Wednesday, July 28, 2010

gurl lagi???

Memang masih ramai di luar sana yang terkeliru dengan jantina zarin, sama ada boy ke gurl???? kalau ke mana-mana soalan cepumas yang ditanya boy ke gurl ni? macam gegurl la...haissshhhh


wajah yang lembut dan redup disangka gurl

Situasi 1

Gadis A: kak dah berapa tahun ni?
Saya : nak masuk 2 tahun bulan 10 nie.
Gadis A: cutelah dia. Gurl kan?
Saya : eh, tak. Boy lah!
Gadis A: la boy ke? muka dia cute cam perempuan. Sama cam muka akak.
Saya : (senyum je la)..


tak kisahlah, janji saya cute (kata zarin dalam hati)

Situasi 2

Pakcik A : baru sorang ke anak?
Suami : a'ah. baru sorang.
Pakcik A : Dah berapa tahun nie?
Suami : Nak masuk 2 tahun
Pakcik A : muka macam mak dia. Permpuan ke? nama apa?
Suami : lelaki lah. Nama Zarin shah.
Pakcik A : (sambil tergelak)...la, lelaki rupanya. sekali tengok muka macam perempuan. Rambut ikal elok. Memang rambut original cam tu ke?
Suami : ha'ah. original. Tatau la ikut sape.


Sama macam papa ke???? atau

Entahlah Zarin, mama tatau nak cakap ape lagi. Takkanlah mama nak botakkan rambut Zarin. memang TIDAK sama sekali. Nak kata muka zarin macam papa??? Adalah sikit-sikit kot. Masa kecik dulu memang banyak ikut muka papa, tapi bila dah makin besar nie majoriti orang kata muka zarin macam mama.


Sama macam mama???

Cuma yang mama perasan, muka zarin kalau serius memang sejibik muka mama.Lebih-lebih lagi bila zarin ajuk buat muka mama tengah marah kan??? ahahahaha...

Tak ape lah sayang, suka hatilah orang nak cakap zarin boy ke gurl ke? yang penting,
Zarin membesar dengan sihat, cergas dan cerdas, untuk sudah cukup membahagiakan mama dan papa!!!

psttt: ni yang tak sabar nak dapat baby lagi nie. hehehehehe

Wednesday, July 21, 2010

Award ! Award!



Alhamdulilah! terkejut dan terujanya saya apabila dapat award lagi! tq kepada kak Sueriani Ali dan Yananuar selaku pemberi awrd ini...muaaach! muachhh! sayang korang :)

1) Apa nama blog dan kenapa letak nama tu?

Semua Tentang Kita (STK). Letak nama tu sebab blog ini menceritakan tentang kehidupan kami sekeluarga dan mereka yang terdekat dengan STK.


2) Bila start buat blog?

8 Julai 2009


3) Sapa first follower

diri sendiri..hahahahahaha..aci gitu???


4) Ucapan Khas untuk pemberi award

Terima kasih banyak untuk kak sueriani Ali dan Yananuar. Tak sangka dapat award lagi. Terasa seperti artis fofular je…heheheheheeh..jangan serik untuk memberi award kepada saya lagi yea… tq so much..muaaaach! muaaach!


5)Lastly 9 org cute yang kena tag

mmm..rasanya taknak tag sape-sape. Sebab semua yang baca blog saya nie semuanya cute-cute. Jadi pembaca yang cute itu, jangan malu-malu untuk amik award yang cute ini yea.. Semuanya cute-cute belaka…

luv,

Tuesday, July 20, 2010

Mesra Ria Yong Tau Foo

Anda penggemar yong tau Foo?

Ya, saya penggemar yong tau foo. Biasanya saya beli di pasar malam. Baru-baru ini, kami telah ke Melaka lagi, untuk menikmati yong tau foo yang sangat sedap iaitu di Gerai Mesra Ria, yang terletak di medan selera Pantai Puteri.



Kami tiba seawal jam 4.00 petang, kerana menurut seorang kenalan, gerai yong tau foo tersebut mula beroperasi pada pukul 3.00 petang sehingga ke larut malam. Namun, informasi yang diberikan tidak tepat sama sekali kerana waktu beroperasi ialah pada jam 5.00 petang...kuang-kuang-kuang!!!!

Lagi 10 minit pukul 5, kami sudah terpacak di situ...wahhh!!! semangat bukan main.


Pelbagai jenis bahan yang boleh dipilih, memang rambang mata!

