Friday, December 31, 2010

2010 melambai 2011 menggamit

Tirai 2010 bakal dilabuhkan beberapa jam lagi. Begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita. Walau apa pun yang dihadapi pada tahun ini baik suka ataupun duka, anggaplah ia satu kenangan.



2011 pula bakal menyusul dengan lembaran baru. Kitalah yang akan mencorakkannya. Diharap 2011 bakal menjanjikan sesuatu yang lebih baik dan bermakna untuk kita semua.



Selamat tahun baru!

Thursday, December 30, 2010

Saya tak glamer!

Minggu ini sudah 2 kali saya tertinggal telefon di rumah. Biasalah kalau dah terlewat bangun pagi ditambah pula dengan rengekan Zarin memang bertambah haru biru lah. Bila dah terlewat bangun mulalah jadi macam lipas kudung. Bangun tidur seperti meloncat dari atas katil. Akibatnya pening kepala dan mual-mual dan terasa nak pitam sepanjang hari.

Bila dah kelam kabut mula tertinggal itu dan ini. Dan yang selalu tertinggal sudah semestinya telefon. Rasa macam dah ambil, tapi bila buka henbeg tak ada pula. Kerana mengejar punch kad, jadi biarkan telefon berehat di rumah. (Mana tahu dapat tolong kemaskan rumah ke?) :P

Mula-mula tak ada telefon terasa macam susah juga. Bukan apa risau jika pihak neseri call. Yang lain tu tidak menjadi masalah rasanya. Cuma yang geramnya bila encik suami mengusik ketika sampai di rumah,

“Kesiannya mama, satu miscall pun tak ada. Mesej pun daripada tesco dan iklan je”

Adeh, berasap telinga. Terus berdesup menjawab

“Biarlah. Saya bukannya glamer macam awak tu. Sape sangatlah yang nak call. Lepas ni saya nak pakai prepaid lah. Tak pun tak payah pakai telefon terus”

Ayat memujuk hati sebenarnya. Tapi memang saya akui, sekarang memang jarang saya mendapat panggilan dan mesej daripada kawan-kawan. Iyelah, masing-masing dah berhubung melalui alam maya. Jadi telefon memang sangat jarang digunakan untuk membuat panggilan. Selebihnya hanya ahli keluarga terdekat dan suami tercinta.



Tue pun suami saya nak mengusik-ngusik lagi. Eleh, macamlah zaman bercinta dulu dia rajin hantar SMS. Kalau saya dapat SMS sebulan sekali daripada dia pun dah kira bersyukur dah. :P

Tak perlu guna telefon bila orang yang kita sayang dah berada dekat dihati. (Aduiiii, lagi ayat memujuk hati yang lara sebenarnya). kihkihkih


Kokok Ayam Chicken

Kokok ayam chicken

Itulah tiga perkataan yang disebut Zarin setiap kali melihat seekor ayam. Teringat masa balik ke Langkawi dahulu, habis dikejarnya ayam-ayam yang ada. Yang kelakarnya dia berkata

“kokok ayam chicken kunggu (tunggu) Alen, kokok kunggu”

Manalah ayam tu nak tunggu dia. Lagi dikejar lagilah lari ayam tu. Tak pasal-pasal saya pun sama-sama kejar ayam. Bukan apa sesetengah ibu ayam yang ada anak tu memang garang. Pantang cuba diusik anak-anaknya, pasti mengepak kepaknya nak patuk kita. Itulah sebabnya saya terpaksa mengikut zarin kejar ayam. Nanti dipatuknya Zarin tak ke naya.


Rembo oh Rembo ayam Tok Dalang

Kat rumah kami manalah nak dapat tengok ayam. Alih-alih tengok dalam upin dan ipin “Jejak Rembo” . Maka bertambah lagilah sebutan untuk ayam iaitu “kokok ayam chicken Rembo". Nampak gayanya mama dan papa kena cari lagi perkataan dalam bahasa lain untuk ayam. Boleh zarin belajar pelbagai bahasa nanti. hihihihhiihi



khusyuk tgk TV

Sebenarnya bagus juga kartun-kartun yang memaparkan watak-watak haiwan-haiwan ini. Secara tak langsung kanak-kanak dapat mengenal haiwan. Contohnya kartun jungle book, ice age dan sebagainya. Nampak gayanya tak payahlah mama bawa Zarin pergi zoo yea. Hohohohohohohhoohoh

Jangan pula nanti bila kita suruh lukis ayam, dilukisnya ayam togel ayamas atau ayam goreng KFC. Ha, lagi haru. Ngeeeeeeeeeeeeeeeee. Sedap sehingga menjilat jari.


Jemput makan :P

* Pic dari google, TQ

Wednesday, December 29, 2010

chocolate chip cookies

Subway! Subway! Subway! Hari-hari Subway! Kadang-kadang dah rasa naik muak. Namun suami dan Zarin sangat sukakan chocolate chip dan raisin cookies yang dijual di subway. Maka mulalah suami membuat permintaan

Nanti mama buatlah cookies camnie, sedap!

Saya pun apa lagi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal (kes kemaruk membaking) terus laju mencari resepi. Saya bernasib baik kerana Lady (sifu saya dalam masak-memasak) baru sahaja membuat entri pasal cookies nie. Lantas saya terus printkan resepinya. Dan semalam barulah saya berkesempatan untuk membuatnya.

Resepi ini saya copy dan pastekan di sini yea :) . Resepi asal boleh di lihat DI SINI
Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan:

450 gram self raising flour
2 biji telur (2 kuning dan 1 putih)
250gram butter
170gram gula halus
170gram gula perang
170 gram chocolate chips
3 sudu besar serbuk koko - i tak masukkan yang ni, lebih suka plain
170gm almond(resepi asal pakai cashewnuts)- saya guna hazelnut
1 sudu kecil bicarbonate of soda
1 sudu kecik vanilla essence
Setengah sudu kecil garam


Cara-cara:

1.Pukul butter dan gula hingga gebu. Masukkan vanilla essence, telur dan garam dan pukul lagi.

2.Masukkan tepung dan bicarbonate of soda yang telah diayak sedikit demi sedikit dan pukul lagi, use the dough hooks sebab adunan ni agak kental. Masukkan chocolate chips dan almond, kacau rata.

