Wednesday, June 23, 2010

toy! toy! toy! haissshhhh!!!!

Kuat betullah pengaruh toy story 3 nie. Hinggakan si kecik Zarin pun dah pandai. Semuanya berpunca daripada cuti hari minggu yang lalu dimana kami menghabiskan masa menonton toy story dan toy story 2 kat disney Chanel. Ingatkan dia tak minat, rupa-rupanya sanggup tahan mata sampai pukul 12 malam.

Sejak dari itu, pantang nampak gambar je, mula la mulut dia bising

"papa, toy! toy! toy! yahooooo! (sambil wat aksi buzz lightyears terbang)

Akhirnya, semalam papa berjanji untuk membawa mama dan zarin tengok toy story 3. Malangnya, waktu tayangan terakhir hanyalah pada jam 7.20 pm, jadi papa pun cancel! Takpa la Zarin, kita tengok weekend ni ok! papa dah janji tue. (sebenarnya mama yang excited nak tengok hihihihi)

Kemudian sampai pulak voucher tesco club dan envalopenya pulak sah-sah ada gambar toy story tu. Bertambah-tambah la Zarin duk menjerit

"Mama, toy! toy! toy! (sambil kaki terangkat2 ala jongging setempat tu. tanda nak sangat-sanggggaaaaaaaaattt)

Aduss, sungguh tak sampai hati melihat aksi Zarin ketika itu. Kemudian selepas solat maghrib, kami ke toys r us yang terletak di Hartamas Shopping Centre untuk membeli apa yang diinginkannya itu.

Dan inilah yang telah kami belikan untuknya



Mula-mula kami ingin membeli Buzz lightyears yang besar tu, tapi bila tunjuk kat Zarin dia cakap takkkkknaaaaakkkk sambil gelengkan kepala, kemudian berlari-lari ke arah buku-buku toy story yang tersusun rapi dan mencapainya sambil berkata. Nak! nak ! nak!

Adoii Zarin, punyalah beriya nak toy tu, buku je yang Zarin pilih....mmmm..ape-apelah Zarin. (Pandai berjimat Zarin ni - bagus-) hehehehehe. Tapi sebenarnya Zarin memang suka buku.


khusyuknya Zarin membaca, faham ke tu sayang???


Tapi alang-alang dah sampai mama pun belikan jugalah seekor buzz lightyears ni untuk Zarin. Kot la lepas ni Zarin nak mainkan. Tak payahla mama ke toys r us lagi...hihi


kening buzz ala-ala ziana zain gitu.eheheheh

Monday, June 21, 2010

makan bola, tido bola, tak suka diam-diam la!

Demam piala dunia sedang berlangsung ketika ini. Ramai isteri yang resah gelisah kerana suami asyik menonton bola. Kalau yang duduk melepak di rumah tu ok la, tapi jika yang melepak di luar sure ramai yang susah hati.




Suami saya juga peminat bola, tapi tidaklah sefanatik mana. Katanya world cup kali ni tak meriah sangat. Betul ke???Tapi itulah yang banyak dikatakan oleh orang yang terdekat dengan saya. Saya pun tak ada lah beria sangat, memandangkan Theo Wallcott tak dapat main untuk England, so saya pun sokong ajelah mana-mana negara yang ada player Arsenal..aci gitu???hehehehe

Apa yang menyebabkan saya meluat, baru-baru ini, saya ada terdengar pendapat di radio yang lebih kurang macam ni la

Saya tak minat bola. Apelah yang seronok sangat, tengok orang ramai-ramai lari-lari duk berebut sebijik bola. Senang-senang bagi je bola sorang sebijik main. Tak payah berebut-berebut!

Adoiiii, apa punya "tak cerdik" la pendapat camnie. Dah memang tu peraturan dia..adoiii.. kalau camtu baik wat pertandingan

1. sape tanduk bola paling jauh,
2. sapa bawak bola paling lama,
3. Bola sape pecah dulu dan sebagainya.

kalau permainan lain pulak, cam badminton ke ape, bagi bulu tangkis sorang satu, ha timbang la bulu tangkis tu sampai patah tangan, tak yah lawan-lawan.

Apepun kepada peminat bolak sepak, pasukan mana pilihan anda? Siapa bakal juara tahun ini???

Makan bola, tido bola, tak suka diam-diam aje la yea..heheheheehe


Wednesday, June 16, 2010

hero korea!

Setelah asyik tertanguh-tangguh, rambut zarin akhirnya digunting juga... sebelum digunting Ada juga yang bertanya,

tak sayang ke nak potong?

jawapannya ----------> memang sayang sangat!!!