Setelah pemilik gerai memberi greenlight, tanpa membuang masa, kami terus memilih apa yang hendak di makan. Memang tak tahu nak pilih yang mana. Macam semua nak dan nampak smua sedap!!!!


Macam-macam ada..pilih jangan tak pilih!

Jadi, untuk tidak kempunan, maka boleh dikatakan kami mengambil setiap satu benda ini. Rupa-rupanya bukan kami sahaja yang menunggu gerai tersebut dibuka, tetapi ramai lagi orang lain yang sama-sama menanti dengan penuh sabar. Selain daripada makanan laut, terdapat juga beberapa jenis sayur dan juga mee, bihun, ko toew dan sebagainya. Yang penting, pilih sahaja yang mana berkenan.


Antara sayur-sayuran yang disediakan

Selepas selesai acara memilih, maka bermulalah acara untuk merebus, seterusnya menyediakan yong tau foo.


jaga-jaga, panas tuuu!

Setelah hampir lima minit menunggu, maka siaplah yong tau foo yang kami pesan. Mak aiii banyaknya!!!tak percaya??? lihat gambar di bawah!!!

*
*
*
*
*
*
*
*
V


Tadaaaa!!!!!!

Pengunjung di meja sebelah menjeling ke arah kami. Yelah hanya 3 orang dewasa yang size badannya agak cekeding, tapi bila order makanan, masyaallah!!!! Kami hanya tersenyum kepada mereka. Masa pilih tadi rasa cam sikit je, Tapi bila dah masak, memang banyak sangat. Mula-mula tengok macam tak habis sahaja! Yeke tak habissss???

*
*
*
*
*
*
*
*
V



Licinnnn!!!!

Tak sangka, rupa-rupanya licin kami makan...hahahahahah!!!Mana taknya, memang dari KL lagi hajat nak makan yong tau foo. So memang makan sungguh-sungguh sampai demam saya keesokan harinya...huhu

Apa yang menarik tentang yong tau foo di gerai mesra ini ialah supnya dan juga sosnya. Tidak seperti kebanyakan yong tau foo yang ada kuah hitam tu. Di sini hanyalah sos cili sahaja. (sos yang diproses sendiri) .Tak dapat nak bayangkan betapa sedapnya! Insyaallah jika berpeluang jalan-jalan ke Melaka lagi, sudah pasti saya tidak akan melepaskan peluang untuk menikmatinya!

Monday, July 19, 2010

Fanatik toy story!

Saya sangat susah hati. Zarin sekarang sudah berada pada tahap fanatik pada kartun toy story nie...Setiap masa nak tengok toy story, toy, toy, toy, toy!



Si Buzz dan woody yang sentiasa diingati

Sebelum kami membeli DVD toy story ni, memang ipod dan lappy lah yang menjadi mangsa. Pantang kami berada di hadapan skrin, lantas dia terus menyelit dan menyebut,

papa toy! toy! toy!
atau pun
mama, Toy! toy, toy!



Kadang-kadang terasa tension dan pening juga apabila cerita toy story asyik berputar di TV. Segala dialog dan apa yang akan berlaku seterusnya sudah dihafal. Tapi Zarin masih tidak jemu-jemu.. adoi la anak. Kadang-kadang terasa macam nak potong astro. huhuhuhu ..Membazir bayar bulan-bulan tapi tak tengok.


ipod yang telah menjadi hak milik kekalnya untuk menonton toy story

Cuma satu sahaja sikap zarin yang memang patut dipuji. Apabila ke kedai mainan, dia memang tak nak toys tu. Tunjuklah buzz ke, woody ke, besar ke kecik ke, memang dia taknak. Cuma bila tengok dia akan membuat aksi teruja sambil meletakkan kedua belah tangan di pipi dan menjerit "WOW!!!!" tapi bila di sua, tak nak.




Yang keluar dari mulutnya ialah nak lisss (tulis), kemudian kami belikan stationary set, terus dia duk diam. Taknak yang lain dah.

Oh Zarin, bilakah demam toy stroy ini akan berakhir??? Adakah perlu mama dan papa meminta Si Paul untuk membuat ramalan????

Saturday, July 17, 2010

pasir putih tepi pantai

Pasir putih tepi pantai
Ombak saling berkejaran
Kau lari aku mengejar
Di antara deru rindu... kita berdua
(oppsss kita bertiga lah, berdua masa berhanimun dulu bolehlah nak berkejar-kejar)

Tiba-tiba teringin nak menyanyi dangdut dan bergelek pula. Okey! okey! berbalik kepada tajuk entri.

