Friday, October 29, 2010

i'm 28 on 29th October!

It's my birthday!



Happy Birthday to me!

Tuesday, October 26, 2010

puding marble -----> resepi dari lady

Puding marble ini sebenarnya dah lama saya buat, iaitu semasa bahagian saya membuat jamuan hari raya. kalau tak silap 9 Oktober 2010. Sebenarnya resepi ini diambil dari blog Lady. Kalau nak lihat resepi asal dan petua-petua yang berguna bolehlah berkunjung ke blog beliau. Di sini saya hanya pastekan bahan-bahan yang saya guna.

Untuk membuat puding ini, bahan-bahan yang diperlukan adalah

1 bungkus agar-agar
1400ml air
1 tin susu cair
2 cawan gula
8 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung kastard
2 sudu chocolate emulco
2 sudu besar planta
sedikit esen vanila
2 biji telur ayam
sedikit garam

Cara membuatnya

Basuh agar-agar dan masaknya bersama-sama 1400ml air dalam periuk di atas api sehingga hancur. Kemudian masukkan gula dan kacau sehingga larut. di dalam satu bekas, pukul telur, masukkan susu, tepung jagung, tepung kastard dan masukkan garam. Kacau sehingga sebati, masukkan/tuangkan ke dalam agar-agar yang dimasak di atas api tadi dan kacau di atas api sederhana sehingga likat. Bila adunan sudah likat, tutup api dan masukkan 2 sudu plantan dan esen vanila. Kemudian bahgai adunan kepada dua bahagian, satu adukan diletakkan chocolate emulco dan satu adunan lagi dibiarkan warna asli (kuning). kemudian lapiskan adunan yang berwarna koko dan kuning berselang seli dengan menggunakan senduk. Sejukkan dalam peti ais. Sedia untuk dinikmati.

Dan inilah hasil puding marble yang saya buat. Tidaklah secantik yang lady buat :)




Mula-mula nak buat puding marble ni saya agak bingung memikirkan macam mana nak buat corak-corak belang tu. Nanti tak ke setompok-setompok pudingnya. adessss...Tetapi apabila saya membuatnya, rupa-rupanya apabila saya masukkan adunan berselang seli, adunan akan menolak ketepi dan bergerak memenuhi ruang loyang. Maka jadilah bentuk belang-belang tu :P Budak baru belajar katakan.


Dan ini pula 3 biji puding marble untuk mama, papa dan zarin :)



Puding ini sangat sedap. Rugi kalau tak cuba. Sebenarnya ramai yang minta resepi puding marble ini daripada saya. Apepun saya ingin ucapkan terima kasih kepada empunya resepi Lady of Leisure kerana berkongsi resepi yang maveles ini. Insyaallah lain kali akan saya cuba resepi yang lain pula ye lady. ehehehehehe

2 tahun Zarin dan susu ibu

Adapun ayat al-Quran dari surah al-Baqarah: 233:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”

Begitu juga dengan polisi penyusuan yang digariskan di hospital-hospital

susukan bayi anda dengan susu ibu sahaja selama 6 bulan, kemudian teruskan sehingga mencapai usia dua tahun di samping memberikan makanan pelengkap yang lain

Belajar dari kesilapan. Itulah ayat yang sesuai untuk saya sepanjang tempoh menyusukan Zarin. Saya sangat terkilan kerana tidak dapat menyusukan Zarin secara eksklusif gara-gara ceteknya ilmu berkaitan susu ibu. Saya akui, sepanjang tempoh kehamilan saya langsung tidak mengambil kisah tentang penyusuan. Yang saya titik beratkan, baju baby, stroller, botol susu, dan segala kelengkapan yang lain. Tapi dalam pada itu, saya sempat juga membeli breastpump manual Avent. Itupun setelah bertanya kakak ipar saya (Kak Ain). Jika tidak memang langsung tak beli agaknya. Huhuhuuh…

Namun segalanya berubah. Selepas habis pantang, saya terus mencari ilmu berkaitan susu ibu. Bagaimana nak simpan EBM, cara panaskan EBM, makanan yang boleh menggalakkan pengeluaran susu ibu dan sebagainya. Di sinilah saya terjumpa forum Ratuhati.com. Bermula sebagai silent reader untuk beberapa bulan yang pertama, kemudian terus terlibat secara aktif. Di sini jugalah sebenarnya saya menimba ilmu berkaitan susu ibu. Terima kasih ratuhati.com.