3.Ambil sesudu adunan, bulatkan dan tekan dengan garfu atas dulang pembakar(nonstick).

4.Bakar pada suhu 160'c selama 15-20 minit.

(Kalau nak pakai cocoa powder may be you should reduce the amount of sugar macam dalam resepi asal.)

Memandangkan saya tak suka manis, jadi saya kurangkan sedikit kuantiti gula.

Dan inilah hasilnya


jemput makan :)

Sangat sedap, rangup dan rasanya lebih sedap daripada famous amos (pendapat sayalah). Memang akan tersenarai dalam kuih raya untuk tahun depan. keh keh keh!

Apepun terima kasih Lady sebab berkongsi resepi. Jika ingin mencuba pelbagai lagi jenis masakan jangan lupa berkunjung ke blog beliau yea.


Tuesday, December 28, 2010

Memori Berus Sabut

Setiap kali terpandangkan berus sabut, pasti ia akan membawa saya mengembara ke zaman kanak-kanak dahulu. Zaman kanak-kanak yang penuh dengan nostalgia. Tak seperti budak-budak sekarang, terlalu asyik pergi tuisyen, belajar, belajar dan belajar. Kemudian terperuk dalam rumah main game (contoh anak buah saya)


berus sabut oh berus sabut (*pic google)

Zaman saya kecil-kecil dulu setiap petang balik dari sekolah terus pergi mengaji al-quran. Balik mengaji terus pergi bermain bersama teman-teman sepermainan. Macam upin dan ipin, main basikal, main guli, main masak-masak, main sorok-sorok. Tapi kami lagi banyak game kot seperti zero point, bola tuju, bola katak, tuju tin, polis sentri dan macam-macamlah...Tiap petang pasti ada game yang nak main...Hehehehehehehe...

Kebiasaannya , saya dan abang sayalah yang kuat bermain, setiap petang lesap. Maghrib baru nampak batang hidung. Kalau kakak saya tu lebih kepada perempuan Melayu terakhir, duduk rumah, kemas rumah, masak (aku kan kakak) :P


Kakak saya dan suami

Cuma yang tak best bila ada abang masa bermain tu, kalau dia ada baru saya boleh ikut (akukan abang). Tapi kadang-kadang saya disuruh balik, jangan ikut dia pergi main. Tak suka betul, mulalah saya menangis sebek tak hingat.

Kampung saya dulu jenis tanah berpasir. Kalau main tu, sure lekat debu hitam pekat. Memang comot habislah. Jika suami saya tengok masa tu sure tak nak kahwin dengan saya, sob...sobb.. Jadi untuk elakkan kena marah dengan ummi, lepas main kami semua terus terjun laut, bersih dulu kaki. Nanti kene marah. Lagipun rumah kami tepi pantai.

Tapi kalau nak mandi laut mesti minta izin dengan ummi dulu, jika tak cakap siaplah nanti kene kejar dengan pelepah nyiur lari keliling kampung.Hahahahahahha...Biasanya abang sayalah hero bab kene kejar mengejar nie.

Ummi bukan marah sebab apa, bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini (lemas) ke ape jika mandi tanpa pengawasan orang dewasa. Tapi sekarang cuba suruh saya mandi laut, tobat taknak. Jadi takut, nanti terfikir ada ikan jaws lah, ada buaya lah (macam kat PD tu) ada ularlah dan macam-macam lagi terbayang.



Abang saya dan isteri


Oh ye, berbalik kepada berus sabut. Berus sabut inilah yang selalu ummi gunakan untuk menyental kaki kami adik beradik selepas bermain. Kalau nak selamat, lepas main terus mandi cuci kaki bersih-bersih. Tapi masa tu, cucilah camne pun, bila ummi tengok, tetap kene sental balik.

Sakit ooooooo....kene sental kaki atas simen pulak tu. Memang kami tak boleh lupa tentang berus sabut nie. Bila terpandang je, nanti mesti salah seorang dari kami tiga beradik (biasanya abang sayalah sebab memori dia kuat betul kalau cerita tentang masa kecik ni) akan cakap

Berus sabut nilah yang selalu duk sental kaki kita dulu. Ingat tak? Kene kejar ngan pelepah nyiur???

Kami ketawa terbahak-bahak. Lepas tu macam-macam cerita lah keluar. Kadang-kadang malu juga bila mereka duk bercerita depan suami. Haiiishhhhh!!! Nakal sungguh saya masa kecik dulu. Bila abang saya duk bercerita, mulalah rasa habis hilang sifat sopan santun lemah lembut saya selama ini :P. Rasa nak sorokkan muka bawah meja :P



Garang ooo Ummi saya. Bab kebersihan memang takde kompromi. Katanya,

Sakit kene sental kejap je daripada sakit berkudis kene pergi jumpa doktor dan berparut sampai besar!


ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku :)

Kami sayang Ummi...muaaacccchhh!!! oh rasa nak balik kampung je. Dapat makan masakan yang sedap-sedap. Bubur lambuk, masak lemak ketam, ikan singgang! oh,, oh!

Monday, December 27, 2010

Adik Zarin

Jeng, jeng jeng!!!!

Opssss, jangan salah faham ye. Zarin belum nak dapat lagi. Tapi nak cerita pasal Zarin dan perkataan “adik”.

Biasalah kalau budak-budak kecil kita pasti tidak terlepas dari memanggilnya adikkan? Begitu juga dengan saya. Kadang-kadang terpacul juga perkataan adik bila panggil Zarin. Nak dijadikan cerita, ada satu malam tu,

Mama: Cepatlah adik pakai pampers.
Zarin: Adik cape? (siapa)
Mama: Zarinlah adik. Baby Zarin sama dengan adik Zarin (sambil meletakkan tangan di dadanya)
Zarin: Ni Alen lah mama, ukan (bukan) adik.
Mama: Habis, mana adik?
Zarin: Adik keje.

Hahahhahahaha...lucu betullah la Zarin nie. Adik manalah yang pergi kerja tu.


Jangan marah mama, Alen gurau-gurau aje :P

Tapi saya tak nafikan, memang kebanyakan ibu bapa memanggil adik pada anaknya yang masih kecil. Lebih-lebih lagi jika baru mempunyai seorang anak. Tetapi sebolehnya saya tak nak panggilan adik terus melekat seiring dengan umurnya. Biarlah dipanggil Zarin aka Abang Zarin.

