Wednesday, September 29, 2010

muffin pisang choc chip + strawberi

Asyik-asyik muffin, asyik-asyik muffin! Tak borink ke? Jawapannya sudah semestinya TIDAKKKKKKKKK!!!!

Sebaik pulang dari kerja tadi dalam hati sudah berazam tidak mahu makan malam nanti. Tapi sebaik sampai di rumah terlihat pisang berangan emas sedang masak ranum. LAntas terus terfikir untuk membuat muffin lagi.

Jom lihat resepinya

Bahan A
1 cawan tepung bluekey
1/2 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
shoc chip (ikut suka banyak mana)

Bahan B
3 biji pisang berangan emas bersaiz sederhana
1/4 cawan minyak sayuran
1 biji telur
1/4 cawan gula perang
sedikit esen vanila

Bahan Hiasan
Whipping cream
strawberi

Cara membuatnya

1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan kacau rata.
2. Dalam mangkuk yang berasingan masukkan bahan B dan kacau sehingga sebati.
3. Kemudian satukan ke semua bahan tadi dan masukkan ke dalam loyang atau papercup. (Tadi saya tak guna paper cup)just masukkan terus ke dalam loyang acuan.
4. isikan sebanyak 3/4 adunan ke dalam acuan atau papercup.
5. Bakar selama 20-25 minit dengan suhu sekitar 170'-180'. (Boleh juga cucuk dengan lidi(jika licin memang dah masakla tu)
6. hiaskan dengan whipping cream + strawberi
* resepi di atas untuk 11 biji muffin (berbeza mengikut size papercup atau acuan loyang)


Sedia untuk dibakar

Sangat seronok apabila menunggu muffin masak. sekejap-sekejap datang tengok. Bukan apa teruja apabila melihat muffin sedang naik dengan gebunya.


muffin yang telah siap dimasak

Apabila telah masak, keluarkan dari acuan dan sejukkan di atas jaringan.

Kemudiankan, hiaskan dengan whipping cream dan dua biji strawberi

hasilnya

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V



tadaaaaaaaaaa!!

Jemput makan :)


Monday, September 27, 2010

Riang ria raya

Seronoknya berhari raya! seronok punya pasal sehingga saya terlupa untuk membuat entri pasal hari raya. Tidak mengapalah, rayakan sebulan. Masih tidak terlewat untuk saya membuat entri pasal 1 syawal kami.

Tahun ketiga menyambut syawal sebagai suami isteri tidak banyak yang berubah. Setiap tahun pasti meraikan syawal di Alor Setar, Kedah. Tidak timbul masalah berebut nak balik raya di mana dan bermasam muka. Seperti tahun-tahun sebelumnya, di pagi raya sudah semestinyalah di rumah saya di Taman Malid, Jalan Pegawai. Selepas solat sunat aidilfitri, kami semua berkumpul untuk bermaaf-maafan. Kemudian menikmati hidangan yang disediakan oleh ummi iaitu nasi minyak! nyum! nyum!


Terasa seperti pengantin baru pula bila si kecil tiada di sisi :P

Selepas selesai sesi memberi dan mengutip duit raya,acara bergambar pun bermula. Setiap tahun kami pasti mengambil gambar keluarga di kedai.Cuma tahun ini tidak berkesempatan kerana perancangan awal kami mahu mengadakan outdoor photoshoot. Namun memandangkan masing-masing busy dan kami pula pulang awal ke Kuala Lumpur, jadi photoshoot dibatalkan. huhuhu


L-R: kak mek (mak long), abang rizal (pak long), oje (mak lang), ewan (pak lang)


L-R: kakak, abang syafiq, Zarin : Abang Syafiq, Kak Emy dan Kakak


Dan pada hari raya itu juga, saya telah menjadi jurukamera tak bergaji. huhuhu! Sebab itulah gambar kami di rumah saya tak banyak! uwaaaaaaaaaaaaaaaa!!! asyik snap gambar orang inilah akibatnya! Dan paling tak best, baru kami tersedar yang langsung tak ada gambar kami bertiga berbaju sedondon! Zarin sungguh tidak sporting untuk bergambar! uwaaaaaa!!!!!



