling-guling.Suka apabila suami saya memberikan pujian...

Dan Zarin pula apabila melihat iklan anmum (di mana wardina safiyah pakai tudung cam nie) dia akan pergi kat tv dan cakap mama...mama..mama

Oh, itu bukan mama la sayang. Mama tiru auntie tu pakai tudung je... heheheheh





Memandangkan saya telah terjatuh cinta dengan anak tudung syria, akhirnya saya telah mengambil keputusan untuk mengubah penampilan bertudung saya. Saya rasa selesa dan kemas apabila mengayakan tudung ini. Yang penting cara pemakaiannya mengambil masa yang singkat. Lilit dan lilit sahaja. Tak perlu lagi risau jika tudung jadi kemot-kemot. Tudung tak muncung dan segala macam masalah yang boleh mencacatkan penampilan...

Sekarang saya hanya perlu menambah koleksi anak tudung syria dan juga shawl. Percaya atau tidak saya telah memiliki 12 warna untuk anak tudung syria, shawl pula mungkin dalam 20 helai dan akan bertambah dari masa ke semasa.

Cuma suami saya menasihatkan agar saya labuhkan sedikit tudung dibahagian dada...

"YES SIR"...heheheheh

Saya teringat iklan fair & lovely

Makeupkan saya jadi bintang!!!!!

owhhhh!!!Saya memang tidak suka bermakeup. Cukuplah sekadar eyeliner dan lip gloss (sebamed). Bedak pun saya memang jarang pakai. Jadi penampilan saya memang tidak dipengaruhi oleh makeup! Cukuplah sekadar tudung yang mengubah penampilan. (Walaupun kadangkala makeup sangat diperlukan untuk memberikan kelainan pada wajah)

Kecantikan abadi lahir dari hati yang murni, bersih dan ikhlas.

Saya juga ada menerima kritikan yang pelbagai, ada yang positif ada yang negatif. Namun saya tidak ambil kisah. Memang susah untuk memuaskan hati semua orang. Cukuplah sekadar jawapan

SUAMI SAYA SUKA!



Monday, May 10, 2010

pabila papa bersuara!

Kerenah Zarin memang sukar untuk dijangka. Ada yang lucu ada yang geram..pendek kata macam-macam ada...heheheheehhe..Tapi yang rajin melayan Zarin sudah semestinya lah papa! Kalau Zarin nangis dan lapar baru cari mama!!!!


Time bersenda gurau


Tapi yang paling tak tahan, Zarin sangat takut dengan satu perkataan yang keluar daripada mulut papa iaitu

A.M.B.O.I !!!!!!!

Kata tersebut sudah pasti akan membuat zarin menangis teresak-esak dan terus mencari mama. Kadangkala lucu juga apabila papa bertanya

"Nak sebut ke mama?"

Kalau sebut sure la nangis lagi...




papa marah! papa marah!!!uwaaaaaaaa


Tetapi kadangkala terkeluar juga perkataan itu tanpa sedar. Dan akibatnya ialah Zarin akan menangis, nak nenen dan terus tertidur...huhuhuhuhh...kesian anak mama!!!



akibatnya....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Selepas itu, merajuk dan taknak dengan papa lagi. Tapi kejap je la...
Papa ni memang susah sangat nak marah Zarin. Tapi pabila papa bersuaaaaaraaaaa......


Thursday, May 6, 2010

Mari membaca

Baru-baru ini kami ke Jusco Kepong untuk membeli barang dapur. Alang-alang dah sampai sempat jugalah survey baju harian Zarin. Malangnya tiada yang berkenan. Zarin dan papa menghilang entah ke mana. Tidak lama selepas itu, kami bertemu di kaunter bayaran di mana Zarin sedang memegang komik upin dan ipin. (Pin-Pin kata Zarin)

Mama : Nape beli komik ni?
Papa : Zarin yang nak. dia asyik duk pegang n cakap pin-pin
Mama : ooooo
Zarin : mama, pin-pin...pin-pin (sambil menunjukkan komik tersebut kepadaku.)
Mama : Jap papa bayar.