Abang Zarin???? Ermmm...Masa tersebut belum lagi muncul. Entah bila saya pun tidak pasti. Tapi dalam hati memang berkeinginan. So tungguuuuuuuuu!!!!!

Mama kata tunggguuuu!!!!


Kadang-kadang saya pun dah letih nak jawab bila orang asyik bertanya

Mengandung ke?

Bila lagi nak tambah?

Bila Zarin nak dapat adik????


Saya percaya rezeki datang daripada Allah. Dia Yang Maha Mengetahui. Saya hanya mampu berusaha. Insyaallah suatu hari nanti, saat tersebut pasti akan muncul. Insyaallah.


Biar Alen doakan untuk mama ye :) AMIN

Adik Zarin, oh Adik Zarin. Eh Abang Zarin lah. Eh, ape-ape je lah!

Pssttt: Dalam hati tak sabar nak tunggu Adik Zarin aka ZS Jr. :P


Thursday, December 23, 2010

Quan Ice Cream & Coffee house

Pertama kali suami mengajak saya makan tengahari di Quan Ice Cream & Coffee House yang terletak di kampung pandan. saya sedikit tidak bersemangat. Bukan apa, saya tidak gemar untuk mencuba makanan di kedai baru, bimbang tidak menepati selera memandangkan saya agak cerewet bab makan. Tapi untuk tidak menghampakan suami, saya ikut juga memandangkan testimoni yang diberikan olehnya seperti menetapi selera saya 95%.

Namun memang betul katanya, kedai tersebut memang menepati citarasa saya. Kalau boleh setiap hari saya mahu makan di situ. Tapi melampau la kan? kalau tiap-tiap pergi, nanti muak pula. Tetapi setiap minggu saya pasti pergi 1-2 kali. heheheheh

Tengahari tadi saya ke sana lagi. Kali ini saya memilih set lunch yang mengandungi (air, nasi, sup dan juga 1 scoop ice cream) yang berharga RM9.90.



Terdapat empat jenis air yang boleh dipilih iaitu, jasmine tea, green tea, lemon plum dan satu lagi saya dah terlupa air apa. Saya menggemari green tea dan lemon plum, manakala suami saya lebih sukakan jasmine tea. Sebenarnya terdapat puluhan jenis air di situ. cuma di sini saya ceritakan apa yang pernah saya cuba.



Supnya pula boleh tahan. Sup herba kalau tak silap saya. Hanya satu jenis sup sahaja yang dihidangkan.



Dan ini pula ialah nasi daging masak halia + telur mata. Sebenarnya ada 3 jenis Set Lunch yang disediakan iaitu, Set A mengandungi nasi putih+sejenis lauk+telur mata. Set B pula Nasi goreng (pelbagai jenis seperti nasi goreng tomyam, nasi goreng kampung) + telur mata dan Set C ialah Nasi putih + Sup Fishball/tomyam/dimsum.


*pic dr google

Dan sebagai pencuci mulut, dihidangkan pula 1 scoop ice cream dimana ada lebih kurang sepuluh perisa yang boleh dipilih. Pilihan saya sudah semestinya mango dan suami pula Raisin. yummmyyy! Rasa tak cukup 1 scoop, dalam hati berkata "nak lagi, nak lagi!" :P

Memang tak rugi makan di sini. Dah la harganya berpatutan, menu pula pelbagai. Ada juga masakan ala carte seperti mee, koteow, hor fun, bee hoon dan sebagainya. Western pun ada. Saya sangat menggemari koteow cantonese. Tapi memandangkan saya ni "perut nasi" jadi niat untuk menikmati hidangan tersebut dibatalkan. Bukan apa, nanti pukul 3 @ 4 dan menggigil lutut lapar nasi. hehehehehhe...

Cuma yang tak bestnya, lunch hour memang ramai la orang! Tapi tempatnya sangat selesa. Saya bagi 9.5/10 bintang.



Wednesday, December 22, 2010

rutin!

Dulunya membaca dan menulis boleh dikatakan hobi atau aktiviti zarin yang paling digemari. Namun hobi tersebut telah menjadi rutin harian. Bukan saja mata nak tulis, nak buku, begitu jugalah kesudahannya diwaktu malam, tertidur sambil bermain-main dengan pen, pensel dan bukunya. Pernah suatu malam Zarin mengigau nak tulis dan buku, melompat saya dari katil cari buku dan pen bagi dia pegang, kemudian terus nyenyak. Aduiii, macam-macam budak-budak ni kan?

Baru-baru ini, di pejabat saya ada orang datang jual buku. Mula-mula saya sekadar tengok-tengok, namun terus terpikat dengan sebuah buku iaitu "Backyardigans" kartun kegemaran Zarin. Harga yang ditawarkan pun cukup murah iaitu RM22. Kemudian bila dah tengok macam-macam buku, mula terbeli yang itu, yang ini sebab memang murah.



Saya sempat berpesan kepada kakak yang jual buku tersebut supaya jika ada lagi buku Backyardigans jangan lupa simpan satu untuk saya. eheheheheheheh...



Dan port membaca dan menulis Zarin hanya satu iaitu atas katil. Tak kira pagi petang siang malam, mesti atas katil juga yang nak disepahkan. errrrmmmm, layankan saja sebelum amukan drakulatnya bermula.

Zarin pun dah pandai pegang pensil dengan betul. Nak colour masih tak berapa pandai, lebih kepada conteng-conteng. Tapi oklah bagi budak 2 tahunkan? hihi




Itu rutin yang positif. Rutin yang negatifnya ialah, setiap pagi sebelum ke neseri mesti singgah kedai. Beli roti, air (soya, milo, nutrigen dan sebagainya bersilih ganti), buku, komik, majalah. Total setiap pagi RM10-RM12...huhuhuhuhu...Letih nak melayan, kalau setiap hari memamg koyak poket juga. Tak beli kesian. Nampaknya rutin negatif ini perlu dikurangkan. Tetapi bagaimanakah caranya?????

Tuesday, December 21, 2010

Bomba datang berlumba-lumba

Semalam cemas juga dibuatnya apabila loceng kebakaran tiba-tiba berbunyi di kawasan rumah kami iaitu-kira-kira jam 10 malam. Pada mulanya kami ingatkan rancangan kartun yang ditonton Zarin. Tetapi semakin lama semakin kuat. Barulah perasan rupa-rupanya memang di kawasan rumah kami.

