Tuesday, August 31, 2010

Chili's yang sedap!

Sepanjang puasa, inilah kali kedua kami berbuka di luar. Perancangan awal mahu berbuka di Meatwork. Tetapi tak jadi kemudiannya memandangkan saya bukanlah penggemar steak dan suami mencadangkan supaya berbuka di chili's.



Kami tiba di bangsar Shopping Center pada jam 6.15 petang. masih terlalu awal untuk ke sana. Jadi sempat juga pusing-pusing dan terbeli barang di mothercare..huhuhuhu.. Tujuan asal ke mothercare untuk mencari stroller untuk twin baby. Alhamdulilah ada...merah menyala you!!!!



6.45 petang, kami terus ke Chili's dan orang semakin ramai. Alhamdulilah kami mendapat meja dan tidak perlu menunggu lama. Syukur, rezeki orang berpuasa :P.

Dan inilah yang telah dipesan untuk berbuka puasa :)







Perkara yang paling menggembirakan ialah Zarin makan BANYAKKKKKK!!!!! suka sangat tengok dia makan. Mungkin seleranya kembali seperti dulu. Dan dia pula tidak banyak kerenah kali ini. Memang menikmati hidangan sepenuhnya.

Makan terlebih muatan hinggakan nak bangun pun susah. Nasib baiklah perut muncit mama dah tak ada. kalau tak sure terbukak butang kemeja mama :P

Monday, August 30, 2010

Happy birthday kak mek!

Hari ni merupakan hari lahir kakak saya yang ke.....????eh ke berapa yea?? kejap-kejap nak kira..umur saya 28, abang saya dah 30 dan kakak saya???? ooooo 32 lah!!!!!

Yeaaaa!!!! kak mek sudah tua! kak mek sudah tua! (sambil mengejek macam budak-budak)



Untuk kak mek,

Tiada sesiapa yang dapat mengggantikan dirimu. Seorang kakak yang selalu berkorban untuk adik-adiknya. Sentiasa beralah walaupun kadangkala kami yang mengguriskan hatinya. Sentiasa tenang dan tabah walau ditimpa pelbagai cubaan. Sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain dari dirinya. Jika aku seorang kakak, adakah aku akan bersifat sepertinya???? sukar untuk dijawab kerana semenangnya aku dilahirkan bukan untuk menjadi seorang kakak!!!!

Selamat hari lahir yang ke 32. Semoga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia hingga ke akhir hayat!

alngkah bertuahnya aku kerana dikurniakan seorang kakak seperti dirinya. Syukur alhamdulilah :), kak mek I LOVE U SO MUCH!!!! muaaaahhh!!!!


Pstt: zarin tanya, bila dia nak dapat sepupu baru??? :P

nostalgia kad raya dulu-dulu

sob! sob! (sambil menyapu hingus dihidung dengan tisu) sedihnya, tahun ini saya masih belum mendapat sekeping pun lagi kad raya. huuuaaaaaa sedih. Kalau tahun lepas ada juga satu. Nampaknya amalan menghantar kad raya sudah dilupakan.

Teringat zaman muda belia dulu, ehehehehe..Memang tiap-tiap tahun akan ada peruntukan untuk membeli kad raya dari yang kecil, besar, bunyi-bunyi, lipat-lipat dan macam macam. Ikut keistimewaan seseoramng teman itu.

Tapi kalau untuk "si dia" sure lah yang terlalu istimewa yang kadangkala hampir berjam-jam memilih untuk mencari kata-kata yang sesuai..ahahahahahah (balik nanti kene bukak balik kotak cinta) :P

Teringat lagi kad-kad raya yang ada gambar kartun yang ditulis dengan dialog-dialog yang agak kelakar. Biasanya saya berikan untuk kawan-kawan lelaki. syok baca dialognya hinggakan tergelak sorang-sorang.


* pic dari google, tq

Dalam banyak-banyak kad raya yang saya terima, ada satu ayat yang memang saya tak boleh lupa sampai sekarang dan juga sering menjadi usikan abang dan kakak saya sehingga sekarang iaitu

"maafkan segala dosaku yang telah kulakukan padamu"

Kad ini saya dapat masa sekolah rendah, mungkin darjah 6 gitu dan pengirimnya muhammad khairul syakirin (yen). Yen, ingat lagi ke ayat power mung nie? hahahahaha!!!!

Dulu tiap-tiap hari asyik tunggu posmen datang. Tengok kad raya siapa paling banyak. Sukanya kalau dapat kad raya, simpan dalam laci elok-elok, kalau free bukak balik baca. hehehehehehe



Dulu kad raya yang ditampal di dinding, di gantung-gantung. Kalau pergi beraya, majoriti tiap-tiap rumah buat benda yang sama. ekekekeke. tapi sekarang memang susah nak lihat senario itu lagi.