Semasa Zarin berusia empat bulan, saya telah memberikan susu ibu sepenuhnya. Saya mula aktif mengepam dan menyimpan stok. Stok yang paling banyak saya simpan ialah 58 botol x 4oz. Tidaklah terlalu banyak, tetapi itu saja yang termampu.Syukur dengan rezeki yang Allah berikan. Kalaulah saya menimba ilmu terlebih awal dahulu, silap haribulan saya akan belikan deep freezer. Hehehehehe…(perancangan untuk ZS jr. nanti) InsyaAllah.


1, 2, 3...eh banyak lagi stok susu zarin nie

Sepanjang tempoh menyusukan Zarin selama 2 tahun lebih ini, memang saya tak nafikan ada pasang surutnya. Ada cerita duka, ada juga cerita gembira, ada sendu, ada tangisnya. Begituah jugalah dengan pengeluaran susu. Ada masa banyak sampai 8-9 oz sekali pam, kalau masa susu merudum, hanya 1 oz sekali pam. Mana tak tersendu saya…huhuhuhuhuhu… Tetapi jika kita kuat semangat dan tidak mudah mengalah, insyaallah susu untuk anak pasti ada.

Di kala susu merudum inilah saya mencuba pelbagai jenis pil yang boleh meningkatkan susu ibu. Antar pil yang pernah saya cuba ialah pil ASI, fenugreek dan juga moridone. Dalam ketiga-tiga pil ini, moridonelah yang paling berkesan.

Saya juga hampir beberapa kali tewas dan ingin memberikan FM kepada zarin. Apabila susu merudum, orang yang selalu saya mengadu hal sudah semestilah suami saya selain daripada rakan seperjuangan kak diey, geng-geng Ratuhati dan juga kawan-kawan di FB. Dengan sokongan, galakan dan kata-kata semangat serta pelbagai petua yang diberikan, di sinilah saya mendapat balik kekuatan untuk meneruskan penyusuan susu ibu. Terima kasih semua. Budi kalian tidak dapat saya balas!

Sekarang genaplah usia zarin dua tahun. Dan alhamdulilah, saya berjaya menyusukan Zarin dengan susu ibu selama dua tahun. Terima kasih Ya Allah atas rezeki yang Kau berikan untuk anakku.

Memandangkan sekarang susu masih ada dan mencukupi untuk Zarin, saya masih lagi menjalankan rutin mengepam seperti biasa. Insyallah saya ingin meneruskan lagi penyusuan susu ibu untuk enam bulan akan datang. Semoga Allah mempermudahkan niat murni saya ini. Amin


mama pasti boleh, yeaaahhh!!!! go mama go!!!


Monday, October 25, 2010

Agar-agar santan Mak Minah

Agar-agar santan memang menjadi kegemaran saya dari dulu sehingga sekarang. Masih teringat lagi semasa mengandungkan Zarin, saya mengidam untuk menikmati agar-agar santan yang dibuat oleh ibu abang ipar saya (Mak Minah). Tetapi, pesan saya kepada Abang ipar saya (Abang Rizal) supaya Mak Minah menggunakan telur ayam bandar, bukan telur ayam kampung seperti yang biasa dilakukan sebelum ini. (Dah la suruh orang buat, banyak songeh pula yea)

Untuk tidak menghampakan mak yong pada ketika itu (sayalah tu), Mak minah membuat satu loyang besar agar-agar ini. Oh nikmatnya. Simpan dalam peti, makan sikit-sikit...Terima kasih Mak Minah...hehehehe...Agar-agar santan Mak Minah ini memang sedap. Paling sedap yang pernah saya nikmati...