Tak lama selepas itu,neeeeenoooo, neeeenoooo, neeeenoooo.... bomba datang berlumba-lumba. Saya pada ketika itu sedang tidurkan Zarin. Dan suami pula turun untuk melihat apa yang berlaku memandangkan sudah ramai penghuni lain yang turun.



Rupa-rupanya, ada asap keluar dari salah satu unit kediaman di tingkat 18. Sebab itulah alat penggera berbunyi. Pihak bomba terpaksa pecahkan pintu unit kediaman berkenaan memandangkan penghuninya tiada di dalam. Setelah diselidik, rupa-rupanya asap tersebut berpunca daripada sebuah cerek yang sedang dimasak di atas dapur.

Dapat disimpulkan bahawa penghuni tersebut telah memasak air di atas dapur gas, kemudian keluar.Air tersebut telah kering!errrrmmmm...mungkin terlupa agaknya. Nasib baiklah tidak meletup. Jika tidak , tak tahulah apa akan jadi..

Apepun saya memang sudah cemas waktu itu, dalam kepala dah fikir nak selamatkan barang-barang apa. Dah la Zarin tengah tidur. Tapi syukur alhamdulilah tiada apa-apa yang berlaku. Jadi sebagai peringatan dan pengajaran, pastikan semua punca elektrik, atau api ditutup sebelum keluar dari rumah. Malang tidak berbau!


Thursday, December 16, 2010

Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله

Jangan ditanya pada saya lagu apa yang tengah popular sekarang ini kerana memang saya langsung tidak ambil kisah. Tidak seperti ketika bujang dulu. Terlalu suka mendengar radio. Percaya atau tidak, saya hanya mendengar radio ketika menaiki kereta, itupun channel ikim.fm, BizFM, n Bernama. Kadang2 hitz.FM, jauh sekali nak bukak hotfm ke pe.. mmmm...

Pada suatu petang, ketika sedang menaiki kereta dengan Zarin, tiba-tiba radio memutarkan lagu Maher Zaen, yang saya sendiri tidak pasti lagu ape, tapi sedap didengar. Tiba-tiba terpacul daripada mulut Zarin

"mama, ica awah, ica awah, awayyyy!".

Saya dan suami berpandangan! Terkejut kerana Zarin lebih tahu daripada saya. Zarin pun tersenyum-senyum dan menyanyikan lagu itu. Yang dia tahu hanyalah

"ica awah, ica awah, a waaaayyyy!"

Sampai di rumah, saya terus search lagu itu di youtube.




MasyaAllah, mengalir air mata saya ketika mendengar dan menghayati lagu ini. Sungguh indah..

Jom hayati liriknya


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way

Saya pasti akan dapatkan CD Maher Zaen!


Wednesday, December 15, 2010

SANGAK bukan SANGAP!

Ini bukan cerita pasal SANGAP, seperti dialog Farid Kamil tu, tetapi nak cerita pasal SANGAK, iaitu sejenis roti dari Iran.

Baru-baru ini, saya sangat terkejut apabila melihat sekeping roti yang panjang dan besar seakan-akan kulit harimau yang dibeli oleh suami. Apabila saya bertanya

Mama: Roti apa ni pa?
Papa: Roti sangak.
Mama: Hah? Merenung dalam seolah-olah inginkan penjelasan.
Papa: Awat? Betulla, roti sangak, nama dia sangak. Selalu tak percaya bila orang cakap.
Mama: Betui ka? Sebab selalunya awak main-main.
Papa: Betui la. Balik nanti kita search. Kalau tak percaya. Sambil tergelak.



Saya pun mula-mula macam tak percaya. Balik rumah terus search. Rupa-rupanya betul. ehehehehehehehe...

Disini saya sertakan sedikit penjelasan tentang roti ini yang saya ambil daripada SINI

Sangak (or nan-e sangak) (Persian: سنگک) is a plain, rectangular, or triangular Iranian whole wheat sour dough flatbread. It is considered to be Iran's national bread. Its name consists of two parts: 'Sang' in Persian means stone or pebble and 'sangak' means little stone. The reason for this goes back to the way this bread has been traditionally baked: on a bed of hot tiny river stones in an oven. There are, normally, two varieties of this bread offered at Iranian bakeries: the generic one which has no toppings and the more expensive variety which is topped with poppy seeds or sesame seeds.

A very similar bread called 'Kaak' is made in Balochistan province of adjoining Pakistan. Kaak is normally served with whole roasted lamb or chicken called Sajji and is a staple of the cuisine.

History

Sangak bread was traditionally the bread of the Persian army. Each soldier carried a small bag of pebbles which at camp was brought together with the "sangak oven" and formed to cook the bread for the entire army. It was consumed along with lamb kabab.



Hehehe. Sebutan dan bunyi seakan sama menyebabkan saya sedikit keliru antara SANGAK dan SANGAP. Tu yang ingat Cik Suami main-main. ehehehehe

Tapi jika diikutkan, SANGAK (Bibir kita akan terbuka bila sebut), manakala SANGAP (Bibir kita akan tertutup bila menyebutnya). Tapi bila dah bunyi NGAP, NGAK tu, langsung dah tak perasan bibir terbuka ke tertutup. hahahahahahahah

Mula-mula makan roti ini, kita akan rasa sedikit pelik. Namun bila dah lama-lama, kita akan rasa ketagih dan tak akan berhenti dari memakannya. Teksturnya yang agak liat, masam dan manis lama-lama mengunyah menyebabkan saya tidak sedar hampir separuh roti sangak telah saya habiskan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Memang layan habis makan roti nie.

Harganya pun memang berpatutan. Hanya RM3-RM4 mengikut size. Cik Suami dan Zarin suka makan roti dengan mushroom soup, kadang-kadang cicah kopi. Memang sangat sedap,mengenyangkan, tidak berminyak (ala-ala capati) dan tak rugi mencuba.

Hari ini nak suruh cik suami beli lagi. lalalalalalalala, sangak-sangak!!!