Sekarang, semuanya secara digital. Hantar guna SMS, MMS, dan sekarang design sendiri letak gambar famili dan publish kat FB. senangkan???? ikut perubahan waktu. Kesian juga tengok peniaga kad raya. Langsung tak laku walau sekeping kad (ada terbaca dalam surat khabar baru-baru ni)

Tapi tetap rindu dengan kad yang di pos juga. Ada sesiapa nak bagi kat saya? (yang tulis ni pun tak beli juga) hahahaha


Sunday, August 29, 2010

Zarin demam lagi

Memang ramadan kali ini cukup-cukup menguji saya suami isteri. Mana tidaknya, tak sampai 2 minggu zarin dimasukkan ke wad, minggu lepas masuk lagi, tiga hari tiga malam.

Sebaik sampai di hospital, suhu badan Zarin telah mencecah 40'C. Apalagi doktor terus mandikan Zarin. Memang meraung la dia. Apabila diperiksa, tonsil zarin merah dan sedikit bengkak. Jadi Zarin terpaksa ditahan di wad lagi.



Demam Zarin kali ini berbeza dengan yang sebelumnya. Jika dulu dia nampak tidak bermaya, tak nak makan atau kata lainnya "melepek". Tapi demam kali ini dia tersangat aktif, kuat makan. Cuma jika badannya panas dia akan merengek dan minta didukung.

Dan alhamdulilah, Zarin sudah kembali ceria. Walaupun ramai yang mengatakan badannya susut, tapi itu secara fizikal sahaja. yang nyata beratnya tetap sama 12.2 kg dan tinggi pula 88.8cm...(banyak ong woooo) hihihihi..

Cuma kadangkala saya geram dan sedikit terkilan apabila ramai yang bertanya, pasai apa boleh demam lagi???? Duduk di neseri memang akan selalu demam!!

Maaf, saya tiada jawapan untuk soalan anda!

ohhh, alangkah baiknya jika saya tahu kenapa Zarin demam?
Ohhh, alangkah baiknya jika saya ada kuasa yang boleh mengelakkan zarin demam.
ohhh, alangkah baiknya jika saya tahu apa yang akan berlaku dalam kehidupan kami pada masa akan datang..
ohhh! Mengapa jika demam selalu dikaitkan dengan neseri??? kalau kita jaga memang 100% tak akan demam ke??? please la.
Memang tak nafikan yang budak yang tinggal di neseri akan mudah terkena jangkitan. Tapi janganlah menyalahkan 100% pada neseri. Dalam kes Zarin, memang tiada seorang pun budak yang demam dan batuk atau selsema di neserinya.
ohhh! ohhh!!

seperti kata suami saya, "kalau benda nak jadi tetap akan jadi. Jangan nak menyalahkan orang lain"

Saya redha dengan ujian yang diberikan oleh-Nya. Saya insan terpilih dan cukup kuat untuk menerima ujian, sebab itulah saya diuji.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Bersangka baiklah dalam setiap apa yang berlaku.

Terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan Zarin :)

Monday, August 23, 2010

Bisou bake shop klcc

Inilah kali pertama kami sekeluarga berbuka diluar. Semuanya tanpa di rancang. Pada mulanya, suami saya teringin untuk makan spagethi di DELICIOUS. Malangnya, apabila kami call untuk tempahan, semuanya telah penuh...huhuhuhu. Kami boleh walk in, jika bernasib baik, adalah tempat, jika tidak terpaksallah tunggu. Akhirnya suami mengambil keputusan untuk berbuka di rumah sahaja.

Pukul 6 petang, kami ke Tesco untuk membeli barang dapur. Tak sangka pula cepat kali ini. Siap membeli barang pada jam 7.00 petang.

Suami : Awal lagi nie. Nak makan ape arini yea?
Saya : Tulah. cepat pulak pilih barang arini. Tak kisahlah makan apepun.
Suami: Jom ke KLCC la, spagethi kat food court dia sedap jugak kan?
Saya: ok juga tu, dah lama tak makan situ.

Lantas kami terus ke KLCC. Sampai di sana, seperti di kata memang penuh la food court. Akhirnya kami memilih untuk berbuka di Bisou Bake shop, nampak sangat menyelerakan cupcakesnya. Tambahan pula memang langsung tak ada orang duduk di meja comelnya itu.

Kami memesan 3 biji cupcakes yang setiap satunya berharga RM5. Sorang sebijik sementara menunggu untuk makan spagethi dan sebotol air mineral.


1 untuk papa, 1 untuk mama dan 1 untuk zarin

Memang sedap juga cupcakesnya. Zarin pun makan dengan berselera. Jika tidak memang susah dia nak makan yang manis-manis nie..mmm..




Mula-mula makan memanglah Zarin duk diam. Tetapi lepas 10 minit, hormon aktifnya datang. Lebih-lebih lagi makan coklat. Sudahnya, mama makan entah ke mana. Duk layan Zarin pi mai pi mai tang tu...

Bila balik nak makan cupcakes dah licin papa kerjakan...uwaaaaa!!!sungguh kijammmm!!!

Tadi tanya cakap taknak. ayat standard papa.

Taknak yang rasa coklat, balas saya.

