Monday, November 29, 2010

teman tapi mesra

Ingatkan orang dewasa saja yang ada teman tapi mesra, rupanya budak se kecik Zarin pun sudah pandai berteman tapi mesra yea!


Oh, jangan salah sangka. Inilah teman tapi mesra zarin

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V



tadaaaa!!! teddy bear

weekend nie memang sibuk mengusung teman tapi mesranya itu. Nak tidur je mesti cari.

"Mama, ane bear Alen?"
"Alen nak bear!"
"Bear Alen nak nenen mama, catu Alen unye, catu bear unye"
(sambil mendekatkan bear ke dada mama)

Entah mana dia dapat pun tatau la. Rasa dah simpan elok dalam kotak cinta dulu-dulu

bila ditegur,

"Zarinkan boy, tak boleh main teddy bear nie"
"Alen unye lah mama" balasnya sambil sipu-sipu

Setakat ini Zarin memang tak pernah ada "teman tapi mesra @ bantal busuk" ke ape. Tidur pun memang jarang berbantal. Tiba-tiba je kelek teddy bear sekarang nie. confuse betulla budak kecik sorang nie. ehehehehehe

psstt----> nampak gayanya sudah tiba masanya Zarin perlukan teman bermain. Bilalah mama dapat bercuti tiga bulan nie :p yihhaaaaaa!!!

psttt, psttt----> bear tu papa yang hadiahkan kat mama masa cintan cintun dulu tau! romantik juga papa Zarin nie...ehehehehehehhe

Ekspresi wajah berepisod

Sudah berminggu-minggu projek untuk menggunting rambut Zarin ditunda ekoran daripada kesihatannya yang tidak mengizinkan. Kesian Zarin, rambutnya yang panjang dan ikal itu seakan-akan membuatnya tidak selesa.

Saya pula semakin tidak selesa apabila setiap kali mengambil Zarin di neseri, rambutnya berminyak yang amat, namun tersisir rapi. Nampak seperti sungguh busuk rambutnya bila disapu minyak sebegitu (kes mama tak suka anak pakai minyak rambut :P) Mungkin juga teachernya 'terpaksa' meletak minyak supaya rambutnya tidak kembang dan menggangu emosinya ketika bermain.

Jadi, untuk mengelakkan Zarin disapu minyak yang berlebihan lagi, saya dan suami terus membawanya ke Kwikcut, The Curve untuk menggunting (sebenarnya merapikan) rambutnya yang dah berserabai itu, hihihihihi.

Mula-mula sampai di IKEA, Zarin sudah seronok. Menggalas begnya, dan tidak ketinggalan capnya juga dipakai. Suami menurunkan kami di depan pintu masuk IKEA sementara beliau mencari parking. Semasa berjalan-jalan dengan Zarin, saya beberapa kali memberitahunya yang rambutnya akan digunting sekejap lagi.

Suami saya menelefon dan berkata sudah menunggu kami di Kwikcut. Apalagi, saya dan Zarin bergegas ke sana. Nasib baiklah orang tidak ramai. Ketika sampai di sana, Zarin yang tadinya aktif bertukar muram dan minta didukung. Mungkin sudah tahu yang rambutnya akan 'dikerjakan' sebentar lagi.



Ketika meletakkan Zarin di dalam kereta mainan, tangannya kaku, langsung tidak mahu memegang stereng kereta, tidak seperti sebelumnya, pantang nampak kereta mainan sebegitu, pasti laju tangannya memutar stereng. Setelah tukang gunting meletakkan kain hijau dilehernya, Zarin sudah tertunduk diam.



Kemudian, matanya sayu memandang saya dan suami, menagih simpati. Kelopak matanya mula merah. Sudah ada tanda-tanda mahu menangis, tapi di tahan. Makin ketara apabila gunting tadi begitu ligat mencantas rambutnya.



Bibir yang tadinya masam menjadi bertambah labuh dan terjuih. Semakin lama semakin labuh. Suami memujuknya berkali-kali. Dia masih boleh bertahan. Namun sudah ada esakan kecil.