Setelah selesai aktiviti posing memosing (eh ada ke istilah nie?) masing-masing bersiap untuk pergi berhari raya ke destinasi yang telah dirancang. Kakak saya pulang ke rumah mertua di Gunung Kerian, dan abang saya pula pulang ke kampung mertua di Pedu dan kami sekeluarga pula pulang ke rumah mertua di Lorong Teknik. Oh seronoknya jika berkahwin dengan orang senegeri dan rumah pula tak sampai 10 minit dah sampai. Memang sepanjang raya kami asyik check in check out sahaja! Taman Malid- Lorong Teknik - Taman Malid - Lorong Teknik.

Okeylah, sebelum jari jemari saya yang runcing ini berhenti menari, masih belum terlewat untuk saya mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Bertemu lagi di entri raya yang seterusnya.

Bye!

Tuesday, September 21, 2010

muffin dan muffin lagi

Semua orang masih dalam mood raya. Demam raya belum habis, saya pula sedang dilanda demam muffin. Saya sendiri pun hairan, sejak kebelakangan ini memang saya sangat suka masak-memasak. Setiap hari pasti ada saja resepi yang akan diprint. Yang terbaru saya belajar membuat muffin.


Paling saya seronok setiap kali ke kedai Bagus,semua benda saya nak beli. Sedar-sedar dah penuh tangan. Begitu juga bila singgah di IKEA, pasti ada barang-barang membuat kuih yang dibeli. Dah la murah, cute-cute pula tu.


Rupa-rupanya membuat muffin tidaklah serumit yang dibayangkan. Mudah saja, campur-campur, gaul-gaul, siap!!! Bila sekali buat menjadi, terus nak buat lagi, nak buat lagi. Dan otak pun mula la ligat dan kreatif nak try letak tu,nak campur nie, nak perasa tu, nak perasa nie. hehehehe


paling tak tahan

mama: papa,p la tengok muffin saya tue. Naik elok je. gebu.
Papa: Jap g la tengok. Masak nanti kita tengok la
Mama: takla, yang tu lain. Nie dia tengah bakar tu
Papa: ye la ye la...Apa la mama nie zarin


:P

terlebih excited itulah jadinya.

Zarin pula

"Mama, kukung..kek, apin. Nak!!!" Sambil menunjukkan jari ke arah muffin yang sedang dibakar.

Saya apalagi, cepat-cepat dukung zarin tengok muffin yang sedang naik menggebu itu.

"wow!!! atik.. Nak, nak!!!
"Jap lagi dah masak mama bagi. Kita tengok je dulu"


Dan hasilnya

*
*
*
*
*
*
*
*
V


Muffin pelbagai perisa

Jemput makan :)

Monday, September 20, 2010

Ju On di bulan Syawal????

Cuti hari Malaysia baru-baru ini kami dikejutkan dengan kemunculan Ju On di rumah kami. Semuanya belaku sepantas kilat. suami leka melayari internet, sementara saya pula sedang menjemur pakaian. Tiba-tiba

"Mama, mama, atik (cantik)!"



MasyaAllah!!! Zarinnnnnnnnn!!!!!!

Tak pasti sama ada nak marah atau nak gelak dulu. Apabila melihat muka Zarin yang tak ubah seperti Ju On.

"Zarin buat apa nie? Habis bedak" kata saya

"Dak (bedak). Atik (Cantik)" sambil meletakkan lagi bedak di mukanya.



Kami terus ketawa melihat aksinya. Memang lucu, dengan muka yang putih, habis berdebu satu rumah!!!!

"Zarin buat apa nie? dah simpan bedak tu" Kata papa sambil ketawa

"Papa, atik (cantik)" katanya sambil tersengeh-sengeh

"Memanglah cantik. Tengok rumah nie. Abis berdebu. iskkk.. anak-anak", tambah papa lagi.



Mula-mula memang nak marah, tapi tak jadi melihat muka Zarin yang tak ubah seperti Ju On itu. Raya-raya mana ada Ju On sayang!!!! hahahahah

Akhirnya terpaksalah papa mengemop satu rumah. Mula-mula mama sapu, tak berkesan. kemudian papa vacum, juga tak makan saman. Akhirnya mop je la. Baru ok.

Anak-anak, ringan bedak sebotol!!!!

"papa, ingat tak cerita masa kita kecik-kecik dulu? hantu siang ke ape ntah tajuknya... Cam muka zarin ni la" kata saya

"hahahaha! macam Ju On je..nasib baik tak merangkak atau duk bawah meja!" Tambah papa

Malamnya, saya tak berapa boleh tidur, sebab teringatkan cerita Ju On tu...takut!!!Mula terbayang ada kat tepi pintu!!! aiiiyakkkk!!!!!