Tapi apakan daya, dah panjang sangat, untuk elakkan Zarin dari kepanasan dan kerimasan kami sepakat untuk memotong rambut Zarin.

dan inilah hasilnya

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V


Rambut Zarin dah jadi cam hero korea!


Pandangan belakang rambut saya, ok tak???

Mula-mula nak gunting, stylist tu tanya lah nak potong macam mana? nak guna mesin ke????

mesinnn???? ohhh, noooo!!! noooo!!! NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!!

Kalau mesin sure la gondol rambut anak bujangku yang halus mulus itu. Dan yang pasti makan tahun pula la nak tumbuh. Nak wat camne, Zarin ikut rambut mama. (Cuma bab kerinting + ikal tu tatau ikut sapa)


hensem tak saya???

"U just rapikan je rambut dia, biar nampak kemas" kata papa

"yang ikal ni nak potong ke camne? tanya stylist itu

"potong pendek sikit la, dia ni boy" tambah papa lagi

"yaka??ooo, ok-ok...kata stylist itu sambil ketawa



setelah dirapikan inilah hasilnya!!!! kami sangat berpuas hati!!!

Tetapi masa rambut sedang digunting, Zarin pun mula lah membuat drama. Mula-mula ok semasa kain disarungkan. Tetapi sebaik gunting mencecah rambut, dia mula la menangis tak hingat!!!!satu kedai duk dengar suara dia je. Yang bagusnya Zarin ni, walaupun menangis, tetapi dia duduk diam. Maknanya mulut je la yang bising tapi duduk senyap macam patung.

Yang lucunya pula dia menangis sambil berkata

"mamaaaaa!!! atikkkkk! atikkkkk!!!!!

hahahaha, hebat tak lakonan Zarin???? mana ada sakit pun..cuma dia takut agaknya...hahahha...nak snap pic, tapi tak sampai hati pula..last-last kami pujuk je dia sehinggalah proses menggunting selesai...

Dan ini pula telatah zarin sebelum rambutnya yang ikal itu dikerjakan


Apalah nasib rambut aku hari ini


Rambut menggerbang! Saya memang tidak suka letakkan minyak dirambut Zarin. Sikit-sikit ok..Tapi kalau nampak berminyak saya rasa sangat rimas dan nampak busuk pula
Dan ini pula gambar ketika Zarin baru bangun tido...ngerikan rambutnya??? Tapi nampak cute + lucu


seram tak tengok rambut Zarin nie???

Mama kata rambut saya dulu buat saya nampak kiut
mama kata rambut saya sekarang buat saya nampak hensem. Tak ubah seperti hero korea

mama!!!! saya sudah besar lah!!!! hohohoho


Friday, June 11, 2010

dating @ delicious!

Jumaat yang ditunggu! Rehat yang panjang tak sah kalau tak keluar. Tak kisahla untuk cari makanan yang best ke ataupun jalan-jalan cuci mata. Sebenarnya hari ini baru je berazam untuk bertapa di ofis sambil order A&W. Tapi kalau dah kaki suka berjalan memang akan keluar juga. Lainlah kalau kaki dirantai di kerusi nie..hahahaha

Hari ini saya keluar berdating dengan encik suami ke delicious yang terletak di Dua Residency, Jalan Tun Razak. Tiba-tiba encik suami teringin nak makan spagethi carbonara.



Masa sampai tu memang ramainya oranggggggg!!!! Kene tunggu dalam 10 minit baru ada tempat. So kira ok lagi dari terpaksa tunggu setengah jamkan! Belek punya belek menu inilah yang diorder


spageti carbonara + watermelon lychee - papa punya


chicken burger + plain water - mama punya



cantik dan nyaman

Ini merupakan kali pertama saya ke delicious kat dua residency. Sebelum ini kami hanya makan di OU. Sangat cantik tempatnya. Dikelilingi dengan sarang burung dan replika ranting-ranting pokok. Alangkah bestnya kalau Zarin ada bersama. Sure dia tak duduk diam. Tempat yang luas, semakin panjanglah langkahnya.

Errkkkkkk!!!!alhamdulilah...terasa macam nak pecah perut kekenyangan. Dah la hujan lebat kat luar tu. Kalau dapat selimut sure jadi cam ular sawa, lena sampai pagi..hikhik

Thursday, June 10, 2010

Perempuan Syria!

Owh! saya memang sudah terjatuh cinta dengan tudung syria. Memang inilah yang saya tergila-gilakan sekarang.

Bermula dari ingin mencuba, tidak disangka sudah menjadi tudung wajib saya sekarang. Sangat mudah menggayakannya. Yang penting saya berasa kemas, selesa dan yakin.


Kadang-kadang lucu juga apabila melihat teletah suami yang sentiasa memerhatikan saya apabila sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja ataupu keluar berjalan-jalan.