Namun apabila gunting menghampiri lehernya, uwaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Terkeluar sudah siren kecemasannya. Tapi kali ini tidaklah senyaring seperti sebelumnya. Orang ramai yang lalu lalang pula tidak ada yang memerhatikannya dari balik cermin kaca itu. Mungkin juga tangisan Zarin tidak menembusi bilik kaca itu...hikhik..

Setelah siap, Zarin cepat-cepat mahu turun daripada kereta itu. Terus sahaja memeluk papa. Mulutnya pula tak henti-henti menyebut "jom, jom, jom!"

Tukang gunting: Rambutnya cantik, panjang dan halus. Kalau simpan panjang mesti cantik, dia ada curl2.
Saya: Dia kecil lagi. Rimas nanti kalau berpeluh.
Tukang gunting : yalah. Nanti besar kasi itu panjang. Mesti cantik maaaa.
Saya: Ok. tanx ya
Tukang gunting: bye, bye adik. sudah siap, sudah hensem.



Inilah rupa Zarin dengan rambut barunya. Nampak matang dengan gaya rambut sebegini.

Selepas itu, kami terus jalan-jalan di The Curve. Memandangkan beg Zarin dah uzur, saya terus membelikan beg toy story untuknya. Seronok dia, bukan saja beg, pensel, buku dan macam-macam lagi alat tulis toy story yang diambilnya. Aduiiii anak-anak. Nasib baiklah buku dan alat tulis. Kalau mainan jangan haraplah mama nak beli banyak-banyak. :P

Kemudian, Zarin ikut papa, sementara mama pusing-pusing cari barang yang lain. Bila call, Zarin dan papa sudah pun duduk di kerusi dalam padini.

Mama: Zarin ngan papa buat apa kat sini?
Zarin: kunggu (tunggu) mama. sambil mengisi beg barunya dengan pensel dan macam-macam lagi.

Alang-alang dah ada di situ, sempat juga mama cuci mata tengok kasut vincci. Dapatlah jugak wedges sepasang...hikhikhik.

Sunday, November 28, 2010

Tau Sa Piah

Tau sa piah, itulah nama kuih yang saya selalu beli di kedai kek Queen dan Fairy masa zaman sekolah dulu. Tapi masa tu, tatau nama kuihnya. Selalu saya sebut kuih cina.


Inilah rupanya

Jarang dapat jumpa kuih ini. Jadi saya bercadang untuk membuatnya sendiri setelah beberapa hari mencari resepinya. Saya terjumpa Resepi ini di Myresepi.net.

Saya copy dan pastekan resepinya di sini.

Bahan-bahan ( 15 biji )

Doh A:
120g tepung gandum, diayak
60g shortening

Doh B:
120g tepung gandum, diayak
30g gula icing
30g shortening
60ml air

Inti:
3/4 cawan kacang hijau yang tidak berkulit (rendam selama 2-3 jam, dikukus bersama sedikit air dan dikisar halus)
3 sb minyak masak
1 sb bawang kecil yg telah dicincang
1/2 cawan gula halus (boleh ditambah atau dikurangkan)
1/2 sk garam
1 sk kulit oren yg telah dicincang

Lain:
1 biji telur (untuk sapu)
Biji bijan secukupnya (optional)

Cara-cara
Untuk Inti:

1. Masukkan gula, garam dan kacang yg telah dikisar ke dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga sebati dan diketepikan.
2.Panaskan minyak dalam kuali, goreng bawang kecil sehingga harum dan warna keperangan. Keluarkan bawang dan diketepikan. Masukkan kulit oren dan campuran kacang ke dalam kuali. Gorengkan kacang sambil kacau sehingga kacang itu jadi agak kering (boleh buat bebola).
3.Matikan api. Masukkan bawang kecil tadi dan gaulkan sehingga rata. Setelah inti dah sejuk, bahagikan inti kepada 15 bebola yg sama saiz.