Friday, September 10, 2010

Mari membungkus ketupat palas

Raya tidak meriah jika tidak membuat ketupat palas! Setiap kali raya Ummi pasti akan membuat ketupat palas. Memang dah jadi makanan WAJIB! Setiap tahun pasti kakak saya yang akan membantu membungkus ketupat. Dan saya pula??? menjadi pemerhati tak bertauliah. Memang FAIL!!!! Dah banyak kali ajar pun tetap tak menjadi.

Biasanya 2-3 hari sebelum raya, Ummi akan menjemur daun palas, kemudian akan buka daun tue dan satukan dalam sepuluh helai menjadi satu ketupat besar. Sehari sebelum umat Islam menyambut hari raya barulah acara membungkus ketupat dijalankan.

Mula-mula pulut dikukus, kemudian dimasukkan santan dan di'arong' (bahasa terengganu) di dalam besen, bahasa kamus saya tak pasti pula apa. Bila dah padat dan berkilat, barulah acara membungkus dimulakan.


Inilah rupa pulut yang telah di"arong' dalam besen.

Memandangkan tahun ini, kaka saya sibuk dan tak sempat nak membantu, jadi saya terpaksa take over. Kasihan melihat ummi terbongkok-bongkok membungkus ketupat seorang diri. Pukul 9.00 pagi, ummi telah kejutkan saya untuk membantunya. Tugas saya senang saja, hanya masukkan pulut kedalam daun palas yang dibuat bentuk kon. Kemudian untuk lipat-lipat menjadi ketupat yang sempurna tugas ummi saya. Bukan membantu sangat sebenarnya, tapi bolehlah dari tak buat langsung!


Susah juga nak lipat-lipat ni, sampai terbelit jugalah tangan.

Selepas ketupat siap dibungkus, tangkainya kemudian dipotong. (ini tugas saya dari dulu hingga sekarang - hihihihi). kemudian, ketupat tadi dikukus lagi. Sebenarnya saya sendiri tidak pasti berapa kali ummi mengukus ketupat ini sebelum boleh dimakan!

Memandangkan suami orang utara dan saya pantai timur, jadi ketupat kami berbeza dari segi bentuk dan cara buat. Mungkin juga dari pandangan mata kasar sudah nampak yang ketupat buatan ummi, cembung-cembung dan kemas ikatannya. Kalau tak silap orang kedah panggil ketupat betina. Dan kalau ketupat utara cara bungkusnya ketupat jantan. Ke camne entah. Saya pun dah lupa. Di kedah juga pertama kali saya makan ketupat yang ada jagung dan kacang didalamnya.


Ummi kata, "ketupat kecik comel macam tuan yang bungkus juga" :P

Sejujurnya, membungkus ketupat ini tersangatlah susah bagi orang ynag kerastangan macam saya nie. Rasanya belajar kat Universiti lagi mudah dari buat ketupat ni. Ajar 10 kali pun tetap tak menjadi!!!! adoiiii!!!!


Wednesday, September 8, 2010

skill masak-masak sudah terbongkar!

Setiap kali balik kampung memang tak lepas dari bercakap pasal makanan. Namun balik kampung kali ini berbeza sedikit kerana saya yang memasak. Sebelum balik kampung, suami ada berkata yang:

"Balik kampung nanti mak nak suruh buat cheesecake cam dalam FB tu"

Aiyaaaaaa!!!! saya dah mula berdebar-debar,bukan apa takut tak menjadi pula cheesecakenya nanti.

Untuk tidak menghampakan harapan mak mertua, pada 5 september 2010, saya telah membuat 2 biji cheesecake bersempena dengan hari lahir mak mertua saya. Specialkan? Buat cheesecake untuk mak mertua tue...heheheheheh



Inilah rupa cheesecake yang telah dipotong, tunggu masa untuk di'ngap' sahaja!

Seronok juga buat cheese cake nie, kerana adik ipar saya yang memang pakar dalam bab masak memasak ni telah menurunkan beberapa ilmu yang sangat berguna untuk membuat chesee cake nie...tq so much!!!!

Dan jangan tak percaya, sepanjang seminggu berada di kampung saya telah membuat 6 biji cheese cake (2 biji adik ipar yang buat)... seronok sangat-sangat bila makanan yang kita sediakan habis dinikmati oleh ahli keluarga. Lagi seronok apabila mendapat pujiannnnn!!! wah kembang kuncup jadinya...