Takkan nak suruh orang buat selalukan??? Akhirnya saya meminta kakak saya merisik resepi agar-agar santan Mak Minah...Alhamdulilah, dapat...bukan susah pun nak buatnya, tapi agak rumit sedikit

Jom kita lihat resepinya

Bahan yang diperlukan

BAHAN A
1 bungkus agar-agar
1400 ml air
1/2 biji santan atau 1/2 paket santan kotak (mana-mana pun boleh)
Gula merah
1 cawan gula
sedikit esen vanila
setengah cawan air daun pandan
secubit garam
1/2 cawan air daun pandan

BAHAN B (Untuk kepala)
2 biji telur
1/2 biji santan atau 1/2 paket santan kotak (mana-mana pun boleh)
* kesemua bahan diblend

Cara membuatnya

Agar-agar dibasuh dan dimasak dengan 1400ml air dalam periuk di atas api sehingga hancur. Kemudian masukkan gula merah sehingga nampak kehitaman. Apabila telah sebati, tambahkan gula dan kacau sehingga gula tersebut larut. Masukkan air daun pandan, sedikit esen vanila, santan dan secubit garam. Apabila telah mendidih, tapiskan agar-agar tadi dan bahagikan agar-agar kepada dua bahagian iaitu satu untuk lapisan bawah dan satu bahagian lagi untuk kepala. Kedua-dua bahagian tadi hendaklah dimasak di atas api yang perlahan secara serentak.

Untuk kepala, ambil satu bahagian agar-agar dan campurkan dengan Bahan B. Kacau atas api perlahan sehingga mendidih dan santan timbul. Apabila telah masak, tuang lapisan bawah agar-agar ke dalam loyang. Kemudian tuang pula bahagian kepala di atasnya. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati




Zarin shah sangat menggemari agar-agar ini. Oleh sebab itu, saya sangat rajin membuatnya. Jika ada pot luck di ofis, inilah menu yang selalu saya bawa... ehehehehehe


Sunday, October 24, 2010

S.I.Y.A aka S.O.Y.A

Mama, Alen (Zarin) nak siya!

Itulah ayat yang selalu diucapkan Zarin setiap kali kami mengambilnya di neseri. Pada mulanya kami sangkakan yang Zarin nak duit (Serial - RM1). Maklumlah, kebanyakan cikgu Zarin merupakan orang pantai timur (terengganu dan kelantan), mungkin sedikit sebanyak mempengaruhinya. Rupa-rupanya

S.I.Y.A bermaksud S.O.Y.A


Minum soya anda jadi sihat dan kuat!

Heheheheheh...lucu betul Zarin. Walaupun dah berkali-kali betulkan, tetap juga disebutnya Siya. Siya pun siya lah. Tetapi apabila umurnya semakin meningkat, wajib dibetulkan sebutannya. Jika tidak sampai bila-bila dipanggil siya.


Pak Arab kelek soya..ehehehe
Memang soya minum kegemarannya sekarang selain fresh milk. Ke mana pergi mesti soya yang diminta. Ok lah tu. Soya bagus untuk kesihatan selain dapat mencantikkan kulit.

Saturday, October 23, 2010

cake & goodies

Birthday Zarin kali ini kami memang tidak mengadakan sebarang majlis. Cuma saya sempat siapkan sebiji kek untuk Zarin bawa ke neseri sekaligus goodies untuk kawan-kawannya seramai 30 orang.



Lama juga saya mencari idea untuk menyediakan 'goodies'. Iyalah, kanak-kanak, takkan nak letak jajan pulak. Tak pasal-pasal bising mulut ibu bapa (pengalaman saya lah tu, sebab sebelum nie selalu Zarin dapat goodies yang penuh berisi jajan dah la banyak MSG!) Mula-mula saya bercadang ingin membelikan mainan, tapi kalau yang harga murah, risau juga jika membahayakan kanak-kanak. Jadi apa-apa nanti kat anak orang, siapa yang susah????

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk memberikan sebiji muffin, 2 biji puding cocon, 1 bar snek serta 1 set sudu. Kira ada jugalah makanan yang tak berkhasiat :P. Tapi saya yakin puding cocon tidaklah terlalu banyak pewarna tiruan, begitu juga dengan snek yang saya beli tu.




Dan inilah hasil goodies yang siap di packing untuk kawan-kawan zarin

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V



tadaaaaa!!!!