*** pic dr pakcik google. tq so much

Tuesday, December 14, 2010

Gara-gara mencuba susu formula

Baru-baru ini saya ada mencuba beberapa jenis susu formula kepada Zarin memandangkan pengeluaran susu saya agak merudum ketika itu. Oleh sebab itu, setiap hari saya bekalkan sejenis susu formula untuk dicuba. Sebenarnya susu fomula ini saya berikan sebagai top up jika susu ibu yang saya bekalkan tidak mencukupi sepanjang Zarin di neseri.

Antara susu yang saya cuba ialah pediasure, anmum, mamil gold, enfa kid, enfagrow dan juga dugro. Namun sangat mengecewakan, semunya ditolak oleh Zarin.

Apabila saya bertanya teacher Zarin.

Camne Zarin minum tak susu tue?

Tak nak minumla kak. Dia nak termuntah bila bagi.

Esoknya, lain pula jawapan yang diterima

Bila bagi susu tu dia cakap “Ni bukan susu Alen punyer”

Esoknya pula


“Zarin cakap, Susu bucuk, taknak”




Aduiii, susah juga hendak mencari susu yang sesuai untuk Zarin. Hampir seminggu juga saya mencuba pelbagai jenis susu. Tapi semuanya mengecewakan dan paling merisaukan apabila Zarin kerap membuang air besar iaitu kira-kira 4-6 kali sehari setelah genap seminggu mencuba FM! Sebelum ini hanya 1-3 kali sehari. Pada mulanya kami sangkakan Zarin terkena cirit birit.

Namun apabila dibawa berjumpa doctor, beliau menerangkan bahawa Zarin bukannya cirit birit. Mungkin tersalah makan dan perutnya tidak dapat menerima jenis-jenis makanan tertentu dan mungkin salah satu puncanya ialah susu formula yang kami berikan. Sebab itulah najisnya agak cair dan berminyak, berwarna pucat, dan berbau masam seakan kembong dan bukannya "semerbak" seperti sebelumnya. Doktor juga tidak memberikan sebarang jenis ubat, memandangkan Zarin aktif seperti biasa dan tidak mengadu sakit perut atau dehidrasi.

Sejak itu, kami terus hentikan percubaan susu formula dan susu saya juga masih lagi mencukupi untuknya, cuma hanya pada masa-masa tertentu sahaja. Nampaknya saya perlu lipat gandakan usaha untuk pastikan susu ibu mencukupi untuk Zarin.

Dan baru-baru ini, saya ada terjumpa Dutch Lady Kid di cold storage. Nampaknya kami suami isteri sepakat untuk memberikan susu itu kepadanya. Zarin pula sangat sukakannya. Ada tiga perasa yang boleh divariasikan iaitu susu penuh krim, strawberi dan juga coklat.



Saya tertarik untuk mencubanya apabila tertulis

“Peringkat awal zaman kanak-kanak di antara 1 hingga 6 tahun adalah peringkat di mana tumbesaran yang paling ketara dialami. Bagi menggalakkan tumbesaran lanjut dan perkembanagn, serta melindungi kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan Dutch Lady Kid yang mengandungi nutrien-nutrien penting seperti Magnesium, Kalsium, Vitamin A dan D bersertakan Protein”




Jadi tidak salah kiranya saya mencuba susu ini. Setiap hari saya bekalkan 1 kotak untuk Zarin. Saiznya yang kecil comel memang menarik perhatiannya dan sekotak habis sekali minum. Saya ada terbaca yang kanak-kanak seusia Zarin sebenarnya memerlukan 2 gelas susu sehari, lebih kurang 16 oz. Jadi bila dikira-kira, susu yang saya berikan sememangnya mencukupi untuk Zarin. Di samping itu, saya juga tidak ketinggalan memberikannya calciyum, cheese, yogurt dan juga soya.

Mungkin cubaan untuk memberikan Zarin susu formula diberhentikan buat sementara. Risau sekiranya Zarin kerap membuang air besar lagi. Lagipun Zarin menolak susu formula. Baru-baru ini juga, saya menerima panggilan dari Mead Johnson dan beliau menasihatkan saya supaya mencuba susu formula selang dua hari dan bukannya tiap-tiap hari, supaya Zarin dapat menerima rasa yang baru itu. Insyaallah akan saya praktikkan suatu hari nanti.



Istidraj

Semalam ketika sedang bersembang-sembang dengan suami, tiba-tiba dia ada tersebut pasal istidraj. Jadi hari ini saya copy dan pastekan apa itu istidraj yang saya ambil daripada SINI untuk makluman kita semua.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."


Apakah istidraj itu? Patutkah atau tidak kita jauhi istidraj? Inilah yang akan saya ulas dalam risalah ini. Tajuk ini adalah amat penting, terutama kepada anak-anak dan generasi muda kita agar tidak terkeliru dengan risalah ini. Pemikiran kebanyakan umat Islam di zaman moden ini nampaknya jelas kelihatan kian jauh menyimpang dari pemikiran seseorang Islam di zaman silam. Pemikiran manusia di zaman serba maju ini telah dihanyutkan oleh arus keadaan dan diselaputi oleh kebendaan.

Itulah sebabnya kita lihat masyarakat pada hari ini berbeza dengan masyarakat dahulu. Bagaimana masyarakat pada hari ini? Mereka telah terpengaruh dengan apa yang ada; dengan suasana sekelilingnya. Mereka tidak memandang jauh sepertimana orang-orang dahulu. Padahal orang dahulu tidak belajar tinggi sehingga ke universiti. Kita sekarang cerdik, ada ijazah, ada PhD dan macam-macam, tapi bodoh.

Manusia tersebut telah tertipu dengan kekuasaan, pangkat, kebesaran dan kekayaan yang diperolehi. Lantas mereka tidak faham lagi dengan nikmat Allah. Jika dia berkuasa, dia gunakan kekuasaannya untuk menindas orang-orang bawahannya kerana dia tidak tahu menggunakan nikmat kekuasaan yang ada padanya. Dia tidak faham tentang nikmat dan rahmat Allah S.W.T.

Kuasa Dan Kekayaan Untuk Maksiat

Kalau dia ada kebesaran, dia menzalimi orang dibawahnya. Kekayaan yang ada padanya digunakan bukan untuk kebaikan dirinya dan orang lain, tetapi untuk berbuat maksiat kepada Allah S.W.T. Manusia golongan ini telah terkeliru dengan fahaman mereka sendiri. Mereka tidak faham dan tidak dapat membezakan nikmat pemberian Allah kepada hambaNya yang setia dengan hambaNya yang derhaka.