"Kak ida dah tunjuk skill memasak dah!" hahahahah!!!!



Selain cheese cake saya juga membuat agar-agar santan dan juga puding koktail. Kalau di rumah mertua saya suka masak kuih-kuih je, lauk pauk mak yang sediakan, saya hanya tolong potong-potong n kacau-kacau sahaja... :P, sebab masakan mertua memang maveles, lebih-lebih lagi kari!!!!!!!

Tetapi kalau di rumah saya sendiri, saya lebih suka memasak lauk pauk seperti ikan merah tiga rasa, siakap stim, tomyam dan sebagainya, kerana ummi saya ingin merasa air tangan anak bongsunya ini.

"Asyik dengar dalam telefon je masak macam-macam lauk. Sekarang kene buktikanlah!! :P"

Tak dinafikan, memang balik kampung kali ini, saya banyak berada di dapur. Itu belum lagi anak buah saya request

"Maksu, arini nak masak ape?"
"Maksu bila nak buat spageti?"
"Maksu buatlah pancake durian"
"Maksu...maksu..."

Sungguh seronok melayan kerenah ahli keluarga. Sebelum ini, saya memang fail dalam bab masak memasak nie. Tapi sekarang boleh dikatakan pandai jugalah... :p

Suami pula kalau boleh apa yang saya masak kat Kl nak suruh masak di kampung. Lebih-lebih lagi masak lemak siput sedut.

Okey papa, nanti mama masakkan yea!!!! Tapi bila kita balik KL lah!!!

***psttt, gambar lauk-pauk tak sempat snap, lepas masak dah letih terus makan. Gambar kek dan puding tu adik ipar yang snapkan :)


riangnya kanak-kanak ribena

Balik kampung kali ini, zarin tidak lagi asyik melekat dengan mama dan papa. Dia sudah boleh 'geng" dan kamceng dengan sepupu-sepupunya. Lihatlah aksi-aksi mereka ketika bermain. Sungguh riang dan seronok melihatnya!













Zarin ni pantang lepa, jika pintu terbuka terus sahaja keluar. Zarin hanya duk diam bila tido. tetapi bila bukak mata terus keluar ayat

Nak men (main)

Adoiiii!!!! dan sekarang dua nama sepupunya yang tak lekang dari dibibirnya

Apiq (syafiq) dan hawen (hawa)

Monday, September 6, 2010

seronoknya balik kampung

Setiap kali balik kampung tidak sah jika tidak melawat tok chah (nenek sebelah suami) di Perlis. Suasana di Perlis sangat berbeza, terasa seperti zaman saya kanak-kanak dahulu, nyaman dan mendamaikan.

Zarin juga begitu seronok apabila tiba di rumah tok nek. Sampai sahaja terus bukak baju nak mandi. Bukan apa, seronok agaknya apabila dapat mandi air yang sangat sejuk seperti air sungai.


papa liiiiiiiiiiiiiiiii (geli)

Selepas mandi, bermulalah aktiviti mengelilingi rumah tok nek. Berlari ke sana ke mari tak hingat. Yang kelakarnya, Zarin agak takut dan geli apabila memijak daun-daun kering yang berguguran dan ranting-ranting pokok bergelimpangan menyembah bumi.


berehat seketika di tangga rumah tok nek sambil membuat aksi elephant!

Yang lucunya, Zarin cakap

papa nak andi (mandi)

sambil membuka seluar apabila melintasi parit yang besar di hadapan rumah tok nek. Mungkin juga dia ingat swimming pool. hahahahahaha...Nasib baik zarin tak terjun dan berkubang dalam parit tu..owh anak!!!!


papa, elephant!!!! uuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!

Seronok melihat aksi-aksi Zarin ketika berada di rumah tok nek. Begitu girangnya dia. Ok sayang, next time bila kita balik kampung kita datang lagi rumah tok nek ya.

Saturday, September 4, 2010

balik kampung ooo balik kampung!

Tahun ini awal-awal lagi kami telah pulang ke kemapung untuk berhari raya. Perancangan awal mahu cuti dua minggu. Tapi apakan daya, hajat tak kesampaian jadi cuti seminggu awal sebelum raya dan isninnya telah kembali bekerja..huhuhuu

cerita pasal balik kampung memang tak sah kalau tak bawak barang penuh bonet. Baru anak sorang memang barang dah penuh. Nanti 2, 3 tatau la camne. kene beli MPV la gamaknya...