Gambar Majlis hari jadi zarin semasa di neseri belum lagi saya dapat. Menurut teacher Zarin, bila dah siap nanti dia akan bagi. Tunggu sajalah yea :)

Friday, October 22, 2010

Menangislah sayang jika itu mampu menenangkan dirimu

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh bayi dan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan persekitaran. Melalui interaksi jugalah mereka akan mempelajari sesuatu perkara yang baru. Salah satu cara interaksi yang biasa dilakukan oleh mereka ialah MENANGIS. Begitu jugalah dengan permata hati saya Zarin Shah. Lihat saja gambarnya ketika menangis itu


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V

bercurah-curah air mata keluar.... sob...sob...sobbb

Tangisan adalah salah satu cara kanak-kanak untuk menarik perhatian ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan respon yang positif terhadap tangisan itu, sudah pasti mereka akan terasa selamat. Sebaliknya jika respon negatif yang diberikan oleh ibu bapa seperti herdikan atau tengkingan, menyebabkan kanak-kanak akan berasa takut dan tidak selamat, malah sebaliknya akan menangis dengan lebih kuat. Respon negatif yang diberikan ibu bapa juga pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri kanak-kanak.


mama...mama...mamaaaaaaa- itulah yang diucapkannya

Sebelum ini, saya jarang berkongsi gambar ketika Zarin sedang menangis, sebaliknya gambar yang penuh dengan kegembiraan sahaja yang dipaparkan. Jadi, semasa hari lahirnya, saya sempat mengambil beberapa keping gambar ketika Zarin sedang menangis. jangan tak tahu, tangisan Zarin pun ada episod juga. Nanti akan saya kongsikan di lain entri. Terasa cute pula gambar zarin sedang menangis itu. Membuatkan saya melihatnya berkali-kali...eheheheheheh..

Zarin pun pandai bila saya tunjukkan gambar tersebut kepadanya, dia berkata

"Mama, Alen nangis, huhuhuhu"


Alah, sayang mama...

Menurut seorang rakan (KAK DIEY), menangis itu adalah satu terapi bagi seorang kanak-kanak, jadi biarlah dia menangis semahu-mahunya. Oleh itu Zarin, menangislah sayang jika itu mampu menenangkan dirimu!

Pstt: Kita yang dewasa ni pun, kadang-kadang bila menangis terasa lega dan tenang jiwa. Terasa ringan sedikit beban masalah yang ditanggung (jika ada masalah la :P)

Wednesday, October 20, 2010

potong dan makan

Kesian zarin. kek hari jadinya telah dirasmikan oleh papa yang tak sabar-sabar nak makan kek! hahahahaha..macam budak-budak.

Memang hari itu Zarin tidur lama. Dari jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang. Jadi nak tunggu dia bangun memang lambatlah.

Sebaik bangun dari tidur, Zarin terus meminta kek. Jadi saya pun terus berikan kek dan sebilah pisau kepadanya. Dan inilah aksi-aksinya















Kesian Zarin tak sempat nak tiup lilin segala bagai. Takpe sayang, tunggu kek birthday mama hujung bulan ni yea, kita potong sama-sama :)

Tuesday, October 19, 2010

aksi besday boy!

Pagi-pagi lagi Zarin sudah bangun. Ketika sedang mamai-mamai, daku membisikkan ke telinganya

"Hari ini birthday Zarin tau"

Lantas dia terus bangun dan cakap

"Mama Alen nak terbang".

"Nak terbang? Pergi mana? Zarin nak jadi superman ke?"

"Alen Nak terbang. Nak alo (pablo - kartun kegemarannya) Mama, meh! meh!" sambil menggamit tangan kecilnya.

Rupanya dia nak naik belakang mama (dukung ikut belakang)

hehehehehe. Mana dapat ayat nak terbang pun tatau.

Selepas mandi dan sarapan pagi. Terus dia mencapai topi toy storynya. Pelbagai aksi yang dilakukan. Sangat terhibur melihat tingkah lakunya pagi itu.











Paling kelakar apabila zarin terbalikkan topi toy storynya itu sambil berkata

Mama, aiskrim....aummmmm!!! (sambil membuat aksi seperti menjilat aiskrim)

Wow!!! besarnya aiskrim Zarin!!! Nanti kita suruh papa beli yea.."

Lucu dan begitu tinggi daya imaginasi Zarin. Terasa cepatnya masa berlalu. oh sayang kamu sudah besar!

Monday, October 18, 2010

Happy 2nd Birthday Zarin!

Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Zarin Shah,
Happy birthday to youuuuu!!!!