Entri ini merupakan sambungan kepada kisah Jalan-jalan Melaka. Setelah penat berjalan dan membuntalkan perut di Melaka, kami akhirnya ke Port Dickson pula. Mandi Laut...dushhh! dushh! dusssh! Menurut, kawan suami, lagi dekat ke PD jika lalu ikut Tanjung Puteri, Masjid Tanah dan sebagainya. Jadi apa salahnya mencuba. Sambil-sambil tu, sempat lagi berhenti tepi jalan makan durian...hahahah, sedap!!!!

Malangnya, cuaca tidak berapa baik di Port Dickson, boleh dikatakan hujan lebat sepanjang perjalanan. Dan jalan pula JAM teruk ekoran daripada pameran Marin (kalau tak silap) di Teluk Kemang. Kami bertolak pukul 12.00 tengahari dari Melaka dan Tiba di PD ketika jam menunjukkan hampir 4 petang!!!!! tensen! Lepas ni taknak lalu dah kot situ!!!!

Selepas check in, kami pun bersiap untuk ke pantai. Hujan pun sudah berhenti.Apalagi mandi laut lah. Tetapi sebelum itu kami ke Teluk Kemang untuk membeli mainan yang sodok-sodok tanah tu, entah apa bahasa saintifiknya orang panggil.


Yang tak bestnya, membazirkan duit sahaja! Zarin langsung tak nak main. Letak je atas pasir terus menonong ke bibir ombak. Adess la Zarin, mama dan papa pula yang kecut perut. Terlebih berani sangat dengan air. Nasib baiklah laut di PD tenang. (Tapi risau juga, air yang tenang jangan di sangka tiada buaya)


Mataku pula asyik meliar melihat ke sekeliling laut tu. Risau juga kot-kot ada buaya kan? Sebelum ni kan heboh yang Pantai PD ada buaya. Zarin yang terlebih seronok langsung tak hirau orang. Mandi penuh kusyuk!



Kelepek!kelepek!kelepek! duk tepuk air. Sesekali air laut masuk mulut terkulat-kulat dia. Masin lah tue! hahahahaha!!! lucu sungguh Zarin nie.


Selepas hampir sejam lebih berendam dan mulut pun dah kebiruan, kami pun balik. Tapi Zarin tau-tau sajalah bila berdepan dengan air ni. Memang tak nak baliklah. Menjerit dan menangis bagai nak rak. Akhirnya papa terpaksa pikul. Dan di bilik pula, Zarin main air dalam bath tub sampai habis kecut jari.

Ekoran keletihan bermain air, Selepas mandi, Zarin terus lena sampai pagi. Jadi malamnya tak adalah aktiviti ronda-ronda PD. Kesian Zarin, entah bila pula dapat mandi laut. Nanti balik terengganu kita ,mandi laut lagi yea...huhhuhuu..ataupun next time kita ajak papa datang PD lagi ye sayang!

Malamnya, perut dan berkeroncong, kesian pula nak kejutkan Zarin. Akhirnya papa tapaukan mama tempura sotong dan udang serta yong tau foo. Yong tau foo???? Yong tau Foo PD lah, bukan Yong tau foo Melaka tue! nanti kita bercerita di lain entri ya...

Psst: Telefon papa hilang masa di PD...sob!sob!sob!

Friday, July 16, 2010

Tak faham bahasa ka????

Isk, tiba-tiba petang ni terasa geram dan nak marah sangat-sangat. Ada seorang rakan di FB asyik bertanya kita tentang kawan-kawan sekolah dahulu. Bertanya tu ok, kita pun jawabla bla..bla..bla..bla..bla..

Lepas tu tanya lagi, siapa yang kita add kawan-kawan lama. Kita pun cakap bla bla..bla..bla…

Ok fine, kemudian boleh pulak dia cakap, saya tak nak yang itu, saya nak cari si A dan si B. Kemudian saya pula menjawab, memang tak tahulah. Memang lost contact la ngan derang. Yang ada itu je la.. Boleh tengok kat friend list saya.

Pastu tanya lagi, siapa yang saya still contact???saya menjawab, Ramai la juga dan menyebut beberapa nama. Kemudian dia menjawab lagi, saya taknak yang itu, saya cari si C dan si D.