Kita beli lain yea, pujuk papa

Tak apelah, nanti dah nak makan spagethi, jom la. Balas saya lagi pura-pura sedih... :P

Dan ada sesuatu yang menarik perhatian saya di sini. Bunga kecil comel ini...ruginya tak bawa kamera. Nasib baik ada telefon, boleh juga snap pic bunga nie....ngeeeee


Cantikkan??kreatif..botol ni kat rumah saya buat isi garam, kunyit je

Next time pasti kami akan membeli lagi cupcakes ini, cuba yang lain pula. Ada bermacam-macam perisa dan cantik-cantik..sayang nak makan :P


Sunday, August 22, 2010

puding kastard colourful (resepi dari lady)

Bulan puasa tidak sah kalau berbuka tanpa pencuci mulut. Saya pula sangat gemar agar-agar atau puding. Kalau kuih memang saya kurang sikit.

Hari minggu yang lalau saya telah membuat puding kastard colourful (resepi di ambil dari blog Lady of Leisure. Resepi boleh lihat di SINI yea. Tq so much lady


Inilah rupa 3 warna agar-agar yang sedang disejukkan


Ini pula rupa agar-agar yang telah dipotong dan di satukan sebelum dimasukkan ke dalam puding



Dan inilah rupa puding itu. nyummmy!!!!

Rasanya sangat sedap. Lagipun resepi yang diberikan sangat mudah untuk dimasak. Yang bestnya Zarin sukaaaaaa!!!!!! Makan tengah-tengahari bikin mama terliur. Dah la cuaca panas terik...arggghhh zarin-zarin...dugaan di bulan ramadan pabila bersama si kecik :P


kronologi demam zarin (part 2)

12 Ogos 2010 (Khamis)
Tepat jam 10 pagi, kami terus ke PUSRAWI lagi. Suhu badan zarin pun semakin turun, 37.6'C, tetapi masih lagi demam. Setelah menjalankan nebulizer, Doktor Faizi menyatakan kahak Zarin langsung tidak menunjukkan penurunan. Nafasnya berbunyi dan jantungnya berdegup kencang. Biasanya setelah melakukan 2-3 kali nebulizer, kahak pasti berkurangan. Zarin demam virus, nak terkena asma dan juga bronchitis. Nak tak nak Zarin terpaksa admit. Suami meminta doktor membuat surat untuk refer ke GH, memandangkan sebelum ini, Zarin pernah admit di sana. Huhuhuhuhuhuhuhu...gugur air mataku. ya Allah, beratnya ujian yang kau berikan padaku di bulan ramadan yang mulia ini.

Pukul 1140 am, kami telah tiba di institut pediatrik. Setelah berjumpa doktor, sekali lagi Zarin diberi nebulizer untuk melihat sekiranya kahak berkurangan. Malangnya kahak tetap sama. Doktor menjelaskan bahawa, Zarin terpaksa bekerja keras untuk bernafas menyebabkan paru-parunya menyempit dan boleh membawa kepada asma. (Zarin hanya disyaki asma). Sebab itu nafasnya turun naik begitu laju.

Lantas kami terus berdaftar di wad KK2. Di sana, Dr. Huda yang akan mengendalikan kes Zarin. Pelbagai soalan ditanya ibarat soal siat polis pula. Setiap 2 jam sekali Zarin akan diberi nebulizer. di samping itu, Zarin juga perlu memakai oksigen supaya pernafasannya stabil. Melihat kepada sejarah demam Zarin, doktor pakar (lupa dah nama apa), Zarin di suspek H1N1. Dan mungkin juga hanya demam virus biasa. Oleh sebab itu, sampel kahak di kerongkong dan juga lendir di hidung di ambil. Petang itu, Zarin aktif seperti biasa. Cuma yang merisaukan, pada jam 11.30 malam, Zarin demam lagi. Suhu badan mencecah 39.3'C dan doktor memasukkan ubat montot sekali lagi.

13 Ogos 2010 (Jumaat)
Paginya zarin telah di X-tray untuk melihat keadaan paru-parunya. Demam Zarin semakin pulih begitu juga dengan kahak. Zarin masih lagi menggunakan oksigen dan nebulizer pula telah dikurangkan daripada 2 jam sekali kepada 4 jam sekali. Alhamdulilah. Result X-tray menunjukkan yang memang paru-parung ada jangkitan virus tetapi bukanlah pada tahap yang kritikal. Dr. menjelaskan bahawa jangkitan itu di sebabkan oleh demam virus yang dialaminya. Syukur alhamdulilah. Dan Zarin pula masih lagi belum mahu makan. Hanya susu, susu, susu sahaja! Oksigen pula masih lagi pakai, tapi on off. Itu punapabila dia tidur lena, jika tidak memang mengamuk la nak pakai. Nebulizer pula zarin dah semakin serasi. Tidak lagi menangis sakan seperti sebelum ni. Diam je. Redha.