Jom potong kek dulu


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V



Kek toy story hasil air tangan dan kekreatifan mama

Alhamdulilah, Ahad yang lalu, genaplah usia Zarin dua tahun. Memasuki usia dua tahun ini, tiada apa yang dapat mama berikan untukmu sayang melainkan kasih sayang dan keselesaan hidup serta SUSU IBU!

Untuk permata hati mama

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V



Besday boy yang semakin pandai posing

Selamat hari lahir sayang. Semoga diberikan kesihatan yang baik, menjadi anak yang soleh serta menghormati orang tua

muaaaahhhh!!!

* Jumpa lagi di lain entri yang padat dengan kisah dan gambar-gambar zarin

Sunday, October 17, 2010

Hari ini hari jadinya!

Happy Birthday Zarin Shah sayang!!!!




we love you so much!

Friday, October 8, 2010

Sekitar jeti Langkawi

Kalau sebut pasal Langkawi mesti terbayang pinggan mangkuk corelle yang murah-murah dan juga coklat. Hari raya tahun ini kami balik ke Langkawi lagi untuk menziarahi Tok Yah. Jika tahun lepas kami pergi balik hari, namun tahun ini kami bermalam di sana.

Sebut je nak balik Langkawi berderet-deret pesanan diterima. Kain batik, coklat, sudu, belacan dan paling banyak pinggan mangkuk lah. Sebaik menjejakkan kaki ke Jeti Langkawi, saya telah meninjau kedai Haji Ismail Group dari cermin kaca, memandangkan kedai tersebut tutup pada petang itu. Dalam hati dah pilih dan sudah ada yang berkenan. Nak beli yang itu, nak beli yang ini, bisik hati kecil saya.

Setelah semalaman bermalam di Ulu Melaka dan berjumpa sanak saudara, keesokan paginya kami bertolak ke jeti untuk pulang ke Alor Setar. Saya pula awal-awal lagi sudah memberitahu suami yang saya hendak shopping di jeti nanti. hehehehe


alamak, duit dah habislah. Kita cucuk dulu :P

Feri kami pukul 12.30 tengahari. Jadi memang sempatlah untuk membeli belah. Malangnya, sebaik sahaja sampai di hadapan kedai Haji Ismail Group terpampang notis

Kedai DITUTUP dari 10-11 September 2010. BUKA pada 12 September 2010.

Uwaaaaaaaa!!!! rasa nak menangis pun ada. Hancur berkecai impian ingin memborong pinggan mangkuk. Sabar-sabar. Tak apa, lain kali kita datang lagi -----> ayat memujuk hati...huhuhuhu

Tapi kekecewaan saya terubat apabila melihat kedai COKLAT!!!



Apalagi, saya terus memilih dan pilih dan pilih pelbagai jenis coklat. Dan yang tak akan saya lupa beli ialah DAIM dan juga KISSES... Yang lain tu adalah 4-5 jenis, penuh bakul juga :P

Murah ke coklat kat sini???? mmmm..Entahlah. Rasanya tak banyak beza sangat, cuma masa saya beli tu ada diskaun 10%-20%. Kira berbaloi jugalah.



Selepas itu, kami hanya berdiri dan meninjau-ninjau sekitar jeti tersebut. Maklumlah keluarga besar dan ramai. Seorang ke sini, sorang ke sana. Nak kumpul semua dalam satu masa memang memakan masa. Tapi seronok.

Next time kalau nak ke langkawi saya akan pastikan yang kedai tersebut tidak ditutup. Jika tidak kempunan lagi la saya!!!!!

cerita di sebalik

Apa tafsiran anda apabila kali pertama melihat gambar ini???


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V




Sebenarmya gambar ini diambil selepas abang ipar saya membelah kelapa muda :)

Namun sekali pandang macam ngeri saja. Dengan pisau besar berkilat di tangan dan didepannya pula dua orang kanak-kanak kecil?????

Thursday, October 7, 2010

selamat tinggal barut nangka!

Memang tidak dinafikan setiap orang pasti berubah ke arah yang lebih baik apabila telah berkahwin dan lebih-lebih lagi apabila bergelar seorang ibu. Begitu juga dengan saya. Perubahan yang saya maksudkan adalah dari segi berpakaian.