4.Untuk Doh:

Doh A dan doh B disediakan berasingan TAPI degan cara yg sama. Satukan bahan2 untuk doh, gaulkan sehingga rata dan canaikan sehingga mendapat doh yg agak lembut. Tutup doh degan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan selama 30 minit. Bahagikan setiap doh kepada 15 bebola yg sama saiz. (15 biji doh A dan 15 biji doh B)
5.Ambil sebiji doh B, leperkan dan letak sebiji doh A ditengah2. Balut doh A degan doh B untuk satukan doh A dan B.
6.Canaikan doh tadi kepada saiz 15 x 3 cm (approx.), lepas itu gulungkan doh dari bahagian yg pendek. Ulang langkah ini sekali lagi.
7.Canaikan doh kepada bentuk bulat (10 cm diameter), letak sebiji inti kacang ditengah2 dan balutkan. Ulang langkah 5 - 7 sehingga habis.
8.Sapukan setiap tau sa piah degan telur, taburkan sedikit biji bijan diatas.
9.Panaskan oven kepada 180degC. Bakar tau sa piah selama 20 minit atau sehingga warna kuning keemasan.


Siappppp!!!

Saya sangat sukakannya, rasanya yang manis dan masin membautakan saya ketagih untuk memakannya.

Selamat mencuba!

Thursday, November 25, 2010

saya nak ini!

owh!! saya nak beg-beg Kelly Moore ini! cantikkan???







agak-agak kat sini ada jual tak?

senang sikit nak dukung anak kedua saya nanti :P

Boroi : tanda isteri pandai menjaga suami????

Perasan tak, kebanyakan lelaki yang berkahwin akan mengalami masalah boroi atau lebih manis dipanggil perut maju ke depan. Dan ayat yang selalu didengar atau diperkatakan apabila perut suami maju kedepan ialah

“Pandainya jaga suami, sampai sihat camtu perut dia”

Habis kalau memang yang jenis kurus kering bererti tidak pandai menjaga suami kah??? Hairan juga saya. Sejujurnya saya tidak seberapa menggemari jika suami saya boroi. Bukan apa, terasa seperti mencacatkan penampilannya. Bukankah tugas isteri juga untuk menjaga penampilan suami?? Kihkihkih


pic dari google. tq so much :)

Kebelakangan ini, berat suami saya naik mendadak dan kelihatan seperti berpotensi untuk boroi. Owhhhh!!! Sungguh susah hati. Akhirnya saya menasihati suami supaya menjaga pemakanan. Bukan apa jika dah boroi, memang susah la nak turun. Nanti dia juga yang tidak selesa.

Memandangkan beratnya dah semakin naik, jalan penyelesaiannya ialah

dapur comelku dibekukan tahun ini daripada membuat sebarang jenis kek bagi memberi laluan kepada lemak-lemak tepu dinyahkan dari badan. hahahhahaha!!!

Saya ada terbaca satu artikel kalau tak silap begini katanya,

jika perut lelaki boroi tu lembik, masih berpotensi untuk kembali ramping, namun jika perut tersebut keras seperti batu, memang susah untuk kembali ke bentuk asal. (betulkan jika saya tersilap yea sebab dah ingat-ingat lupa) - Lepas ni sila tekan perut suami anda, sama ada keras atau lembik...hikhikhik

Teringat pula semasa di university dahulu apabila duduk berborak-borak dengan kawan-kawan tentang ciri-ciri suami yang diiginkan.

1. Ada yang nak lelaki berkulit gelap, tinggi dan berjanggut (saya la tue),
2. Ada yang nak lelaki bermisai, pakai spek, berkulit cerah
3. Ada yang nak hidung mancung, tidak merokok, orang kaya dan macam-macam lagi.

Namun masing-masing taknak lelaki boroi. Paling tak tahan,

“isk, tak nak la yang boroi. Tak larat nak gosok perut nanti”

Hahahahahah!!! Pecah perut kami ketawa!!!

Wednesday, November 24, 2010

zarin and pablo the backyardigans sport bottle

Zarin sangat meminati si penguin biru Pablo the backyardigans. Asyik-asyik mama nak "Alo". Baru-baru ini saya telah ke the curve. Tiba-tiba terjumpa sport bottle munchkin ( BPA Free) yang ada gambar pablo di kedai The First few years.




Apalagi saya terus membelinya. Bukan main seronok Zarin dapat botol pablo tue. Jika sebelum ini dia sangat susah untuk minum air masak. Tapi sekarang alhamdulilah. Ke mana pergi mesti membawa botol pablo tue.