14 Ogos 2010 (Sabtu)
Alhamdulilah, demam Zarin telah pun kebah. Nafasnya pula semakin ok dan hari itu juga penggunaan oksigen dihentikan. syukur alhamdulilah. Dan yang sangat gembira, zarin sudah mahu makan. dan semestinya bubur McD...so memang jadi tugas papa la duk beli bubur McD untuk Zarin. Sabtu memang papa berkampung sama-sama dengan mama di wad. Ok juga, taklah letih sangat nak layan zarin. Bila dah sihat, zarin asyik nak ke taman je. sikit-sikit "JOM, JOM". Mungkin dia pun dah boring. Tapi Zarin masih lagi diberi nebulizer 4 jam sekali.

15 Ogos 2010 (Ahad)
Zarin memang dah pulih sepenuhnya walaupun masih lagi batuk sikit-sikit. Berlari ke sana ke mari. Dan petangnya apabila doktor pakar datang melawat, beliau membenarkan kami discharge memandangkan Zarin dah aktif dan asyik ajak jalan-jalan.
bila doktor tanya

zarin nak balik rumah tak?

cepat-cepat Zarin balas "nak..nak lik..jom,jom"

hinggakan doktor pun tergelak "clever boy!"...hahaha

Tapi kami dibenarkan discharge bersyarat, iaitu kene sambung ubat selama 2 hari berturut-turut dan mesti diberikan tepat pada jam yang telah ditetapkan.

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua doktor dan nurse yang memberikan perkhidmatan yang terbaik sepanjang kami berada di wad KK2. Zarin shah lelaki yea, bukan girl...hahahahahaha... Tak lupa pada kawan-kawan yang mengambil berat serta mendoakan kesihatan Zarin. Terima kasih semua :)

Dan sekarang Zarin telah sembuh sepenuhnya. Memang sangat kuat makan. Terhibur melihat telatah dan gelak tawanya itu. Syukur alhamdulilah


Zarin dah sihat dah, yeaaaaaa!!!


psttt : sepanjang zarin demam berat saya memang menyusut sangat-sangat. Yang bestnya saya telah membeli sehelai skinny jeans yang bersize 26. sebelum ni saya try size 28. :P

Friday, August 20, 2010

kronologi demam zarin ( part 1)

Sehari sebelum Zarin demam (7 Ogos 2010 - sabtu-), kami telah ke pavillion untuk mencari singlet Zarin. Sebelum ini dah tengok di OU dan KLCC tetapi tak ade size. Semasa hari tersebut, seperti biasa Zarin aktif dan berlari ke sana sini. Tidak terlupa roti sosej (breadtalk atau breakstory) kegemarannya itu.



Namun hari Ahad, segala-galanya berubah. Sebagai ibu, apabila anak demam sudah pasti kita akan terasa risau dan susah hati. Itulah yang terjadi padaku bermula dari 8 Ogos - 15 ogos 2010. Seakan sama dengan tarikh demam tahun lepas. Boleh baca di SINI

8 Ogos 2010 (Ahad)
Petang itu, badan Zarin mula suam-suam kuku. Lantas kami terus memberinya ubat demam. Selepas makan ubat, Zarin kembali ceria dan bermain seperti biasa.

9 Ogos 2010 (Isnin)
Pukul 3.00 pagi, badan Zarin kembali membahang. Zarin pula terjaga dari tidur sambil merengek,

mama, kak, kak ju. Anas!! (mama, bukak baju panas)

Lantas aku terus menyukat suhunya, 39.3'C. Ya Allah, tingginya suhu! Lantas aku terus mengejutkan suami dan kami bersiap untuk ke PUSRAWI. Alhamdulilah, semasa tiba di sana, orang tidak ramai, yelah pukul 3.00 pagi. Setelah doktor menjalankan pemeriksaan, beliau menjelaskan Zarin memang demam dan suhunya tinggi. Zarin terpaksa dimasukkan ubat montot untuk mengurangkan panas badan . Kemudian doktor menasihatkan kami agar jika demamnya tidak kebah dalam masa 2 hari, kami mesti datang semula untuk menjalan pemeriksaan susulan. Bukan apa, menurut doktor sekarang musim denggi dan ujian darah mesti dilakukan.

10 ogos 2010 (selasa)
Demam Zarin kebah pada paginya. Dia kembali aktif bermain seperti biasa. Dan aku pula telah datang bekerja kerana ada meeting dengan ketua bahagian yang baru. Jadi Zarin kami tinggalkan sekejap di nursery. Pukul 10 pagi papa ambil dan pukul 2 petang aku telah pulang. Zarin masih lagi aktif. Cuma malamnya sahaja dia kembali demam. Owhhhh!!!sangat susah hati .

11 Ogos 2010 (Rabu)
Hari ini aku bercuti lagi. Zarin kembali demam dan langsung tak nak makan. Hanya nak susu sahaja. Demamnya on ff dan memang cukup merisaukan kami. Aku pula tak putus-putus jelumkan kepala Zarin. Hingga aku terpaksa basahkan lampin dan balutkan dibadannya. Memang kepalanya tidak pernah kering. Risau juga jika suhu terlampau tinggi, nanti terkena sawan pula.