Saya pernah ditanya oleh seorang mahasiswa, "Ustaz, betulkah atau tidak, aya dengar ustaz bersyarah, ulama'-ulama' kalau bersyarah menyatakan bahawa barangsiapa yang mahu mendapatkan kebahagian di dunia dan di akhirat hendaklah mengikut jejak langkah Rasulullah S.A.W. dan berpegang teguh kepada agama Islam. Betulkah ustaz?"

Saya jawab, "betul."

"Minta maaf ustaz, saya tidak percaya. Sebab, apa yang saya lihat realitinya tidak begitu. Orang-orang yang mengikut jejak langkah Rasulullah inilah yang teruk."

Dia kemudian menyebutkan beberapa contoh, "Mak dan ayah saya, bukan sahaja sembahyang sehari semalam lima waktu, tapi tengah malampun bangun sembahyang tahajjud. Rumah kami roboh juga. Puasa bukan sahaja puasa Ramadhan, Isnin mereka puasa, Khamispun mereka berpuasa. Tapi kami makan sebulan sekali daging pun susah. Ayah saya, orang belum azan sudah pergi ke masjid. Begitu azab mak dan ayah saya yang berpegang teguh kepada agama."

"Tapi, bapa saudara saya (adik mak saya), tak pernah sembahyang seumur hidupnya. Rumahnya rumah batu. Puasapun tidak pernah. Kalau kita tanya, pakcik tak ingat mati? Bukan saya seorang sahaja yang mati, katanya. Kalau masuk nerakapun ramai juga orang lain yang masuk. Dia hidup kaya, hidup mewah, kita yang sembahyang ni, hidup susah."

Sebenarnya, hendaklah kamu tahu tentang nikmat-nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada makhluk-makhlukNya. Pemberian nikmat Allah kepada hambaNya yang setia (yang dikasihiNya) ialah pemberian yang diredhaiNya, tetapi pemberian nikmat Allah kepada manusia yang melakukan maksiat dan kejahatan adalah pemberian yang tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan
ISTIDRAJ.

Pemberian yang redha ini seperti pemberian ayah kepada anaknya. Ketika si ayah hendak sembahyang, tiba-tiba lalu si penjual aiskrim. Si anak merengek minta dibelikan. Si ayahpun membelikannya kerana tidak mahu anaknya mengacau dia sembahyang. Dengan senyum mesra diberikannya aiskrim itu dengan layanan yang baik. "Makan baik baik nak, jangan bising-bising, ayah nak sembahyang."

Kemudian, baru saja nak sembahyang, si anak menjerit-jerit minta tambah aiskrim lagi. Si ayah naik darah. Dengan perasaan marah, dibelikan juga aiskrim tersebut kerana takut sembahyangnya tidak khusyuk. Tetapi pemberiannya pada kali ini tidak disertai dengan kemesraan. Pemberian inilah yang dikatakan sebagai pemberian yang tidak redha.

Begitu juga Allah S.W.T. dengan kita. Kadang-kadang manusia mendapatnikmat yang diredhai Allah dan kadang-kadang tidak. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud,

"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberi nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diIstidrajkan oleh Allah S.W.T." (Riwayat At-Tibrani, Ahmad dan Baihaqi)

Akan tetapi manusia derhaka yang terkeliru dengan pemikirannya berpendapat bahawa dengan nikmat yang datang mencurah daripada Allah S.W.T. kepadanya itu walaupun dia sentiasa melakukan maksiat, dia menyangka itu adalah bukti yang menunjukkan bahawa Allah kasih dan berserta dengan perbuatan maksiat mereka.

Manusia Istidraj ? Manusia Yang Lupa Daratan

Walaupun dia membuat maksiat, tapi dia merasakan Allah menyayanginya. Manusia seperti ini kadang-kadang memandang hina kepada orang-orang yang suka beramal dan ke masjid. Apatah lagi orang yang selalu ke masjid itu hanya berselipar jepun atau berterompah kayu, sedangkan dia naik kereta jenis mewah.

"Alah, siang malam ke masjid, kesurau, tapi basikal burukpun tak ada. Tengok aku. Aku nak ke kelab malam dengan kereta mewah. Walaupun aku tidak pernah sembahyang, tapi Allah sayangkan aku. Kalau awak sikit ibadat, tentu awak juga akan kaya macam aku." Katanya sombong.
Inilah jenis manusia yang tidak sedar akan dirinya sendiri. Dia melakukan maksiat pagi petang. Siang malam, dia sangka Allah sayangkannya.

Maka mereka yang berpendapat sedemikian, baik mereka yang mengaku muslim, lebih-lebih lagi yang kepada orang yang sudah nyata kafirnya, berterusanlah mereka menggunakan nikmat pemberian Allah yang berupa harta kekayaan, kebesaran, pangkat dan kuasa mereka untuk melakukan penindasan dan kezaliman serta maksiat (derhaka) kepada Allah yang berpanjangan.

Sesungguhnya mereka tidak faham dan tidak sedar sama sekali bahawa pemberian nikmat itu adalah istidraj daripada Allah. Dengan pemberian nikmat yang tidak diredhaiNya itu mereka akan lalai dari mengingati Allah. Akhirnya mereka akan menemui kehancuran dan kemusnahan.

Kadang-kadang Allah S.W.T. memberikan manusia nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semut itu dengan dua sayapnya." (Daripada kitab Nasa'ibul 'Ibad)

Anai-anai misalnya, kalau tidak ada sayap selamatlah dirinya. Dia akan duduk diam di bawah daun atau merayap di celah-celah batu. Jika Allah hendak membinasakannya, Allah beri ia sayap. Anai-anai kalau sudah bersayap namanya akan berubah menjadi kelkatu. Otaknya menjadi otak kelkatu. Kelkatu, bila dapat nikmat dia cuba nak lawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, dia cuba hendak melawan Allah.

Pemimpin-pemimpin Yang Dilaknati Allah

Buktinya telah banyak kita lihat dan kita dengar. Berapa banyak pemimpin-peminpin yang dahulunya gagah dan sombong telah dilaknati Allah. Tidak kurang juga jumlahnya kerajaan yang besar lagi utuh telahpun hancur dan musnah.