Pulak dah.. Ape ko ingat aku ni duk urus jejak kasih ke? Dah aku kata memang tak tahu dan memang ada yang itu yang itu ajelah. Isssk..kesabaran dah sampai menipis dah nie (tebal lagi base cheese cake aku) huahuahuahauahua!!!!

Pastu dia pula menyebut beberapa nama lagi . Saya cakap ada dalam FB saya. Tengok friend list. Ok dia tengok, lepas tu tanya pulak saya kenapa derang guna nama samaran tu, dia ni sape, keje kat mana.. Ya Allahhhhhhh!!!! Hangin betul!!

Last-last saya jawab, saya tak tahu, tengok la wall derang. Derang pun ada FB. Ataupun tanya orang lain. Ape ingat aku nie computer ke nak simpan data semua orang. Iskkk,,,memang betul-betul tak faham bahasa dia nie.

Kemudian tanya lagi, siapa yang saya still contact lagi??? Halu, tadi ko dah tanya kan????. Last-last saya listkan je nama yang entah sape-sape. Hambik ko. Bukan kita satu batch pun. Sibuk duk tanya aku. Aku cakap bukan ko kenal pun kan. Ingat aku posmen ke duk hantar surat dia ni, dia tu, nama sebenar apa, duk kat mana, rumah dia besar ke kecik ke ape. Iskkk hangin betul dengan orang yang tak faham bahasa nie.

Bila kita dah jawab tak tahu. Memang tak tahu lah.Ingatkn chat nak tanya pasal kita sebab first time chat kan. Tapi lain pula jadinya. Kalu tanya sikit-sikit tu okey lah. Cuma yang geram bila kita dah bagitau tak nak pulak tahu. Nak tahu pasal orang lain yang memang kita tak tahu…Aiiiii, memang rojak pasembur betulla la ini orang! Gerammmmm!!!!!! Rasa cam nak pitam dan sesak nafas bila berada dalam situasi camni...oksigen! oksigen! ninoninoninonino (ambulans datang)


Blueberry cheese cake

Memandangkan saya masih lagi dalam keadaan "demam masak-masak", jadi saya ingin berkongsi satu lagi resepi yang saya cuba iaitu blueberry cheese cake. Resepi ini diambil daripada Ratuhati.com dan kemudian, ditokok tambah daripada resepi lain di internet.

Cara membuatnya mudah sahaja. Sebelum itu, kita lihat dulu apakah bahan-bahan yang diperlukan.

250g Cream Cheese (sy guna philadephia)
3 biji telur
1/2 cawan gula
125g Mentega
10 keping biskut orea di buang intinya
8 keping biskut mvities
Topping-blueberry
sedikit esen vanilla


Cara membuatnya

A. Untuk Base

1. Biskut orea dan mvities dihancurkan

2. Butter dicairkan (double boiler-tapi saya hanya guna air panas letak dalam mangkuk pastu letak cawan yang berisi butter)

3. Gaul biskut dengan butter yang telah dicairkan sehingga sebati

4. kemudian tekan mampat adunan tadi di dalam loyang

B. Untuk kek

1. Pukul cream cheese dengan gula smpai kembang. jangan terover pula..nanti atkut mase bakar kek merekah

2. Masuk telur sebiji demi sebiji..pukul hingga kembang.

3. kemudian masuk esen vanilla. Pukul sekata

4. selepas itu tuang atas based...tadaaaa..siap utk dibakar.

5. Bakar dgn suhu 185C selama 20min je (sy bakar 40 minit sbb oven tu dh tetapkan untuk cake 40 minit)


Apabila kek siap dibakar, letak dlm fridge. Apabila sudah sejuk baru letak topping seperti dalam gambar di bawah


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
v



menarik dan sungguh menyelerakan

Apabila siap letakkan toping sedia untuk dimakan
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V


Tadaaaaaa..... nyum..nyum..sangat sedap!!!


Ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki untuk percubaan yang kedua cheese kek ini.
antaranya ialah
1. Nipiskan sedikit base (yang saya buat di atas tu basenya tebal)
2. Kurangkan manis ( kami penawar orangnya, so kalau yang suka manis dah ok)
3. loyang terlalu besar menyebabkan cheesenya nipis...huhuhuhu..kene beli loyang yang bersaiz kecil selepas ini.

* terima kasih untuk Mr papa sebab tolong pukulkan cheese dan gula. kalau harapkan mama, sampai subuh tak kembang...hikhikhik...