Memandangkan demam Zarin masih lagi belum kebah walaupun sudah masuk 4 hari, kami kembali ke PUSRAWI untuk rawatan susulan. Setelah diperiksa, terdapat banyak kahak di sekitar paru-parunya. Memang Zarin ada batuk dan juga selsema. Doktor Faizi mengarahkan kami membuat ujian darah terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan nebulizer (sedut gas untuk cairkan kahak).

Semasa ujian darah dilakukan, aku tak sanggup untuk melihtanya. Hanya papa yang meriba Zarin. Aku pula memandang dinding. Tak sanggup melihat lengan Zarin yang gebu itu dicucuk...huhuhuhu. Zarin menangis juga, tapi sekejap sahaja. Selepas itu terus ok. Kemudian, kami mengambil nebulizer pula. Semasa mengambil nubelizer iaitu kira-kira sepuluh minit, Ya Allah, meraung sakan Zarin. Rasanya dia takut bunyi gas tu kot. Bukan sebab sakit, gas tu sejuk je.

Selepas itu kami kembali berjumpa Doktor Faizi. Ujian darah yang dijalankan menunjukkan Zarin tidak terkena jangkitan DENGGI. Alhamdulilah. Namun terdapat virus di dalam darahnya. Zarin sebenarnya demam virus dan kahaknya yang banyak itu menyebabkan dia sedikit kepenatan yang boleh membawa kepada asma. Doktor Faizi meminta kami melakukan 2 kali lagi nebulizer iaitu pada sebelah malam dan juga pagi keesokan harinya.

-Bersambung-

Thursday, August 19, 2010

Pertama Ramadan yang mendukacitakan!

Hari pertama berbuka puasa sangat menghampakan. Memandangkan satu ramadan Zarin demam, jadi kami terpaksa membeli juadah berbuka puasa di pasar ramadan. Saya tidak sempat memasak memandangkan Zarin hanya melekat sahaja dengan saya.

Encik suami telah membeli 2 ekor sotong masak sambal (RM5x2 ekor = RM10) dan sepotong kepala ikan (juga RM5). Memang mahal pada pandangan saya. Sotong tak adalah sebesar mana. Kira anak sotong lah.

Tiba masa berbuka, sebaik sahaja saya menyuapkan isi sotong,

uweeeeeeeeeeeeeeekkkkkk!!!!!!!!!!!! busuk!!!!!!!! hanyir!!!!!!!!!!
Terus saya tak lalu makan. Begitu juga dengan kepala ikan! Akhirnya tong sampah yang makan. Saya memang sedih sangat, sehinggakan tak sedar air mata mengalir. Bukan apa, terasa frust dan tertipu. Sebaiknya peniaga perlu menitik beratkan soal kebersihan dan kepuasan pelanggan. Saya tak kisah bayar mahal asalkan sedap! Pada pandangan saya, mungkin juga sotong tadi tidak dibasuh terlebih dahulu. eeeee...geli geleman.

Hari kedua sehingga kelima ramadan, kami berbuka puasa di wad. Dan saya menasihatkan suami supaya membeli nasi beriyani, nasi ayam atau nasi kerabu sahaja. Terasa lebih selamat biarpun kadang-kadang langsung tak ada rasa.

Dan sekarang apabila Zarin sudah kembali aktif, setiap petang saya pasti memasak untuk hidangan berbuka. Tidak kisahlah lauk yang simple atau yang susah. Janji saya puas hati dan puas makan.

Untuk kuih pula, saya bukanlah penggemar kuih. Jadi cukuplah sekadar nasi, dan nasi dan nasi. Tapi saya gemar membuat agar-agar dan puding, paling tidak pun sardin roll. Jadi inilah rupa puding ribena saya semalam

*
*
*
*
*
*
*
*
*
V


terasa nyaman tekak apabila puding ribena yang sejuk ini masuk ke tekak!

Zarin dan Jubah Ali (LizOthman)

Telah lama saya mencari Jubah yang stylo untuk Zarin. Suatu hari, sedang saya sibuk menggoogle, tiba-tiba terjumpa LizOthman.com. Oh sangat seronoknya saya apabila melihat jubah Jr. yang sangat cantik! Kemudian tanpa berlengah saya terus bertanya dan membuat tempahan. Malangnya Jubah Jr. yang saya berkenan telah sold out dan Ija (tuan punya kedai) pula mengesyorkan Jubah Ali. wohohohohohoho!!!!!!saya terus jatuh cinta!!!!

Dan petang semalam saya sangat teruja apabila mendapat bungkusan pos ekspress dari Ija. Sebaik membuka sampul pos ekspress, WOW!!!!!!

Cantiknya!!! saya sangat kagum. Jahitannya sangat kemas dan materialnya sangat lembut. Seronok punya pasal sehinggakan ofismate saya berkata

"Kalau ada kamera akak dan capture gambar ida, senyum meleret"

uhuk..uhuk..malunya!!!