Mama : Papa tengok apa pa?
Papa : La, tengok isteri sendiri takkan tak boleh kot.
Mama : Tak la, macam pelik je tengok tu. Tak elok ke saya pakai macam ni?
Papa : Elok. Cantik sangat. Manis. Tu yang asyik nak tengok je tu.

hehehehe..Ape-apelah suamiku ini. Tapi kembang juga apabila dipuji. Sebab suami saya bukan jenis yang suka memuji.

Suami saya selalu juga mengusik:

Zarin tengok mama tu, dah jadi perempuan syria dah!


Tudung syria ni pun ada banyak jenis juga. Begitu juga dengan inner. Ada yang 1 layer, dua layer, 3 layer dan berlayer-layer. Tapi yang menjadi pilihan saya hanyalah 1-3 layer yang sangat sesuai untuk digandingkan dengan shawl.


Untuk ke pejabat, saya lebih selesa memakai 1 layer atau dua layer bersama shawl kosong disebabkan baju kurung saya banyak yang berbunga-bunga. Nanti kalau pakai dari atas ke bawah berbunga-bunga dan berlayer-layer tak ubah macam "pokok bunga bergerak " atau "Traffic light" mahupun "kek lapis" pula...hikhikhik

Tapi kalau baju kurung saya kosong, saya akan pakai inner yang tiga layer bersama-sama shawl kosong. Jika pakai shawl bercorak, cukupla inner yang 1 layer. Pada saya, inner syria memang memberi seri pada wajah. Lebih-lebih lagi jika pakai inner yang striking colour. Tak perlulah make up tebal-tebal. hehehehehe


Ramai juga yang tidak berani mencuba tudung syria kerana beranggapan tidak sesuai dengan wajah. Sejujurnya, mula-mula saya pakai syria ni saya pun terasa pelik. Muka rasa tersembul keluar. Tapi sebab keinginan nak pakai tu tinggi, lama-lama dah terbiasa. Apepun terpulang la pada hak individu, tepuk dada tanya selera. Sekarang adik-beradik saya memang semua dah beralih kepada tudung syria.

Jika dahulu saya hanya beli untuk kegunaan sendiri. Namun apabila ramai yang bertanya, sungguh tak sangka ia menjadi bisnes pula. Terima kasih pada kawan-kawan yang membeli inner, shawl dan juga tudung syria dari saya.


Friday, June 4, 2010

Tempura sotong

Tempura sotong?? Daku tertanya-tanya apakah dia tempura sotong. Memandangkan tempura sotong ini sentiasa menghiasi status Ayu di FB. Kata orang malu bertanya sesat jalan, jadi dengan muka tak malunya daku bertanya kepada ayu dan minta resepi.

Rupa-rupanya tempura sotong tu sotong goreng tepung...adesssss..ingatkan apekebenda la (ke memang aku je yang taktau nama saintifiknya?)..heheheh

Selepas mendapat resepi, daku terus mencari tepung tempura cap JOJI seperti yang diberitahu oleh Ayu..Malangnya, tak ada pula tepung cap itu...yang ada cuma cap GOGI. Ok la tu..bunyi nya pun seakan-akan JOJI -GOGI. Bukan GIGI ya...belasah je la...hehehhe...Mula-mula tengok tepung tu terkejut juga aku..bukan apa, mak aiiii banyaknya tulisan siam...kapkungkap...sawadikap (eh, ape aku merepek ni)

Kemudian aku belek lagi...Nasib baik ada logo HALAL. Lantas aku terus membelinya. Sampai di rumah ketika jam hampir menunjukkan angka 9.00 malam. Semalam kami shoping barang dapur kat JUSCO n TESCO, sambil cari-cari pampers Zarin.

Selepas kemaskan barang-barang yang dibeli, aku terus menyediakan tempura sotong ini. Tak sabar hendak melihat hasilnya, sama ada menjadi ke tidak.

Alhamdulilah...menjadi dan hasilnya :



tadaaaaaa!!!!Tempura sotong versi ida aka mama zarin

Sangat sedap hokey. Lepas ni tak payah la kami bersusah payah nak ke restoren semata-mata nak makan benda nie. Buat sendiri lagi sedap. Dan suami pula, duk ulang makan ketika daku sedang sibuk menggoreng...iskkkk..kacau sunggguh!!!

Apepun tanx ayu sebab berkongsi resepi :)

myorangejinggashop : FOLLOWER BERTUAH!

pon! pon! pon! pon! pon!

saya telah memilih 3 orang yang terawal menjadi follower bagi myorangejinggashop untuk menjadi follower bertuah.