Bertemu lagi di lain resepi cheese cake ya... selamat mencuba!!!!

puding roti peanut butter

Hari ini saya ingin berkongsi satu resepi iaitu poding roti peanut butter. Resepi ini saya ambil daripada salah seorang kenalan FB dan juga RH iaitu Kak Sue Aleen. Tq kak sue :)


Bahan-bahan yang diperlukan

10 keping roti Gardenia
1 tin krimer sejat F&N (400 gm)
1/2 cawan gula
2 biji telur
3 sudu besar mentega kacang (ikut suka)


Cara membuatnya

1- Carikkan 8 keping roti. Boh dalam blender. Masukkan bahan lain. Kisar je terus sampai lumat.

2- 2 keping yang baki tu carik dan campur dalam adunan tadi tanpa dikisar semula.

3- Lengserkan loyang dengan marjerin dan tepung.

4- Masukkan adunan tadi dalam loyang. Untuk hiasan, ikut sukalah nak letak apa pun. Terpulang kepada keinginan masing-masing.

5- Bakar selama 30 minit sampai warna bingka ni berubah macam kat atas tu. Boleh dipotong panas tanpa tunggu sejuk.

hasilnya
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V


Tadddddaaaaa!!!!!!!

* sangat sedap dimakan ketika panas-panas :)


Thursday, July 8, 2010

cap buaya??

Sangat susah untuk mencari sandal untuk anakanda ku Zarin Shah. Sandal NIKE kegemarannya ibarat hidup segan mati tak mahu. Sudahlah kecik, kaki terjulur keluar pulak tu. Lebih menyedihkan menunggu masa untuk putus sahaja. Bukan kami tidak membeli sandal yang baru. Ada, 2 pasang lagi tapi dia taknak pakai. Apabila disarungkan dia dah menjerit TAKNAK!!!!! dan satu perkataan lagi "SUTEK" yang kami tidak faham langsung akan maksudnya. Puas juga kami mencari design yang sama dengan sandal kegemarannya, tapi dah out of stock dan takde size besar!



Akhirnya setelah kami berbincang dari hati ke hati (ecececeh), Akhirnya kami sepakat untuk membeli kasut cap buaya ni (CROCS). Bukan apa, sebelum ini, telah banyak berita yang mengatakan crocs tidak selamat untuk digunakan. Dan inilah antara perbualan kami suami isteri.

Mama: Papa, camne nie? Nak beli ke crocs nie?
Papa: Ikutlah. Bukan apa, takut nanti kita saling menyalahkan jika berlaku benda yang tak elok.
Mama: contohnya???tak fahamlah.
Papa : camni, nanti saya akan salahkan awak sebab cadangkan beli crocs. Dan awak pulak akan salahkan saya sebab tak jaga Zarin elok-elok.
Mama: oooooo. Tapi boleh je beli dengan syarat. Hanya pakai untuk ke neseri, jalan-jalan ke tempat yang bebas eskalator.
Papa: Ok. Malam ni kita p beli.

Dan inilah hasilnya
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V

tadaaaaa----->Buzz lightyear- to infinity and beyond

Semasa sampai di Ikano, saya sudah dupdapdupdap!Bukan apa, sebelum ni, saya sudah google crocs toy story dan memang ada. Nasib baik ada, cuma watak buzz je la. Zarin apalagi memang seronok la dia. Dan Size zarin ialah C8/9. (Memandangkan Zarin sekarang sedang kemaruk dengan toy story, so semua benda mesti toy story lah, aci gitu)

Dan Zarin pula, taknak bagi mama dan papa bawak bag tu, dia nak bawak sendiri. lihatlah aksinya yang menyandang beg tersebut. hehehehe...lucu, sama tinggi dengan tuan.





Sampai di rumah macam biasalah, pakai tak nak bukak. Hinggakan tidur pun pakai juga..ehehehehe...apelah Zarin ni. Ciwi sungguh!!!! hahahaha




pstt: sesiapa yang tahu di mana ada jual jibbitz toy story bolehla tinggalkan link yea. coz kat outlet dah out of stock! huhuhuh..tak kisahlah buzz ke, woody ke, jessie ke, yang penting watak-watak dalam toy story tue. tq


jalan-jalan Melaka

Sudah lama entri ini di draft. Hari ini baru berkesempatan untuk dikemaskini. hikhikhik

Sudah lama kami bercadang untuk membawa zarin jalan-jalan. Tak kisahla ke manapun, asalkan keluar dari KL. Akhirnya kami memutuskan untuk ke Melaka. Last pergi kalau tak silap bulan Januari atau March 2010. Itu pun bersama famili, tapi tak best sebab zarin jadi hang benjol masa pergi tu...uwaaaaaa!!!!