Dan semalam, saya telahpun menyarungkan Jubah Ali ke badan Zarin. Memang perfect! Dia pun nampak selesa. Selepas ini, saya perlu mencari kopiah putih untuk dipadankan dengan jubah ini. kalau dapat serban pun cantik jugakan ;) hehehehehe...



seperti kata kak as, saya boy tau! tengok jubah saya takde munge...ngeeeee...

Semalam juga saya terfikir yang sebenarnya jubah ini boleh dijadikan Kurta, apabila Zarin sudah besar nanti. hehehehehehehe...pandainya mama berjimat yea! Tapi serius, hasil tangan Ija memang perfect! i likeeeeeeee!!!!!


Helo auntie Ija, next time mama saya nak tempah lagi boleh?

Sebenarnya memang susah nak capture gambar zarin. Berlari ke sana ke mari. Dan inilah capture yang terakhir! Zarin yang sudah kepenatan dan nak nenen!!!! hehehehehe


Sudahlah mama, Zarin dah penat nie!!!

Jika kawan-kawan ingin mencuba Jubah Ali seperti Zarin jangan lupa untuk bertandang ke website Ija. Bukan sekadar jubah, ada baju kurung, kebaya, blous, gown dan sebagainya yang pastinya akan membuatkan anda jatuh cinta. Alangkah bestnya jika saya ada baby gurl. Sure sudah ditempah baju kurung dan gown.

Apepun Tanx Ija. Next time saya order lagi ;)


Tuesday, August 17, 2010

Makcik, potpet!!!!



Baru-baru ini, ketika saya sedang mendaftar zarin di wad berlakulah kejadian ini yang membuatkan saya sangat tensen. Namun saya tetap bersabar.

Zarin : mama, nak nenen.
(Memandangkan tidak ramai yang menunggu di hadapan kaunter dan kerusi tetamu, jadi saya terus menyelak baju dan menyusukan Zarin. Tiba-tiba

Makcik potpet mula bersuara. Umur dalam lingkungan 40-an hingga 50-an.

Makcik potpet : Masih bagi susu badan ke? Dah besar dah tu.
saya: Masih lagi
Mak cik potpet : Tak campur susu tin ke? Kesian kat dia, mesti susu dah kurang tu. Tak cukup dah tu.Sikit airnya.
(Masa nie angin puting beliung saya sudah mula naik. Tapi saya sabar)
Saya: Tak susu badan sepenuhnya. setakat ni ok je. cukup je dia minum, tak pernah lagi mengamuk tak cukup susu.
Makcik : ye la, tp dah sikit airnya tu. umur brapa?
Saya : setahun 9 bulan. (jawab dengan muka yang dah tak puas hati dan ketat. malas dah nak layan, takut terkasar bahasa nanti.)

Kemudian makcik tu duk potpet2 lagi pasal susu ibu nie. Memang saya sangat marah dan geram. Tapi saya sabar je, memandangkan zarin tengah demam. Tak habis2 dia cakap air susu sikit, air susu sikit,kesian kat budak n entah apa-apa.

Mak cik, takkan lah saya nak dera anak saya pula!!!! arggghhhh! geram...Kerana tak tahan, saya memandangnya dengan muka kurang senang dan sinis gila. Nak menjawab lebih-lebih nanti nampak pula kurang ajar. Tak lama selepas itu, dia pun beredar bersama cucunya. Huh!!!!

Kepada makcik, tolonglah yea, saya datang ke wad nie bukan nak dengar ceramah tak bertauliah makcik tu. Mungkin juga makcik tak tahu baca agaknya. Di kiri kanan wad tertera

susukan bayi anda dengan susu ibu sahaja selama 6 bulan, kemudian teruskan sehingga mencapai usia dua tahun di samping memberikan makanan pelengkap yang lain.

Lagi satu, breast saya, saya tahulah ada susu ke tak!!! apepun mental orang sebegini perlu diasuh terlebih dahulu supaya tahu akan kebaikan susu ibu.


Wednesday, August 11, 2010

Ramadan kedatanganmu dinanti!

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua


Salam Ramadan....

Kali ini tidak dapat banyak berbicara. Memandangkan zarin masih lagi demam dan saya pula tidak berapa sihat, jadi saya tinggalkan lirik lagu di atas untuk tatapan semua. Selamat berpuasa. Bila diuji berSABARlah

Friday, August 6, 2010

Durian pancake

Mama nak yan (durian)

Wow!!!Yan! yan! nak! aummm!!!


Itulah ayat yang sering zarin gunakan apabila teringin untuk makan durian. Jangan tak percaya, Zarin juga "hantu durian" tak ubah seperti papanya. Pantang nampak sure nak makan!

Memandangkan sekarang musim durian, jadi saya dengan gembiranya telah membuat durian pancake.

