Saturday, January 15, 2011

batuk, muntah dan demam

Memang susah hati apabila si kecil mendapat satu pakej lengkap iaitu demam, batuk dan selsema. Kali ini zarin hanya mengidap batuk dan permulaan untuk demam (badan suam-suam)sahaja.

Ketika mengambilnya di neseri semalam, Zarin kelihatan tidak bermaya dan batuk. Menurut teachernya, Zarin batuk dan muntah sekali pada sebelah petang.


Di dalam kereta, Zarin muntah sekali lagi setelah selesai minum susu. Muntahnya cair dan tidak berbau masam serta terdapat kahak yang berketul-ketul. Sampai di rumah sekali lagi Zarin muntah dan selepas itu dia pun tidur.

Pukul 10 malam, Zarin mula merengek kerana tidak dapat tidur lena ekoran batuk. Nafasnya turun naik dan jantungnya berdegup kencang. Selepas saya sapukan vicks, Zarin kembali lena.

Namun begitu Zarin kembali terjaga dan berterusan terjaga bila batuk dan tidak selesa. Yang tak tahannya, dia hendak tidur sambil dukung. Aduiiiii.... memang boleh patah pinggang! Tapi bila tidur sambil berdukung, dia tidur lena. Mungkin kahak tidak menyekat pernafasannya.

Bangun pagi tadi alhamdulilah, Zarin sudah kemabli ceria dan berselera untuk makan.

Alhamdulilah. Cepat sembuh yea sayang!

6 comments:

  1. Alhamdulillah... dah ok ye ida...
    kita yang dah dewasa ni pun tak lena tido kalau batuk/selsema..
    biarkan aje kalau dia muntah masa batuk, lebih baik sebab kahak dia boleh keluar... budak2 kan tak pandia nak keluarkan kahak sendiri...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, batuk Zarin tidak lama. Wafiy pun selesema n batuk=semput. bawak g pusrawi, sedut gas, doktor ckp, kahak banyak. batuk smpi muntah. dok bg ubat cair kahak....bila buang air besar, najis mcm likat, agaknya kahaknya kuar kot bawah....

    ReplyDelete
  3. kalo bdak batuk kesian nye la kan..tgh tdo, bile batuk trganggu tdo dorang....

    sib baik zarin cpt baik...

    dani pn br nk baik dr pakej tu... lame gak dekat seminggu lebih....

    ReplyDelete
  4. kak sya: tula sebabnya. kalau batuk sakit urat perut duk menahan. Nasib baikla tak teruk sgt.

    ReplyDelete
  5. kak diey: ooo, kami x pergi klinik, bg ubat yang sedia ada.
    tapi mmg kesianlah bila budak2 kene batuk dan selsema nie :(

    ReplyDelete
  6. ibudhani: memang pun. kejap-kejap merengek nak dukung. pastu menangis sbb tak selesa+x boleh tidur.

    agaknya musim kot. cuaca tak menantu.

    sama-samalah kita menjaga kesiahtan anak-anak :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...