Firaun yang gagah mengaku Tuhan, Namrud yang sombong membakar Nabi Allah Ibrahim, Qarun yang kaya, Tha'labah yang bakhil dan banyak lagi ? semuanya telah musnah kesombongan dan keangkuhan mereka!

Nikmat Allah yng diberikan kepada Firaun tidak terkita banyaknya. Bersinpun tidak pernah. Jangan kita ingat kita sihat Allah sayang kita. Firaun lagi sihat, tetapi dengan nikmat kesihatan itulah Allah binasakannya. Orang lain selalu sakit, tetapi Firaun tidak. Orang lain mati, sedangkan dia belum juga mati mati hingga dia merasa besar diri, sombong dan takabbur. Akhirnya dia mengaku dirinya Tuhan.

Namrud begitu sombong dengan Allah hingga membakar Nabi Ibrahim. Berapa besar pangkat Namrud? Bagaimana dia menemui ajalnya? Kematiannya hanya disebabkan oleh seekor nyamuk yang masuk ke lubang hidungnya!

Tidak ada seorangpun manusia pada hari ini yang sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya saja 40 ekor unta membawanya. Akhirnya Allah tenggelamkan hartanya dengan dirinya sekaligus. Hingga kini harta itu tidak timbul-timbul. Harta Qarun itulah yang kita cari cari sehingga lupa sembahyang! Kalau kita kaya, kita sangka Allah sayang. Qarun lagi kaya, akhirnya Allah jahanamkan harta kekayaannya dengan dirinya sekali.

Di mana dan bagaimanakah keadaan mereka itu sekarang? Tanyalah pada tanah! Tanah yang mereka pijak semasa mereka diistidrajkan oleh Allah yang akan memberikan jawapan.

Kita baru naik kereta sudah sombong. Rasulullah S.A.W. naik ke langit pun tidak sombong. Kita kalau berjumpa dengan orang besar sikit sudah sombong dan merasa bangga. Kalau menteri senyum kepadanya dia merasa bangga. Rasulullah S.A.W. berjumpa dengan Allah S.W.T. di langit, tetapi baginda tidakpun sombong. Kejadian seperti ini akan terus berlaku sepanjang zaman. Allah S.W.T.

berfirman yang bermaksud,

"Sunnah Allah tidak pernah berubah atau bertukar."

Apabila kita tinjau semua ini, akan hilanglah segala persoalan yang tidak terjawab dan yang menjadi keraguan selama ini yang sentiasa mengganggu fikiran kita. Mengapa orang-orang kafir kaya raya? Mengapa orang-orang yang sentiasa membuat maksiat hidup mewah? Tidakkah kita hairan mengapa orang-orang yang selalu ke masjid hanya berbasikal buruk? Yang ke kelab malam naik kereta mewah?

Cara Untuk Menentukan Nikmat Yang Diredhai Allah

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu. Adakah pemberian itu diredhai Allah atau tidak? Caranya ialah hendaklah dia sentiasa mengkaji dengan teliti nikmat yang diterimanya itu dan bagaimana serta ke mana digunakannya?

Seseorang yang menerima segala nikmat itu akan terus mensyukuri Allah. Dia akan menggunakan pemberian itu ke jalan kebaikan dan selain dari itu, dia sentiasa redha mengabdikan dirinya kepada Allah. Maka dengan limpah kurnia yang diperolehinya itu adalah pemberian yang diredhai Allah.

Pemberian yang diredhai Allah akan membuatkan seseorang itu ikhlas apabila bersedekah. Apabila dia melihat orang membawa list derma, dia lantas memanggil orang tersebut walaupun dia hanya ada wang 50 sen ketika itu. "Ini sedekah saya. Maaflah, hanya 50 sen." Katanya.

Akan tetapi pemberian yang tidak diredhai Allah akan membuatkan orang yang menerimanya enggan bersedekah atau berbuat kebajikan dengan ikhlas. Dia ada wang RM500.00 dalam sakunya. Ketika orang minta derma dia menyatakan dia tiada wang. Maknanya wang yang ada dalam sakunya adalah wang istidraj.


Pada ketika setelah itu, lalu seorang gadis cantik yang menjual tiket "pertunjukan amal". Belumpun sempat gadis itu menawarkannya, dia pula yang memanggilnya terlebih dahulu. Diapun membeli tiket untuk pertunjukan amal itu.

Pertunjukan amal? Ini juga satu kekeliruan bagi kita. Kita sering tertipu dengan label "amal" ini. Kadang-kadang pada waktu Maghrib, lalu sebuah van yang riuh rendah dengan muzik dan memberi pengumuman. "Tuah tuan, silalah datang ke taman hiburan, kita akan mengadakan pertunjukan amal." Ada ibu bapa yang terpengaruh lalu pergi dengan membawa keluarga. Pasal pertunjukan amal, dia ingat dapat pahala.

Inilah cakap-cakap yang mesti kita jaga. Begitu juga dengan orang yang bersyarah. Kita mesti tengok betul gerak-geri orang yang bersyarah tersebut. Ke mana pensyarah tersebut hendak membawa kita. Sebab kadang-kadang banyak kekeliruan dalam syarahan-syarahan.

Ada pensyarah yang berkata, "Kita sekarang hendaklah sesuaikan Islam dengan zaman." Nampak jelas di sini otak kita hendak dikelirukannya. Hendaklah kita sedar, Islam itu tidak boleh disesuaikan dengan zaman, tetapi zaman itulah yang mesti disesuaikan dengan Islam.

Kalaulah Islam hendak disesuaikan dengan zaman, maka zaman orang bertelanjang Islam sesuai dengan orang yang bertelanjang, zaman orang merompak, Islam mesti sesuai dengan perompak. Tidak boleh islam disesuaikan dengan zaman. Islam tidak boleh tunduk kepada zaman, tetapi zaman itulah yang mesti tunduk dengan Islam.

Tidak beberapa lamu dahulu, saya berjumpa dengan seorang ulama'. Ditanya tentang loteri, dia kata haram. Habis, bagaimana kalau kita hendak membantu orang, macam loteri kebajikan? "Halal." Katanya.