Resepi ini saya ambil daripada SINI

bahan untuk kulit pancake

- 250 gram tepung gandum
- 3 biji telur
- 500ml santan
- 1/2 sudu garam
- pewarna kuning

Inti
- whipping cream + gula
- Isi durian

cara membuatnya:

(untuk kulit)
- kisar semua bahan, kemudian tapis
- dadarkan nipis-nipis dalam kuali



Inilah rupa kulit pancake yang telah siap di dadar dalam kuali

(Inti)

- pukul whipping cream+gula sehingga menjadi cream/ kental
- lumatkan isi durian kasar2


Isi durian yang telah dihancur kasar

Cara gulung

- ambil sehelai kulit pancake, letakkan whipcream
- kemudian letakkan isi durian di atasnya
- Lipat dan simpan dalam peti sejuk selama 1-2 jam
Hasilnya
*
*
*
*
*
*
*
*
V


Tadaaaaaa!!!sangat sedap dimakan ketika sejuk. Terasa nyaman je tekak nie..hihihi


Terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki, antaranya
1. Nipiskan sedikit kulit pancake
2. whipping cream tak cukup kental
3. Besarkan sedikit kulit pancake supaya mudah nak gulung/lipat

Thursday, August 5, 2010

Anak saudara baru - Si kembar- yeaaaa!!!!

Alhamdulilah, akhirnya adik ipar saya selamat melahirkan bayi kembarnya yang sangat comel pada 2 Ogos 2008 pada jam 3 petang! Tahniah buat Sajada dan juga Mie.



Pertama kali tengok gambar nie, saya pun tak perasan yang mana satu abang dan yang mana satu adik.Sorang berat 2.7 kg dan sorang lagi 2.65 kg. Muka seiras dan sangat comel dan kedua-duanya LELAKI!!! Memang kembar seiras lah nie.

Lepas nie mak ngah sure tertukar nak panggil nama. Opssss, sehingga ke hari ini, bayi kembar comel ini masih lagi belum bernama.

Apabila melihat gambar ini semalam, secara tidak sengaja terkeluar dialog ini.

Mama: Pa, abang min dan kak ain, sajada dan Mie masing-masing dah ada 3 orang anak.
Papa : a'ah ek. abang min, 3 orang perempuan, Sajada 3 orang lelaki.
Mama : Kita ni baru sorang.
Papa : Tak apelah, belum rezeki lagi. Mana tau nanti zarin dapat adik perempuan. nanti kita ada sorang anak lelaki, sorang anak perempuan.


okey, dah. Teremosi lah pulak saya nie....huhuhuhu

Tak sabar rasanya nak jumpa anak buah baru nie. Okey anak-anak buah mak ngah, Kita jumpa di bulan puasa atau raya nanti k. Muaaaaahhhhhh!!!!!

Tuesday, August 3, 2010

dorayaki doraemon

Pernah tak anda makan dorayaki? Alah dorayaki kegemaran doraemon tue??? ehehehehehe...

Semalam ketika berehat-rehat di rumah sambil layan FB, tiba-tiba status kawan-kawan ada yang bercakap pasal pancake dan kemudian dorayaki. Ape lagi, semua bahan-bahan dah ada, jadi saya dengan rajinnya telah membuat dorayaki doraemon untuk makan malam. Senang saja nak buat dorayaki nie.

Bahan-bahan untuk pancake

1. 1 cawan tepung pancake segera (lupa dah jenama ape tepung tu, ptg nanti saya edit yea)
2. 1/4 cawan air
3. 1/2 cawan fresh milk

untuk inti

1. peanut butter
2. hershey's chocolate syrup


Cara membuatnya

1. Campurkan semua bahan di atas dan kacau sehingga sebati.
2. Panaskan non stick pan (size kecil - untuk goreng telur mata).
3. Apabila kuali sudah panas, masukkan adunan tadi lebih kurang 2 sudu sup dan goreng sehingga kekuningan.
4. Apabila sudah masak, angkat dan kemudian letakkan peanut butter dan hershey's chocolate syrup tadi di atasnya
5. Goreng lagi pancake seperti langkah 1-3.


Untuk membuat dorayaki doraemon ini, kita mesti membuat 2 keping pancake, kemudian disatukan dengan meletakkan inti di tengahnya. Siapppppp!!!

* Adunan yang diberikan adalah untuk 6 keping pancake = 3 set dorayaki doraemon :)





Inilah rupa dorayaki doraemon yang telah siap dibuat dan telah pun separuh dimakan oleh doraemon (zarin)...hahahahah..sangat sedap di makan ketika panas-panas!

selamat mencuba!!!!

Kisah ibu dan anak

Terasa begitu pantasnya masa berlalu. Sedar tak sedar Zarin bakal menghampiri usia 2 tahun tidak lama lagi. Bila menginjak ke angka 2, ini bermakna Zarin juga bakal berpisah susu dengan mama tak lama lagi. owh!!!!tak dapat bayangkan saat itu. Jika boleh mama ingin menyusu Zarin selama yang mungkin sayang!