Lihatlah aksi-aksi Zarin ketika membaca komik tersebut













Sebelum ini, Zarin hanya didedahkan dengan flash card, buku dan juga soft book. Sekali sekala dia akan mengacau papa dan mama ketika sedang membaca apa-apa majalah. Dan yang paling disuka ialah apabila melihat gambar baby...mulutnya yang comel itu terus menyebut baby...baby...baby

Tapi bila mama cakap "Zarin nak baby???

pantas dia menjawab "tanak...tanak..." sambil menggeleng-gelengkan kepala.

huhuhuhuhu












Nampaknya Zarin dah mengamalkan budaya membaca seperti yang telah diwar-warkan oleh pihak kerajaan..."Bangsa membaca bangsa berilmu"...syukur alhamdulilah....

psssttt: Zarin jangan ikut perangai mama yang suka baca komik sin chan dah la yea sayang...hohohoho

Wednesday, May 5, 2010

pretty boy????

Owh..memang ramai yang terkeliru dengan Zarin...sama ada boy atau girl...mmmm..
tapi kalu pakai short pants n t-shirt takkanlah girl kan????




Tapi tu lah...tiap orang tak sama pemikiran dengan kita...

Yang lucunya, jiran-jiran selalu ingat zarin ni girl..bila terserempak dalam lif terus tanya

How old is she?
your doter so cute lah
say hye to kakak

dan macam-macam lagilah...

Dan yang paling lucu baru-baru ni apabila kami masuk je lif

Ha, dah cantik dah dia...Pagi-pagi dah mandi yea...patutlah cantik, wangi

Kami suami isteri hanya tersenyum...

Kemudian, wanita tersebut berkata lagi

eh sebenarnya cantik ke hensem????

Suamiku menjawab "hensem"

Laaa...boy rupanya...haaa..hensem...mana boleh cantik

Dan seorang lagi mencelah

Pretty boy!!!

haaaa...pretty boy...can! can!



kami semua ketawa. Dan zarin pun mula la tunjukkan sifat malu-malu meow dia tu...adesss...

Takkanlah sebab rambut zarin orang ingat dia girl kot...Tapi ramai yang kata sebab muka dia sejibik muka mama..tu yang nampak cam girl tue...

Apepun Zarin akan bertukar imej tak lama lagi...habislah rambut ikalnya itu :(


Pic from google...Tq

Auntie Jade
dah janji nak gunting rambut Zarin Dulu masa Auntie Jade nak gunting rambut Zarin, Zarin masih baby lagi...kepala pun masih botak..hikhik...


tempat ketiga!!!

Festival nasyid yang dijalankan pada 29 April 2010 telah berlangsung dengan jayanya. Sebelum ini, pelbagai masalah timbul, minus one lah, suara tak sampai la, baju la, suara tak harmonila, suara takde lenggok nasyid La dan sebagainya telah selesai dan terjawab!

Alhamdulilah, kumpulan kami telah mendapat tempat ketiga daripada 8 kumpulan yang bertanding. Walaupun latihan hanya dilakukan tidak sampai sebulan, tetapi kita berjaya lakukan yang terbaik.

Jom layan gambar-gambar Sekitar Festival Nasyid DBP 2010



Time rehersal - BF mom



rehersal- Check mikrophone



Sebelum ke audi - aina yg cuba sembunyikan baby fat



Semasa menunggu giliran- sebelum persembahan



show time!!!



bergambar kenangan


Aiiiii...mana imej budak-budak nasyid yg sopan lagi ayu nie???


Apepun TAHNIAH kepada kumpulan NURUL ADIB. Walaupun mendapat tempat ketiga, yang penting kita telah berusaha. Abaikanlah cakap-cakap orang yang sentiasa tak puas hati yea :)

Memang menjadi kebiasaan:

"Rumah siap, pahat masih lagi berbunyi"...
"Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya"

psttt: Tak puas rasanya menyanyi hari itu. Teringin nak naik stage sekali lagi...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...