Saturday, January 29, 2011

Buah nona

Siapa suka makan buah nona angkat tangan? eh, macam cikgu kat sekolah pulak. Dulu cita-cita nak jadi cikgu, tapi masa dapat KPLI, sedang sarat mengandungkan Zarin pula. Sekarang terbawa-bawa perwatakan cikgu pula :P

Kali ini bersiaran dari kampung. Seronoknya balik kali ini sebab buah nona sedang banyak berbuah dan masak. nyum-nyum...

Jom kita berkenalan dengan buah nona buah ini.



"Buah Nona atau nama sainsnya Annona squamosa, merupakan sejenis buah yang boleh dimakan dan dijual dipasar tani. Buahnya kilit yang berbonggol dan mempunyai banyak biji.

Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit bewarna hijau atau merah. Pokoknya merupakan pokok renak 6-8 meter tinggi. Daunnya berselang, ringkas, oblong-lanceolate, panjang 5-17 cm dan lebar 2-5 cm. Bunganya dihasilkan dalam kelompok 3-4, setiap bunga 1.5-3 cm, dengan enam kelopak, hijau-kuning dengan keungguan dipangkal.

Buah biasanya bulat atau bujur, berbonggol-bonggol, 6-10 cm keratan rentas dan seberat 100-230 g. Isi buah boleh dimakan, putih sehingga kuning cair, menyerupai dan rasa seperti kastad. Bijinya tersebar dalam isi buah; perang hingga hitam, sepanjang 12-18 mm, dan keras berkilat.

Secara tradisi, buah nona sering diperam di dalam kepuk beras sehingga masak."

(Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Buah_Nona)



Buah nona yang ditanam di rumah saya berwarna hijau dan ada juga sepokok yang berwarna merah. Kalau tak silap saya, kami menanam pokok ini dengan menggunakan biji yang diambil daripada buah nona yang dibeli di Sungai Perak suatu masa dahulu.

Memang buah nona ini tidak bermusim, boleh dikatakan setiap masa ada saja buahnya. Cuma sedikit dan banyak sahaja.



Balik kali ini, buah nona sedang masak ranum dengan banyaknya. Isinya yang manis dan baunya yang harum menyebabkan saya makan hampir dua biji seorang. Nyum-nyum!

12 comments:

  1. nampak macam sedap je buah nona ni ye... tak pernah makan... nak gi cari lah...

    ReplyDelete
  2. erk, ni bukan buah sri kaya ke? bukan nona buah dia rata n hujung dia tajam ala2 love kah?? kalu di kg ayu, ini di panggil buah sri kaya.. nona bila masak akan berwarna oren+merah...

    ReplyDelete
  3. dulu parentz ada tanam,
    tapi no one to eat..hehehe
    tak reti aaa

    ReplyDelete
  4. k.diana pun suka nona, kalu balik rumah nenek kat KB, mesti kutip buah ni, n makan sorang2 tk nk kongsi..heheh

    ReplyDelete
  5. kak sya: Isi dia sama macam durian belanda. tapi rasa lain. manis dan wangi. sedapppp!

    ReplyDelete
  6. ayu: mungkin setiap negeri berbeza panggilan kot. Tapi buahnya tetap sama. Ya, ada juga yang isi merah. Kat rumah buah isi merah x masak lagi, yang isi putih je yang tengah subur berbuah dan masak. :)

    ReplyDelete
  7. Bonda mawar: alahai ruginya. senang je, amik sudu dan korek isinya. dan jangan lupa buang bijinya setelah isi dimakan. nyum-nyum...

    ReplyDelete
  8. kak diey: betul! betul! makan sikit x cukup. kene sebiji seorang. hehehehhe

    ReplyDelete
  9. Mrs Eady: ;)
    Sedapkan. Tak puas makan. Tapi kadang-kadamg susah juga nak jumpa buah nie.

    ReplyDelete
  10. akak suka sangat buah nona tu...dulu kat rumah akak ader tanam tapi dah mati...kalau ida ader anaknya...akak naklah....buah feveret tu....heheheheh

    ReplyDelete
  11. Suraya: kak fatin, kat kedah adala. kat sini memang tak ada. rumah atas angin xde space nak tanam pokok besar-besar nie. lain kali kalu ada insyaallah saya bawak yea. :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...