Memang saya akui sebelum ini saya suka mengenakan baju yang mengikut bentuk badan singkat, ketat dan boleh diibaratkan seperti barut nangka. Kalau dah barut nangka maknanya akan tertonjollah benda-benda yang tak sepatutnya lebih-lebih lagi lemak tepu. ehehehehehehe


**sekadar gambar hiasan

Itu dulu, zaman remaja muda belia. Apabila berkahwin, perasaan malu itu terbit dengan sendirinya. Suami saya jarang menegur apatah lagi memaksa saya untuk berubah penampilan. Cuma kalau boleh biarlah sopan dan manis dipandang katanya. Sejak saya berkahwin, sedikit demi sedikit baju-baju barut nangka saya terantai rapi di almari. Malah kesemua baju saya itu kini telah pun berpindah milik kepada anak saudara yang yang berusia 11 tahun.

Memandangkan saya telah menjadi seorang ibu, makanya saya harus menunjukkan contoh yang baik kepada anak saya. Oleh sebab itu sekarang saya suka mengenakan baju yang longgar dan juga labuh, jika boleh biarlah melepasi paras punggung. Lagi satu paling penting, baju yang senang untuk saya susukan zarin di mana-mana sahaja tanpa menampakkan sesuatu yang tidak sepatutnya.



Tambahan pula sekarang, pelbagai jenis, corak dan design blaus yang cantik-cantik di pasaran. Saya bukanlah mementingkan jenama, kalau sehelai baju itu cantik, menepati citarasa saya sudah pasti saya akan membelinya. Tak kisahlah sama ada murah atau mahal. Yang penting memenuhi ciri-ciri yang saya kehendaki.



Saya akui masih banyak yang perlu diperbaik dalam penampilan saya. Namun biarlah sedikit demi sedikit. Tidak terlalu drastik. Setiap wanita ingin tampil menawan dan sopan serta manis dipandang. Namun pada itu, saya cuba elakkan daripada memakai baju atau blaus yang nampak seperti 'makcik-makcik'-----> ayat suami saya..heheheh

Oleh itu, selamat tinggal barut nangka. Selamat datang si manis menawan :P


psssttt -----> kalau ada yang ingin berkongsi link baju-baju muslimah yang cantik-cantik dan vogue+hot sangat-sangatlah dialu-alukan...terima kasih :)


Wednesday, October 6, 2010

ya! ya! ya! itu saya!

Siapa suka pakai kain batik???? Angkat tangan cepat!
Pandai ke nak ikat kain batik tu?

Saya jarang berkain batik. Tetapi apabila balik kampung selalu juga pakai. Tapi kalau ikat kain batik tu mula la terasa tak terlekat di pinggang. Oleh sebab itu jugalah ketika saya dalam pantang dulu, Ummi saya belikan sekodi kain batik bukaan kecil. Bukan bukaan besar macam kain batik jawa tu. Jadi menurut ummi saya sesuailah dengan saya yang bertubuh kecil nie dan tak ada lah kain tu akan bergulung selonggok atau berserabut apabila dilipat. tanx ummi...muaaaachhhh!!!!!

Mula-mula saya lihat gambar ini terkejut juga saya. Sayakah itu???? hahahahahahhaha
ya!ya!ya! itu saya. Jangan tak percaya



Setiap kali balik kampung saya akan sibuk mencari kain batik. Bukannya apa, lebih selasa ;P rasanya bila berkain batik ketika berada di dapur dan menguruskan hal-hal yang lain. Lagipun saya tak banyak seluar, yang ada jeans dan seluar tido jenis yang nipis. Mana boleh pakai, sexy youuuuu!!!!. Famili saya selalu gelakkan saya apabila melihat penampilan saya ini. Antara ayat yang selalu didengar ialah

Isk...baiknya hang...sopan santun gitu
Laaaa....adik aku ke nie? Ingat makcik manalah tadi
Kesian tengok adik aku nie

Dan jawapan selamat saya, pakaian mestilah bersesuaian dengan tempat dan keadaan :P

Hahahahaha...Lucu juga bila diingat.



Apabila berkain batik terasa seperti perempuan melayu terakhir pula :P

Pada saya, semua orang mesti belajar memakai kain batik. Kain batik warisan tradisi kita. So janganlah diabaikan. Nak lagi senang, jahit kain batik jadi kain pakai siap-siap. Senang dan yakin takkan terlondeh bila anak asyik tarik-tarik :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...