Loteri haram, dibalut dengan label kebajikan jadi halal. Inilah cakap-cakap yang mengelirukan kita. Kiranya di samping seseorang yang menerima segala nikmat Allah, maka bertambah pula maksiat dan derhakanya kepada Allah, maka jelaslah segala kemudahan dan kemewahan yang diperolehinya itu adalah istidraj, iaitu pemberian nikmat yang tidak diredhai Allah S.W.T.

Namun, jangan pula apabila ada orang kaya datang ke masjid dengan kereta besar kita katakana istidraj. Orang naik pangkat istidraj, orang-orang besar istidraj. Jangan! Orang-orang yang menggunakan nikmatnya untuk kebajikan, untuk mengabdikan dirinya kepada Allah, itu bukan istidraj namanya.

Bukan bermakna kita tidak boleh kaya. Kaya tidak salah di sisi Islam, tetapi masuk ke syurga agak lambat sedikit. Ibarat orang dari Singapura hendak masuk ke Johor. Orang yang membawa barang yang banyak akan diperiksa oleh kastam. Makin banyak barangnya, makin lama pemeriksaan, makin lambat dia masuk ke Johor. Orang yang tidak membawa barang akan lepas dengan mudah memasuki Johor.

Inilah yang sangat-sangat kita takuti dalam hidup ini dan kehidupan kita di dunia ini. Sebab itulah umat Islam di zaman Rasulullah S.A.W. sentiasa merintih di hati sanubari sambil berkata, RedhaMu yang selalu kami rindukan, Dan marahMu yang sangat kami takuti, Tuhan ? Lebih baik kami hidup miskin ? ? asal dalam redhaMu, kami tak - ingin kepada kekayaan ? ? di dalam marahMu.

Inilah sajak yang penuh makna. Apakah maknanya? Hidup kita di dunia mesti ada terget, mesti ada pedoman. Jangan hidup kita seperti kumbang di tengah kolam, ditiup angin ke tepi ia ke tepi, ditiup ke tengah ia ke tengah. Tidak ada pegangan langsung.

Kita kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada terget atau matlamat atau tujuan. Tujuan hidup kita di dunia ialah mencari keredhaan Allah S.W.T., baru kita selamat. Bukan kaya yang kita cari dan bukan juga miskin yang kita cari!

Kalau target kita hanya untuk kaya, akan jahanamlah diri kita. Jika ada kesempatan untuk kaya, kita lihat dulu. Kalau ada keredhaan Allah, barulah kita ambil. Kalau tidak lebih baik kita miskin. Bukan tujuan kita untuk menjadi miskin, tetapi hendak mencari keredhaan Allah. Kalau hidup miskin ada keredhaan Allah, maka kita pilih miskin. Kalau mahu menjadi kaya dengan keredhaan Allah, katakan aku tidak mahu kekayaan tanpa keredhaanMu.


Bila hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita didunia dan di akhirat. Wallahu A'lam.

(Dipetik dari buku Siri Syarahan Ustaz Yazid Jaafar)




Monday, December 13, 2010

A Cowboy Needs a Horse

Inilah lagu kegemaran Zarin selain daripada Riding the Range, Backyardigans.



Bila tengok dan dengar lagu nie, automatik Zarin akan mencari semua peralatannya dan bertukar menjadi seperti gambar di bawah nie!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V


A cowboy need a horse, yeeeehaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!


Wednesday, December 8, 2010

Dialah Raja

Wah, sungguh seronok Zarin minggu lepas apabila sepupu-sepupunya datang ke rumah daripada Alor Setar. Mula-mula sampai Zarin agak malu-malu. Tapi bila enjin dan warming up, DIALAH RAJA!



Gambar di atas ini ialah Kak Emy aka Mak Yam(anak abang saya). Tersangatlah becok mulutnya. Sampai-sampai terus naik kuda sorang sekor! Main riuh rendah hingga tatau nak dengar suara siapa.



Zarin pula sebagai tuan rumah memang menunjukkanlah sifat menakluknya itu. Habis Kakak, Abang Syafiq (adik-beradik, anak kakak saya) dan Kak Emy dibulinya. Nasib baiklah mereka ni jenis yang melayan dan lemah lembut apabila bermain dengan Zarin. Sebab itulah Zarin membuli mereka. hehehehehe



Zarin pun sangat seronok bermain hinggakan langsung taknak menyusu. Asyik nak main je. Pukul 1 pagi masih lagi riuh rendah suara mereka. Angkat masuk bilik, keluar. Masuk bilik keluar. haissss!! Fenin-fenin lalat kepala mama jadinya menahan mata yang dah jadi macam garfield tu.



Abang syafiq pula memang terkenal dengan seorang yang mudah tersentuh, dan berjiwa lembut serta manja. Zarin apa lagi, mengambil kesempatanlah. Bermain ala-ala ultraman. Tumbuk sana-tumbuk sini. Bila Abang Syafiq kene lepuk dek Zarin, dia berkata

"Tak apa, Zarinkan kecik lagi. Tak sakit pun, walaupun mata kadang-kadang merah juga".



Tetapi, apabila Zarin pula yang terasa sakit, mulut kecilnya lantas mengadu

"Mama, Abang Apiq wat Alen"
"Mama, Kak Emy malah (marah) Alen"
"Mama, kakak acau Alen".
"Mama, mama, mama, mama"



Dan ini pula kakak, baru darjah 5. Tapi tingginya masyallah mengalahkan maksu dan maklang yang sedia katik ini. Mungkin kerana umur dah semakin meningkat, tak adalah sibuk nak main ala-ala ultraman tu. Yang disibukkan mengadap laptop dan asyik mengusung camera ke sana ke mari. Nak jadi photographer agaknya. ehehehehe

Zarin pula, bukak je mata pagi-pagi terus nak abang syafiq, nak kak emy, nak kakak. Entah apalah yang akan berlaku bila balik rumah petang nanti kerana ke semua sepupunya telah pulang ke Alor Setar pagi tadi. huhuhuhuhuhuhu.. Harap Zarin dapat menerima kenyataan yang dia keseorangan hari ini. Nanti mereka datang lagi yea sayang.

Walaupun Zarin dah tak jadi raja lagi, Tapi Zarin tetap beraja di hati mama dan papa.
We love u so much baby!

psst: Sesuailah dengan maksud namanya itu Zarin Shah = Raja Emas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...