Kami bertolak dari KL kira-kira jam 11.30 malam selepas mengambil adik ipar di Taman Melati. Jalan yang lengang menyebabkan cik suami berdesup memecut dan tukar-tukar lorong sesuka hati. Dalam kepala dan terfikir macam-macam makanan di pasar ramadan..syoknya!!!!! Alhamdulilah, kami tiba di Alor Setar pada jam 3.30 Pagi dan terus bersahur. Selepas sembahyang subuh, terus membuta sehingga matahari tegak di atas kepala. Adoiiii....

Kepada kawan-kawan yang akan pulang berhari raya nanti nasihat saya

"Berhati-hati di jalan raya, kepulangan anda di nanti. Bukan untuk ditangisi"

Thursday, September 2, 2010

iftar @ delicious

Semenjak dua menjak kebelakangan ini, mood untuk memasak semakin menurun. Bukannya malas, tetapi dah pening memikirkan apa yang ingin di masak. Balik-balik menu yang sama sahaja.

Jadi kami ambil keputusan untk berbuka diluar lagi. Kali ini kami berbuka di Delicious, One Utama. Okay sangatlah tu, lepas makan dan solat maghrib bolehlah cuci mata kempiskan poket yang semakin menipis nie...hahahaha

Saya sangat suka makan di sini kerana persekitarannya yang sangat bersih dan kemas di samping makanannya yang sangat sedap.

Sementara menunggu hidangan sampai, kami melayan Zarin yang sibuk mewarna, melukis dan mewarna...



Tapi setiap kali ke sini mama la yang terlebih excited mewarna, ye lah, dah lama tinggalkan dunia warna-mewarna nie...Zarin dah boring mama la yang take over




Ketika hampir berbuka, makanan yang dipesan pun sampai. Steak untuk papa, spagethi carbonara untuk mama dan mini cupcakes untuk zarin..yummmyyyy!!!!!



Alhamdulilah, sepanjang menikmati hidangan Zarin tidak perangai. Jadi dapatlah menikmati hidangan sepenuhnya. Yang paling mengejutkan, 3 biji mini cupcakes habis dimakan zarin. Wahhhh!!! sungguh berselera...



okey sayang, next time kita datang lagi. Jom kita shopping raya!!!!!

Wednesday, September 1, 2010

rambut kembang rambut kuncup

Semalam cuti merdeka jalan memang sesak. Jadi kami awal-awal lagi telah ke the curve untuk menggunting rambut Zarin yang kembang menggerbang tak ubah seperti alex the lion.

Mula-mula terasa sayang juga apabila melihat rambut zarin yang curly-curly itu bakal digondolkan. Tapi bagi memastikan zarin kelihatan segak berbaju melayu di pagi raya, jadi mama terpaksa gunting juga.


rambut yang tinggal kenangan

Seperti biasa, sebaik sahaja kain diletakkan untuk menutup bajunya daripada terkena rambut, siren kecemasan terus berbunyi.

mama, atik, nanak..nanak...atik, mama..mama

Huhu, kesian juga Zarin, gamat kedai jadinya apabila siren kecemasannya berbunyi. Mama apalagi, terus merakamkan gambarnya ketika rambut sedang digunting. Malangnya, sebaik sahaja mama mengklik gambar zarin, terkeluar perkataan NO CARD!!!

argggghhhh!!!! geramnya.. Papa terlupa masukkan memori card dalam camera mama...huaaaaaa!!!!!!!!!!hangin-hangin...Dah lah susah nak amik gambar dia tengah gunting rambut. Memang muncung juga mama selepas itu...

Tapi sekejap je lah, sebaik rambut zarin siap digunting, hasilnya memang memuaskan hati mama. Muncung yang boleh sangkut hanger tadi terus hilang...hihihi
*
*
*
*
*
*
*
*


tadaaaa!!!!Rambut baru zarin yang dah kuncup

Wah, hensem pula Zarin dengan style rambut barunya. Hilang sudah imej cute dan gegurlnya. Harap selepas ini janganlah ada lagi yang terconfuse dengan kecomelan zarin :P


mama, hensem tak rambut baru Zarin???

Selepas ini mama akan gunting rambut zarin macam ni selalu ok? Suka mama tengok, nampak matang dari usianya yang baru setahun 10 bulan...


tengah khusyuk tengok tv, dalam masa yang sama, pen dan buku taknak lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...