Insyaallah weekend ni nak pergi lagi ke kedai tue. Nak cari set pinggan mangkuk pula. Tengok kat website munchkin ada. Harap-harap ada la. Biar berselera sikit zarin makan. hikhikhik

Jumpa di The Curve ya, daaaaaaaaaaaaa!!!

Monday, November 22, 2010

khaki kid n kurung - LizOthman again!

Owh, saya sudah jatuh cinta dengan hasil jahitan LizOthman!

Sebelum ini, saya telah menempah sehelai Jubah Jr. untuk Zarin. Dan kali ini saya berkenan pula khaki kid. Bukan order 1, tapi 2!!! Satu untuk Zarin dan satu lagi untuk anak buah saya (Syafiq) yang berusia 8 tahun. Untuk Zarin ada yang sepasang, namun untuk Syafiq tak ada. Jadi saya meminta Ija jahitkan kurta untuknya. Alhamdulilah dapat. Terima kasih Ija kerana melayan saya yang banyak songeh ini :P

Untuk Syafiq, Ija poskan ke Kedah. Dan untuk Zarin pula kami mengambilnya sendiri di rumah Ija. Bila dicuba, seluarnya terpanjang sedikit, jadi terpaksa di potong 1 inci. Tapi serius saya sangat suka baju-baju yang Ija hasilkan. Sangat cantik!!!



Zarin memanggilnya baju raya! Semasa hari raya, Zarin langsung tidak mahu berbaju Melayu, sebaliknya nak pakai baju raya (khaki kid) nie...eheheheheh...saya sangat suka. Zarin nampak matang bila memakai baju nie.



Raya haji tahun nie, Zarin demam, jadi dia tidakla seaktif biasa. Hanya menonton TV. makan pun tak lalu. Kesian Zarin...huhuhuhuu...

Sementara menunggu ija mengalter seluar Zarin, saya membelek-belek deretan baju-baju yang siap dijahit. Ada, jubah, blouse, baju kurung dan sebagainya. Belek punya belek, tiba2 terbekenan pulak dengan sehelai baju kurung cotton size s nie.

baju kurung???? Owh, saya mana ada anak perempuan. Tapi sebab dah berkenan saya beli juga, boleh bagi kat Baby Hana.





Cantik! cantik! cantik! (eh dah macam ayat upin dan Ipin dah!) hahahahha



Comelnya Baby Hana bergaya dengan baju kurung nie. owh, bilakah saya akan dapat anak perempuan?????? bolehla saya beli lagi baju kurung yang comel-comel dan cute-cute tue lagi. ehehehhe ...


Sememangnya saya sangat sukakan rekaan LizOthman, insyaallah lepas nie saya pasti order lagi. Tanx a lot Ija :), jika kawan-kawan ingin baju yang cantik-cantik untuk si manja jangan segan untuk berkunjung ke blog Ija yea, LizOthman.com.

Pasti puas hati!!!! :)

Tuesday, November 16, 2010

happy 3rd anniversary!

Alhamdulilah, hari ini genaplah 3 tahun usia perkahwinanku.

" Ya Allah, berkatilah kehidupan kami sekeluarga, berilah kebahagiaan dan kenikmatan kepada kami suami isteri. Kami mohon petunjuk daripada-Mu untuk kami membimbing anak-anak kami ke jalan yang benar dan diredai-Mu".



Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu

Sunday, November 14, 2010

kek karamel

Sudah berminggu-minggu saya membelek-belek resepi kek karamel di page kongsi resepi. Nak buat bimbang tidak menjadi. Akhirnya hari jumaat yang lepas saya cekalkan hati untuk mencuba membuat kek karamel ini.

Tengok bahan-bahan yang digunakan tidak la susah nak dapat. Cuma cara nak buatnya saja ada step A hingga D. Adoii pening-pening.

Inilah rupa kek karamel yang telah siap diletakkan di dalam acuan. Tunggu masa untuk membakar sahaja.



Apabila kek siap dibakar, hati saya sudah berdegup degap, bimbang karamelnya tidak menjadi. Oleh sebab itu, saya biarkan kek tersebut sejuk dahulu baru terbalikkan. Alhamdulilah. Kek karamel saya menjadi.