Ya, memang mama akui kadangkala mama juga terasa penat menyusukan Zarin apabila Zarin asyik nak menempel dengan mama. Kadang kala mama juga inginkan rehat yang secukupnya. Tapi perasaan itu mama buang jauh-jauh bimbang jika susu merajuk pula nanti. Lagipun inilah saat yang terindah antara kita berdua sayang. Selepas ini, Zarin pasti tidak akan menempek lagi di dada mama. huhuhuhu!

Tapi kadangkala mama tergelak juga apabila mama bertanya

Sedap tak susu mama?

Lantas Zarin terus menggelengkan kepala dan ketawa. Maksudnya tak sedap la tu.

Tapi bila mama berkata lagi

Tak sedap??? Ok. Zarin takyah nenen lagi. Mama merajuk ni

Zarin terus memeluk mama erat dan terus nenen dan mata terus melihat ke dalam mata mama. Memang panahan anak mata yang sangat tajam seperti mengharapkan agar zarin dapat menikmati susu ibu buat selama-lamanya. Dan juga sebagai amaran supaya jangan lagi mama berbicara seperti itu...owh!!!!



Oh sayang, kita cuma ada beberapa bulan lagi. Tapi mama sentiasa berharap agar Zarin terus dapat menikmati susu ibu sehingga ke titisan yang terakhir. Sebolehnya mama inginkan Zarin menyusu selama yang Zarin mahukan. Pasti mama akan rindukan saat Zarin menempek dengan mama, tak ubah seperti kembar siam. Di mana ada mama, di situ ada Zarin.



Saat yang paling mengharukan mama ialah apabila mama demam baru-baru ini. Zarin seakan mengerti kesakitan mama. Memang Zarin tak banyak kerenah waktu malam seperti malam-malam sebelumnya. Malah Zarin pula yang seakan menjaga mama. Masih lagi terngiang suara pelatnya

Mama, angun (bangun). Jom jom! sambil menarik baju mama supaya bangun dari tidur.

kemudian Zarin berkata lagi,

Mama atan (makan) ni. Sambil menyuap mama bubur Zarin.

Oh sayangku, kamu sudah besar dan semakin pandai! Mama sayang kamu!!!!!!

Monday, August 2, 2010

gigi saya hilang????

Alhamdulilah, bulan JULAI sudah pun melabuhkan tirainya. Sedar tak sedar, kita sudah pun memasuki bulan Ogos. Sebenarnya bulan JULAI tahun ini merupakan bulan sakit saya...kenapa bulan sakit????

Sebelum ini saya memang susah untuk diserang penyakit baik demam atau sebagainya. Tapi sekali dah kena memang melepek. Awal bulan JULAI, saya telah demam dan sakit-sakit badan. Seminggu juga saya melepek. Selepas demam dan sakit badan lega, muncul pula penyakit baru iaitu pening kepala,sakit kepala dan juga muntah-muntah. Dalam hati saya terfikir, mungkin juga zarin bakal mendapat adik. Yela, macam gaya orang morning sickness.

Tapi jika dikira, masih awal untuk menjalankan ujian kehamilan. Hahahaha!!! Hampir seminggu juga saya melepek lagi. Nak bangun tak larat, badan panas dan kepala pening yang amat. Sampai nangis-nangis dibuatnya. Dalam sakit-sakit tu, cik P pun datang...nampaknya zarin belum ada rezeki nak dapat adik.. huhuhuhu

Selepas penyakit tersebut hilang, 2-3 hari yang lepas muncul pula penyakit baru iaitu sengal-sengal dan ngilu gigi sesekali diikuti dengan sakit kepala. Menurut suami, mungkin saya ada gangguan saraf tak??? (jadi doktor tak bertauliah pulak dia). Ye la, jika dilihat dari pandangan mata kasar, memang gigi elok dan tidak berlubang. Cuma sengal-sengal tu kerap juga datang.

Kerana tak tahan, dan bimbang sakit-sakit akan melarat, akhirnya pukul 11.00 pagi tadi saya membuat temujanji dengan doktor Ismail. Setelah diperiksa dengan terperinci, rupanya gigi hujung atas sebelah kiri berlubang. Apalagi, saya terus meminta doktor supaya mencabutnya. Amboi bukan main pula saya. Sebelum ke klinik tadi kejap-kejap ke toilet, kejap-kejap ke toilet... takut punya pasal, dapat bayangkan bunyi mesin gigi tue...ngeeeeeeeeeeeeeee...ngilu...



*pic from google..tq so much!

Tetapi bila jumpa doktor terus jadi berani. Tak sampai sepuluh minit, gigi geraham hujung saya sudah dicabut..uwaaaaaaa!!!hilang sudah satu gigi...Tapi serius, tidak sesakit yang saya bayangkan. Mungkin juga Doktor Ismail lemah lembut dan mulutnya tidak lekang dari membaca ayat-ayat al-quran. Terima kasih doktor :)

Dan hari ini saya diberi MC yang pertama untuk tahun ini.Yeaaaaa!!!! Okey lah, saya nak berehat dan juga melipat baju yang dah berbakul tue...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...