Dan mereka yang bertuah itu ialah

jeng
*
*
*
*
*
jeng
*
*
*
*
*
jeng
*
*
*
*
*
V

1. nuyue
2. yananuar
3. sya

Kepada yang bertuah itu sila emelkan kepada saya suhaida_azmi@yahoo.com

Nama:
Alamat:
No. telefon :

TAHNIAH saya ucapkan!!!!

follower bertuah untuk blogshop saya telah pun dipilih...

Dan untuk follower Semua Tentang Kita (STK) pula, saya masih lagi ternanti-nanti follower yang ke 70...kenapa 70????biarlah rahsia... :)

Wednesday, June 2, 2010

slurppp! slurrrp! char ko teow

Akhirnya dapat juga saya menikmati char koteow Sg Dua! yahooooooo!!!!

Sebelum bertolak ke KL, kami telah menikmati Laksa Teluk Kechai. Pada mulanya, kami memang taknak singgah makan char koteow nie, tapi terasa rugi la pula alang-alang dah lalu tak singgahkan. Lepas tu suami pula cakap

"Nanti sampai kat Perak teringin, tak nak patah balik dah...rugi,kita makan je la ek"

Suami dah bagi greenlight, walaupun perut masih lagi kenyang, kami tetap memesan char ko teow special...hahahahha

Inilah rupa char koteow pooojaaaann hatikuuuuuuu!!!!!!!!!!!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V



Tadaaaaaa!!!! char koteow special RM4.50

Ingat lagi tak entri INI. rupanya-rupanya bukan kami terlewat sampai, tetapi kedai ini ditutup pada setiap hari RABU. (lepas ni kalau nak balik kampung kene planning hari lain..eheheheh) Dan waktu operasi pula pada jam 5.00pm - 3.00am

Sepanjang menikmati char koteow, Zarin tidur dengan nyenyaknya atas ribaan papa. Syukur alhamdulilah...dapatlah mama dan papa menikmati char koteow ini dengan aman.


Zarin bagi chance kat mama dan papa kali ni :P

Kat KL ni, char kotoew yang paling sedap saya pernah makan ialah kat Marli's..Kira terubat jugalah rindu pada char koteow...slurrrrrppppp!!!!licinnnn!!!


Tuesday, June 1, 2010

Klik-klik sample free

Sebulan yang lalu, saya telah ditimpa masalah yang pastinya merunsingkan ibu-ibu yang menyusukan bayinya iaitu susu kurang atau merudum!!! Pelbagai cara telah saya lakukan. Namun tetap hampa..

Dalam pada itu saya memang berniat untuk membeli susu FM untuk diberikan kepada Zarin. Tetapi bila tiba di Jusco

Mama: Papa, nak beli susu ape ni???
Papa: iskkk..tatau la...biasa budak2 minum susu ape?
Mama: entahlah..macam-macam. Emiylda minum anmum..ada juga yang minum susu soya..nak beli ke tak nie???
Papa: mmm...tak payah lagi kot..try pam dulu...cukup susu tu...

Kemudian, kami pulang tanpa membeli sebarang susu formula.

Di pejabat, saya turut bertanya pendapat kawan-kawan. Dan yang psti mamaimanwafiy la yang menjadi mangsa. Tanya pandangan itu dan ini..yang seronoknya, bukan sekadar bertanya pandangan, tetapi mamaimanwafiy turut memberikan sokongan dan meminta supaya bersabar..insyaallah susu cukup untuk Zarin, katanya...tanx alot mamaimanwafiy...

Dalam runsing memikirkan susu yang semakin merudum, saya telah mengklik-klik sample free Susu Formula (FM) untuk dicuba oleh Zarin. Dari satu jenis ke satu jenis saya klik.

Dan beberapa hari yang lalu, maka tibalah beberapa sample FM ke rumah kami. Masih banyak lagi yang akan kami terima kerana saya mengklik hampir berbelas-belas jenis FM. hikhikhik





Akhirnya saya mengikut nasihat seorang rakan (Kak Fatin) untuk mencuba moridone!

Dan alhamdulilah, moridone memang berkesan! Susu saya semakin bertambah dari sehari ke sehari...yang paling menggembirakan, Zarin masih menikmati susu ibu sehingga ke hari ini...Dan stok EBM juga semkain bertambah...dari 0 dahulu sekarang sudah ada 16botol EBM...syukur alhamdulilah.



Dan sample-sample free ini akan saya simpan untuk dicuba ketika Zarin telah berusia 2 tahun lebih nanti...

***pssst: Saya memang menyokong susu ibu. Tapi dalam masa yang sama, saya tidak menolak FM jika tiada pilihan. Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Dan saya pula akan berusaha supaya Zarin tetap menikmati susu ibu sehingga ke titisan terakhir!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...