Inilah rupa kek karamel yang siap diterbalikkan.



Sepatutnya kene sejukkan dahulu dalam peti sejuk sebelum dimakan. Namun kerana tak sabar nak rasa, saya potong juga kek tu. hehehehe...Memang sedap!



Rugi kalau tak mencuba. Resepi boleh dilihat di page Kongsi resepi di FB.

selamat mencuba!

Friday, November 12, 2010

tangisan berepisod

Menangis adalah satu kaedah yang biasa digunakan oleh kanak-kanak untuk menarik perhatian ibu bapa, juga sebagai isyarat bahawa mereka berada dalam keadaan yang tidak selesa.

Zarin juga tidak terlepas daripada menangis, menangis dan menangis. Jangan tak tahu, tangisan zarin ada episodnya. Tetapi episodnya tidak la sama dengan drama indonesia yang ditayangkan di televisyen yang mengandungi beratus-ratus episod. Tangisan zarin hanyalah sekadar 3-4 episod sahaja.



Paling tak sangka, sedang elok bergelak ketawa, tak ada angin tak ada ribut boleh pula menangis bagai nak rak.



Apabila radio karat telah berbunyi, sedaya mungkin kami akan memujuk. Paling tak tahan, jika tangisan yang ada esakan dan rengekan yang pastinya mengambil masa yang lama untuk berhenti. Zarin kadang-kadang boleh dipujuk, kadang-kadang tak jalan juga pujukannya. Apabila tak makan dek pujuk, saya biarkan sahaja dia menangis semahunya. Pandai pula dia berhenti. hehehehehe...Apabila esakan dan tangisan mula berpanjangan, inilah pula episod sambungannya.



Sujud dilantai!!!! owh...ini paling tak tahan. Tapi bila kita rakamkan video perangainya yang tersangat "hensem" itu, tangisan yang tadinya dalam gear 3 secara automatik turun ke gear 1! malu agaknya. hahahahaha



Selepas itu, bangun bermain seperti biasa. Oh anak. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi dalam memujuk anak menangis. Saya ada terbaca satu artikel iaitu,

Untuk mengelakkan anak menangis dan mengamuk, ibu bapa dinasihatkan untuk tidak terus melakukan kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemop dan segala macam kerja rumah yang lain sebaik sahaja sampai di rumah setelah pulang dari kerja. sebaliknya ibu bapa perlulah meluangkan masa sejam untuk bermain dan memberikan sepenuh perhatian kepada anak-anak sebaik sahaja mengambil mereka di rumah pengasuh atau neseri.

Tuesday, November 9, 2010

cubaan pertama membuat waffle!

Soalan cepumas yang wajib ditanya kepada suami setiap hari apabila pulang dari kerja ialah

"Nak makan apa malam ni?"

Dan tadi kami bercadang untuk ke pasar malam Taman Melawati, namun memandangkan cuaca mendung dan bimbang kalau-kalau hujan turun, hajat untuk ke pasar malam dilupakan. Suami saya mengajak untuk menikmati char ko teow selepas solat Isyak nanti. Oklah tu, char ko teow memang kegemaran saya.

Namun apabila sampai di rumah lain pula jadinya apabila zarin berkata

"mama nak kek" sambil membawa acuan muffin kepada saya.
"Jom mama, nak kek." kali ini datang membawa papercup pula.

Lantas saya terfikir untuk membuat pancake. Namun apabila suami saya menyimpan acuan muffin tadi, tiba-tiba beliau menunjukkan acuan waffle yang diberikan oleh kakak saya masih lagi belum dirasmikan. Lantas saya terus meneliti acuan tersebut dan sungguh tak disangka kerana turut disertakan dengan resepi waffle sekali...