Tidak banyak tempat yang kami pergi, hanya sempat ke zoo melaka sahaja ( zoo negara tak pernah pergi, zoo melaka pergi pula tu..apa daaaa!!!!) , kerana cuaca mendung dan hujan rintik-rintik. Cuma jalan-jalan kali ini lebih kepada acara jalan-jalan cari makan. phewwwwittt, acara rasmi yang papa dan mama paling suka






Okey jugalah ke zoo. Bukan apa, bolehlah zarin tengok bintang seperti gajah, kuda, beruang dan sebagainya secara live. Sebelum ini hanya tengok watak animasi sahaja, pooh, dibo the gift dragon, flamingo, pororo dan sebagainya. Cuma nak tergelak masa tengok kuda dia cakap yeeeehaaaaa!!!!!! Ape-ape lah Zarin...





kami tiba di zoo melaka ketika jam 4.00 petang. Jadi sempat jugalah kami menonton persembahan gajah joget...hikhik..Mula-mula ingat nak bergambar dengan gajah, tetapi memandangakan Zarin dah menjerit ketakutan. Jadi amik gambar dari jauh sajalah...hikhikhik





Kemudiannya, kami menjamu selera di Tengkera. Makan ko teow sup dan juga popiah. Sangat sedap okeyyyy! dan yang best harganya pula memang murah. Nampaknya memang kami tak boleh tinggal di melaka, jika tidak sure kami jadi tembum macam belon. Malamnya pula menikmati yong tau fu. Tapi tak ade amik gambar sebab jam telah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam...hahahahha...hanya pikir untuk makan dan makan sahaja..

Itulah saja cerita untuk kali ini. Akan bersambung episod seterusnya di Port Dickson pula... yeeeeehaaaaa!!!!!!

Happy 1st Anniversary STK

Pejam-pejam celik sudah setahun rupanya saya berblogging. Cepat sungguh masa berlalu. Kalau ada baby sure dah boleh jalan, tumbuh gigi dan bermacam-macam lagi. kalau tanam pokok rambutan pula mungkin dah boleh makan hasilnya..eh yeke???hehehehe



Apepun harapan saya agar ulang tahun yang pertama ini akan lebih memberikan inspirasi untuk saya terus aktif berblogging.

Tidak lupa juga kepada sahabat handai khususnya follower saya ataupun silent reader (jika ada) yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan untuk saya terus menghidupkan STK. Jangan malu-malu untuk meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat menghargainya.

Diharap kalian tidak akan jemu dan serik untuk singgah lagi di STK.

Luv,



Tuesday, July 6, 2010

happy birthday Alya!

3 Julai 2010 kami sekeluarga telah merancang untuk bercuti-cuti ke Melaka. Alang-alang dah sampai Melaka, lantas kami terus memenuhi undangan daripada Sasha untuk memeriahkan majlis harijadi puteri kesayangan beliau, Alya Insyirah yang kini berusia dua tahun bertempat di KFC, Aeon Melaka pada hari yang sama.

Okey Alya, auntie ida nyanyikan lagu birthday special untuk Alya yea, Hari tu lambat sampai tak sempat nak nyanyi. Suara auntie Ida sedap tau..ehehehehhe

Happy birthday to you,
Happy birth day to you
Happy birthday to Alya Insyirah,
Happy birthday to you.



Auntie Ida doakan agar Alya menjadi anak yang solehah dan sentiasa dimurahkan rezeki.




Kami sampai sekitar jam 12.00 tengahari. Chicky pun dah balik. Tapi selepas itu si Chicky muncul semula. Cuma kemunculan chicky menakutkan kanak-kanak yang hadir termasukla Zarin...huhuhuhu. Tak dapatlah nak beramah mesra dengan chicky..


Zarin yang pemalu dan taknak beramah mesra dengan orang. mmmmmm.

Untuk Alya, terimalah hadiah yang tak seberapa ini dari kami . Harap Alya suka :)


Tadaaaaa!!!!

Apepun tanx a lot sha, dapat makan KFC free gitu. Kek pun sangat sedap...nyum! nyum! jangan serik untuk jemput kami lagi next time yea...hehehehehe

Psst: Seronok sangat dapat jumpa sasha, kelly dan hajar. Mereka tersangatlah friendly.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...