Jom kita lihat resepinya

Bahan-bahan
2 biji telur
3/4 cawan susu segar
2 sudu makan minyak mazola
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam

cara membuatnya
1. Pukul telur sehingga kembang. Kemudian campurkan susu dan semua bahan-bahan di atas dan kacau sehingga sebati.
2. Panaskan waffle maker. 3 minit untuk setiap sisi. Saya menggunakan waffle maker yang dibakar di atas api dapur gas jenama nordic ware. (cara masak bergantung kepada jenis waffle maker anda)
3. Apabila waffle maker telah panas, tuang adunan tadi ke dalamnya dan kemudian tutup. Apabila telah kekuningan, angkat waffle tadi dengan menggunakan garfu.
4. Siap untuk dihidang! Waffle ini boleh dihidang dengan menambahkan topping kegemaran anda seperti madu, coklat, peanut butter, jem, ice cream dan sebagainya. Ikut kreativiti dan kegemaran masing-masing


Inilah rupa waffle cubaan pertama saya

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V




waffle with ice cream----> yummy!

Rupa-rupanya sangat mudah untuk membuat waffle. Paling menggembirakan apabila orang-orang tersayang memujinya SEDAP!

Dan ini pula waffle with peanut butter + chocolate syrup



Nampaknya malam ini tak jadilah nak makan char ko teow. Perut dah penuh nie :)

Selamat mencuba!

Tuesday, November 2, 2010

PAPA & BABY CONTEST!!!

Masih lagi dalam mood yang baik untuk join contest...hahahaha..

Kali ini papa&baby contest pula, jom kita tgk


http://mamiuyun.blogspot.com/2010/10/papa-baby-contest.html

Gambar yang dipertaruhkan ialah

*
*
*
*
*
V



Nama Papa : Mohd Azuan Ishak
Nama Baby : Zarin Shah Mohd Azuan
Umur Baby : 2 Tahun


Jom kita meriahkan contest ini, maklumat lanjut sila klik SINI

tarik tutup penyertaan ialah : 14 November 2010

contest bayi nangis


contest bayi nangis

dan gambar yang dipertaruhkan adalah
*
*
*
*
*
*
V


Nama bayi: Zarin Shah Mohd Azuan
Nama Ibu: Suhaida binti Azmi
Tarikh lahir: 17 Oktober 2008

Inilah kali pertama terbuka hati saya untuk join contest. Gambar ini diambil ketika hari jadinya.

Jom sama-sama meriahkan contest ini. Boleh klik DI SINI


Monday, November 1, 2010

chocolate cheesecake with strawberries

Besday saya tahun agak istimewa kerana saya sendiri yang membuat kek untuk diri sendiri. Eh, aci gitu??? hahahahaha..memang saya sekarang tengah kemaruk untuk membuat kek. Mula-mula saya pening juga memikirkan nak buat kek perasa apa. Kemudian, saya terfikir untuk membuat chocolate cheesecake memandangkan suami saya suka cheesecake.

Kemudian, apa lagi, berdesup saya ke Bake With Yen untuk membeli bahan-bahannya. Perasa kek sudah selesai, pagi sabtu saya masih ding dong untuk menghias kek yang bakal saya buat nanti. Mula-mula nak bubuh ceri, tapi kene buat icing, rasa macam malas pula. Kemudian terfikir untuk menghiasnya dengan strawberi. Apa lagi, sekali lagi saya meminta suami untuk ke cold storage untuk membeli strawberi yang besar-besar dan merah-merah..hehehehe..

dan inilah hasilnya

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V



Nyummy!!

Tapi saya sedikit kecewa kerana strawberi yang dibeli suami tidak terlalu merah. Tapi oklah daripada tak ada langsung.

I'm 28!

Owh, saya sudah 28 tahun rupanya. Ingatkan baru 18! ehehehehehe...tiba-tiba terasa macam muda belia :P



Jemput makan


Suami saya memberikan 5 bintang untuk kek ini. Katanya sangat sedap dan tak hairanlah jika dia mampu menghabiskan 2 potong kek dalam satu masa, besar-besar pula tue.

Zarin pula, belum siap kek lagi dah mintak nak makan.


Inilah dua ayat yang keluar dari bibir comelnya

"sedap mama, nak agi"
"eri acam, tak nak"

Eheheheheh...saya sendiri tidak tahu nak namakan apa kek ini, jadi saya meletakkan nama kek ini chocolate cheesecake with strawberries... ahahaha..suka hati je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...